Bab 47💍
KEESOKAN harinya, Tengku Syazwani melawat Tengku Aizu seorang diri. Dia mahu bercerita mengenai kenangan ketika mereka berumur 22 tahun.
"Assalamualaikum, abang..." panggil Tengku Syazwani meleret sebelum duduk dan menongkat dagu melihat wajah suami tercinta.
"Abang nak tahu tak?"
Tengku Syazwani berjeda seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam.
"Syaz ada tanya kenapa muka kita merah, abang ingat tak?" tanya Tengku Syazwani sebak.
Bibir diketap agar esakan tidak didengari. Dia perlu kuat tapi dia tahu walaupun dia cuba berlagak kuat, dia lemah. Dia tidak kuat apabila melihat suamimya terlantar sejak tiga bulan yang lalu. Namun dia perlu kuat demi permata hati mereka.
....
TENGKU Syazwani mencari cermin matanya di atas meja solek.
"Kau cari apa?" tanya Tengku Syazaliya pelik.
"Cermin mata aku hilang. Aku tak ingat mana aku letak."
"Siapa suruh kau letak merata?" sindir Tengku Syazaliya.
"Macam la kau letak barang setempat," sindir Tengku Syazwani semula.
"Sekurang-kurangnya aku ingat mana aku letak barang aku," ujar Tengku Syazaliya sebelum ketawa.
"Tak akan kau tak ingat mana kau letak?" sambung Tengku Syazaliya selepas ketawanya reda.
"Aku tak ingatlah."
"Apa kata kau cari dekat ruang tamu? Bukan ke semalam kau lepak dekat sana dengan Arianna, Aydina dan Diana?"
"Kan, terlupa pula aku."
Tengku Syazwani mengerang kesakitan usai berkata. Bahu digosok lalu menjeling kakaknya yang menayang muka selamba selepas membaling sebotol minyak wangi.
"Pergi cari cermin mata kau. Nanti, mula la salahkan aku sebab tak ingatkan kau," marah Tengku Syazaliya sebelum keluar selepas mencapai telefon miliknya.
Lidah dijelir apabila pintu ditutup. Ingat aku hairan sangat? Baik aku cari cermin mata aku yang hilang tu.
Ruang tamu dituju selepas pintu bilik ditutup. Tengku Syazwani mencari cermin matanya yang dibaling entah ke mana.
"Mana pula aku punya cermin mata ni? Aduhai... aku dah la silau, cermin mata pula hilang. Macam mana nak bawa kereta macam ni?" bebel Tengku Syazwani namun tangannya lincah mencari kelibat cermin matanya.
Tengku Aizu berjalan merentasi ruang tamu tingkat atas tanpa menyedari kelibat Tengku Syazwani yang berada di penjuru ruang tamu.
"Aduhai! Mampus aku kena buat cermin mata baru!"
Cermin mata hitam yang berada di atas kepala melurut sehingga ke hidung. Cermin mata itu dibetulkan seraya Tengku Aizu mendengus. Suis lampu ditekan sebelum dia bercekak pinggang.
"Nasib baik aku yang terperanjat. Kalau orang lain, kau dah kena maki dah."
Tengku Syazwani menjeling sekilas lalu sebelum menyambung kerja yang tergendala.
"Kau cari apa?"
"Aku cari cermin mata tapi aku jumpa sesuatu."
"Hah? Apa dia?"
"Aku rasa kau tercicir sesuatu, nasib baik aku jumpa."
"Barang apa yang aku tinggal?" tanya Tengku Aizu polos.
Tengku Syazwani ketawa perlahan selepas melihat wajah polos itu. Tengku Aizu menjeling Tengku Syazwani.
Gelak pula minah ni. Aku luku kepala baru tahu.
"Kau tertinggal hati kau..."
"Eh? Bila masa?" tanya Tengku Aizu pelik seraya dia mencapai stetoskop lalu diletakkan di dada.
"Memang tak la aku nak simpan hati kau! Daripada cakap dengan kau, baik aku cari cermin mata aku lagi berfaedah!" sindir Tengku Syazwani seraya tersenyum sinis apabila melihat wajah Tengku Aizu terkedu.
"Kau ni, buat terkejut je. Aku nak luku je kepala kau tapi sebab aku fikir kau perempuan. Kalau tak, memang..."
Gigi diketap apabila Tengku Syazwani ketawa puas hati setelah mengenakannya.
"Kalau tak, kau nak buat apa?" tanya Tengku Syazwani seraya menjongketkan sebelah kening berulang kali tanda mencabar lelaki itu meneruskan kata-katanya.
Tengku Aizu menjeling seraya bangun daripada duduk bersila. Habuk yang melekat di seluar ditepuk sebelum dia berjalan ke sudut yang lain. Mula-mula Tengku Syazwani hairan namun dia hanya membiarkan apabila melihat jejaka itu mengangkat majalah lalu mencari cermin matanya.
'Terima kasih.'
Tengku Aizu hanya mengangguk sebelum menyambung pencarian. Tengku Syazwani menjeling apabila jejaka itu tidak membalas.
"Sombong. Aku sagat kau kejap lagi baru tahu," bebel Tengku Syazwani tanpa suara.
Tengku Aizu menggelengkan kepala apabila melihat bibir gadis itu terkumat-kamit namun dia tahu apa yang dikatakan oleh Tengku Syazwani.
"Mengata aku la tu," ujar Tengku Aizu tanpa memandang. Tengku Syazwani mencebik apabila perbuatannya diketahui.
"Apa-apa je la." Tengku Aizu menggelengkan kepala apabila gadis itu merajuk.
Kesunyian melanda mereka selama beberapa minit. Tengku Aizu berasa janggal apabila Tengku Syazwani tidak seperti selalu. Seperti dia dilanda masalah.
"Err... Tira," panggil Tengku Aizu perlahan.
"Apa kau nak?" tanya Tengku Syazwani berang.
"Aku nak tanya ni." Ternaik kening Tengku Syazwani apabila mendengar ayat yang meniti di bibir Tengku Aizu.
"Sejak bila Tengku Aizuhilmi Hazry reti minta izin bila nak tanya?" sindir Tengku Syazwani tanpa memandang wajah cemberut Tengku Aizu.
"Ala kau ni,"balas Tengku Aizu sebelum bibir dicebik tanda merajuk.
"Aku cakap sikit dah merajuk. Perangai macam perempuan. Sikit-sikit merajuk."
"Habis kalau kau bukan perempuan, kau apa?" tanya Tengku Aizu sengaja.
Senyuman sinis terukir apabila wajah Tengku Syazwani bertukar merah.
"Malas la nak cakap dengan kau, menyampah aku," bentak Tengku Syazwani bengang.
"Orang yang kau menyampah ni la, orang yang kau heret dan teman kau pergi lunch," balas Tengku Aizu sebelum menyangkut cermin mata di poket baju.
"Bangang, bengong, sengal, senget..." Tengku Aizu terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Tengku Syazwani.
"Kau kata aku bangang?" tanya Tengku Aizu seraya menjegilkan matanya ke arah gadis itu.
"Kenapa, salah ke? Betul, kan?" tanya Tengku Syazwani selamba.
"Aku pilot, kau boleh kata aku bangang? Aku susah payah belajar..."
"Wayar otak kau mana yang putus ni?" tanya Tengku Syazwani sengaja.
"Aku tak tahu pula otak ada wayar," balas Tengku Aizu yang mengikut rentak Tengku Syazwani. Layankan je la.
"Siapa yang ajar kau Sains ni?" sambung Tengku Aizu.
"Kau."
"Sejak bila aku ajar kau Sains? Aku ambil aliran lain la. Lain la macam kau."
"Nak gurau pun tak boleh."
"Tak cakap pun tak boleh. Ade ke aku cakap tak boleh? Tak ada, kan? Cuba ingat balik, ada ke? Tak, kan? Tak ada, kan?"
Tengku Aizu ketawa apabila wajah Tengku Syazwani menjadi bengang.
"Geramnya aku!" Bahu jejaka idaman ramai itu dipukul sekuat hati menggunakan majalah.
"Sakitlah!" marah Tengku Aizu seraya memandang anak mata Tengku Syazwani yang berwarna hazel.
Gadis itu tergamam sebelum berhenti memukul bahunya apabila melihat pandangan gerun yang diberikan.
"Err..."
Tengku Aizu mengendahkan gadis itu lalu dia mendekatkan wajahnya sedikit sehingga dia nampak emosi di dalam mata gadis itu.
Dia kesunyian, tapi dia berlakon yang dia ceria. Dia sedih, tapi dia tak tunjuk. Dia penuh dengan dendam, tapi dia tak boleh lepaskan kemarahan dia. Dia sering disalahkan tapi dia tak balas. Tapi kenapa? Aku nak tahu dia,aku nak faham dia lebih lagi. Aku nak tanggung masalah dengan dia. Aku nak kurangkan beban dia.
"Kau dah kenapa?"
Suara Tengku Syazwani menyentakkan dia daripada lamunan. Tengku Aizu hilang imbangan. Tengku Syazwani membuka sebelah mata apabila tiada beban yang menimpa badannya yang kecil itu. Apabila dia membuka sebelah mata lagi, dia terkedu mata sepasang mata memandangnya tanpa berkelip.
"Wei, kau dah kenapa? Sana la," kata Tengku Syazwani seraya menolak badan jejaka itu ke tepi.
Tengku Aizu mengeraskan badan lalu menelek wajah kemerahan itu dengan tenang.
"Tepi la!" Dengan satu tolakan Tengku Aizu terlentang ke sisi.
"Berat macam anak gajah!" kutuk Tengku Syazwani sebelum duduk bersila.
Jejaka itu mengiring sebelum menongkat kepala memandang Tengku Syazwani. Tangan gadis itu ditarik sebelum diletakkan di dadanya.
Tbc
25/8/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro