Bab 59💍
ROSE termenung lalu menongkat dagu. Sebulan telah berlalu, kini Queen berpisah buat seketika kerana sibuk dengan perancangan perkahwinan masing-masing.
"Apa reaksi kau bila kau ingat tentang aku? Lima bulan dua minggu, kita kenal tapi kau cuma ingat kita kenal baru sebulan lima hari. Tak sabar aku nak tahu," gumam Rose sebelum menyelak sekeping fail putih. Dia membelek fail itu lama sebelum menyedari sesuatu.
"Ni bukan ke fail yang Aiz bagi? Macam mana boleh ada dekat sini? Aku rasa aku dah tinggalkan dekat dalam laci." Rose membawa fail itu sehingga ke beranda. Matanya meliar mencari kelibat seseorang yang mencurigakan namun hampa.
"Mungkin aku terambil." Rose bersila di atas karpet berbulu gebu seperti bulu kucing. Tidak lama kemudian, dia membuat kuak rentang. Gaya bintang dibuat seraya dia mengiring. Dia tidak perasaan seseorang memerhati kelakuannya.
"Dingin tapi comel. Garang tapi sengal. Nampak baik tapi perangai tak semenggah. Itulah Tia yang aku kenal dan itulah Luna, anak papa. Tak sangka aku jumpa mereka dalam realiti tapi semuanya dah terlambat. Kau akan jadi milik orang lain. Aku nak sangat kau bahagia tapi kau ada dia." Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Ketawa kecil terlepas apabila gadis itu menguap lalu menutup mulut dengan bantal berbentuk hati.
"Aku nak kau tapi kau akan jadi hak dia. Nampaknya mungkin ini kisah cinta kita, kisah cinta yang bahagia dari jauh tetapi penuh duka. Aku nak bagitahu kau malam tu yang aku akan bertunang, hari yang sama dengan tarikh kau kahwin.
Aku nak pergi majlis kau tapi apa pula kata mama aku? Aku pengecut, Tia. Papa penakut, Luna. Papa tak mampu perjuangkan cinta papa. Dalam diri dia, dua permata hati papa wujud. Dia punca papa bahagia dan tanpa dia papa hilang separuh jiwa." Aiz membetulkan cermin mata hitam milik Rose yang tertinggal.
"Selamat tinggal, kekasih hati." Seseorang memandang kelibat Aiz sehingga hilang.
"Aku tak akan biarkan Han dan Ara bahagia, korang kecewa dan menderita disebabkan mereka jadi aku akan hancurkan kepercayaan keluarga dan tunang mereka. Itu janji aku."
Rose berpaling apabila mendengar deruan enjin kereta.
"Macam kenal je kereta tu? Bukan kereta aku ke? Kenapa macam lain je?" gumam Rose sebelum memerhati kereta Myvi miliknya dengan teliti.
"Kesian 'kereta' aku, dah jadi warna dark blue. Siapa la mamat tu? Setahu aku kawalan dekat sekolah ni ketat, pengawal tak akan sewenang-wenangnya membenarkan orang luar masuk ke dalam kawasan rumah agam.
"Mungkin orang penting," balas Asyraf.
"Tak reti bagi salam ke?" perli Rose selepas meletakkan semula fail putih di tempatnya. Asyraf menjongketkan bahu.
"Macam mana kes Boyz dah selesai?" Asyraf sengaja membangkitkan isu itu untuk melihat reaksi Rose namun hampa apabila wajah dingin ditayang.
"Mereka didapati tidak bersalah, orang yang menuduh mereka masih lagi bebas. Pelik juga macam orang tu boleh terlepas. Otak cerdik macam otak udang tapi aku rasa tak sedap hati la. Aku tak tahu kenapa," ujar Rose sebelum memandang pintu apabila pintu dibuka dengan kasar.
"Rose! Jom shopping!!" jerit Lin sebelum menarik tangan Rose selepas mencapai beg tangan gadis itu. Asyraf menggelengkan kepala sebelum memandang Nik.
"Biar je la mereka bertiga," balas Tengku Rafael.
"Mana tunang kau?" tanya Asyraf.
"Ada dekat bawah dalam kereta. Malas nak kelur katanya," balas Tengku Rafael.
♡♡♡♡
ROSE dan Han saling berpandangan sebelum memandang Lin yang leka memilih kemeja corak kotak-kotak.
"Cepat sikit boleh tak, Nur Amira Alina? Berkurun kami tunggu kau," bentak Han bengang. Perut sudah lama mendendangkan lagu minta diisi.
"Apa kata kami pergi cari kedai, nanti aku mesej kau tempat dia. Okey?" cadang Rose apabila melihat wajah Han seperti berada di bawah matahari.
"Okey. Pesan makanan aku sekali, aku tak kisah apa pun janji makanan yang mengenyangkan." Han merakam pesanan Lin sebelum mengangguk. Telefon disimpan semula ke dalam beg tangan lalu dia menarik tangan Rose keluar dari kedai baju.
Selepas beberapa minit, Lin selesai membeli baju namun hanay dua helai kemeja sahaja yang menarik perhatiannya.
"Baju couple? Nah... baik aku bagi abang aku." Lin leka membalas mesej sehingga tidak perasaan dia hampir melanggar seseorang.
"Sorry..." Lin hanya menganggukkan kepala sebelum melangkah pergi namun dia pelik apabila Han dan Lin menuju ke arahnya. Rose memusingkan badannya ke belakang dengan muka garang.
"Apa yang... Kau rupanya." Pada mulanya Lin ingin memarahi Rose namun nadanya menjadi dingin apabila melihat wajah orang yang pernah dicintai sepenuh hati.
"Mana tunang? Tak ikut sekali?" tanya Irfan tanpa nada. Tapi sebenarnya dia gentar menunggu jawapan.
"Ada dekat sekolah. Sebelum aku terlupa, ini kad kahwin kami. Jangan lupa datang." Sampul surat putih bertukar tangan sebelum Irfan menyerahkan kepada Aiz. Rose dan Aiz masing-masing menunggu perkataan yang akan keluar.
"Okey, tapi kami tak dapat hadir sebab kami akan..."
Mata Han berair sebelum dia mengundur ke belakang beberapa langkah dan beredar. Dia tidak mahu mereka melihat dia menitiskan air mata. Dia juga tidak sanggup mendengar Hakim berkata lagi. Hatinya dah terluka jadi lebih baik dia pergi sebelum bertambah parah.
"Kami pergi dulu..."
"Tunggu!" Hakim berlari sebelum berhenti di hadapan Han. Han berhenti mengejut sebelum menikus memandang lantai.
"Aku nak kau tahu. Kalau sesuatu berlaku ketika hari bahagia kau berlangsung, aku ada dan sentiasa ada untuk kau. Hanya sebut nama aku tiga kali dan ketap bibir, aku akan muncul." Hakim menyerahkan topi kesayangan kepada Han sebelum mengatur langkah.
"Tapi kenapa? Kau kan benci aku, kenapa kau baik dengan aku? Jawab soalan aku, Farhan!"
"Kenapa El nak tahu? Nanti El tahu juga. Sebelum kita berjalan ke haluan masing-masing, boleh tak kau panggil aku hubby? Aku nak dengar suara kau dalam realiti. Mungkin permintaan aku agak pelik, tak apalah aku pergi dulu!" Hakim berhenti melangkah apabila mendengar jeritan Han.
"Hubby! Terima kasih untuk segalanya, wifey akan ingat. Terima kasih..." Hakim menjadi sebak lalu mata dipejam. Han juga berpaling untuk melangkah.
"Keep your smile when I far from you. Please don't change into another person, can you?" Mereka melangkah pergi ketika ayat itu ditutur serentak. Jawapan hanya dibalas di dalam hati.
♡♡♡♡
SEMINGGU berlalu begitu saja. Lin dipanggil ke ruang tamu tingkat bawah oleh ibunya. Dia memegang pipi yang pijar akibat ditampar oleh ibunya, Puan Dila. Lin mengelap darah di hujung bibir.
"Lin tak buat perkara tu, bu. Ibu lebih percaya berita yang entah daripada mana daripada anak ibu sendiri? Lin tak percaya, bu. Ibu sanggup tampar anak ibu sendiri tanpa dengar penjelasan Lin dulu. Terpulanglah ibu nak cakap apa, Lin tak kisah, yang penting majlis perkahwinan tu tetap akan berjalan. Lin sendiri yang akan cari bakal suami Lin. Pilihan Lin sendiri dan bukannya aturan keluarga." Lin mendengus sebelum melanggar bahu Nik yang agak kusut.
Dia mengabaikan pandangan keluarga mereka termasuk Hakim. Pintu bilik dihempas tanda marah. Dia segera mencapai telefon sebelum mencari nama sahabatnya.
"Aku ada berita," sapa Han sebelum meletakkan tuala di atas kepala.
"Aku pun. Aku dah tak bertunang lagi. Dah putus. Lega juga akhirnya," sampuk Rose sebelum baring mengiring. Dagu diletakkan di atas bantal sebelum matanya menangkap sesuatu.
"Pipi kau kenapa Lin, atau aku patut panggil kau Mira?" tanya Rose.
"Ada orang hantar 'bukti', kononya aku layan lelaki lain belakang bekas tunang aku. Dapat la ni ha... Tapi tak tahu siapa yang hantar."
"Sama la kita tapi aku lagi teruk. Aku kena denda berdiri dekat luar rumah selama tiga jam. Ni pun aku dah demam," balas Han sebelum bersin.
"Mana nak cari bakal suami ekspres? Ni bukan drama," ujar Lin seraya merengek.
"Aku tak tahu la rancangan ni menjadi atau tidak tapi ini saja cara yang ada."
"Apa maksud kau?" Han mengukir senyuman apabila ditenung oleh dua orang sahabatnya.
"Aku harap rancangan kau kali ini bukan pelik-pelik," balas Rose.
Tbc
17/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro