𝕭𝖆𝖇 10 : A BAD DAY I
DAIRI berwarna merah hati milik arwah Hanani Qalisha aku letakkan di atas meja kopi yang terletak di ruang tamu. Sengaja aku tempatkan di situ kerana aku tahu akan ada orang yang akan mengambil dan membacanya.
Aku cuba memaparkan wajah selamba. Dengan langkah ringan, aku berjalan menuju ke dapur di mana terdapat mama, papa dan juga lelaki yang cedera di bahagian kening akibat perbuatanku. Disebabkan kemalangan itulah, ibubapa aku meminta dia tinggal di rumah kami untuk 3 hari sebagai tanda rasa bersalah dengan sikap ku.
But I don't care !
"Morning,mama,papa..." Sapaku ceria sebelum tubuh mama dipeluk kemas.
"Morning anak mama. Kenapa siap cantik-cantik ni ?" Tanya mama yang pelik dengan penampilan kemasku. Aku hanya tersenyum.
"Issa nak pergi U. Dah 4 hari Issa tak pergi U. Banyak nanti yang tertinggal."
Mama dan papa saling berpandangan. Riak wajah mereka kelihatan ragu-ragu. Aku cuba sedaya-upaya untuk menampakkan diriku sebenarya okey walaupun sebenarnya tidak.
"Tapi Issa kan masih lagi tak sihat. Luka kamu pun masih lagi berdarah. Kami risaulah." Kata mama.
"Mama jangan risau. Issa betul-betul okey. Alah sikit je ni. Dah tak sakit dah." Ya, sakit di hati lebih menyakitkan berbanding sakit akibat serpihan kaca kemarin.
"Tak apa lah kalau macam tu. Tapi lepas habis je kelas, terus balik rumah tau. Mama tak nak Issa pergi mana-mana. Mama risau..."
"Okey, ma." Balasku ringkas. Beg sandang aku capai lalu ku sangkutkan pada bahu.
"Sekejap, Issa..." Belum sempat aku ingin meneruskan langkah menuju ke luar rumah, kedengaran papa memanggil namaku. Dengan segera aku menoleh ke arahnya.
"Alang-alang Azamee nak pergi sekolah, boleh lah dia tumpangkan kamu ke universiti."
Dahiku berkerut.
Ah shit !
"Tak apa lah. Issa tak nak susahkan dia. Lagipun jarak universiti dengan sekolah dia jauh." Tolakku. Aku menjeling ke arahnya yang sedang bangkit dari kerusi meja makan.
"Ada lah. Saya hari ni gerak awal. Papa ada cakap yang awak still takut nak bawa kereta. Apa salahnya saya tumpangkan awak, kan ?"
Aku merengus geram. Diikutkan hatiku, mahu sahaja aku capai kasut lalu baling ke arah mukanya. Biar tambah parut.
"Tapi..."
"Dah dah. Kang nanti lambat pula sampai U. Pergi cepat !" Arah papa yang memotong percakapan ku.
Nak tak nak,aku terpaksa akur. Dengan terpaksa, aku berjalan masuk ke dalam kereta milik Azamee Mikael.
Kekok. Janggal. Sunyi. Dingin.
Itulah antara perkataan yang dapat aku berikan untuk menjelaskan keadaan. Sesekali mataku menjeling ke arahnya yang sedang fokus memandu. Suasana di dalam kereta sunyi dan hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang memeriahkan keadaan.
Aku mengeluh. Melihat wajahnya, semakin membuatkan amarahku semakin membuak-buak. Namun, aku harus bersikap profesional.
"Awak ada kelas pukul berapa ?" Aku tersentak. Automatik kepalaku menoleh ke arahnya.
Dia cakap dengan aku ke ?
"Hurmmm ?"
"Saya tanya, awak ada kelas pukul berapa hari ni ?" Ulangnya. Jadi betullah dia sedang bercakap dengan aku.
"Pukul 10:30 nanti." Jawabku acuh tak acuh.
Aku melihatnya sedang memandang ke arah jam tangannya sebelum kembali menumpukan perhatiannya terhadap jalan raya.
"Awal lagi ni. Lagi 30 minit. Awak nak makan ? Tadi saya tengok awak tak sarapan apa-apa pun."
Aku pantas mengelengkan kepala. Menolak ajakannya.
"Tak nak. Aku tak lapar lagi. Nanti aku makan dekat U je."
"Hurmmm kalau macam tu, jom saya bawa awak sarapan. Jangan risau, awak akan sampai universiti awal."
"Tak payah." Tolakku dingin. Wajahku kosong tanpa sebarang reaksi.
"No,tiada bantahan..."
Aish, mamat ni. Aku terajang juga dia ni kang. Biar mati terus. Penumbuk ku genggam kemas.
Kereta milik mamat tak reti bahasa Melayu ini berhenti betul-betul disebuah kedai makan. Enjin kereta dimatikan.
"Tunggu apa lagi ? Jomlah keluar."
"Haih,sial..." Gumamku perlahan. Namun, dapat didengari jelas oleh Azamee Mikael. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.
Aku benci dipaksa. Aku sukakan kebebasan. Tak pernah ada orang berani memaksa ku termasuk keluarga dan sahabatku sendiri. Tapi, lelaki ni...
Ahhhh sabar, Issa. Sabar...
"Awak ni lambatlah. Nak saya dukung ke ?"
Celaka !
Aku tidak membalas. Muka mamat tak guna tu, aku jeling dengan jelingan tajam. Hatiku semakin sakit apabila melihat dia ketawa besar.
Dengan langkah sebal,aku membuntuti langkahnya masuk ke dalam kedai makan tersebut. Aku memilih duduk di meja yang betul-betul bawah kipas.At least dapatlah aku sejukkan sikit hati aku yang tengah mendidih ni.
"Order lah apa yang awak nak makan. Saya dah sarapan tadi."
"Ya,nak makan apa ?" Pelayan datang menghampiri meja yang akan sedang duduk.
"Bagi saya kopi panas. Saya tak nak makan." Pesan Azamee Mikael.
"Baik...Cik ?"
Okey ! Masa untuk kenakan mamat tak guna ni balik ! Aku tersenyum lebar sebelum mula membuka mulut untuk membuat pesanan.
"Saya nak order nasi goreng kampung, roti canai kosong sekeping, roti tisu sekeping. Saya nak air milo ais.Kat sini ada jual kuih tak ?"
"Ada. Hari ni kami jual kuih karipap dengan donat."
Teruskan Issa...
"Bagus. Kalau macam tu saya nak tambah kuih karipap 2 ringgit. Haaa donat pun sama. Saya nak 2 ringgit ! Itu je lah..." Senyumanku semakin melebar.
Pelayan dan Azamee Mikael sama-sama terlopong dengan pesanan yang dibuat oleh aku. Lambat-lambat,pelayan itu menganggukkan kepalanya sebelum berlalu pergi.
"Ehemmm wow..."
"Kenapa ? Tak boleh ? Aku lapar..." Tanyaku tanpa rasa bersalah.
Azamee Mikael mengelengkan kepala sambil tersenyum. Mungkin dia tidak percaya dengan selera makan ku.
"Mestilah boleh. Awak jangan risau. Hari ni saya akan belanja semuanya."
Aku mencebik menyampah.
"Memang pun. Kalau kau tak nak pun, kau tetap kena bayar..." Ujarku perlahan.
Dalam beberapa minit, semua makanan yang aku pesan sudah pun tiba. Aku berpuas hati dengan pencapaian ku. Sudu dan garpu aku capai pantas.
Sedang aku sibuk menjamu selera, aku terpandang ke arah dia yang juga sibuk merenung wajahku. Aku berdecit.
Kau dah kenapa dok tenung muka aku lama-lama ? Comot ke ? Aku meraba-raba wajahku.
"Asal ?"
"Tak ada lah. Comel tengok awak makan..."
Fuhhh !
Huk ! Huk !
Aku tersedak. Tekak ku terasa pedih. Mataku terpejam rapat.
"Eh ?" Air milo yang ku pesan, disuakan. Tanpa teragak-agak,aku menyambutnya. Air tersebut ku teguk rakus.
"Awak okey ?" Tanya si tak guna bimbang. Aku hanya mendiamkan diriku.
Mestilah tak ! Dasar mulut manis. Aku tikam juga biji mata kau guna garpu ni karang ! Sudu dan garpu digenggam erat.
"Diamlah, setan. Kau yang buat aku bersedak. Dasar mulut manis. Menyampah aku !"
Aku fikirkan lelaki itu akan terkejut dengan bahasa yang ku gunakan. Namun, sebaliknya. Kedengaran tawa lelaki tersebut kedengaran.
Dia tak kisah ke aku maki dia ? Ke dia dah biasa kena maki ? Kakak pun macam ni ke sebenarnya ? Tak mungkin lah !
"Mulut awak ni memang berbisa kan. Berbeza betul dengan arwah Qalis. Korang memang kembar seiras tapi perangai macam langit dengan bumi...."
"Bagus lah tu." Laju sahaja mulut kotorku ingin membalasnya.
Azamee Mikael tidak membalas apa-apa. Dia hanya tersenyum lebar sambil kembali menatap wajah cantikku. Ceh, sempat perasan diri.
"Setiap kali saya tengok muka awak, saya asyik teringatkan arwah Qalis."
Aku terkedu. Aku mengangkat kepala ku seketika memandang wajahnya. Tiada senyuman lebar kali ini yang menghiasi wajahnya.
Aku kembali menyambung suapan. Cuba mengambaikan kata-katanya. Sebenarnya, apa yang disebut adalah perkara biasa kerana semua orang tahu aku dan Hanani Qalisha adalah kembar seiras. Tapi, hati aku dapat merasakan si tak guna ni sedang merindui kakak kembarku.
Aku tidak membuka mulutku. Malas mahu terus bertekak. Aku cuba abaikan kewujudannya.
✿✿✿
Buk !
BEG sandang ku baling ke atas sofa. Letihnya ! Aku mengeluh panjang. Penat seharian di universiti. Nasib baik lah tak banyak tugasan yang diberikan kalau tak memang esok aku dah tempah kain kapan untuk diriku.
Aku mula merebahkan tubuhku di atas tilam. Ahhh lega ! Sedang aku cuba memejamkan mataku, perasaan asing mula menerpa. Kedua-dua belah tanganku menggigil. Jantungku berdegup laju. Aku sukar untuk bernafas.
Penyakit ni datang lagi ? Segera botol kecil berwarna putih ku capai lalu ku telan sebiji. Bagi aku ini sahaja cara yang ada iaitu ubat penenang. Setelah memastikan kondisi ku semakin pulih, aku sekali lagi cuba memejamkan mata untuk berehat sebentar.
Namun...
Tok ! Tok ! Tok !
Arrrrghhh stress betul !
"Nak apa ?!" Teriakku dari dalam.
"Saya ni, Issa. Keluar lah sekejap. Ada benda yang saya nak tanya..."
Azamee !
Malas betullah badan aku ni. Aku ingin membiarkannya namun ketukan di pintu semakin bertalu-talu sehingga terpaksa membuatkan aku mengalah.
"Kau nak apa ?!" Berang ku.
"Maaflah kacau awak tapi saya nak tanya pasal buku ni." Sebuah buku berwarna merah hati ditunjukkan. Aku cuba menyembunyikan senyuman. Dia dah jumpa !
"Ooo asal ?"
"Saya bukan nak kacau privasi arwah tapi saya betul-betul nak tahu isi dairi ni. Muka surat paling belakang. Arwah ada tulis pasal...perkahwinan..."
"Perkahwinan ?" Dahiku berkerut.
"Ermmm sebab tu saya nak jumpa awak. Awak baca ni." Dari tersebut bertukar tangan.
Aku tak tahu bila aku akan pergi. Aku bukan tidak teruja dengan pernikahan yang akan berlaku antara aku dan kekasih hatiku, Azamee cuma aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku berharap itu hanyalah perasaan sahaja.
Kalau betullah ajalku tiba awal dan aku tidak dapat bersama dengan kekasihku, aku ingin kekasihku, Azamee Mikael menikahi adik kembarku, Hanani Harissah. Ya, aku tahu permintaan aku ni gila cuma aku nak kekasihku bahagiakan adikku sebagai mana dia pernah bahagia kan diriku...
Apa semua ni ? Ini ke rancangan Jojo ? Bukankah sudah melampau ?
"Err ja...jadi kenapa ?" Soalku gugup.
"Saya... Saya nak tunaikan permintaan arwah. Saya cintakan arwah. Saya tak nak kecewa kan dia..."
Ya,sepatutnya aku gembira kerana rancangan kami sudah berjaya namun perasaan marah lebih menguasai.
"Kau !" Tanpa aku sedari, tangan kanan ku sudah pun bertindak mencengkam kolar bahunya. Nafasku turun naik.
Wajahnya tampak terkejut dengan perbuatanku. Tanganku turut sama dipegangnya agar cengkaman tidak terlalu kuat.
"Kenapa ? Kenapa ? Kenapa kau senang-senang setuju ?! Kau tak cintakan akak ke ?! Sanggup kau nak menduakan dia ?! Takkan senang-senang macam tu je kau dah lupakan dia ?!" Bentak ku. Aku kecewa dan gembira pada masa yang sama.
"Disebabkan terlalu cintakan...dia lah... Saya terima..." Balasnya dengan keadaan yang sukar untuk berbicara.
"Sial !" Cengkaman dilepaskan. Aku cuba menenangkan diriku kembali. Senyuman kembali terukir di bibirku. Bagaikan tidak ada apa-apa terjadi.
"Huh...Huh..."
"Baik ! Kalau itu yang kau nak. Aku pun terima sebab ini permintaan arwah kakak..."
"Ba-baik... Nanti saya bagitahu fam...family kita..." Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Ada apa-apa lagi ? Kalau tak ada apa-apa, aku nak masuk tidur. Penat..." Aku ingin segera kembali masuk ke dalam bilik. Sakit hatiku melihat wajahnya.Benci ! Jijik !
Azamee Mikael tidak membalasnya namun dia hanya menganggukkan kepala. Cengkaman yang dibuat oleh Hanani Harissah cukup membuatkannya dia sukar bernafas. Tekaknya pedih.
Bang !
Pintu dihempas kuat. Aku sudah tidak mampu menyembunyikan senyumanku. Aku mendepakan kedua-dua belah tanganku. Puas ! Dia dah jatuh ke dalam perangkap !
Bodoh ! Senang-senang macam tu kau percaya ? Betullah,orang kalau dah mabuk bercinta, kadang-kadang boleh jadi bodoh.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !
Tunggu dan lihat, baby boy...
Banyak betul kau mencarut,Issa. Banyak dosa kau hari ni😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro