Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 16 : I WANT YOU

DAHIKU berkerut memandang wajah ceria milik Azamee Mikail. Tadi selepas bangun daripada tidur siangnya, Azamee Mikail mengatakan ingin keluar sebentar untuk menemui kawannya. Masalahnya sekarang lelaki itu tidak berganjak di sebelah pintu keretanya sambil merenung ke mataku.

"Kenapa biy tak masuk kereta lagi ?" Tanyaku setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Biy nak tengok muka sayang puas-puas sebelum biy pergi..." Ujar Azamee Mikail. Aku memberikannya senyuman manis.

Menjijikkan !

"Baik biy pergi sekarang. Kesian kawan biy tunggu biy lama." Aku segera mengarahkannya pergi.

Azamee Mikail menganggukkan kepalanya sebelum mula masuk ke dalam perut kereta. Sempat aku melambaikan tanganku ke arahnya.

Kini, tinggallah aku keseorangan di rumah. Bibirku mula melebar membetukkan senyuman senang. Akhirnya, aku boleh bernafas dengan tenang tanpa mamat tak guna itu !

Belum sempat kakiku ingin melangkah masuk ke dalam rumah, aku dikejutkan dengan deringan pemberitahuan dari telefon pintar ku yang aku letakkan ke dalam kocek seluar.

Dengan penuh tanda tanya, aku membuka pesan yang baru ku terima di aplikasi WhatApps.

Siapa ni ? Mana dia tahu nama panggilan aku ? Aku segera menaip membalas pesannya.

Tak guna...

Tubuhku menggigil menahan amarah. Telefon pintar ku genggam erat. Darahku benar-benar mendidih.

Berani dia memberi amaran terhadapku ?!

Aku tidak akan takut padanya. Tak kisah lah seberapa kejam dan ganasnya dia. Berani dia membunuh orang yang paling bermakna dalam hidupku ? Aku akan pastikan dia mati di tanganku. Aku tidak kisah apa pun hukuman yang akan aku lalui asalkan hidupku benar-benar tenang.

Kau tunggu, bangsat !

✿✿✿

AKU memicit perlahan kepalaku yang terasa berdenyut-denyut. Bahang yang terasa di badanku tidak menurun malah semakin membara. Fikiranku serabut. Kepala ku sembamkan ke atas meja.

Krekkk...

Meow ! Meow ! Meow !

Arrrghhh bisingnya ! Entah kucing mana yang memekak ?! Semak !

Aku menutup kedua telingaku dengan menggunakan tanganku. Namun, bunyi igauan semakin kedengaran.

Meow ! Meow ! Meow !

Sial !

"Diamlah ! Sebelum badan kau aku kerat !" Berangku sambil mengangkat kepala.

Mataku terbuntang. Kelihatan Azamee Mikail berdiri kaku sambil tangannya sedang memeluk seekor anak kucing berwarna putih.

Oh, tidak...

Dia dengar ke apa yang baru aku katakan ?

"Biy..." Aku bingkas bangun dari kerusi. Dia masih lagi tidak berganjak dari tempat di mana dia berdiri tadi.

"Bi-bila biy balik ? Saya... tak dengar pun." Aku berjalan merapati tubuhnya. Senyuman ku berikan konon tidak ada apa-apa yang terjadi.

"Baru je sampai. Maaf kalau biy kacau sayang..." Dia meminta maaf.

"Mana ada biy kacau. Saya penat. Eh, kucing siapa ni ?" Aku segera menukar topik perbualan. Kucing yang masih di dalam dakapannnya, ku belai manja.

Azamee Mikail kembali tersenyum. Aku lega apabila dia melupakan apa yang baru aku katakan sebentar tadi.

Kenapalah aku tak perasan bunyi kereta dia ? Ini semua salah si pembunuh tak guna tu !

"Tadi lepas biy nak beli barang lepas jumpa kawan biy, biy ternampak satu kedai haiwan. Biy nampak kucing ni comel jadi biy belilah untuk sayang. Biy tahu sayang sunyi kadang-kadang dekat rumah. Boleh dia temankan sayang. Sayang suka kucing, kan ?"

"Su-suka..."

Sejujurnya, aku tidak terlalu menyukai kucing kerana bulunya. Aku tak pernah ingin membela kucing kerana malas ingin menjaga. Tapi, kalau kucing luar meminta makanan, aku tidak ada masalah untuk memberinya. Kerana kucing juga merupakan makhluk Tuhan, bukan ?

Wajah kucing itu ku tenung lama. Aku tidak memerlukan teman di dalam rumah ini. Aku sudah biasa sorang-sorang.

"Jadi, sayang nak namakan si comel ni apa ?"

Kening ku angkat tinggi. Hurmmm boleh tahan comel kucing ni. Badannya yang berwarna putih bersih. Bulunya yang lebat.

"Jantan ke betina ?" Tanyaku.

"Betina."

"Princess ?" Ya, bagiku nama princess sesuai kerana penampilannya yang bersih. Ceh, macam manusia pula !

"Princess ? Okey, hai princess. Welcome to our family..." Azamee Mikail tersenyum senang sambil mengucup kepala kucing yang sudah pun diberi nama Princess.

"Sayang pegang sekejap dia. Biy nak ambil sangkar dengan makanan dia sekejap." Princess mula bertukar tangan.Azamee Mikail kembali ke luar rumah untuk mengambil barang kucing.

Aku merengus geram. Aku menoleh ke arah Princess yang sedang mengesel-gesel kepalanya ke dada aku.

"Ish, janganlah !"

Mata Princess ku tenung tajam. Selamat datang, pincess. Penemanku... Aku tersenyum penuh makna.

✿✿✿

MALAM itu, usai solat ishak secara berjemaah, kami berdua terus pergi ke ruang tamu dan menonton movie bersama. Aku pada mulanya tidak mahu turut serta namun lelaki itu tidak habis-habis memaksa aku agar menemaninya.

Dasar anak manja !

"Princess sayang dah bagi makan ?" Tanya Azamee Mikail sambil memasukkan popcorn ke dalam mulutnya.

"Dah. Baru je tadi. Dia tengok tidur lah tu." Ujarku sambil memandang ke pintu menuju ke halaman rumah yang jernih kacanya sehingga aku mampu melihat halaman. Terdapat sangkar kucing berada bet-betul di tepi laluan masuk.

Tidur lah sayang...

HAHAHAHA ! Sejak bila aku start suka kucing ni ?

Tanpa aku sedari, Azamee Mikail memerhati tindak-tandukku. Matanya bukan menghadap skrin televisyen tetapi memandangku.

Aku menjadi tidak selesa. Bukan takut kerana cinta namun takut lelaki itu akan kembali mengungkit apa yang aku katakan petang tadi.

Sebagai contoh...

'Sayang sebenarnya tak suka kucing kan ? Sayang paksa diri sayang terima, kan ?'

'Kenapa sayang cakap sayang nak kerat kucing tu ? Sayang benci kucing ke ?'

Atau...

'Biy minta maaf kalau buat sayang marah petang tadi...'

Lantaklah ! Dia sendiri tahu macam mana perangai dan mulut kotorku sebelum kami berkahwin. Jadi jangan salahkan aku kalau suatu hari nanti aku maki dia.

"Kenapa biy tengok saya macam tu ? Saya ada buat salah ke ?" Aku memberanikan diriku untuk bertanya.

Lama Azamee Mikail mengambil masa untuk menjawab. Matanya sahaja yang bergerak menikam anak mataku.

"Biy nak hadiah..."

Dahiku berkerut. Hadiah ?

Hari ni hari jadi dia ke ? Eh, tak silap aku bulan depan, kan ? Eh, ke aku salah tarikh ?

"Hadiah apa ? Hari ni hari jadi biy ke ?"

"Tak." Azamee Mikail mengelengkan.

Kenapa malam ini aku dapat merasakan dia agak dingin atau itu hanya perasaan ku sahaja ? Di mana senyuman manisnya ?

"Ha-habis tu ?"

"Biy nak hadiah sebab dah bagi sayang peneman dalam rumah ni." Belum sempat aku ingin membalas kata-katanya, bibirku terlebih pantas diserang olehnya.

Ini ke maksud hadiahnya ? Jadi dia tak ikhlas lah belikan aku kucing ?

"Sekejap, biy ?" Tubuhnya ku tolak menjauhiku. Aku benar-benar terkejut dengan tindakan berani matinya.

"Sa-saya tak faham."

"Nanti sayang akan faham..." Kedua-dua belah tanganku dikuncinya. Aku mati akal.

"I want you..." Bisik Azamee Mikail perlahan di telingaku. Bulu roma ku mula meremang.

Kata-kata Natrah kembali terngiang-ngiang di fikiranku.

'Goda dia. Kalau boleh goda dia dengan badan kau...'

Ya, aku sudah tidak kisah apa sekali pun yang terjadi. Memberi tubuhku kepadanya aku sudah tidak kisah namun aku tidak menyangka ia berlaku malam ini ! Aku masih belum sempat membuat persediaan.

Nampaknya, Azamee Mikail semakin hampir masuk ke dalam perangkap cintaku. Aku yakin dia akan terlalu mencintaiku suatu hari nanti. Buat masa sekarang, aku kena banyak berkorban maruah diriku. Aku tidak akan menyesal dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang dan aku tidak ingin mengundur kembali !


Selamat Hari Raya 🕌💕Maaf andai karya sis ada menyinggung perasaan para pembaca❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro