Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 14 : I'M SORRY

PERLAHAN-LAHAN Azamee Mikail membuka matanya. Sinaran matahari yang masuk dari celah-celah langsir, membuatkan matanya kembali tertutup buat seketika. Kepalanya yang masih lagi pening membuatkan pandangannya kabur.

Apa yang jadi semalam ? Bukankah semalam lepas makan malam dengan Hanani Harissah dia terus pergi ruang tamu layan filem.

Dan, lepastu...

Dia tertidur ke ?

Ahhh peningnya kepala. Kepalanya yang semakin berdenyut, dipicit perlahan. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Biy..."

Dahi Azamee Mikael berkerut sebelum mendongak memandang empunya suara.

"Sayang ?"

Aku menghadiahkan senyuman manis terhadapnya yang masih lagi terpinga-pinga di atas katil.

"Sayang, apa jadi semalam ? Kepala biy pening lah." Tanya Azamee Mikael.

"Semalam tengah kita layan movie, tiba-tiba biy kata biy mengantuk. Jadi semalam biy masuk tidur awal." Bohongku. Senyumanku tidak memudar bagi mengelakkan keraguannya.

"Oh patutlah..."

Aku menghampiri tubuhnya. Kepalanya ku tarik ke bahuku.Azamee Mikael hanya menurut.

"Sakit ke ? Kesian suami saya ni. Hari ni kerja, kan ?" Aku melembutkan suaraku. Konon risau akan kesihatannya. Padahal tak pun.

Azamee Mikael menganggukkan kepalanya sambil mencebik manja.Aku mula memicit perlahan kepalanya. Azamee Mikael memejamkan matanya menikmati urutan ku.

"Sedap sayang urut..." Puji Azamee Mikael yang masih lagi memejamkan matanya.

"Tengok tangan lah..."

Sedang sibuk aku mengurut kepalanya, aku teringatkan sesuatu.

"Ermmm biy, boleh tak nak pinjam kereta biy lagi satu ?" Pintaku.

Azamee Mikael membuka matanya. Dahinya berkerut.

"Nak pergi mana ?"

"Nak beli barang sikit. Boleh ?"

Azamee Mikael menganggukkan kepalanya sambil tersenyum memandang wajahku.

"Mestilah boleh. Lagipun kereta biy, segala apa milik biy dah pun jadi milik sayang juga sejak sayang sah jadi isteri biy..."

Bagus ! Aku suka tu. Hak milik dia semuanya jadi hak milik aku juga.

"Terima kasih..." Pipinya ku kucup perlahan. Tindakanku membuatnya tersipu malu.

"Sama-sama, sayang. Tapi jangan balik lambat sangat tau. Biy risau."  Aku hanya menganggukkan kepalaku.

Dapatlah aku berjumpa dengan 'dia' setelah sekian lama tidak berjumpa. Aku ingin menerangkan apa yang terjadi kepadanya. Dan yang paling penting, aku ingin melepaskan perasaan rinduku terhadapnya.

✿✿✿

PINTU kereta ditutup perlahan. Mataku mula meliar mencari kelibat dan bayangan seseorang. Lebih tepat ia adalah seorang lelaki. Sedang aku mencari, kelihatan seorang lelaki melambai-lambai tangannya sebagai tanda isyarat kepadaku.

Aku segera berlari mendapatkannya. Jantungku berdegup kencang. Kolam mataku mula memanas setelah melihat wajahnya.

"Hafi..." Nama panggilannya ku sebut perlahan.

"Issa..." Aku segera menghampirinya. Perasaan sebak sudah tidak dapat ku lindungi lagi.

"Issa, I miss you." Ucap Hafizi.

"I miss you too. I miss you..." Aku amat merinduinya.

"Ke mana awak pergi selama ni ? Saya ada buat salah ke dekat awak sampai awak hilangkan diri ? 4 bulan, Issa. 4 bulan... Saya mesej awak, awak tak balas. Awak berubah sejak arwah Kak Qalis pergi. Awak betul-betul okey ke ? Awak ada masalah ?"

Dari nada suaranya, aku tahu dia sedang marah terhadap ku. 4 bulan bukan merupakan masa yang singkat. Kalau aku berada di tempatnya, aku juga akan rasa yang sama.

"Maafkan saya, Hafi. Maafkan saya..."

"Hah..." Hafizi memicit kepalanya. Mungkin dia rasa kesal ?

"Issa, sekarang jawab pertanyaan saya. Ke mana awak menghilang selama ni ?"

"Saya tak pergi mana-mana. Saya masih lagi ada dekat rumah cuma sejak arwah akak meninggal, saya lebih banyakkan masa dekat rumah..." Aku membuka mulutku.

"I know sekarang mesti awak masih sedih, kan ? Saya faham, Issa. Lepas ni kita boleh mulakan semula ?"

Aku mengeluh. Adakah aku sudah bersedia untuk menceritakan semuanya ?

Dengan perasaan yang berat, aku mengelengkan kepalaku. Aku menundukkan kepalaku untuk tidak melihat matanya.

Aku terpaksa. Aku betul-betul terpaksa.

Riak wajah Hafizi berubah keruh. Dahinya berkerut menandakan tidak puas hati dengan gelengan kepalaku.

"Tak boleh. Kita tak boleh teruskan hubungan ni."

"Why ? Kenapa kita tak boleh ?"  Soal Hafizi perlahan. Suaranya kedengaran bergetar.

"Sa-saya... Dah kahwin..."  Aku rasa aku ingin memotong lidahku sekarang juga.

"Ta... Tak mungkin !"

Aku dapat merasakan kedua-dua bahuku dicengkam kuat. Dahiku berkerut menahan kesakitan.

"Hafi..."  Aku cuba menenangkannya.

"Apa salah saya ? Apa salah saya, Issa ?! Awak sedang bergurau, kan ? Tolong jangan main-main..."

"Saya... ta-tak tipu. Saya memang dah kahwin..."

"Siapa lelaki tu ? Siapa ?! Sejak bila awak dengan dia bercinta ?" Cengkaman di bahuku semakin kuat sehingga aku dapat merasakan tulang bahuku akan patah tak lama lagi.

"Hafi, sakit..."

"Jawab soalan saya, Issa !"

"Azamee. Azamee !" Aku segera menjawab soalannya.

"Hah ?!" Sekali lagi aku melihat wajahnya terkejut. Matanya membulat memandangku.

"Sejak bila kauorang orang bercinta ? Selama ni... Kauorang tipu aku dengan arwah Kak Qalis ?"

Oh, tidak ! Dia dah salah faham !

"No, no ! Saya dengan Azamee tak pernah bercinta. Saya takkan pernah khianat kakak ! Dan yang lagi penting, saya hanya cintakan awak sorang je, Hafi. Percaya lah..."

Hafizi tertawa kecil. Lagaknya seperti tidak percaya dengan kata-kataku.

"Kalau betul awak cintakan saya seorang, kenapa akhirnya awak kahwin dengan dia ?"

"Saya terpaksa,Hafi. Saya terpaksa..."

"Apa hebatnya dia sampai boleh buat awak berpaling dari saya, Issa ?"

"Awak lagi hebat dari dia. Awak juga cinta pertama saya. Takkan semudah itu saya lupakan awak. Dan saya janji, perasaan cinta saya terhadap awak takkan berubah. Saya janji..."

"Saya kahwin dengan dia bukan atas dasar cinta tapi saya nak cari kebenaran..." Sambungku.

"Kebenaran ?"

Aku mengangguk lemah.

"Akak mati bukan disebabkan kemalangan biasa tapi kemalangan tersebut telah pun dirancang."

"Apa maksud awak ? Saya tak faham..." Cengkaman di bahu dilepaskan. Hafizi kembali mencipta jarak.

"Saya dapat petunjuk kematian akak bukan berpunca dari kemalangan biasa tapi dirancang. Atau lebih tepat akak telah pun dibunuh !"

"What ?"  Hafizi kembali tenang.

"Saya cuba kumpulkan bukti dengan kawan-kawan saya dan cuba cari siapa dalang di sebalik kemalangan tersebut dan kebanyakkan bukti merujuk ke arah Azamee...

Dan yes saya nak balas dendam. Saya nak buat hidup dia merana. Saya nak dia tersiksa dan pada masa yang sama, saya nak cari kebenaran." Terangku panjang lebar.

"Tapi ini terlalu berisiko, sayang. Saya risaukan keselamatan awak."

Aku mengelengkan kepalaku. Senyuman lebar ku hadiahkan kepadanya.

"Awak jangan risau. Saya tak keseorangan. Kawan-kawan saya, Jojo dengan Natrah ada untuk tolong saya. Saya cuma nak awak lepaskan saya. Saya tak nak awak tersiksa dan terus menunggu saya. Saya sendiri tak tahu bila dendam ni akan berakhir..."

"Dan lagi satu, awak jangan risau. Perasaan saya dekat awak takkan pernah berubah. Saya cintakan awak dan saya takkan pernah cintakan dia. Selama-lamanya dia milik akak. Saya hanya pinjam sahaja..."

Hafizi menganggukkan kepalanya. Dia turut sama membalas senyumanku.

"Saya akan tetap tunggu awak. Saya janji. Selesai sahaja dendam awak, saya akan terus jadikan awak hak milik saya. Perasaan cinta saya terhadap awak takkan berubah. Awak jangan risau, okey ?"

Hatiku lega selepas mendengar kata-katanya. Perasaanku terhadapnya semakin membuak-buak. Susah untukku melupakannya.

"Saya dah nak kena pergi. Ini pun saya bagi alasan saya nak pergi beli barang. Saya nak jumpa awak dan terangkan semuanya."

"Baiklah..."

Aku mula mencipta langkah meninggalkan Hafizi dan berjalan mendapatkan kereta yang telah ku parkir kan di bawah pokok.

"Issa !" Kedengaran namaku dilaung olehnya dan dengan segera aku menoleh.

"I love you !" 

Aku mengelengkan kepalaku sambil tersenyum melihatnya. Aku mula masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan.

Aku mengeluh. Wajah ku sorokkan pada stereng kereta. Aku sudah tidak mampu menahan perasaan sebak. Akhirnya, tangisanku kedengaran memenuhi segenap kereta.

Maaf saya, Hafi. I love so much ! Saya terpaksa. Saya janji lepas semua ni berakhir, saya akan segera kembali ke pangkuan awak.

Maafkan saya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro