Bab 58💍
QUEEN cemas apabila melihat kerusi di dalam dewan semakin penuh. Rose menutup kembali tirai di belakang pentas sebelum berpaling ke belakang.
"Macam mana ni? Boyz tak sampai lagi," kata Rose gelabah. Dia tidak tahu apa yang berlaku.
"Rose, sebenarnya kami ada sesuatu nak bagitahu kau," ujar Lin selepas memandang Han.
Rose terduduk apabila mendengar cerita mereka. Air mata turun tanpa dipinta namun esakan tidak didengari. Rose memejamkan mata, membiarkan air mata tanpa dikesat.
"Patutlah semalam dia beria-ria kacau aku di pasaraya. Rupanya itu kali terakhir, dia bergurau dengan aku." Rose ketawa beberapa saat sebelum menangis teresak-esak.
"Jangan menangis kerana dia, Rose. Dia tak layak memiliki cinta kau," ujar Han dingin. Sebenarnya, semalaman dia berkurung di dalam bilik menghamburkan segala yang terbuku dalam hati. Pagi ini, dia terpaksa memakai cermin mata untuk melindungi mata yang bengkak.
"Tapi aku sayang dia, Hana! Aku cinta dia!" jerit Rose sebelum ditenangkan oleh Lin.
"Aku faham perasaan kau tapi kau tak boleh terus macam ni. Kau tak boleh seksa diri kau kerana cinta, Rose. Kau baik dan cantik, aku yakin ramai lelaki di luar sana layak berdamping dengan kau," pujuk Lin.
"Jom. Kita tunjukkan kekuatan kita. Kita tak lemah, tapi orang tak boleh buli kita," ujar Han dingin. Senyuman sinis mula terukir.
Han mengambil gitar miliknya sebelum duduk di antara Rose dan Lin. Saat gitar dipetik, penonton mula diam. Apabila Rose mula membuka mulut, Queen tidak perasan gerak-geri mereka diperhati oleh seseorang.
Air mata turun tanpa dipinta menambahkan emosi dalam lagu. Kebetulan, layar di sisi mereka menayang gambar mereka bersama Boyz.
"Hati ini hanya rindu..." Mata Han dan Hakim bertembung namun Hakim membalas pandangan itu tanpa perasaan.
Rose mengimbas kembali kenangan indah bersama Aiz. Mikrofon dijauhkan saat dia hampir menangis. Lin juga tewas dengan perasaan, mereka berdua memandang Han, meminta pertolongan. Han trauma untuk menyanyi namun mereka kaget apabila Han menyanyi, menitiskan air mata dan memetik gitar dalam masa yang sama.
"Ku ingin saat ini engkau ada di sini... Ketawa bersama ku seperti dulu lagi..."
"Walau hanya sebentar..." Han juga tewas, Rose menyambung nyanyian Han. Lin menoleh ke sisi untuk mengelap air mata yang tidak berhenti turun.
"Aku nak kau, bukannya dia." Boyz tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila mendengar bisikan itu di mikrofon. Namun tiada siapa tahu apa yang hati mereka kata selain mereka.
"Hanya rindu..." Aku rindu kau bukannya dia.
Aku sayang kau sangat-sangat.
Cuma kau yang aku mahu. Mungkinkah ini pengakhiran kisah cinta kita?
"Hanya rindu..." Mereka mengelap air mata sebelum nafas ditarik dengan dalam. Aku nak kau tahu kau... adalah dunia aku walaupun aku tak pernah luahkannya.
Ini saatnya. Mikrofon dipegang dengan erat sebelum...
"Ku ingin saat ini engkau ada di sini... Ketawa bersama ku seperti dulu lagi..."
"Walau hanya sebentar..." Mereka bangun sebelum melangkah ke hadapan. Anak mata mereka bertembung dengan anak mata Boyz. Senyuman nipis diukir.
"Hati ini hanya rindu..." Queen menunjuk ke arah Boyz sebelum bentuk hati dibentuk dan ditunjukkan.
"Ku rindu senyummu..."
Tepukan gemuruh diberi apabila Queen habis membuat persembahan. Wajah mereka berubah menjadi dingin, lebih dingin daripada kali pertama mereka berjumpa Boyz.
"Debaran semakin dirasai, siapa yang akan membawa pulang piala dan sijil beserta wang tunai? Juri-juri sedang berbincang untuk menentukan pemenang. Baiklah, saya akan menemuramah sekumpulan remaja yang berjaya membangkit emosi. Habis mekap saya cair. Baiklah, inilah dia... Queen!"
Queen hanya menundukkan sedikit kepala sebelum menarik nafas.
"Soalan pertama. Kenapa anda memilih lagu ini?" MIkrofon dihalakan kepada Rose. Rose terpinga-pinga. Dia berdehem beberapa kali.
"Kami pilih lagu ini sebab lagu ini memberi impak yang besar kepada kami."
"Boleh terangkan kepada penonton?" Lin mengambil mikrofon.
"We love someone but we hurt them. We broke their hearts with some lies. But..."
"We want them know that we love them very much. I want you but you with her. I broke your heart but she heals it. I am bad girl in your eyes now. So, there is no reason I want to stay here because I don't own your heart." Han memulangkan semula mikrofon kepada pengacara. Mereka bertiga menukar pakaian agar mereka senang bergerak.
Mata seakan bergerak perlahan saat Boyz mengalihkan pandangan lalu memandang Queen. Mata mereka terbeliak. Queen kelihatan seperti bidadari apabila memakai flower crown serta gaun kegemaran masing-masing.
"Cantik." Namun dituturkan di dalam hati. Muka mereka menjadi dingin sebelum Aiz berbual dengan Haura manakala Hakim dan Irfan berbual dengan sepupu Lin dan Han. Queen hanya menahan geram di hati apabila sepupu mereka berjaya mengubati hati Boyz.
"Dasar perampas," ujar Han sebaik sahaja berselisih dengan sepupunya.
"Aku ada saat dia sedih dan kecewa, tapi kau hancurkan hati dia. Kau tak boleh label aku perampas," balas Ara tenang. Buang masa saja bertekak dengan Han seperti mahu mencekik dirinya.
"Jangan lupa kau dah bertunang. Jaga hati dan perasaan dia," tegur Hakim apabila berdiri di sebelah Han. Mata Han menjadi pedih lalu dia mendongak ke atas.
"None of your business," balas Han dengan air mata bertakung. Dia menghentak kaki sebelum meluru ke arah microfon. Dia berdehem beberapa kali.
"Assalamualaikum warga Fantasy Highschool. Saya selaku Ketua Pengawas Teknologi ingin mengumumkan sesuatu yang agak penting. Saya dan kawan-kawan saya akan berpindah ke sekolah lain. Kami bukan lagi pelajar sekolah ini mulai tamat waktu persekolahan hari ini."
Guruh sabung-menyabung, kilat pancar-memancar tanpa henti. Boyz tersentak apabila mendengar pengumuman itu. Mereka saling berpandangan sebelum setitis air mata jatuh ke tapak tangan tanpa disedari.
"Jangan pergi..." Perkataan itu tersekat di kerongkong Aiz. Bukan dia tidak perasaan riak Rose saat gadis dingin itu menyanyikan lagu Hanya Rindu. Pandangan gadis itu menikam mata coklat miliknya. Bukan dia tidak mahu mendekati gadis itu, namun dia mahu lihat sejauh mana gadis itu menyembunyikan rahsianya.
"I bodoh ke kerana sayang you separuh mati? Tapi ini yang you balas, Luna. I kecewa sangat.. Kecewa tahu tak? I harap sangat malam semalam you bagitahu I tapi you diam je."
"Saya buat macam tu sebab tak nak awak menangis depan saya! Saya tak nak rahsia saya kacau fikiran awak sebelum persembahan! Awak sepatutnya tanya saya kenapa saya buat macam tu, bukannya dengar cakap Haura! Ye, saya bersalah sebab buat awak macam tu tapi awak tak pernah tanya kenapa." Rose meluahkan segala yang terbuku di hati. Air mata sudah tidak lagi keluar, matanya bengkak.
"I..."
"Saya masih lagi terfikir apa yang awak cakap semalam tahu tak!"
Rose merungut apabila dipaksa keluar membeli barang-barang untuk hari esok.
"Apa nasib aku dapat sahabat macam tu? Nasib baik duit mereka bagi," bebel Rose seraya menolak troli. Dia leka memilih barang sehingga dia tidak perasaan seseorang menghampiri.
"You!" Hampir terlepas dua peket kunyit apabila disergah sedemikian.
"Saya tumbuk awak nanti baru tahu!" ugut Rose lalu memukul lengan Aiz dengan beg tangan. Aiz hanya ketawa apabila melihat wajah cemberut Rose.
"Jangan marah nanti awak cepat tua," sakat Aiz apabila Rose menolak troli ke hadapan. Aiz menggaru kepala apabila melihat Rose mengendahkan dirinya selepas membayar barang-barang. Aiz berlari sebelum merampas barang-barang di tangan Rose. Dia berlalu pergi ke kereta Myvi merah hati milik Rose. Suka hati dia saja membuka bonet kereta lalu menyusun plastik-plastik di dalamnya.
"Awak pergi sana boleh tak?" marah Rose. Lidah dijelir sebelum dia menutup bonet kereta comel itu. Kalau jadikan kereta lumba, agak-agak boleh tak? Silap hari bulan memang kena smackdown dengan Rose. Aiz bersandar membelakangkan bonet kereta Myvi lalu memandang Rose yang berpeluk tubuh.
Jejaka itu dipandang dengan penuh geram. Bergerak-gerak bibir mungil itu mengutuk Aiz. Aiz leka memerhati wajah gadis itu. Entah bila lagi dia dapat menatap wajah gadis itu sedekat ini.
Bila dia nak bagitahu? getus Aiz sebelum mendepakan tangan.
"I tak nak pergi daripada hidup you sebab I love you so much!" Bibir mungil itu berhenti mengomel sebelum melopong.
"Awak. Tolong jangan buat kerja gila boleh tak?"
"Tak nak. Jom I hantar you balik." Rose membuat gaya seperti mahu mencekik jejaka itu dari arah belakang.
"Kalau aku cekik mamat ni, memang..."
"Tak ada sebab untuk saya berada di sini lagi. Awak dah ada Haura. Awak tak perlukan saya lagi. Betul cakap Tia, awak ego."
"Macam mana you kenal Tia?" Rose tidak menjawab sebaliknya berjalan sebelum melanggar bahu Aiz kuat. Aiz jatuh terduduk sebelum dia berpaling ke belakang. Han melutut di sebelah Aiz sebelum membisikkan sesuatu. Selepas Han beredar, Aiz kaku dengan mata terbeliak.
"Tak mungkin."
Tbc
16/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro