𝕭𝖆𝖇 12 : CHANGE
SUASANA di dalam rumah kini sunyi. Papa masih lagi di tempat kerjanya. Mama pula pergi ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Si tak guna tu pula masih lagi belum pulang dari tempat kerjanya. Dan aku,tinggal keseorangan sebaik sahaja baru pulang daripada universiti.
"Weh, Nat. Masuklah..." Pelawaku. Natrah yang memberi tumpangan, tidak menolak ajakanku.
"Kau lapar tak ? Kalau lapar, aku masakkan meggi."
Natrah menganggukkan kepalanya sebelum menolong ku menyediakan mee segera. Nak masak benda berlauk ? Ermmm nanti lah !
"Sunyi rumah. Family kau mana ?" Tanya Natrah sambil berjalan perlahan menatang mangkuknya.
"Papa dengan si tak guna masih lagi dekat tempat kerja. Mama pula shopping barang dapur." Jawabku acuh tak acuh.
Natrah tertawa kecil. Dahiku berkerut. Kenapa dia kenapa ?
"Si tak guna ? Kejam sangatlah panggilan kau ni. Suami kau tu..."
"Biarkan. Menyampah aku tengok muka dia. Tak balik pun, aku tak kisah lah !"
Natrah tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Belum sempat aku ingin menikmati mee segera ku, kedengaran bunyi telefon pintarku berdering menandakan panggilan masuk.
Skrin telefon dijeling malas. Nama 'Azamee' tertera di skrin. Aku merengus geram.
Kau memang sentiasa akan kacau hidup aku ke ?!
"Hello,asal ?" Panggilan dijawab. Dengan pantas, aku menyoal.
"Biy ada dekat market ni. Ada nak beli apa-apa tak ?"
Keningku saling berpaut. Si tak guna tu masih lagi menggunakan panggilan menjijikkan tu ? Adakah aku harus melayan ? Mataku memandang sekilas ke arah Natrah yang sedang menikmati makanannya.
"Err belikan roti. Saya lapar. B-biy balik bila ?" Aish, mesti Natrah akan membahan aku sebentar nanti.
Huk ! Huk !
Aku panik memandang Natrah yang sedang duduk di sofa. Sahabat ku itu kelihatan terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh ku.
"Biy balik sekejap lagi. Dalam 20 minit lagi biy sampai."
"Ok... Okey, biy." Panggilan diputuskan. Telefon pintar ku dibaling ke atas sofa. Aku frust dengan mamat tu !
Aku kembali memandang Natrah yang sedang meneguk air mineral dengan rakus. Pasti tekaknya perit akibat tersedak tadi.
"Kau okey tak ?" Natrah menganggukkan kepalanya menandakan keadaannya baik-baik sahaja.
"Aku okey. Kau tu yang tak okey !"
"Apa maksud kau ?"
"Aku rasa telinga aku tadi dengar kau panggil dia biy ? Seriuslah weh ? Tadi bukan main kau panggil dia si tak guna eh tiba-tiba biy. Ke... Korang dah..." Natrah terkejut sambil menutup mulutnya. Matanya terbeliak.
Aish, perempuan ni dah fikir jauh sangat ni !
"Tak. Kitaorang tak pernah bersama. Selama 2 minggu kitaorang kahwin, dia tak pernah sentuh aku. Dan, aku sendiri tak bersedia."
"Tapi aku rasa jalan yang terbaik sekarang ni, kau kena buat dia tergila-gilakan kau. Kalau terpaksa, buat dia gilakan badan kau. Ikat dia. Baru senang kerja kau nanti, Issa. Aku tahu kau boleh punya. Baik kau buat dengan badan kau sendiri sebab akhirnya kau akan berpuas hati dengan apa yang kau dah buat. Jangan guna bomoh sebab itu bukan kau buat sendiri. Hasilnya memang akan berjaya tapi kau tetap tak berpuas hati..." Natrah memberi cadangannya..
Aku berfikir sejenak. Ada betul juga cakap si Nat ni. Aku sanggup gadaikan apa sahaja termasuk nyawaku asalkan misi membalas dendamku berjalan dengan lancar.
"Bagi badan aku dekat mana ? Tapi, tak ke nanti dia akan fikir aku ni..."
"Pelacur ? Pemuas nafsu ?" Laju sahaja Natrah memintas. Aku menganggukkan kepala.
"Apa kau nak kisah ? Plan kau memang nak bagi badan kau dekat dia. Lantak dia lah nak gelar kau apa-apa sekali pun. Sebab itu bukan keutamaannya..."
Betul ! Aku tak perlu terasa hati dengannya. Kerana itu bukan tujuanku. Malahan, kalau dia curang sekali pun, aku sikit pun tak kisah !
"Haaa sebelum aku terlupa, ambil ni. Jojo suruh aku bagi kau." Sebuah botol kaca bersaiz kecil diserahkan. Dengan teragak-agak, aku mengambilnya.
"Botol apa ni ?"
"Ini ubat tidur. Hati-hati sebab ubat tidur ni terlalu kuat efeknya.Mangsa yang minum ubat ni akan membuatkannya tertidur lama. Kadang-kadang seharian. Gunakan sikit sahaja kalau tak nak dia mati awal. Aku tahu kau nak bermain-main dengan dia dulu, kan ?" Aku dan Natrah saling berbalas senyuman.
"So, babe. Enjoy ! Nikmati permainan ni. Buat dia terseksa. Buat dia gilakan kau. Goda dia."
"Dan, benda yang paling penting..." Sambung Natrah. Aku menanti sambungannya.
"Benda yang paling penting ?"
"Perasaan. Jangan ada perasaan sikit pun dekat dia. Bahkan perasaan kesian, cemburu atau cinta. Sebab kalau kau ada perasaan-perasaan macam tu, balas dendam tu akan gagal..."
Perasaan...
Aku yakin aku dapat mengawal diriku. Aku hanya perlu membalas dendam dan cari kebenaran.
Botol kaca tersebut ku renung lama. Tanpa ku sedari, bibirku mengukirkan senyuman lebar. Rancangan ku kini ingin membuatkan si tak guna tu tergila-gilakan ku. Kalau boleh, berpisah dengan aku pun dia tak mahu. Lebih tepat, aku nak buat dia jatuh cinta terhadapku.
✿✿✿
"ASSALAMUALAIKUM...." Dengar sahaja Azamee Mikael memberi salam, aku segera berlari mendapatkannya yang baru sahaja pulang dari kerja. Beg kerjanya ku ambil lalu tangannya dikucup lama.
"Waalaikumussalam... Awal biy balik hari ni ?" Sapaku sambil tersenyum manis ke arahnya.
Azamee Mikael turut membalas senyuman ku. Kepalaku diusap manja.
"Saja nak jumpa isteri biy yang cantik ni." Aku pura-pura menunduk malu.
Dia fikir aku akan senang-senang cair dengan ayat dia ? Hello, takkan semudah itu ya, Azamee Mikael.
"Papa dengan mama mana sayang ? Senyap je rumah ni." Tanya Azamee Mikael pelik. Matanya melilau memandang segenap ruangan.
Kosong. Sunyi. Hanya dia dan isterinya sahaja yang berada di ruang tamu.
"Papa masih lagi dekat office. Mama pula masih lagi belum balik dari mall." Beritahuku. Aku membuntuti dia menuju ke bilik tidur kami.
Azamee Mikael melabuhkan punggungnya di birai katil. Aku menyembunyikan senyuman. Perlahan-lahan aku berjalan mendekatinya lalu bahunya di urut perlahan. Azamee Mikael memejam matanya menikmati setiap urutan ku.
"Sayang..." Panggilnya.
"Kenapa, biy ?" Sahutku manja.
"Biy nak bagitahu sesuatu ni. Biy harap sayang tak kisah ?" Azamee Mikael membuka matanya buat seketika memandang mataku sebelum kembali menutup matanya.
"Apa dia ?"
"Lusa biy nak ajak sayang pindah rumah biy. Sayang nak ?" Dahiku berkerut.
Pindah rumah ?
"Sayang tak kisah. Kalau itu yang biy nak. Sekejap, bila biy ada rumah ni ? Sayang tak pernah tahu pun..."
"Biy beli rumah dulu untuk arwah Qalis. Ye lah ingatkan dulu lepas kami kahwin, terus nak pindah sana. Tapi nak buat macam mana, kan ? Biy pun nak tak nak tinggal juga rumah tu walaupun mula-mula nak jual balik.
Daddy pujuk biy. Katanya jangan membazir.Tak sangka biy dapat juga bawa isteri biy tinggal dekat sana. Sayang tak kisah, kan ?"
Aku sedaya-upaya cuba untuk tersenyum sebelum bertindak mengelengkan kepala. Aku mula melabuhkan punggungku di atas pahanya lalu bertindak merangkul lehernya.
Wajah Azamee Mikael terlihat terkejut. Namun, lama-kelamaan dia juga turut sama memberi reaksi. Pinggangku dipeluk kemas. Kami saling berbalas senyuman.
"Saya sikit pun tak kisah. Lagi pun orang tu bukan orang lain juga. Akak kembar saya sendiri..."
"Betul ni ?" Azamee Mikael inginkan kepastian.
"Betul !" Jawabku dengan yakin sambil mengusap perlahan bahunya. Aku merapatkan dahiku dengan dahinya.
"Nanti biy tolong sayang kemas barang-barang sayang, okey ?" Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Dah, biy nak mandi. Melekit rasanya badan ni. Sayang tak kisah ke ? Sayang mesti dah mandi, kan ?"
"Tak kisah pun. Saya suka bau peluh biy..." Wow ! Boleh tahan manis mulut kau ni, Issa.
"Mulut sayang ni kan..." Aku tertawa kecil. Pipi itu ku usap lembut.
"Pergilah mandi sana. Lepas mandi, kita makan malam sama-sama, okey ?" Azamee Mikael mengangguk. Aku mula bangkit dari pahanya lalu berjalan meninggalkan bilik tidur kami.
Azamee Mikael tersenyum sendiri sebelum berjalan mengambil tuala mandi. Dia mengelengkan kepalanya. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Dia rasa bahagia dan gembira apabila melihat perangai manja isterinya. Senyuman manis di bibir isterinya cukup membuatkan hatinya berdebar-debar. Jiwanya meronta-ronta.
✿✿✿
TANGANKU lincah melipat dan menyusun pakaianku yang pada asalnya berada di dalam almari lalu ku pindahkan ke dalam bagasi. Aku mengeluh. Nampaknya ini malam terakhir aku akan tinggal di rumah ini. Bilik tidur yang jarang sekali aku tinggalkan kini akan menjadi tidak berpenghuni.
Bilik tidur yang selama ini mendengar segala rintihan dan mengetahui kesengsaraan diriku. Hanya bilik tidur ini yang tahu segalanya berbanding orang lain termasuk akak kembarku sendiri. Bilik tidur ini juga yang menyaksikan kesedihan ku.
Nampaknya, kita akan berpisah mulai esok pagi. Dan aku bakal merindui bilik ini.
"Sayang, menungkan apa tu ?" Tegur Azamee Mikael yang entah datang dari mana. Aku dapat merasakan tubuhku di peluk olehnya dari belakang. Nafas hangatnya menampar-nampar belakang leherku sehingga membuatkan bulu roma ku menegak.
"Bi... Biy... Bila biy masuk bilik ?" Tanya aku gugup. Aku cuba mengawal suaraku.
"Baru je tadi. Sayang tengah buat apa ni ?"
Aku mengetap bibirku buat seketika. Cuba mengawal mulutku daripada mengeluarkan sebarang kata-kata kesat.
Kau buta ke ? Terang-terang aku tengah kemas baju aku untuk esok. Takkan aku tengah memancing ikan kot ?! Haih, soalan pun ! Aku kesal.
"Hurmmm kemas baju untuk esok." Akhirnya, itu sahaja yang keluar dari mulutku.
"Nak biy tolong ?" Bisik si tak guna itu tepat-tepat di cuping telingaku.
Sial ! Bulu roma ku semakin meremang. Kawal diri kau, Issa. Jangan melenting... Jangan melenting... Sabar...
"Tak apa. Sa-saya boleh kemas sendiri. Biy pergilah rehat sana. Lagipun dah nak siap dah ni." Tolakku segera. Laju sahaja tanganku memasukkan pakaian yang sudah ku lipat tadi ke dalam bagasi.
Azamee Mikael mengangguk. Dia hanya memerhatikan tindak-tanduk aku yang sibuk mengemas pakaian.
Siap !
Aku tersenyum puas. Beg dizip sebelum di letakkan di lantai. Aku mengeliat puas.
"Dah siap ?" Tanya Azamee Mikael.
"Dah..."
"Good !" Belum sempat aku ingin membalas kata-kata si tak guna ni, dia sudah pun bertindak meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku tergamam.
"Eh ?"
"Biy nak tidur dekat sini sekejap. Selesanya..." Ujar Azamee Mikael sebelum memejam matanya rapat.
Dahiku berkerut. Selamba lembu dia je baring atas riba aku ! Ingat paha aku ni bantal ?!
"Kalau sayang lenguh, kejutkan biy, okey ?"
"Okey, biy..." Balasku perlahan. Perlahan-lahan aku mendekatkan wajahku dengan wajahnya lalu dahi bersih itu ku kucup lama.
Aku kembali mengangkat kepalaku untuk melihat reaksinya. Dan... Yes ! Azamee Mikael tersenyum lebar dalam keadaan matanya masih lagi tertutup. Nampaknya, rancangan ku berjalan dengan lancar. Ini baru permulaan, baby boy...
Wuuuuuu🌝
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro