Bab 56💍
IRFAN memandang Rose dari arah belakang. Rose menoleh seraya mengangguk. Mereka berdua tersenyum sinis melihat Haura tidur lena.
"Aku tak tahu pula Lin masukkan julap dalam makanan dan beri ubat tidur kepada Haura. Kejam tapi terbaik la idea dia," ujar Irfan seraya memandang jam dinding.
"Aku rasa kita dah lambat."
"Jangan lupa jiran sebelah rumah," ujar Rose dingin.
"Siapa yang baring atas sofa tu? Sepupu kau?" tanya Irfan seraya melangkah ke arah sofa lalu mengejutkan Aiz yang menutup muka dengan tapak tangan.
"Bangunlah. Kita dah nak gerak ni." Aiz mengeliat sebelum menyelati rambut dengan jari.
Aiz mengambil kunci kereta sebelum memakai kasut. Kereta Alza dituju sebelum dia menyedari sesuatu.
"Kita pergi dengan kereta apa?" Pertanyaan Aiz mengundang rasa bengang Irfan manakala Rose menggelengkan kepala.
"Tu..." Mata Aiz terbeliak apabila melihat kereta itu.
"Kejap lagi Hakim dan Lin sampai. Hakim kata Lin bawa kereta laju macam roller coster. Nak tercabut jantung."
"Lin memang bawa kereta laju. Agaknya dia terlupa yang penumpang dia tu penakut," balas Rose sambil ketawa riang.
"Eh kejap. Kalau Lin bawa kereta, kiranya kita naik dengan dia ke?" tanya Aiz pelik.
"Lin tak suka tunjuk kereta dia kecuali terpaksa. Kereta saya la jadi mangsa," balas Rose seraya menghampiri keretanya.
"Myvi? Okey la tu," ujar Aiz lalu mengelilingi kereta Myvi berwarna merah hati milik Rose. Berkilat dan tiada kesan calar.
"Usiklah kalau nak tangan kau terseliuh," tegur Irfan apabila jemari Aiz hampir dengan pintu kereta.
"Lamborghini mari," jerit Rose apabila Lamborghini berwarna perak masuk ke perkarangan rumahnya.
"Bising la kau. Diam-diam sudah la," marah Lin seraya menjegilkan mata ke arah Rose. Gadis itu hanya menjelir lidah, tidak takut dengan jelingan itu.
"Jom gerak," ajak Hakim.
"Bukan rumah kau sebelah Han ke?" tanya Rose pelik.
"Aku lepak rumah Lin. Aku malas nak pergi awal, nanti lain yang jadi," jawab Hakim. Entah kenapa hatinya tidak keruan.
♡♡♡♡
HAN seperti cacing kepanasan. Dia asyik melihat pintu pagar utama sama ada mereka sudah sampai atau belum. Namun lain yang dinanti, lain yang pula datang.
Ah sudah, getus Han. Dia cuba bersembunyi di sebalik tiang namun terlambat apabila namanya diseru.
"Tengku Hana Syazel!!"
"Ye, mama!" Perlahan-lahan Han mendekati Tengku Qina yang menyinga. Han menundukkan kepala memandang lantai seraya menjeling sekilas lalu ke arah papanya, Tengku Azwan. Tengku Azwan menggelengkan kepala tanda tidak mahu menolong anak gadisnya.
"Mana kamu pergi? Kamu tahu tak tunang kamu dah lam..."
"Ma, please. El tak terima pun pertunangan ni. Mama saja yang beriya. Kalau mama terdesak nak menantu, paksa abang kahwin cepat. I want to enjoy my teenager life," balas Han sebelum mengalihkan pandangan. Dia terkaku apabila melihat pandangan mata yang dilemparkan itu. Pandangan yang sayu dan kecewa.
"Hakim..." Tanpa disedari, nama itu ditutur perlahan. Air mata jatuh dari arah mata kiri. Hanya sebelah kiri sahaja. Mereka kaget apabila Han mengalirkan air mata tanpa henti.
"Muhammad Hakim Farhan!" jerit Han lantang namun jejaka itu tidak menoleh mahupun berhenti, dia berlalu ke meja makan bersama Irfan dan Aiz yang tidak tahu apa-apa.
"Ma, look what you have done! This is why I avoid you to talk about this in front of everyone. Two hearts will get hurt and break. One heart will be alone and the other will close door, avoid someone to come in. If this is what you want, I will do your order but don't ask me why I act different. You are controling me like a toy, you don't treat me like your daughter," balas Han sebelum menghampiri Rose dan Lin.
"Nampak kau buat perkara yang betul kali ini," pujuk Rose sebak. Dia simpati atas apa yang berlaku.
"Aku tak percaya masa ni la mama aku boleh sebut pasal tunang dan Hakim ada berdekatan. Hancur rancangan aku nak bagitahu dia malam ni," adu Han lalu membuka rantai tangan yang dipakai.
"Aku tak selesa pakai baju ala-ala tuan puteri ni. Aku rasa nak tukar baju la."
"Aku tengok pemakaian kau pun sama macam sepupu aku. Lantak la mama kau nak marah kami, janji kau suka dengan pakaian baru kau."
Han berdiri menghadap cermin sebelum menoleh ke belakang.
"Ini aku ke?" Han bertanya dengan wajah polos.
"Kau la siapa lagi, tak akan aku pula," balas Lin selamba. Lin menggelengkan kepala apabila membaca mesej yang dihantar oleh Irfan.
"Hakim betul-betul marah dan kecewa dengan kau. Dia sedih kau tak bagitahu dia status kau," kata Lin sebelum mengeluh.
"Macam mana aku nak bagitahu Hakim kalau aku terdengar perbualan dia dengan Aiz, dia kata dia suka seseorang? Kau nak aku putuskan pertunangan yang berusia seminggu gara-gara dia suka orang lain? Aku waras lagi nak buat macam tu," ujar Han bengang.
"Aku pun sama juga. Aku tak sanggup nak tengok wajah Aiz kalau dia tahu," kata Rose sebelum mengeluh.
Queen hanya mendiamkan diri apabila duduk berhadapan Boyz. Tidak sepatah perkataan yang keluar daripada mulut mereka kerana keadaan tegang antara Hakim dan Han.
Sengaja mencari masalah betul, getus Rose apabila melihat tunang Han menghampiri mereka bersama dua orang rakannya. Lin pula menoleh ke arah lain seraya menarik nafas dalam-dalam.
"Bala sudah datang..." bisik Lin seraya memejamkan mata.
"Apa pula rancangan nenda kali ni, Han?" tanya Irfan perlahan. Han menggelengkan kepala lemah, dia juga tidak tahu apa yang nenda mereka fikirkan.
Rose mengalihkan pandangan daripada memandang wajah jejaka menyakitkan hati. Dia memerhati Aiz yang leka dengan makanan. Dagu ditongkat lalu diabaikan jejaka di sebelah.
Tabahkah aku jikalau aku lepaskan dia pergi atau aku jauhkan diri daripadanya? Kalau ini jalan yang terbaik, aku rela. Janji dia tak menyimpan perasaan lebih mendalam lagi, getus Rose.
Aiz tersenyum apabila pandangan mata mereka bertembung. Rose mengukir senyuman nipis sebelum menyuruh jejaka itu mengunyah makanan terlebih dahulu sebelum bercakap.
"Nanti awak tersedak," tegur Rose sebelum menghulurkan segelas air. Baru aku cakap, degil betul budak ni.
"I tersedak sebab tengok you senyum," balas Aiz sebelum menyua kek lapis Sarawak kepada Rose. Rose menggelengkan kepala namun dia membuka mulut apabila melihat wajah sedih Aiz.
"Sedap."
"Sebab I yang suap you." Rose terbatuk-batuk selepas mendengar kata-kata Aiz.
"You okey?" tanya jejaka di sebelah Rose.
"Tak payah sibuk urusan aku. Aku boleh jaga diri aku," balas Rose kasar.
"Perjanjian hanya akan dipersetujui selepas aku habis belajar. Jangan lupa dan semat dalam minda kau," ugut Rose.
"Perjanjian akan dicepatkan jika kau dalam bahaya," balas jejaka itu sebelum bangun dan beredar. Rose hanya menjeling tajam, mengapa dia boleh terlupa tentang perjanjian itu?
"Perjanjian apa ni?" tanya Aiz pelik. Lin dan Irfan saling berpandangan sebelum memandang Aiz.
"Perjanjian bisnes," tipu Lin. Aiz tak patut tahu tentang perjanjian itu. Perjanjian yang dimaksudkan ialah perkahwinan. Segalanya akan berubah jika Aiz tahu tentang hal ini.
"Apa lagi yang kau sembunyikan daripada aku, Han atau aku patut panggil kau Tengku Hana Syazel Tengku Azwan. Tak puas lagi ke kau mempermainkan perasaan aku?" Han terpana saat mendengar pengakuan tidak langsung daripada Hakim. Jadi, orang yang Hakim suka ialah dia?
"Aku kecewa bila dapat tahu kau dah bertunang. Nampaknya kisah cinta aku yang bertepuk sebelah tangan sampai di sini saha..."
"Jet'aime," ucap Han selepas memintas percakapan Hakim. Hakim pula yang terkedu.
"Hah? Jet'aime? Kau mengarut apa ni?" Han terlupa yang Hakim tidak faham apa yang dia cakap.
"Aku suka kau, Mr. Bad Boy. Tapi aku sama macam kau. Aku tak boleh buat apa-apa kerana aku dah bertunang. Betul cakap kau, aku hanya mempermainkan perasaan kau saja. Bagi hati aku balik kalau kau tak nak jaga," balas Han dingin.
Han bangun sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka yang terpana. Dia juga menghiraukan panggilan Tengku Qina. Hatinya kembali berdarah apabila terkenang hari pertama dia sedarkan diri. Sudahlah bertunang semasa koma. Kena kahwin semasa SPM. Mahunya dia tak memberontak?
"Apa yang aku dah buat?" Hakim mengetap gigi namun matanya memerhati kelibat Han yang semakin hilang.
Lin dan Rose saling berpandangan. Tidak mustahil Irfan dan Aiz akan tahu tentang hal ini. Biarlah rahsia ini bertahan buat seketika sebelum hari kejadian. Mungkin selepas persembahan mereka akan beritahu. Kalau itu berlaku mengikut rancangan mereka.
Tbc
13/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro