Epilog
ROSE memandang Encik Firdaus lama.
"Ayah... tak boleh ke Rose duduk rumah?" tanya Rose. Sebenarnya dia agak malas mahu keluar.
"Boleh tapi kamu kena makan ubat."
"Rose lagi rela ikut. Bila kita gerak?" Encik Firdaus menggelengkan kepala melihat perangai anak gadisnya walaupun sudah berusia 20 tahun.
"Sekarang, Rose." Encik Firdaus tersenyum sebelum terpandang buku lukisan Rose yang terbuka kerana ditiup angin. Dia menghampiri buku lukisan itu sebelum menyedari sesuatu.
"Rose mesti terkejut."
"Ayah! Jom gerak," panggil Rose sebelum menyarung kasut tumit tinggi lalu menuju ke kereta Myvi kesayangan.
"Ayah pandu. Kalau kamu pandu, pukul berapa kita sampai," bantah Encik Firdaus sebelum merampas kunci kereta.
"Ke kamu nak makan ubat?" Encik Firdaus mengukir senyuman selepas Rose menutup pintu sebelah pemandu.
"Mana boleh ugut," rungut Rose seraya berpeluk tubuh.
"Boleh..." sakat Encik Firdaus sebelum menukar gear. Rose merangkul lengan Encik Firdaus sehingga mereka masuk ke dalam kafe.
"Fir! Dah lama kita tak berjumpa," tegur Tengku Izz sebelum berjabat tangan dengan sahabat lamanya. Dia mengalihkan pandangan sebelum memandang Rose.
"Rose. Nur Syazwani Roseluna." Rose mengukir senyyman nipis sebelum menyalam tangan Puan Erin.
"Cantiknya nama, macam tuan dia." Rose tersenyum malu apabila dipuji di khalayak ramai.
"Anak aku sampai lambat sikit, ada hal katanya. Harap-harap jangan dia melencong tempat lain sudah la," ujar Puan Erin. Dia pening memikirkan perangai anak terunanya yang semakin hari semakin pelik.
"Kau tahu tak? Dia kata dia pernah mimpi seorang gadis. Dalam mimpi tu diorang berkawan sampai kahwin. Aku dengar pun pelik. Ada ke orang nak workolic macam anak aku tu? Kerja teruk sangat, tapi tak pernah sakit," adu Tengku Izz.
"Sama la dengan ni ha... Kalau tak diugut, dia tak nak teman aku," perli Encik Firdaus.
"Sampai hati..." rajuk Rose. Mereka bertiga ketawa melihat wajah cemberut Rose.
"Rose nak pergi tandas sekejap." Rose berlalu pergi sebelum berselisih dengan seseorang.
"Papa." Puan Erin menjegilkan mata apabila melihat wajah selamba anak terunanya.
"Bertuah punya budak. Tengok sekarang dah pukul berapa? Kamu ni memang janji melayu betul," bebel Puan Erin.
"Jangan marah dia," tegur Tengku Izz. Puan Erin menjongketkan bahu tanda mengalah.
"Ayd nak pergi kaunter kejap, nak tengok apa makanan yang ada. Ayd lapar."
"Siapa suruh kamu kerja lebih masa?" perli Tengku Izz.
Rose terburu-buru keluar dari tandas sebelum menuju ke kaunter. Dia juga lapar kerana Encik Firdaus tidak memesan makanan untuknya sekali.
"Ayah ni kalau dah jumpa kawan lama memang lupa aku."
"Eh, Ayden! Lama tak jumpa kau."
"Sama la, Hakim." Rose membelakangi anak Puan Erin dan Tengku Izz jadi dia tidak melihat gerangan yang bercakap di belakangnya.
"Eh, kau pun ada, Hana?"
"Kau nak aku pergi mana? Sebenarnya aku malas nak keluar, tapi aku kena pujuk dengan Lin dan Irfan. Tu yang aku ada dekat sini."
Rose memasang telinga namun fikirannya entah ke mana. Kenapa nama-nama itu seperti pernah dia dengar tetapi di mana?
Mereka berlanggar sehingga Rose terpaksa mengerdipkan mata beberapa kali. Rasa pening hilang diganti dengan rasa bengang.
"Sorry, sorry." Rose hanya menganggukkan kepala sebelum mendongak. Dia terpaku saat melihat wajah itu.
"Kau siapa?" tanya Han ramah.
"Rose. Nur Syazwani Roseluna." Mereka berlima saling berpandangan sebelum memandang Rose. Mereka seperti pernah dengar nama itu.
"Aku Hana. Tengku Hana Syazel. Ni tunang aku, Muhammad Hakim Farhan."
"Aku Muhammad Irfan Adrian tunang minah ni. Dia ialah Nur Amira Alina. Kau boleh panggil dia Lin."
"Kau siapa?" Jejaka itu terpinga-pinga saat Rose bertanya.
"Aku Ayden. Tengku Ayden Zarel. Atau kau boleh panggil aku..."
"Aiz?" Air mata turun tanpa dipinta. Adakah benar jejaka di hadapan ini ialah dia?
"Jadi aku tak berimaginasi. Be mine forever," ujar Rose sebelum mengukir senyuman lebar.
"Be Mine Forever." Aiz membalas senyuman itu dengan menyerahkan sebentuk cincin kepada tuannya.
THE END
18/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro