Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48💍

"KAU pakai jampi apa sampai jantung aku berdegup kencang?"

Tangan gadis itu digenggam kuat apabila Tengku Syazwani cuba menarik tangannya.

"Apa kau mengarut ni?" tanya Tengku Syazwani pelik.

Dia makan apa pagi tadi sampai jadi sengal malam ni?

"Kau dah curi sesuatu tapi tak mengaku pula."

"Aku curi apa? Aku tampar muka kau nanti, senget terus muka kau."

"Gurau pun tak boleh."

"Memang tak boleh!"

"Garang sangat, abang suka."

Muka Tengku Aizu berkerut apabila tamparan mengenai perutnya lalu dia terlentang.

"Sakitlah. Kau nak bunuh aku ke apa?"

Tengku Aizu dijeling sebelum bangun untuk beredar. Lebih lama dia di sini boleh gila.

"Nak pergi mana? Teman la aku."

"Malas!"

Tengku Syazwani dikepung sehingga belakang badannya bertemu dinding.

"Aku nak makan la..." rengek Tengku Syazwani.

Air mata mula bergenang apabila perutnya mula mendendangkan lagu dangdut.

"Jawab soalan aku, baru aku lepaskan kau."

"Kalau kau kena pilih antara tunang kau atau aku, kau pilih dia ke?"

"Apa kau merepek ni?" Namun Tengku Aizu hanya berdiam diri.

"Aizu. Kenapa dengan kau ni?" tanya Tengku Syazwani lagi.

"Please... jawab soalan aku tu. Aku nak tahu jawapannya. Setidaknya, aku tak susah hati bila sesuatu berlaku kepada aku suatu hati nanti."

Jawapan Tengku Aizu membuatkan Tengku Syazwani tergamam. Tengku Aizu menjauhkan diri daripada Tengku Syazwani lalu berpusing ke belakang. Langkahnya terhenti apabila mendengar balasan Tengku Syazwani.

"Kalau aku terpaksa buat pilihan sama ada pilih tunang aku atau kau, aku pilih kau. Kenapa? Aku tak kenal siapa tunang aku. Kau selalu ada bila aku perlukan pertolongan. Tapi aku tahu, kau dah bertunang.

Untung gadis tu sebab dapat kau. Kalau aku dapat undurkan masa, aku tak akan pilih untuk bertunang sebab aku nak kejar cita-cita aku. Tapi aku tahu, semua ni berlaku ada sebabnya. Aku nak kau tahu, sampai bila-bila pun kau tetap..."

Telinga Tengku Aizu menjadi merah apabila mendengar ayat terakhir Tengku Syazwani.

"Aku rasa baik kita turun sekarang. Aku boleh dengar perut dendang lagu rock."

"Kurang asam punya budak."

....

"ABANG, ayang ketawa bila ingat semula. Kita tak pernah ungkit benda tu sebab bila kita ingat muka kita mesti jadi merah. Abang, gelak la. Jangan diam je dan jangan tidur mati. Ayang tahu abang dengar, jangan la pura-pura pekak. Bangunlah... abang... Abang... Hik hik..."

Tengku Syazwani menekup muka. Sungguh dia rindu akan usikan lelaki itu. Lelaki yang selalu menjadi musuhnya sejak dulu. Pahlawan yang melindungi tanpa mengira keadaan bahaya atau keadaannya tidak mengizikan.

"Kalau boleh, ayang nak ganti tempat abang. Ayang nak tanggung keperitan bersama dengan abang. Ayang nak dengar suara abang setiap hari walaupun tanpa membuka mata. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya ialah... jet'aime, abang."

Tengku Rose Aiz sebak apabila mendengar cerita mamanya sejak dari awal. Sebenarnya dia bersembunyi di sebalik tirai untuk mendengar cerita itu dan akhirnya dia mengalirkan air mata.

"Mama..." Tubuh wanita itu didakap erat seperti tidak mahu dilepaskan walaupun sesaat. Hanya air mata yang berbicara ketika itu.

Tengku Syazaliya memejamkan(?) mata lalu air mata turun tanpa dikesat. Dia juga mahu lelaki itu bangun kerana dia mahu mendengar bebelan lelaki itu lagi. Dia tidak bersedia untuk melepaskan lelaki itu pergi jauh daripada hidupnya. Masih ada banyak perkara yang ingin dia kata dan lakukan bersama lelaki itu.

"Bonda... Jangan la menangis. Ayah mesti sedih bila tengok bonda menangis sebab ayah. Arel dah janji dengan ayah, nak jaga bonda sehingga ayah sedar."

"Bonda tahu, tapi bonda tak tahu kenapa bonda rasa ayah kamu tak akan membuka matanya lagi."

Tengku Airel tergamam. Satu rahsia yang disembunyikan daripada pengetahuan keluarga mereka. Kemungkinan besar ayah mereka berdua tidak akan buka mata atau kata lain, koma selamanya. Hanya mampu mendengar tapi tak mampu membalas.

"Ayah akan bangun sebab dia dah janji tak akan tinggalkan bonda. Bonda kena yakin," ujar Tengku Milia sebak.

"Mereka berdua pasti akan menepati janji mereka," balas Tengku Aryyan yakin walaupun sebenarnya dia ragu.

Maaf, tapi aku memang  tak boleh janji yang mereka akan sedar kerana...

"Jangan putus asa. Kita mesti cuba sedaya upaya dan jangan lemah. Mereka pasti sedih bila tengok permaisuri mereka sedih macam ni. Mana pergi kembar yang tegas, garang dan ceria? Dah hilang ke?" tanya Tengku Eliz bengang.

"Kau dah kenapa?" tanya Tengku Syazwani pelik.

"Tak masalahnya sekarang ni, apa masalah kau berdua? Mana diri kau yang dulu? Yang panas baran, garang, tegas, dingin dan perangai inspekstor tak bertauliah kau tu? Mana pergi?

Kau kan peguam, kakak kau pula detektif dan Mira pula healer. Inilah masanya kau guna pengetahuan yang kau ada untuk cipta penawar!"

Mereka melihat pemergian Tengku Eliz dengan pelik.

"Dia dah kenapa?" tanya Tengku Syazaliya pelik.

"Err... kau tak tahu ke?" tanya Tengku Elizsya.

"Tahu apa?" tanya Tengku Safira pelik.

"Dalang pembunuhan ni... masih terlepas."

Ayat terakhir yang dituturkan oleh Tengku Elizsya menyentak hati mereka.

"Tak mungkin. Cakap la yang kau hanya menipu. Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin. Kita tengok dengan mata kita sendiri yang pembunuh tu dah ditangkap."

"Kenapa dia liat sangat nak mati? Stres pula aku."

"Eliz tertekan tapi kau tahu la kisah silam dia macam mana. Aku tak sangka dia akan kacau hidup Eliz sampai sekarang. Aku harap sangat dia akan ditangkap dengan segera," ujar Tengku Eizsya.

Tangan digenggam erat. Nyawa mesti dibalas dengan nyawa. Namun dengan kudrat mereka yang ada sekarang ini, mana mungkin dapat mereka hapuskan si dia. Nak harapkan cucu mereka? Mereka masih muda dan masih mentah. Mereka tidak tahu selok belok dunia luar yang penuh bahaya.

"Sekarang ni, kita mesti jaga keluarga ni. Jangan biar dia musnahkan hubungan ni," ujar Nik Arash tegas.

"Macam mana nak jaga kalau kita pun tak boleh berlawan macam dulu?" tanya Tengku Arin Airis pelik.

"Kita kena latih mereka. Hanya mereka sahaja harapan kita buat masa ni."

"Macam mana kalau mereka tak boleh belajar teknik tu?" tanya Nik Michael risau.

"Mereka mesti boleh. Mereka merupakan generasi kelima Keluarga Zavier. Bakat mereka sudah lama terpendam dan kini tiba masanya kita cungkil bakat mereka."

"Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar."

"Aku harap begitu juga."

"Lebih baik kau berdua turun makan. Kalau nak jaga mereka, kau berdua mesti ada tenaga. Aku tak nak jaga kau berempat nanti," ujar Tengku Safrina sengaja.

Tengku Safrina dijeling sebelum mereka ketawa.

"Baiklah! Jaga mereka tahu! Aku nak pergi makan. Aku nak jaga dia sampai sedar."

"Tolong bangun, tau. Kita rindu."

Tbc

2/9/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro