𝕭𝖆𝖇 1 : UNCLE
AKU mencebikkan bibirku. Tangan Hanani Qalisha, aku genggam erat. Berat hatiku untuk lepaskannya. Air mata sudah pun deras mengalir membasahi pipi tembamku.
Hanani Qalisha menjuihkan bibirnya sambil menggosok manja kepalaku. Air mataku turut disekanya.
"Janganlah nangis. Akak pergi sana sekejap je. Paksu kan ada. Adik janganlah risau..." Pujuk Hanani Qalisha.
Aku tetap keras kepala. Tubuh itu masih tidak dilepaskan.
"Tak nak ! Adik nak kakak !"
"Issa, janganlah macam tu. Kesian kakak kamu. Seminggu je dia pergi camping tu." Kali ini pak su cuba memujukku.
"Ermmm tak nak !"
"Paksu, Qalis dah nak gerak ni. Mak kawan Qalis dah sampai nak jemput Qalis. Paksu tolong jaga Issa untuk Qalis, boleh ? Risau Qalis dibuatnya..." Pinta Hanani Qalisha.
"Mestilah boleh. Lagi pun Issa ni bukan orang lain, anak buah paksu juga. Kamu pergi lah. Hati-hati ya..."
Hanani Qalisha hanya menganggukkan kepalanya sambil meraih tangan paksu lalu disalam.
"I need to go now, princess. Take care ! I love you." Dahiku dikucupnya lama sebelum dia mula berlari mendapatkan kereta kepada emak kawannya.
Tangisanku semakin menggila. Aku terduduk lemah di atas lantai.
"Dah dah lah tu. Jom masuk ! Paksu masakkan Issa sesuatu ya ? Mesti Issa lapar, kan ?" Tanganku ditarik oleh paksu untuk masuk ke dalam rumah.
Nak tak nak, aku terpaksa mengikuti langkahnya. Aku dibawa ke dapur.
"Duduk sini. Sekejap, paksu masakkan sesuatu okey ?" Rambutku dibelai manja.
Aku hanya membatukan diri. Malas untuk membalas apa-apa. Paksu mula membuat tugasnya dengan kusyuk.
Selepas beberapa minit, paksu kembali merapatiku yang masih lagi duduk di kerusi meja makan sambil membawa pinggan berisi nasi goreng. Dia tersenyum lebar.
"Dah siap ! Makan lah..." Pelawa paksu sambil meletakkan sudu dan garpu di atas meja.
"Tak lapar. Paksu makan lah." Tolakku.
Sumpah ! Aku tak ada mood untuk makan. Aku hanya inginkan akak kembarku sahaja buat masa sekarang.
"Janganlah macam tu. Makanlah. Penat paksu masak tau..." Ujar paksu sambil mencebikkan bibirnya.
Aku hanya memandang kosong wajah paksu. Rumah ini sunyi. Paksu masih lagi belum mendirikan rumahtangga kerana usianya masih muda. Tahun ini usia paksu ku masuk 25 tahun. Sebab itu lah aku bertambah bad mood bila tinggal berdua dengan paksu.
Bukan itu sahaja sebabnya. Ada sebab lain yang susah untuk aku jelaskan...
"Ermmm okey !" Balasku acuh tak acuh sebelum mula mencapai sudu dan garpu.
Aku mula menikmati nasi goreng yang dimasak oleh paksu. Sedang aku menikmati makananku, aku dapat merasakan tangan paksu menjalar di sekitar bahuku. Aku mengangkat kepalaku menghadap mukanya.
"Ermmm malam ni tidur dengan paksu ya ? Dah lama kita tak tidur sama-sama. Paksu rindu sentuhan sayang..." Kata paksu sambil tangan miangnya ralit mengusap pipiku.
Aku merengus geram. Ini lah sebabnya !
"Tak boleh. Malam ni Issa kena siapkan kerja sekolah."
"Ala, tak apa. Esok paksu tolong Issa buat. Paksu janji ya, sayang..."
Bibirku dikucupnya sekilas sebelum dia mula meninggalkan aku keseorangan di dapur.
Plak !
Sudu dan garpu ku campak kasar. Bangsat ! Dasar lelaki tak guna !
Sebab inilah aku tak mahu berjauhan dengan kakak kembarku, Hanani Qalisha. Aku sentiasa menjadi mangsa kerakusan paksu ku sendiri apabila ada peluang. Pantang akak kembarku tiada di rumah, laju sahaja lelaki bangsat itu menarikku ke bilik tidurnya.
Setiap kali aku menolak, setiap kali itu jugalah aku akan dipukulnya. Bukan setakat itu, ditendang dan pernah diugut bunuh.
Patutkah lelaki macam dia layak digelar pak cik ?
Bila akak kembarku melihat kesan luka yang dibuat oleh si bangsat itu, aku terpaksa menipunya. Kadang-kadang aku sendiri rasa bersalah.
Kadang-kadang aku rasa malu untuk berdiri di cermin. Aku dapat berasakan cermin tersebut sedang mengejekkku.
'Pelacur...'
'Kesian. Jadi pemuas nafsu pak cik kau sendiri. Pelacur !'
Nampaknya, malam ini sekali lagi tubuhku menjadi mangsa binatang seperti dia.
Bila semua ni akan berakhir ?
✿✿✿
AKU termenung memandang dinding. Selimut ku tarik lagi untuk menutup tubuhku yang tidak berlapik dengan sebarang benang. Wajah si bangsat yang sedang nyenyak tidur di sebelahku, ku pandang dengan pandangan jijik.
Kenapa aku perlu rasa takut untuk memberitahu akak kembarku apa yang terjadi ? Oh, aku tidak sanggup...
Pernah aku tersasul, habis petang itu tubuhku di tendang-tendang oleh si bangsat tersebut. Waktu itu, kakak kembarku harus pergi ke rumah kawannya untuk menyiapkan kerja sekolah.
Ah ! Aku dah tak tahan hidup macam ni !
Aku cuba untuk meninggalkan katil dan ingin menyucikan tubuhku namun terdapat satu tangan lebih pantas menarikku sehingga membuatkan belakang badanku mencium dada paksu.
"Paksu ! Apa ni ?!" Marahku. Kenapa si bangsat ini harus bangun sekarang ?
"Sayang nak pergi mana ? Temanlah paksu tidur. Kan paksu dah janji, nanti paksu tolong sayang siapkan homework..." Kata paksu. Atau lebih tepat 'Si bangsat'.
"Issa tak nak kacau paksu tidur." Aku mencipta alasan.
"Mana ada. Paksu lagi happy tau sayang teman paksu. Kalau hari-hari kan best, itu lah Qalis selalu ada dekat rumah..." Paksu mencebik.
Bagus lah sial ! Tak ada lah aku kena layan nafsu serakah kau tu hari-hari. Jijik !
"Nasib baik Qalis tak ada dekat rumah seminggu. Jadi, paksu nak Issa teman paksu tidur selama seminggu ni boleh ?" Bahuku yang terdedah, diusapnya.
"Suka hati."
Kalau aku menolak, pasti penamparnya akan melayang di mukaku. Selepas itu, dia akan berlagak macam tiada apa terjadi.
"Paksu tak nak kahwin ke ? Tak nak ada isteri dan anak ? Sampai bila paksu nak macam ni ?" Ku beranikan juga diriku untuk bertanya.
Kepala ku tunduk sebentar. Mana tahu angin si bangsat tu tiba-tiba datang. Bolehlah aku standby !
"Tak nak. Paksu nak kita macam ni sampai bila-bila. Kalau boleh, paksu nak kahwin dengan Issa."
Gila !
"Paksu dah gila ke apa ?! Paksu tak boleh kahwin dengan Issa lah. Benda tu takkan terjadi !" Bentakku.
"Tapi paksu cintakan sayang..."
Aku tersenyum sinis. Cinta ? Kau cintakan aku ? Aku rasa kau salah cakaplah. Sepatutnya...
'Paksu cintakan badan sayang...'
Aku takkan pernah nak kahwin dengan jantan jijik macam kau. Dasar gila ! Dengan anak buah sendiri pun bernafsu !
Kau sepatutnya mati lah setan !
Aaaaaaa poor girl ☹️🖤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro