𝕭𝖆𝖇 11 : A BAD DAY II
HARI-HARI ku tunggu akhirnya tiba. Tiada pertunangan. Sebulan kemudian, kami berdua bersetuju untuk melangsungkan pernikahan. Persandingan pula hanya dilakukan seringkas boleh. Buat apa nak meriah ? Bukan aku nak pun kahwin dengan si tak guna tu. Ingat, dia hanyalah perangkap dan jenayah bagi aku.
Aku merenung diriku dari atas hingga bawah. Tanpa ku sedari, mata ku mula berair. Gaun putih yang tersarung di tubuhku di tenung lama. Gaun ini lah dipakai oleh arwah akak kembarku untuk majlis pernikahannya. Gaun putih ini juga pernah memiliki tompok merah darah yang banyak 5 bulan lepas.
Pada mulanya, papa dan mama hanya ingin menyimpan gaun tersebut di dalam almari sebagai kenangan namun aku tetap berkeras untuk memakainya ketika majlis pernikahan ku. Aku mengeluh.
Adakah aku sebenarnya seorang perampas ? Dan yang lebih kecamnya, aku merampas hak milik arwah kakak.
Gaun putih untuk majlis nikahnya...
Bakal suaminya...
Tok ! Tok ! Tok !
Lamunanku lenyap. Aku cuba mengatur kembali nafasku.
"Issa, dah siap ke ?"
Siap tak siap tetap kena keluar juga, kan ?
"Dah, ma..." Jawabku acuh tak acuh. Pintu bilik ku buka sebelum tubuh mama didakap.
"Eh ?"
"Mama, Issa takut. Betul ke keputusan Issa ni ?" Aku buntu. Aku tidak pasti adakah tindakan ku ini benar atau tidak ?
"Issa, mama yakin apa yang Issa buat ni betul. Kalau dah memang jodoh kamu berdua, kamu berdua tetap akan bersatu juga. Tapi, mama takkan paksa Issa. Apa pun keputusan Issa, mama akan terima ya sayang. Tak ada yang terlambat..."
Aku semakin sebak. Kata-kata mama membuatkan aku terharu.
"Dah, jom ? Semua dah tunggu tu..."
Dengan langkah berat,aku mengikuti langkah mama menuju ke ruang tamu. Jantungku berdegup kencang. Para tetamu yang hadir ralit memerhatikan ku. Peluh dingin mula membasahi dahi. Aku sempat menjeling sekilas ke arah sahabat baik ku, Natrah dan Jojo yang turut sama hadir menyaksikan pernikahan ini. Wajah mereka tersenyum lebar memandangku.
Aku mula melabuhkan punggungku di atas kerusi yang terhias dengan bunga-bunga mawar. Mata ku pejam buat seketika.
Adakah ini akan jadi sumpahan buat diriku juga ? Aku akan menerima nasib yang sama dengan arwah akak ?
Kalau ya, aku dah bersedia...
Aku sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan melanda. Kerana aku tahu, ini semua bukan kehendakku. Aku terpaksa lakukannya demi membalas dendam terhadap kematian orang yang paling ku sayang.
"Muhammad Azamee Mikael bin Zaim..."
Aku benci empunya nama.
"Ya, saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Hanani Harissah binti Ismail dengan mas kahwin RM 500 ringgit tunai !"
Tolonglah...
"Aku terima nikahnya, Nur Hanani Harissah binti Ismail dengan mas kahwin RM 500 ringgit tunai !"
"Sah ?"
"Sah..." Jawab saksi pertama.
"Sah ?"
"Sah !" Jawab saksi kedua pula.
"Alhamdulillah..."
Air mata mula mengalir dari mata ku. Tak sangka, dengan sekali lafaz,aku sah menjadi isterinya. Suami yang tak pernah aku inginkan dan merupakan lelaki yang paling aku benci.
Adakah aku benar-benar sudah bersedia ?
Usai menjamu selera, aku terus meminta izin ingin masuk ke dalam bilik tidur dengan alasan penat. Aku tak sanggup nak berlama-lama di majlis tersebut. Aku semakin bersalah. Lagi-lagi apabila melihat wajah kedua ibu bapaku dan keluarga Azamee Mikael.
Ada juga sesekali aku terdengar bisikan saudara-mara yang turut hadir. Kata-kata mereka cukup menyakitkan hatiku. Ingin sahaja aku menjirus mereka dengan air panas.
"Tak malu, kan ? Adik sendiri rampas tunang akak dia. Ambil kesempatan..."
"Ish, cepatnya si pengantin lelaki itu cari penganti arwah. Tak sangka last-last dia kahwin dengan adik arwah !"
"Diaorang skandal senyap-senyap lah tu selama ni belakang arwah. Kesian arwah..."
"Itu lah. Arwah pun mati katak kena langgar lori masa hari pernikahan. Akhirnya, yang naik pelamin adik kembar dia. Eh, dengan tunang dia pulak tu !"
Celaka !
Aku nak robek-robek mulut busuk diaorang. Diaorang boleh kutuk aku tapi bukan akak aku !
Krekkk...
Aku tersentak. Dengan perlahan-lahan aku memusingkan badanku memandang pintu bilik. Kehadirannya semakin membuatkan kepalaku serabut.
"Issa..." Panggilnya dengan nada suara perlahan.
Aku sedaya-upaya cuba memaparkan senyuman manis kepadanya. Aku harus mula berlakon mulai sekarang !
"Awal awak masuk bilik. Penat saya cari awak tadi. Mama kata awak dah masuk bilik sebab penat. Kenapa ? Awak tak sihat ke ?" Dia mula mencipta langkah mendekati tubuhku.
Peluh dingin mula keluar membasahi diriku. Aku gementar.
"Ak... Aku cuma penat..."
"Ye ke ? Awak dah solat asar ?"
Aku mengelengkan kepala. Aish, kenapa aku jujur sangat hari ni ?!
"Kalau macam tu, awak pergilah mandi sana. Lepastu kita solat asar berjemaah. Boleh lah awak rehat lepas solat..." Cadang Azamee Mikael.
"Err ermmm..."
Ah shit ! Kenapa dengan aku ni ? Sejak bila aku jadi seorang yang akur ? Lagi-lagi... Dengan lelaki tu ?!
Sah ! Aku dah kena sihir. Dia mesti dah jumpa bomoh lepastu sihir aku supaya ikut cakap dia.
"Pergilah mandi. Nanti lambat pula solat asar. Ke nak saya mandikan ?"
Siapa nak kau mandikan ?! Jijik !
"Jangan nak gatal. Aku tak cacat lagi." Kataku acuh tak acuh. Tuala yang berada di penyangkut, diambil lalu disidai pada bahu.
"Aih, apa guna aku pula ? Kitakan dah kahwin. Kan lebih manis panggil panggilan sayang ke ? Abang ? Paling okey saya dan awak. Lagi sweet, panggil biy..."
Biy nenek kau !
"Tak nak lah. Tak selesa. Tak suka !"
Aku ingin melangkah meninggalkan mamat tak sedar diri tu dan ingin kabur ke bilik air. Namun, langkahku mati apabila dapat merasakan pinggangku dirangkul dari belakang.
Automatik bulu roma ku meremang. Nafas yang menampar-nampar permukaan belakang leherku semakin membuatku gementar.
"Ap... Apa ni ?"
"No, tukar panggilan dulu. Baru nanti saya lepaskan awak." Ujar Azamee Mikael perlahan.
Ahhh buat je lah ! Seram sejuk aku dibuatnya.
"Lepaslah ! Aku nak mandi lah !" Aku cuba meleraikan rangkulannya namun gagal kerana dia semakin mengemaskan rangkulan.
"Call me biy..." Bisik Azamee Mikael.
Biy ?Eee jijiknya aku !
Ikut je apa si tak guna ni nak, Issa. Buat dia bosan dengan kau !
"B-biy, sa-saya nak mandi. Biy kata nak solat asar sama-sama tadi."
"Okey, sayang !" Sepantas kilat, pipiku dikucupnya. Mataku terbeliak.
Aku memusingkan badanku untuk menghadapkannya. Tangan gatalnya masih lagi setia di pinggangku. Jelas wajahnya tersenyum lebar memandang aku.
Wajahnya benar-benar menarik perhatianku. Dahi yang bersih tanpa sebarang cela. Kening yang nipis. Bulu mata yang agak panjang. Mata hazel yang memukau. Hidung mancung. Bibir nipis dan merah yang menggoda.
Woi, Issa. Sedar ! Apa kau buat ni ?!
Hah ?
"Biy tahu lah biy ni kacak. Janganlah tenung biy macam tu. Nak kena gigit ke ?" Si tak guna itu berpura-pura ingin menggigit hidungku. Nasib baik lah, aku kembali tersedar dan menolak tubuhnya menjauhiku.
Biy...Biy... Biynatang !
Wajahku panas. Bahang di dalam bilik kini semakin membakarku. Aku segera berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu ku tutup kasar.
Bang !
Dup dap... Dup dap...
Kenapa ? Kenapa dengan aku ni ? Kenapa aku malu dengan dia ? Dan...
Kenapa dia bertindak terlalu berani terhadapku ?! Adakah dia langsung tak gugup melihat aku yang baru sahaja beberapa jam sah menjadi isterinya ?
Kenapa Azamee Mikael terlalu berani ingin terus menggoda dan menyakatku ? Lelaki macam dia langsung tidak boleh dipercayai ! Dan niat sebenarku berkahwin dengannya sentiasa tersebat di ingatan.
Cari kebenaran.
Balas dendam.
Ahhh sepanjang hidupku, hari inilah merupakan hari yang paling malang ! Aku tak pernah melalui hari yang teruk berbanding hari ini. Menyedihkan !
✿✿✿
"ADIK..."
"Adik..."
"Adik !"
Mataku meliar mencari si pemanggil. Namun, kosong. Di hadapan ku hanyalah sebuah pantai yang langsung tiada pengunjung kecuali diriku. Bunyi deruan ombak dan tiupan angin membuatkan diriku tenang.
"Adik."
"Kakak ?" Senyuman mula terukir di bibir. Senyuman yang paling bahagia. Kini, hanya kakak kembarku sahaja yang dapat melihat senyuman ikhlas ku.
Kami saling berpelukan. Hangat tubuhnya masih lagi tidak berubah. Aku terlalu gembira sehingga membuatkan air mataku mula bergenang.
"Kakak, ad-adik dah kahwin. Adik... Adik dah jadi isteri ke-kepada tu...tunang akak sendiri. Maafkan adik !"
Aku ketakutan ingin memberitahu hal sebenar kepada akak kembarku, Hanani Qalisha. Aku takut dia akan kecewa dengan keputusanku dan tidak lagi mahu berjumpa dengan ku.
"Akak tahu... Akak tahu..."
"Maafkan adik..."
Tubuhku kembali ditarik ke dalam pelukannya buat seketika. Kedua-dua belah pipiku diusap perlahan.
"Akak nak adik bahagia. Tak kisah siapa pun lelaki tu tapi..." Senyuman di wajah Hanani Qalisha mula memudar.
Dahiku berkerut.
"Tapi apa ?"
"Tapi akak rasa keputusan adik salah. Akak tahu akak tak patut menentang jodoh adik dengan Azamee tapi sekarang hidup adik dalam bahaya !"
"Ap-apa maksud kakak ? Hidup adik dalam bahaya ?"
Jantungku mula berdegup kencang. Kata-kata yang keluar dari mulut akak kembarku membuatkan aku semakin tertanya-tanya.
"Adik dalam bahaya. Kalau ada apa-apa terjadi, larikan diri ! Itu sahaja jalan yang terbaik !".
Larikan diri ?
"Akak..." Aku semakin hilang kata-kata. Adakah nyawa aku kini dalam bahaya ?
"Akak tak boleh jaga adik secara fizikal lagi. Akak dah tak boleh buat apa-apa. Akak tahu adik kuat. Sentiasa berjaga-jaga. Akak tak nak nasib adik sama dengan kakak..."
Hanani Qalisha semakin menjauh dariku. Aku cuba berlari mendapatkannya namun semakin pantas dia menghilang.
"Akak ?! Apa maksud akak ?!"
"Akak ! Please ! Bagitahu adik. Kenapa ?!"
"Akak !"
"Sayang..."
"Issa..."
"Hanani Harissah !"
Aku tersedar. Dengan perlahan-lahan aku membuka mataku. Kepalaku pening. Apa yang sedang berlaku ? Aku cuba untuk melihat sekeliling namun sukar kerana aku dapat merasakan tubuhku hangat dan terdapat tangan memeluk erat tubuhku. Keadaan gelap-gelita. Aku mengecilkan mataku bagi melihat empunya tangan.
"Hah ?" Binggung.
"Hei, kenapa ni ? Awak okey ?" Satu suara garau mula menerpa telingaku.
"Ka-kau si...siapa ?" Aku menggigil ketakutan.
"Ini saya. Azamee Mikael, suami awak..."
Suami ? Jadi sekarang aku dekat mana ?
"Saya dekat mana ?" Tanyaku yang masih lagi binggung dengan keadaan yang terjadi.
"Sayang dekat bilik tidur kitalah. Sayang tadi tiba-tiba menjerit dalam mimpi. Biy risau. Sayang betul-betul okey ?" Tanya Azamee Mikael risau sambil menyapu peluh yang membasahi dahiku.
Mendengar perkataan 'sayang' yang keluar dari mulutnya membuatkan aku berasa nyaman. Tambahan pula, dia menggunakan panggilan tersebut dengan suara serak basahnya. Lagi membuatku berdebar dan nyaman dalam masa yang sama.
Dendam yang tersimpan, ku abaikan buat seketika. Aku masih lagi pusing memikirkan kata-kata akak kembarku sebentar tadi.
Hidup aku dalam bahaya...
Kalau ada apa-apa terjadi, larikan diri adalah jalan yang terbaik...
Kakak tak nak nasib ku berakhir sama dengannya...
Apa maksudnya ? Adakah semuanya itu petunjuk buat diriku ?
Ahhh peningnya kepala. Tidur, Issa... Esok adalah waktu yang terbaik untuk berfikir. Banyak benda yang kau lalui hari ni. Rehatkan minda kau, Hanani Harissah...
"Sayang, are you okey ?"
Aku mengangkat kepala ku memandang wajahnya walaupun samar-samar sahaja. Mata hazel itu ku tenung lama.
"I'm... I'm okey." Jawabku sebelum bertindak melilitkan kedua-dua belah tanganku ke lehernya. Aku tahu pasti mamat tak guna tu akan terkejut dengan tindakanku tetapi aku benar-benar nyaman dan inginkan pelukan agar boleh membuatkan aku tidur kembali.
"Jangan takut okey ? Biy ada..." Azamee Mikael turut sama mengetatkan pelukan. Kepala disandarkan pada bahu ku.
Perlahan-lahan aku kembali menutup kedua-dua mataku rapat. Aku kembali mengantuk. Dan... Akhirnya terlelap sepenuhnya.
Hurmmm🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro