Bab 49💍
SEMUANYA kabur. Aku di mana? Kenapa aku dengar suara seorang wanita menangis teresak-esak? Kenapa hati aku rasa pilu? Siapa dia?
Aku menoleh ke belakang apabila terasa bagai diperhati. Aku memandang tajam seorang lelaki berkerudung sambil berpeluk tubuh.
"Kau siapa?" tanyaku bengang.
"Kau dah lupa siapa aku, Aizu. Aku adalah kau dan kau adalah aku. Kita adalah orang yang sama cuma aku ialah kau pada masa silam."
"Hah? Jangan merepeklah!"
"Terserah kau nak percaya atau tidak. Sekarang ni, kau ikut aku."
Aku mendengus namun hati dan akal menyuruh aku mengikut langkah lelaki misteri itu.
"Kanak-kanak itu ialah kau ketika kecil."
Aku melihat seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan riang bersama beberapa orang sepupu yang sebaya dengannya. Pandanganku terarah pada seorang kanak-kanak perempuan yang leka melihat taman bunga.
"Siapa kanak-kanak perempuan yang berada di belakang pokok tu?" Aku bertanya untuk kepastian. Aku rasa macam pernah nampak wajah itu sebelum ini.
"Dia? Kau akan tahu nanti. Kau boleh panggil dia, Tia. Dia ada kakak dan adik. Kiranya mereka triplet."
"Triplet? Insteresting."
"Eh, kenapa kau ubah memori ni?" marahku selepas pandanganku bertaut dengan kanak-kanak perempuan itu tadi. Dia sempat mengukir senyuman sebelum menoleh ke arah ibunya.
"Suka hati aku la."
"Tapi kan, kanak-kanak perempuan tu macam aku pernah jumpa la. Adakah dia amat bermakna dalam hidup aku?"
Lelaki misteri itu mendiamkan diri sebelum memandang sayu.
"Aku bukan nak takutkan kau tapi dia dah lama mati."
"Apa maksud kau? Semua ni hanya ilusi semata-mata? Jangan bergurau!" Aku menjerit seraya mencekak kolar lelaki itu.
"Dia hanya ilusi kau saja. Kau tak boleh undurkan masa semula. Dia wujud kerana kau rasa bersalah atas kematian dia. Sedarlah! Dia hanya ilusi kau semata-mata!" bentak lelaki itu sebelum melepaskan pegangan aku pada kolar bajunya.
Aku berang sebelum menarik kerudung lelaki itu ke belakang lalu tersentak.
"Kenapa muka kau dan aku sama?"
"Seperti yang aku cakap tadi. Aku adalah kau dan kau adalah aku. Cuma bezanya kau dari zaman sekarang dan aku dari kisah silam kau."
"Kisah silam? Budak perempuan tu ada kaitan dengan hidup aku ke sebelum ni?" tanyamu ingin kepastian.
"Kau kenal dia malah kau sayang dia namun umurnya tidak panjang. Sebab kematiannya aku tak boleh bagitahu kau."
"Bagitahu aku tentang kisah silam aku."
"Aku takut kau tak boleh terima."
"Tunjuk saja! Aku pasti dapat ubah mimpi menjadi realiti!"
"Masalahnya sekarang ni, kau sendiri yang tak nak ingat memori kau ketika kau budak dulu."
"Tapi kenapa?"
"Kau ingat tak kanak-kanak perempuan yang leka melihat taman bunga?"
"Budak tu... kenapa dengan dia?"
"Bermulanya sebuah kisah, di vila..."
....
"KIM, jomlah main dekat luar. Semua orang dah ada," ujar Aizu.
"Kita tak nak la. Kita takut. Macam mana kalau ada orang nak cubit pipi kita? Tak nak la," tolak Hakim sayu.
"Ala... tak best la kalau awak tak ada. Ian, Rayyan dan Nish ada dekat bawah tahu."
Hakim menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
"Nanti kita boleh jumpa El dan Tia serta Alya."
"Mereka datang ke?" tanya Hakim teruja. Air mata diseka menggunakan sapu tangan. Aizu mengangguk sebelum mencapai sebuah kotak kecil lalu diserahkan kepada pemiliknya.
"Aiz rasa El suka tak dengan hadiah ni?" tanya Hakim ketika mereka menuruni tangga bersama abang-abang mereka.
"Mestilah El suka. Hadiah yang Hakim bagi mesti El terima," balas Fikri seraya mengusap kepala adiknya. Hakim tersenyum girang selepas memandang kotak itu.
Aizu mencari kelibat Tia namun hampa, kelibat kanak-kanak itu tiada di ruang tamu.
"Mana Tia ni? Aizu cari tak ada pun," rintih Aizu sebelum duduk di anak tangga seraya menongkat dagu.
Dia hanya melihat tetamu berbual sesama mereka dan mencari kelibat keluarganya.
"Aiz cari siapa?" sapa Tengku Yasmin. Hairan melihat anak kecil itu tidak menyertai sepupu yang lain.
"Aizu cari Tia tapi tak nampak. Dia merajuk ke sebab Aizu mungkir janji hari tu?" ujar Aizu sayu.
Tengku Yasmin hanya tersenyum seraya mengusap kepala anak kecil itu.
"Tia ada dekat taman bunga bonda, sayang. Pergi cari dia dekat sana," arah Tengku Yasmin sebelum memimpin Aizu ke laman belakang.
"Aizu! Jomlah kita main!" ajak Ian sebelum menarik kanak-kanak itu menyertai mereka. Aizu lupa tujuan utama dia ke laman belakang selepas berjumpa dengan sepupu-sepupunya.
Secara tidak sengaja, Aizu terlanggar seorang kanak-kanak perempuan yang leka memerhati bunga Baby Blue Breath.
"Tak nampak ke?" sembur kanak-kanak itu tanpa memandang Aizu yang terkial-kial bangun.
"Maaf... Kita tak perasan awak dekat situ. Nak tanya, awak ada nampak Tia tak?" tanya Aizu dengan muka polos. Malangnya soalan itu dibiarkan sepi lalu dia berlalu pergi ke arah kakak sulungnya.
"Siapa tu?" tanya Rayyan pelik.
"Tu Alya. Adik El dan Tia. Dia memang dingin. Tia ada dekat sana, tengok bunga mawar. Tapi Ian nak cakap, Alya Ian punya."
Ketawa mereka meletus apabila mendengar kata-kata yanh dituturkan oleh Ian.
"Baiklah, Alya Ian punya. Bye... Aizu nak cari Tia." Aizu berlalu melangkah ke arah Tira yang leka memerhati bunga mawar.
Dia menjadi rebutan ramai begitu juga dengan sepupu-sepupunya yang lain. Dia cuba mengelak daripada dihalang oleh tetamu-tetamu yang hadir. Dia ingin cepat sampai, dia mahu memujuk Tia.
"Tia..." sapa seorang kanak-kanak lelaki.
"Nak apa?" soal Tia dingin.
Mana Aizu? Tia nak dia, bukan budak ni. Menyampah, getus Tia.
"Tia cari siapa?" tanya kanak-kanak lelaki itu lagi.
"For your information, only my family can call me Tia, not stranger like you. He can call me Tia because he is very special for me. You are stranger for me," balas Tia sebelum bangun mencari kelibat Aizu.
"Orang suka Tia!"
Saat itu mata Tia bertemu dengan mata Aizu. Aizu berlalu pergi selepas itu.
"Tapi aku tak suka kau!" Jika bahasa kasar sudah dikeluarkan, dia sangat maksudkannya.
"Aizu, tunggu!" Dihiraukan mata-mata yang memandang. Dia hanya mahu memujuk kanak-kanak lelaki itu.
Ini dah terbalik, sepatutnya orang yang merajuk, bukannya dia, getus Tia.
Dia mengaduh kesakitan apabila dia terlanggar seseorang.
"Sakit," adu Tia selepas menggosok dahi. Orang yang dilanggar tidak berpaling.
"Aizu... Pandanglah Tia. Patutnya Tia yang merajuk, bukannya Aizu," rengek Tia sambil memegang hujung baju kanak-kanak lelaki itu.
"Pergilah sana..." halau Aizu seraya menarik bajunya daripada genggaman Tia.
Aizu berpaling untuk mengelakkan Tia melihat dia menangis. Dia tidak mahu Tia melihat dia menangis. Dia tidak tahu kenapa dia rasa marah bila ada orang lain dekat dengan Tia.
"El dan Alya cari Tia. Tia pergi mana?" tanya Alya lelah. Sepupu-sepupu Aizu juga ada bersama.
"Tia tak nak kawan dengan orang lain, Tia nak kawan dengan Aizu je."
"Pergilah kawan dengan, dia suka Tia, kan?" tanya Aizu seraya memandang wajah yang sudah kemerahan itu.
"Tapi Tia tak suka dia, Tia suka orang lain."
"Hah?" Mereka terkejut. Alya dan El saling berpandangan.
"El agak siapa?" tanya Alya dalam nada berbisik.
"Rasanya Aizu. Tapi tak tahu la. Nanti kita mengadu dengan ibu ada orang kacau Tia," balas El dalam nada berbisik juga. Mereka mengangguk apabila kata sepakat dicapai.
"Tapi Tia nak orang tu tahu, Tia sayang dia sampai bila-bila. Tia akan lindungi dia walaupun nyawa Tia menjadi taruhan."
Aizu terkedu apabila mendengar kata-kata itu. Dia tidak menyangka kanak-kanak seperti Tia berfikiran matang. Mungkin didikan abang-abangnya.
"Tapi siapa dia?" tanya Hakim selamba. Dia mengabaikan pandangan geram daripada sepupu-sepupunya termasuk El dan Alya.
"Siapa dia tak penting, yang penting sekarang ni Tia nak Aizu kuat. Jangan menangis macam ni. Aizu nampak lemah. Tia nak Aizu kuat.
Aizu kata bila besar nanti nak lindungi Tia. Jadi, hapuskan air mata tu. Air mata Aizu tak sepatutnya mengalir kerana perkara yang remeh."
"Tapi hal yang berkaitan dengan Tia bukan perkara yangremeh!"
Mereka yang berada di situ terkejut apabila mendengar jeritan Aizu. Mereka sendiri tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. Adakah itu hanya mimpi atau sebaliknya?
Aizu menuturkan perkataan yang membuatkan mereka melopong dan terkejut.
"Biar betul!"
Tbc
9/9/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro