Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 45💍

TENGKU Juliana memandang wajah anaknya dengan bengis. Tengku  Aifa hanya memandang dengan pandangan sayu.

"Mama," panggil Tengku Aifa perlahan.

"Siapa mama kau?" Tengku Aifa tersentak apabila disergah sebegitu. Tanpa dipinta air mata turun mengalir.

"Ajal kau akan tiba!"

Tengku Aifa mengelak tipis serangan daripada ibu kandungnya. Menggigil tangan yang menggengam sebilah pedang.

Walaupun dia benci wanita itu namun wanita itu tetap ibu kandungnya. Serangan ditahan walaupun dia terleka. Tidak tahu bagaimana badannya bergerak namun seperti ada satu suara yang berbisik memberitahu kepadanya arah pedang lawannya akan dihayunkan.

Terima kasih, Andrew, getus Tengku Aifa selepas mengukir senyuman.

Dia berpusing beberapa kali sebelum menghalakan pedang ke arah ibunya. Ibu atau sesiapa sahaja tetap perlu dihapuskan.

"Serahkan dia pada aunty." Tengku Aifa menoleh sebelum mengangguk lalu berlari ke arah Tengku Aqil.

"Kau!" TengkuJuliana mengetap gigi.

"Kau tak rindu aku ke?" tanya Tengku Elizsya dan Tengku Eliz. Si kembar melindungi Tengku Aifa yang jelas tergamam.

"Ini hukuman kau kerana mendera anak angkat aku!" Pedang dihayun sebelum Tengku Juliana mengerang kesakitan. Lengannya yang terluka segera ditekup untuk menghentikan pendarahan.

Macam mana dia boleh terlupa kehadiran kembar itu?

Tengku Aifa diarahkan supaya membantu Tengku Aizu yang bersusah payah menangkis serangan dari pelbagai arah.

"Jangan kacau adik ipar aku la!" Nik Arash melepaskan tembakan semasa berjalan.

"Hebatnya," puji Tengku Feyli.

"Jangan puji lebih. Dia tu cepat riak." Nik Arash menjeling Tengku Hakim. Pistol dihalakan ke arah Tengku Hakim yang leka berlawan. Tembakan dilepaskan dan musuh yang menyerang dari arah belakang tumpas.

"Nak lepaskan tembakan bagi amaran dulu!"

"Kau ingat orang nak bunuh kau dia telefon ke, kata 'aku nak ambil nyawa kau, bersiap sedialah', ada ke? Tak ada, kan."

"Tch!"

"Jangan salahkan aku kalau dia tak boleh bercakap nanti."

"Macam budak-budak!" marah Tengku Arin Airis bengang.

Jika tidak dileraikan pergaduhan kecil itu sekarang, memang yang terlantar di ICU nanti. Mereka berdua menikus memandang lantai sebelum sambung berlawan. Siapa yang tidak takut bila Tengku Arin Airis marah?

"Salah kau."

"Kau la." Merek berdua bertekak namun masih dalam kawalan.

Semasa mereka bertekak, anak panah ditarik dan dihalakan ke arah triplet. Selepas itu, anak panah dilepaskan, apabila anak panah semakin menghampiri, tiba-tiba anak panah itu terbelah dua.

"Nampaknya kau mulakan parti tanpa kami, Cik Q."

Air mata Tengku Airin turun tanpa dipinta. Berkali-kali Tengku Syazaliya mengerdipkan mata untuk memastikan apa yang dia lihat bukan mimpi.

"Papa!" Tengku Aizu merangkul anak perempuan tunggalnya dengan sebelah tangan manalala sebelah tangan lagi menangkis serangan pihak lawan.

"Kenapa Luna makin ringan? Luna tak ada selera ke?" tanya Tengku Aizu tanpa memandang. Entah dari mana dia dapat kekuatan yang luar biasa. Sebenarnya, dia hampir hilang imbangan jika bukan kerana anak tunggalnya menjerit memanggilnya. Terasa jiwanya bagai hidup semula.

"Makan tapi sikit je."

"Lepas ni kamu cakap je kamu nak makan apa, biar papa dan mama masak."

"Dah sedia untuk serangan kombo, papa dan mama?"

"Dengan senang hati, Luna."

"Bonda..." Tengku Syazaliya dipapah untuk bangun.

"Arel pergi mana, sayang?" Tengku Airel mengukir senyuman nipis namun senyuman itu pudar apabila melihat perubahan wajah Tengku Syazaliya.

"Kamu tahu tak bonda rindu kamu separuh mati? Kamu satu-satunya putera bonda! Kamu nak bonda murung ke?" Tengku Airel dibebel manakala telinga Tengku Felix ditarik oleh Tengku Airin.

"Ma... sakit ma, sakit."

Nik Haziq mengaduh kesakitan apabila lengannya dipukul oleh Tengku Nasya berulang kali.

"Sakitlah."

"Padan muka. Suka buat saya macam ni!"

"Pertarungan kita belum berakhir!" Tengku  Andrew menangkis serangan oleh konco Tengku Juliana yang hampir mengenai wajah kekasih hatinya.

"Kami akan menang pertarungan ni walaupun nyawa kami menjadi ganti!" Tengku Luke meluru  selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah lampu. 

"Luna! Sekarang!"

"Baik!" Tombak yang telah diikat dengan sehelai kain terbakar selepas dipusingkan di atas kepala beberapa kali sebelum dilontar dan tepat ke sasaran iaiatu suis.

"Lari!" Tengku Aqil menarik tangan Tengku Rose Aiz sebelum menggendong gadis itu  ke luar gudang.

Tidak lama kemudian, gudang itu dijilat api. Namun, letupan berlaku menyebabkan tubuh mereka melayang ke hadapan. Para wanita dilindungi kerana gudang itu meletup sekali lagi.

"Kau rasa Cik Q mati tak?" tanya Tengku Eric selamba.

"Entah, rasanya dah mati," balas Nik Haziq sebelum mengerang kesakitan.

"Kenapa pukul aku? Betul la apa yang aku cakap," kata Nik Haziq berang. Mata dijegilkan ke arah gadis itu tanda bengang.

"Saya cili mulut awak nanti, mulut awak memang tak ada insurans."

"Mana ada insurans untuk mulut. Kau tak tahu ke? Teruk betul kau ni," sakat Nik Haziq.

Tengku Nasya memukul belakang Nik Haziq menyebabkan pemuda itu terlentang.

"Benci" Kaki dihentak sebanyak dua kali sebelum melangkah ke arah Tengku Milia. Nik Haziq menjelirkan lidah sebelum melangkah ke arah keluarganya.

"Suka sangat menyakat," keluh Tengku Arin Airis sebelum menggelengkan kepala.

"Dah lama tak jumpa dia la, ma. Kalau jumpa pun, kena tengok dari jauh."

"Kalau dia merajuk jangan cari mama," ujar Tengku Airin kepada tiga anak lelakinya. Mereka hanya menayang gigi tanpa membalas.

"Kau tak rindu aku ke, Milia?" tanya Tengku Airel sebelum merendahkan badan agar dia dapat melihat wajah yang dirinduinya selama ini.

"Arel jahat. Arel jahat. Arel jahat." Tengku Airel menarik gadis itu ke dalam pelukan. Tangisan gadis itu bertambah kuat apabila Tengku Airel mengelap air matanya menggunakan sapu tangan.

"Jangan menangis, nanti mata kau bengkak. Tapi bila tengok kau nangis, bertambah cantik." Tengku MIlia mengelap air mata sebelum bahu pemuda itu ditolak.

"Jahat!"

"Saya mengaku saya jahat tapi..."

"Awak dah janji tak akan tinggalkan saya. Tapi kenapa awak pergi? Airel jahat!"

Dia hanya membiarkan gadis itu melepaskan geram dengan memukul badannya.

Tengku Rose Aiz memandang langit sebelum tersentak apabila sesuatu diletakkan di atas kepala. Dia mengambil barang itu sebelum ditelek.

"Cantiknya," puji Tengku Rose Aiz tanpa mengucapkan terima kasih.

"Mestilah cantik sebab dia dah jumpa tuan dia."

"Maksud?"

"Kau sudi tak jadi bini aku?"

"Kau tak sweet la, abang." Tengku Aqil menjegilkan mata ke arah adiknya.

"Dalam kawalan serigala ada ratu, sudi tak jadi bidadari aku?" Baldu itu dibuka selepas Tengku Aqil melutut.

Tengku Rose Aiz tergamam sebelum mengangguk. Tengku Feyli mengambil cincin itu sebelum diberi kepada pemiliknya.

"Mana aci! Kahwin ngan aku!"

"Ya Allah, anak siapa la ni."

"Aku tak tahu anak siapa tak ada adab pergi lamar anak dara orang tanpa cincin."

"Ada la!"

"Sudi tak kahwin dengan aku?"

Mereka mengangguk sebelum ketawa apabila para jejaka dibebel oleh ibu masing-masing.

Tbc

13/8/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro