Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 41

SUDAH bertahun kejadian itu berlaku, sedikit sebanyak meninggalkan luka dalam hati mereka. Walaupun Fallen Knights sudah lama pergi tetapi mereka berenam masih berhubung dengan Zavier Family dan bertanya khabar. 

Tengku Aifa, Tengku Feyli dan Tengku Milia masih berada di Malaysia kerana mereka menyambung pengajian di sini tetapi Tengku Aqil dan Tengku Nasya menyambung pengajian ke luar negara atas tajaan Tengku Hakim dan Tengku Aizu. Kata mereka berdua, kembar seperti anak mereka sendiri. Namun, kehidupan tetap perlu diteruskan walaupun kadang-kala kesunyian menyapa.

"Berangan!" Tengku Milia menjeling Tengku Feyli yang menyergahnya dari arah belakang. Tengku Aifa ketawa sambil menatang dulang.

"Menyibuk betul. Aku belasah kau nanti."

"Aku bergurau je. Tak payah mengamuk."

"Aku rindu Luna." Tengku Aifa dan Tengku Feyli saling berpandangan sebelum pandangan mereka terarah pada bingkai gambar yang berada di hadapan mereka.

Luna. Siapa yang tidak kenal gadis nakal itu? Selalu menimbulkan masalah yang memeningkan kepala sepupu-sepupunya. Tengku Rose Aiz Humaira nama sebenarnya. Rose diambil sempena bunga kegemaran Cousin Princess. Aiz pula singkatan nama Tengku Aizu dan Humaira pula diambil sempena nama seseorang.

"Tengku Rose Aiz Humaira..." Tengku Feyli mengelap air mata apabila menyebut nama Luna.

"Aku teringat uncle panggil Luna, Aiz." Tengku Aifa ketawa sebelum menekup wajahnya dan menghamburkan tangisan.

"Aku rindu Felix. Aku rindu suara dia." Tengku Feyli mengukir senyuman apabila menyebut nama kekasih hatinya.

"Mesti Luna gelakkan kita kalau tengok kita menangis." Mereka menoleh sebelum mata mereka terbeliak.

"Bila kau balik sini?" Tengku Nasya dipeluk dengan erat dalam sekelip mata.

"Saja. Lagipun, dekat sana aku selalu teringat arwah sebab tu aku dengan abang aku balik sini. Aku dah buat keputusan yang aku akan sambung belajar dekat sini, dekat dengan sepupu aku. Dekat dengan mereka, tempat yang banyak kenangan kita."

Tengku Feyli menyekeh kepala Tengku Aqil sebelum ketawa. Tengku Milia menangkap gambar mereka berlima. Tiba-tiba sekeping gambar dari atas almari melayang ke arah meja di hadapan mereka. Mereka melihat gambar itu melayang sebelum Tengku Aqil mengambil gambar tersebut. Mereka hanya melihat gambar itu tanpa mengeuarkan suara. Gambar itu diambil beberapa tahun yang lepas semasa mereka bekerjasama dengan arwah Fallen Knights.

"Siapa yang ambil gambar ni? Aku tak perasan pun."

"Aku rasa Pengetua Music Highschool. Kau tengok lambang ni, ni bukan not muzik ke? Memang sah la pengetua yang tangkap gambar," ujar Tengku Aifa sebelum meletakkan gambar itu ke dalam bingkai.

"Kau tak pelik ke?" tanya Tengku Milia selepas mencapai sekeping macaron

"Apa maksud kau?" 

"Mana Emely dan Amy atau nama sebenar mereka Sky dan Flora? Aku mula perasan selepas arwah Fallen Knights dikebumikan, mereka berdua menghilangkan diri. Beberapa bulan kemudian, Daddy meninggal dunia kerana kencing tikus manakala Luke tidak dapat dikesan," balas Tengku Milia.

"Apa kata kita pergi lawat bonda? Aku rindu bonda," rengek Tengku Nasya.

"Bila nak gerak?" tanya Tengku Feyli.

"Sekarang la! Tak akan esok pagi pula."

"Aku tak kemas beg lagi!" kata Tengku Feyli geram.

"Aku dah kemaskan beg kau, jom gerak. Aku drive." Tengku Feyli membuat muka geram apabila Tengku Milia mengambil kunci kereta miliknya.

....

MEREKA hairan apabila melihat pintu tertutup rapat.

"Kita salah rumah ke?" Tengku Feyli dijeling.

"Tak mungkin kita salah rumah," balas Tengku Aqil.

"Cuma... aku pelik. Kenapa rumah ni kelihatan suram sahaja?"

" Aku baru teringat. Tak akan kau dah lupa? Dulu rumah ni ceria kerana dari luar kita boleh dengar mereka bergaduh dan ketawa."

"Jom masuk! Kita akan jadi mayat kering kalau berjemur seharian," kata Tengku Nasya sebelum menolak pintu utama. Mereka mengendap seperti pencuri sebelum terlanggar antara satu sama lain kerana Tengku Aqil terlanggar tiang.

"Sakitlah!"

"La... Kenapa mengendap macam pencuri? Dah bangun." Tengku Aria Irdina dan Nik Michael menolong mereka bangun.

"Kami ingatkan tiada orang," tipu Tengku Aifa. 

"Bukannya kami tak mahu buka lampu tetapi ini arahan bonda kamu. Bonda kamu terlalu rindu anak tunggalnya, sebab itu dia minta padamkan lampu. Kalau kamu cari bonda dan mama kamu, mereka berada di bilik Fallen Knights. Mereka semua sedang memerhati bintang yang dilekatkan pada siling."

Mereka hanya menganggukkan kepala dan melihat kakak sepupu dan abang sepupu mereka beredar.

"Jom serbu!"

"Bonda..."

"Mama..."

"Bila kamu sampai?" tanya Tengku Aizu sebelum berpaling untuk mengelap air mata.

"Tadi."

"Bonda rindu Adam?"

"Siapa yang tak rindu anak muda yang dingin seperti dia? Seperti baru semalam bonda berjumpa semula dengan dia.  Seperti baru semalam dia peluk bonda dan masak makanan kegemaran bonda. Bonda rindu dia. Seperti baru semalam juga bonda kehilangan anak tunggal bonda."

"Seperti baru semalam mereka berenam lahir. Aku ingat lagi masa mereka berumur lima tahun. Wajah ceria mereka, tambah pula dengan cerita karut Aizu. Wajah muram mereka, suara mereka, jeritan mereka, semuanya masih tergiang-giang di telinga aku. Aku rindu Fallen Knights." Tengku Syazwani memeluk bajunya yang dipakai oleh anak gadisnya untuk kali pertama dan kali terakhir semasa Nik Michael mendenda mereka agar memakai baju seragam.

"Aku rindu triplet..." Tengku Airin menangis teresak-esak dalam pelukan Tengku Adrian Shah.

Selepas sekian lama mereka menangis akhirnya mereka mengelap air mata.

"Mana Emely dan Amy?"

Mereka berenam saling berpandangan apabila tidak tahu mahu membalas apa. Soalan itulah yang mahu mereka mengelak.

'Habislah...'

"Err... sebenarnya..."

"Maaf kami lambat." Mereka berlima melopong apabila melihat Tengku Emely dan Tengku Amy di depan mata.

"Kami bawa abang kami..."

"Luke..." kata Tengku Aqil sebelum berdiri di hadapan Tengku Luqman.

"Apa kau buat dekat sini?" Leher Tengku Luqman dicekak oleh Tengku Feyli memandangkan gadis itu belajar taekwando.

"Lindungi keluarga ni seperti yang diwasiatkan oleh Fallen Knights."

"Hah? Wasiat Fallen Knights? Kau biar betul?" tanya Tengku Milia pelik.

"Betul apa yang abang aku cakap. Mereka meninggalkan satu wasiat. Mereka mahu kita melindungi keluarga mereka. Sebenarnya, keluarga mereka disumpah."

"Mengarut! Apa main sumpah-sumpah ni?" bidas Tengku Nasya.

"Kalau aku kata mereka disumpah kerana mata mereka, kau nak cakap apa? Kau nak kata benda tu mengarut?" kata Tengku Amy bengang.

"Itu mustahil. Kau ingat ini fantasi ke?" marah Tengku Aifa.

"Sudah. Daripada kita bertekak, lebih baik kau cerita tentang wasiat arwah kepada keluarga mereka. Mereka berhak tahu isi kandungan wasiat tersebut."

"Apa bising-bising ni? Nak bersembang, sembang dekat dalam. Jangan duduk bersila dalam bulatan buat mesyuarat tergempar tengah laman rumah."

Mereka bertujuh hanya tersengih apabila menyedari kesilapan mereka. Nik Arash menggelengkan kepala sebelum beredar ke kereta miliknya.

Tbc

9/6/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro