Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 60💍

ROSE tidak senang duduk apabila melihat pengantin lelaki duduk di hadapan ayahnya, Encik Firdaus.

Siapa pula pengantin lelaki yang Han cari last minute tu? Seram pula aku, getus Rose. Dia mengalihkan pandangan ke arah dua orang sahabatnya yang sudah menjadi isteri orang.

"Mana kau cari bakal suami aku ni, Hana?" bisik Rose.

"Ini Tengku Hana Syazel, mesti yang terbaik dari ladang aku cari." Lin menggelengkan kepala. Boleh pula dia guna perkataan ladang? Haish... kawan siapa la ni, sila bawa jauh-jauh!

Tazkirah dimulakan selepas mereka bertiga menutup mulut. Han dan Lin menggenggam erat tangan Rose yang pucat.

"Sabar kak sabar... Bukan kau yang jabat tangan ayah kau," sakat Lin. Rose membalas dengan jelingan. Bahu Han terhenjut-henjut menahan ketawa. Han menjegilkan mata ke arah Lin kerana mencubit lengannya dari belakang.

"Diam la," marah Rose. Mereka berdua tersengih-sengih.

"Sah." Bunyi tembakan menyebabkan mereka terkejut.  Mereka bertiga mencari-cari gerangan yang melepaskan tembakan.

"Timur laut," ujar Aiz sebelum menyelempangkan sampin. Pistol di dalam poket baju melayu dicapai sebelum picu ditarik. Pengawal-pengawal Tengku Rafael melindungi keluarga mereka daripada terkena tembakan.

"Aku tak faham," ujar Rose pelik namun dia turut melepaskan tembakan.

"Macam mana okey tak orang yang aku cari dari ladang?" tanya Han selamba selepas mengisi peluru.

"Kau ingat dia apa, lembu?" tanya Irfan sebelum menarik Lin ke belakang. Nasib baik tembakan tersasar kerana Hakim melemparkan pisau belati ke pergelangan tangan pihak lawan.

"Ala... betul la apa yang aku cakap. Aku jumpa dia di ladang strawberi semalam. Bukan aku cakap benda bukan-bukan." Aiz menjeling Han kerana berkata sedemikian.

"Jangan macam-macam bro, wifey aku tu," ujar Hakim risau. Musuh semakin menghampiri mereka. Peluru pula hampir habis. Pisau-pisau belati pula sudah hilang entah ke mana.

"Hubby, macam mana ni? Anak panah dah patah orang ramai pijak tadi. Nak pakai lastik, peluru tertinggal dekat rumah."

"Macam mana boleh tinggal?" tanya Hakim pelik.

"Ara buang sebab dia ingat tu plastik gula-gula." Hakim meraup muka tanda bengang namun dia tidak sampai hati mahu membebel apabila melihat wajah Han yang kepenatan. Nasib baik gadis yang sudah sah menjadi isterinya hanya memakai baju kurung sahaja.

"Aiz!" Rose terkejut apabila dia dipeluk dari belakang namun dia sempat menoleh dan melihat suaminya memuntahkan sejumlah darah.

"Abang..."  Tubuh Aiz melurut namun sempat disambut. Tangannya menggigil mengusap wajah pucat Aiz.

"Kenapa?" tanya Rose sebak. Dia menggenggam erat tangan jejaka itu, tidak mahu melepaskan.

"Ini... tanggungjawab abang untuk melindungi awak. Awak kan bidadari, awak tak boleh menangis. Nanti muka awak buruk," gurau Aiz sebelum terbatuk-batuk.

"Jangan pergi... jangan tinggalkan saya." Rose menangis teresak-esak apabila jejaka itu sedang nazak.

"Janji dengan abang, boleh?"

"Jangan pergi..." rengek Rose sebelum meletakkan tangan Aiz di wajahnya.

"Bangun daripada mimpi ni. Ini bukan tempat awak. Mereka sedang menunggu awak. Kalau ada jodoh, In Sya Allah kita akan jumpa lagi. Janji?" Walaupun perit, Rose tetap menganggukkan kepala. Dia menatap mata itu buat kali yang terakhir.

"You always mine, dear." Itu perkataan terakhir yang didengari sebelum pandangannya kelam.

♡♡♡♡

"KAU tahu tak Su? Aku mimpi aku jumpa dia dalam mimpi," ujar Rose sebelum ketawa. Suhaila mencebik kerana bosan mendengar cerita kembarnya itu.

"Bosan..." balas Suhaila sebelum menggeliat.

"Kau ni tak sporting la. Macam mana nak kahwin kalau boyfriend pun tak ada," perli Rose sebelum menutup bonet kereta Myvi.

"Macam mana rupa dia, Rose?" tanya Suhaila sebelum membuka kasut.

"Anak mata dia cantik, warna hazel. Wajah dia nak kata sawo matang tak, dia putih lagi. Sado." Suhaila hanya menadah telinga.

"Rose! Kamu bercakap dengan siapa?" tanya Encik Firdaus sebelum menurunkan surat khabar.

"Dengan Su, ayah," balas Rose sebelum duduk di hadapan ayahnya. Dia memerhati lukisan wajah lelaki di dalam mimpinya. Dia hampir terlupa nama lelaki yang menjadi suaminya dalam mimpi.

Encik Firdaus menggelengkan kepala sebelum melipat surat khabar lalu merenung wajah anak gadisnya tajam.

"Rose ada makan ubat tak?" Rose tersengih sebelum menggelengkan kepala.

"Dah 15 tahun Rose berhenti makan ubat." Rose menundukkan kepala apabila melihat wajah ayahnya menjadi bengang.

"Kenapa tak makan?" tanya Encik Firdaus lembut. Jika dia menengking gadis itu, entah apa yang Rose akan lakukan.

"Rose dah sihat la ayah," balas Rose perlahan. Encik Firdaus menceritakan perkara yang sepatutnya Rose tahu dan sedar.

Nur Syazwani Roseluna dan Nur Suhaila Lily, dua orang kanak-kanak yang tidak pernah berpisah. Hubungan mereka sangat erat.

"Rose..." sapa Suhaila sebelum duduk di sebelah kembarnya.

"Mana ibu dan ayah?" Suhaila memusingkan badan adiknya ke belakang. Encik Firdaus dan Puan Ain melambai ke arah mereka berdua.

"Jom." Suhaila menghulurkan tangan sebelum disambut oleh Rose. Mereka berkaki ayam menuju ke tempat ibu ayah mereka yang setia menunggu.

"Ibu tengok ni," panggil Rose sebelum mengeluarkan cengkerang dari belakang.

"Cantiknya... Su duduk makan," ujar Encik Firdaus. Suhaila mengambil tempat di hadapan ayahnya manakala Rose di sebelahnya.

"Sedapnya..." puji Rose dan Suhaila serentak. Puan Ain ketawa perlahan apabila melihat mereka makan penuh berselera malah menambah nasi beberapa kali.

"Makan, jangan tahan lapar. Penat ibu masak," kata Encik Firdaus.

"Ibu nak ais krim dekat sana," pinta Suhaila.

"Habiskan nasi dulu, baru boleh pergi," balas Puan Ain sebelum membuang pinggan polistrin ke dalam tong sampah yang disediakan.

"Rose nak duduk sini dengan ayah." Suhaila dan Puan Ain memeluk Rose dengan erat. Puan Ain mengukir senyuman kepada suaminya manakala Suhaila memeluk Encik Firdaus selama beberapa minit. Rose menghampiri mereka berdua sebelum memeluk mereka bertiga dengan tangan kecilnya.

Suhaila dan Puan Ain melambai-lambai seperti mereka tidak akan kembali ke pangkuan Rose dan Encik Firdaus lagi.

"Ayah... tengok tu!" Mereka berdua berlari namun mereka terlambat apabila Puan Aim ditikam di dada manakala Suhaila ditembak tepat di dada.

"Sayang! Su!"

"Ibu! Su!"

Rose memangku kepala Suhaila seraya menepuk perlahan pipi kecil itu beberapa kali.

"Su! Jangan tinggalkan Rose!" Air mata menitis di wajah Suhaila tanpa henti.

"Janji dengan Su, boleh?" tanya Suhaila dengan perlahan. Rose mengangguk. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan kembarnya gembira.

"Janji dengan Su, jangan lupakan Su. Jaga kesihatan. Nanti Su dah tak ada nak suruh Rose makan ubat, makan itu makan ini. Kita tak boleh gaduh macam dulu lagi. Su akan sentiasa ada dekat dengan Rose walaupun tiada depan mata tapi Su akan sentiasa berada dalam hati Rose. Janji?"

"Janji." Tautan jari mereka terlerai apabila Suhaila menghembuskan nafas terakhir.

"Su..." Mata Rose menjadi kosong sebelum dia pitam.

Rose duduk bersimpuh di tepi kubur Suhaila. Dia tidak menitiskan air mata sejak kembarnya dikebumikan.

"Ayah... Su dengan ibu tengah tunggu kita dekat rumah, kan?" Encik Firdaus terkedu. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuannya.

"Rose... ibu dan Su dah tak ada," terang Encik Firdaus sebelum memandang wajah anaknya. Dia mendukung Rose sebelum berhenti di hadapan seorang lelaki.

"Tolong aku, Ras. Anak aku..." Encik Firdaus tidak dapat meneruskan kata-kata kerana sebak.

"Anak kau kena makan ubat. Bergantung kepada semangat untuk pulih anak kau, jika tidak dia hanya akan bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup."

"Ayah... bila kita boleh balik? Rose lapar, mesti ibu dah masak sesuatu." Encik Firdaus memejamkan mata, tidak sanggup mendengar perkataan yang keluar dari bibir Rose.

Tidak berapa lama kemudian, Rose disahkan menghidap sejenis penyakit. Mereka telah berpindah ke tempat yang lain. Semasa Rose remaja, dia telah bermimpi berpuluh-puluh orang yang wujud di dunia sebenar serta menceritakan mimpi yang mereka alami. Bila Encik Firdaus bertanya kepada orang kanannya, betul apa yang Rose cakap kan.

Namun, Rose tidak bernah berjumpa dengan orang yang dia mimpi. Rose ingin bertemu dengan jejaka yang telah mencuri hatinya.

"Aku harap kita akan berjumpa secara berdepan tidak lama lagi." Dengkuran halus kedengaran tidak lama selepas Rose memejamkan mata.

Tbc

18/10/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro