Bab 57💍
''YOU!'' jerit Aiz di atas superbike. Rose memandang datar. Aiz hanya berada beberapa meter di hadapan Rose.
"Awak, saya tak pekak lagi tau. Kawal suara boleh tak? Sakit telinga," tegur Rose sebelum membuka bonet kereta untuk mengambil beg sekolah. Kalau bukan kerana Aiz menelefon untuk pergi bersama, sudah lama dia terbongkang sehingga pukul 12.
"Hari ni I dengar khabar angin ada pelajar baru," kata Aiz selepas berjaya menyaingi langkah Rose.
"Malas nak ambil tahu," balas Rose. Aiz menguntum senyuman mendengar jawapan Rose.
"Kita kena jumpa pengetua. Jom." Rose mengeluh apabila Aiz menarik hujung lengan kemeja milik Aiz yang dipakai olehnya.
"Saya ada kaki nak jalan. Kaki saya tak terseliuh."
"Nanti cepat sangat sampai."
"Pengetua nak kita cepat. Kita boleh masuk kelas awal."
"Tak, sebab nanti tak boleh dating dengan awak lama-lama." Rose membisu mendengar jawapan Aiz.
"Dating?" gumam Rose tanpa suara.
"Jom kita dating sekejap." Aiz memandang Rose, tidak percaya dengan kata-kata yang dituturkan oleh gadis itu. Dia segera membetulkan baju dan menyaingi langkah gadis itu.
"Walaupun dating hanya atas dasar kerja, aku bahagia walaupun hanya untuk seketika." Kata-kata itu hanya mampu diluah dalam hati sahaja.
"Berapa orang transfer student?" tanya Rose walaupun dia tahu siapa dan berapa.
"Tiga orang, semuanya lelaki. Tapi dengar cerita mereka dah bertunang."
"Tak sangka lelaki pun tahu membawang," tegur Lin sebelum ketawa apabila bertembung di hadapan bilik kaunseling. Aiz hanya menjeling.
"Mana Han dan Hakim?" tanya Irfan.
"La... aku ingat diorang ada dengan korang. Mungkin mereka bertugas tempat lain, mengelak antara satu sama lain," balas Rose.
"Mungkin juga," ujar Irfan. Mereka menoleh apabila mendengar suara Hakim dari jauh.
"Hari ini akan menjadi hari yang sangat panjang," ujar Aiz seraya menggelengkan kepala. Rose mengangguk tanda mengiyakan.
"Aku kena jaga pintu pagar hadapan," kata Irfan.
"Tunggu aku. Kau bertugas dengan aku hari ni." Lin mengejar Irfan yang sudah jauh di hadapan.
"Baik kita cepat. Pengetua mesti dah lama tunggu kita." Aiz terlupa akan perkara itu.
"Tak dapat nak dating lama-lama," rungut Aiz.
"Kalau ada apa-apa, mesej aku. Aku kena cari Han sebab dia tak bawa telefon."
"Apa jadi dengan Han?" tanya Aiz pelik.
"Percaya tak kalau dah banyak orang suka dia tapi dia tolak. Orang yang dia percaya hancurkan kepercayaan dan orang yang dia suka kecewa dengan kebenaran yang dia sembunyikan. Cerita yang sangat sedih." Aiz mencerna cerita itu sebelum menyedari sesuatu.
"Patutlah dia dingin semacam," gumam Aiz sebelum menaip mesej sebelum mesej itu dihantar kepada Hakim.
"Harap-harap ia akan membantu."
"Awak cakap apa?" Aiz mengukir senyuman sebelum menolak pintu.
"Tell me this is just a dream! Apa korang buat dekat sini?" Aiz mendiamkan diri melihat amukan Rose. Dia tidak menyangka Rose akan mengamuk. Amukan Rose mengingatkan dia kepada seseorang.
"Salah ke? Aku cuma nak jaga tunang aku, Hana," balas Tengku Rafael tenang.
"Tunang rela ke tunang paksarela? I think the second choice," provok Rose. Dia tidak perlu berlakon.
"Apa yang akan berlaku kalau?" Mata Tengku Rafael melirik kepada Aiz yang berbual bersama pengetua Fantasy Highschool.
"Don't you dare to tell them about this, Rafael," tegur Lin bengang.
"Han mungkin akan batalkan projek itu dan kau akan menyesal," ujar Irfan. Tengku Rafael ketawa perlahan.
"Pertandingan akan berlangsung tak lama lagi. Saya harap kamu berenam memberikan komitmen yang terbaik jika ingin menang," ujar pengetua tanpa mengetahui perkara sebenar. Selepas Boyz kecuali Hakim meminta diri kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, Queen melutut di hadapan tunang mereka.
"Aku merayu. Jangan bagitahu Aiz tentang pertunangan kita. Aku nak dia tahu sendiri daripada aku bukannya kau atau orang lain," rayu Rose sebak.
"Jangan bergurau dengan Irfan tentang pertunangan kerana dia sangat peka."
"Cukuplah mama aku dah patahkan hati aku, kau jangan lukakan hati dia macam kau patahkan hati aku. Aku merayu. Jangan ungkit perkara ni lagi. Aku tak nak dengar," ujar Han datar. Matanya tidak memancarkan sebarang emosi.
Tengku Rafael memandang tunang Queen sebelum mengangguk.
"Okey tapi dengan satu syarat."
"Kami tahu. Kami akan bagitahu mereka selepas persembahan kami tamat," jawab Lin.
"Syarat diterima," ujar Han bagi pihak Queen.
"Okey," balas Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Danial Lee, iaitu tunang Rose. Nik atau nama sebenarnya Nik Iskandar Adrian memandang Lin datar.
Tia, cari orang yang boleh jaga Tia walaupun dia sedang berduka. Lupakan Hazry kerana Hazry hanya khayalan yang Tia wujudkan.
Rose menoleh ke kiri dan ke kanan. Kenapa dia rasa suara itu mirip suara Aiz atau ia hanya khayalan semata-mata? Hazry hanya teman sepermainan dan suami dalam mimpinya sahaja.
"Hazry..." Mereka memandang Rose yang memanggil nama seseorang. Han dan Lin memandang sayu. Mereka juga turut merasa apa yang Rose rasa.
"Dia tak wujud, Luna."
"Jangan panggil aku, Luna. Hanya keluarga aku dan dia saja boleh panggil aku Luna," bentak Rose.
Badannya mengigil kerana demam. Sepatutnya dia berehat di rumah namun dia tidak mahu bersua muka dengan Haura di rumah. Walaupun akan menyusahkan orang lain tapi ini saja cara yang ada.
"Aku tak tahu kenapa aku asyik bermimpi tentang seorang lelaki sebaya kita. Aku tak nampak muka dia tapi perilaku dia macam aku pernah tengok. Dia kata nama dia terukir di hati aku dan dia suruh aku jangan pandang lelaki lain kecuali dia. Siapa dia Han, Lin? Aku nak tahu..." rintih Rose sebelum memeluk lutut.
Asyraf mengeluh selepas mengalihkan pandangan. Dia tidak sanggup melihat Rose terseksa kerana pertunangan ini tapi apa yang dia boleh buat? Dia cuma mahu keluarga dia bahagia walaupun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri.
"Aku janji semua ni akan berakhir tidak lama lagi."
"Kau ingat ni drama ke apa nak putuskan pertunangan? Mana mereka nak letak muka nanti?" Lin menjegilkan mata ke arah Nik. Nik membalas dengan jelingan. Nik dan Lin tak pernah sependapat kecuali berlakon untuk mengaburi mata keluarga mereka.
"Err..." Mereka menoleh sebelum memandang seorang pelajar lelaki tingkatan dua.
"Kenapa?" tanya Tengku Rafael ramah.
"Abang Boyz baru beredar." Queen tersentak.
"Dah lama ke mereka beredar?" tanya Nik.
"Baru saja sebelum saya sampai."
"Sudah." Queen menggengam tangan sebelum air mata mereka mengalir.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" Quen terduduk. Mereka gelisah.
"Macam mana kalau... tak, tak. Tak mungkin. Ini tak mungkin berlaku," gumam Lin seraya berjalan ulang-alik.
Pergi pujuk dia, Tia!
Jangan biarkan hati dia tertutup, Mira!
Demi aku, kau runtuhkan tembok ego kau kalau kau tak nak rasa kehilangan, El. Tolong lakukannya, demi aku.
Queen menarik nafas sebelum mencapai pakaian pertama semasa pandangan Queen bertembung dengan pandangan Boyz.
"Gadia bertopi, hah?" gumam Han sebelum ketawa di hadapan cermin.
"Gadis kerudung merah, siap."
"Tak sangka aku boleh tengok tangan aku berbalut lagi."
Tunang mereka terpinga-pinga apabila melihat Queen melangkah pergi.
"Nak pergi tengok tak?" ajak Tengku Rafael.
"Jom."
Rose menuju ke arah perpustakaan manakala Han dan Lin menuju ke taman botani. Terima kasih kepada pemberi maklumat tak berbayar yang memberitahu kedudukan Boyz.
"Apa yang..." Air mata menitis tanpa dipinta. Lutut tidak lagi mampu menahan berat badan lalu mereka jatuh melutut.
"Kenapa?" Lin bertanya dalam esakan. Han menekup mulut agar esakan tidak didengari.
"Aku dah lama sayang kau. Tapi kenapa? Hanya sebab aku sembunyikan kebenaran, kau berpaling. Semudah itukah cinta yang kau ambil daripada aku, Hakim?" kata Han tanpa suara. Hatinya bagai disiat-siat melihat pemandangan di hadapan mata. Jika mama tidak bercakap tentang tunang, jika dia tidak mengajak Hakim ke rumahnya, semua ini tak akan berlaku.
Tiada gunanya aku berada di sini lagi. Semuanya hilang seperti kau hilang daripada hidupku, getus Han.
"Terima kasih untuk segalanya." Mereka berdua berlalu pergi.
Hakim dan Irfan menoleh apabila terasa diri mereka diperhati.
"Kau rasa siapa?" tanya Irfan pelik. Entah kenapa hatinya berasa sakit, dia sendiri tidak tahu.
"Mungkin pengawas yang bertugas," balas Hakim.
Kenapa Farhan lukakan hati dia? Dia sayang Farhan seperti nyawa dia. Kenapa Farhan mesti berpaling?
"Maafkan aku, El. Aku tak tahu. Hati aku sakit bila tahu dia dah bertunang. Orang yang aku suka tunang orang El, tunang orang. Aku tak akan kacau hubungan diorang sebab aku bukan perampas, El."
Farhan akan menyesal!
"Macam mana dengan pertandingan esok?" tanya Irfan.
"Biarlah diorang. Biar diorang uruskan," balas Hakim malas. Serabut kepala memikirkannya namun dia kasihan juga.
"Tak kesian ke?" tanya Irfan lagi.
"Terpulang la kau nak tolong ke tak. Aku tarik diri dulu."
"Hmm... aku..."
Tbc
14/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro