Bab 46💍
FALLEN Knights meratapi sayu tanah perkuburan. Cousin Princess meletakkan tangan di atas tanah merah, pakaian yang kotor diendahkan. Orang ramai beransur pulang. Hanya kaum kerabat yang terdekat yang tinggal.
"Abang rindu nenda," kata Tengku Airel sebak sebelum memeluk tubuh isterinya.
Tengku Milia menggosok belakang suaminya sebelum berkata, "Kalau nenda nampak abang nangis macam ni, mesti nenda susah hati."
Tengku Rose Aiz tidak dapat menahan sebak apabila melihat batu nisan nendanya.
"Nenda berehatlah dengan tenang. Luna akan cari pembunuh nenda sampai dapat."
Tengku Aqil memapah isterinya bangun kerana dia hampir rebah.
"Abang... Luna rindu nenda..." Tengku Aqil mengendong tubuh isterinya yang menangis meratapi kematian nenda tercinta.
"Kami tak akan lupakan kasih ibu dan ayah," bisik Tengku Syazaliya, Tengku Syazwani dan Tengku Airin Alyana.
"Aku akan pastikan mereka terima padahnya," ujar Tengku Safrina dan Tengkuu Safina bengang.
"Umi. Abah," rengek Tengku Safira dalam pelukan Tengku Aryyan.
"Mereka mesti terima padahnya," ujar Tengku Syazmira bengang. Tengku Irfan mengangguk. Cousin Princess dan Fallen Knights berpaling ke belakang.
Berehatlah, kami akan lakukan apa sahaja agar pembunuh ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.
....
TENGKU Syazwani menolak pintu wad perlahan sebelum melihat wajah seorang lelaki yang dimamah usia namun ia tidak mencacatkan ketampanan lelaki itu. Punggung dilabuhkan di kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit.
"Abang... Kenapa tinggalkan ayang? Ayang tak puas disayangi lagi. Jangan la tidur lagi, teman ayang macam dulu," rintih Tengku Syazwani seraya mengucup tangan suaminya. Lengan Tengku Aizu dipeluk dengan erat lalu dia memandang wajah suami tercinta.
Wajah itu dia tatap saban tahun sejak dia berusia 12 belas tahun sehingga kini. Wajah itulah dilihat setiap pagi apabila mata dicelik. Lelaki yang tidak pernah berhenti buat dia naik angin, geram, cemburu, terharu, menyampah malah segala perasaan kecuali benci.
"Abang... bangunlah... Tak rindu ke cucu kita? Anak kita, Luna? Kesian Luna tahu. Dia rindukan papa dia. Dia teringin nak makan masakan abang. Bangunlah. Tak rindu dengan bini ke? Kita rindu dia ni, dia tak rindu kita ke?"
Tangisan yang cuba ditahan akhirnya pecah jua. Tengku Rose Aiz memeluk mamanya dengan erat. Air matanya turut jatuh apabila papanya tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Sudah tiga bulan Tengku Aizu koma.
"Mungkin ini perasaan abang bila tunggu ayang balik selama empat tahun. Mesti sakit, kan? Pedih bila rindu orang yang mungkin tak akan kembali ke pangkuan kita," ujar Tengku Syazwani sebak.
Tengku Adrian mengeluh sebelum duduk berhadapan dengan Tengku Syazwani.
"Aizu akan sedar. Itu janji dia. Aku tahu, dia rindu keluarga dia. Jangan pernah berhenti berharap dan berdoa. Seperti dulu, ia merupakan keajaiban, bukan? Mana tahu Aizu juga ada keajaiban seperti Syaz."
"Aku pun harap macam tu, tapi aku tak tahu kenapa hati aku kuat menyatakan dia tak akan kembali kepada aku lagi," ujar Tengku Syazaliya seraya memandang suaminya yang turut koma ketika menyelamatkan generasi ketiga Keluarga Zavier.
"Siapa yang masih berdendam dengan Keluarga Zavier? Rasanya kita dah hapuskan mereka bertahun dahulu," ujar Nik Haziq selamba.
"Rasanya?" tanya Tengku Nasya bengang. Lelaki itu dijeling bagai nak tembus.
"Rasanya bukan semuanya," balas Tengku Feyli seraya menggelengkan kepala.
"Kenapa nama Luna ada Aiz?" tanya Tengku Emely setelah sekian lama berdiam diri.
"Semasa mama mengandungkan Luna, mama bermimpi. Ada seorang wanita menyuruh mama menamakan bayi dalam kandungan dengan nama Rose dan Humaira. Mama terfikir untuk letak nama Aiz di antara dua nama itu kerana ia merupakan panggilan papa kamu ketika mama sakit hati dengan dia dulu."
"Tak sangka nama Luna ada sejarahnya," sindir Tengku Felix sebelum ketawa.
"Kau nak kena belasah?" tanya Tengku Rose Aiz bengang.
"Gurau je, tu pun nak sentap. Kau tengok bini kau ni, Aqil," adu Tengku Andrew sebelum ketawa lalu mengerang kesakitan.
Mereka telah dimamah usia namun ada beberapa perkara yang tidak berubah, antaranya ialah cubitan berbisa Tengku Rose Aiz Humaira.
"Sakitlah gila!" jerit Tengku Eric.
Kenapa aku pula yang kena? Kau siap dik, aku belasah kau kejap lagi.
"Jeling-jeling, kau menjeling. Senyumanmu menggoda..." usik Tengku Safrina dan Tengku Safina.
Mereka memandang datar sebelum kembali berperang mulut. Tengku Putra menggelengkan kepala seraya memeluk bahu Tengku Amy.
"Aku rindu keluarga kita yang dulu," ujar Tengku Putra sebelum memandang Tengku Safira sayu.
"Kan, mungkin sekarang semuanya tidak akan kembali seperti dulu lagi," balas Tengku Amy sebelum memeluk Tengku Nasya yang merajuk.
Dahulu mereka remaja tapi kini mereka sudah menjadi ibu dan bapa orang. Mereka sudah dimamah usia namun sifat semasa remaja masih ada.
"Aku akan siang kau macam ikan!" Mereka menggelengkan kepala apabila Tengku Andrew menyekeh kepala Tengku Felix. Tengku Eric tersengih sebelum merempuh dua orang adiknya itu.
"Sakitlah!"
"Kau hempap sis pack aku!"
"Anak siapa ni?" Mereka memandang Tengku Airin Alyana dan Tengku Adrian. Mereka berdua mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Walaupun muka hubby penuh luka, wifey tetap sayang. Bangunlah... tak rindu kita ke? El rindu dia. Bangunlah..." rintih Tengku Syazaliya dan dia sebak. Mana mungkin dia mampu menahan air mata apabila melihat suaminya terlantar dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar.
"Kau ingat tak, dulu?" tanya Tengku Syazwani namun tidak memandang kakaknya.
"Apa dia?"
"Masa kau koma dulu, Hakim selalu cakap dengan kau, kadang-kadang macam orang gila aku tengok dia sembang dengan kau. Dia kata, dia sanggup tunggu kau walaupun peluang untuk kau sedar masa itu tipis," balas Tengku Adrian Shah sebak.
"Dia juga cakap, dia akan..." Kata-kata Tengku Syazwani dipotong. "Tunggu aku sampai aku dapat semua memori aku balik."
Air mata turun dengan lebat tanpa dipinta. Walaupun dia mengesat air mata berulangkali, namun ia turun dan tidak ada tanda ingin berhenti.
"Bangunlah..." seru Tengku Syazaliya dan Tengku Syazwani. Tangan kekar itu digenggam seperti menyalurkan kekuatan agar sang suami membuka mata.
"Kau lihat aku di sini menunggumu, menanti akan kehadiran dirimu. Berkali-kaliku menghubungi kamu, berharap kau dan aku cepat bertemu."
"Jujur aku tak sanggup bila kau jauh, terasa berat dan hampir ingin mengeluh. Rasa ini sungguh membuatku jatuh cinta padamu."
"Kau ciptakan lagu indah... Kau senyum semanis buah... Satu tapi pasti dan sangat berarti, kau tak kan terganti. Sungguh dirimu membuatku selalu bersemangat, jalani hari-hariku dengan hebat. Kau tahu hidup tanpamu itu berat, denganmu aku kuat."
"Dengan begitu, kuberhenti untuk terus mencari, kernaku telah temukan pawang hati. Mengisi hidup kesempurnaan hidup ini, jangan kau pergi lagi..."
"You are my heartbeat, dear," bisik Tengku Syazwani sebelum mengucup pipi suaminya.
"On the first of our story, the future seemed so bright. Then this thing turned out so evil, don't know why I'm still suprised."
Tengku Syazaliya meletakkan sejambak bunga ke dalam pasu, bunga itu telah layu namun banyak kenangannya. Bunga itu ialah bunga yang dipegangnya berpuluh tahun dahulu ketika bersanding.
"I'll wait even 1000 years for you to wake up."
Tbc
19/8/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro