Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39

FALLEN Knights berada di lobi hospital. Mereka saling berpandangan kerana dapat merasakan sesuatu yang buruk mungkin akan terjadi. Di mana Tengku Aria Irdina dan Nik Michael? Mereka berdua sudah pulang lebih awal kerana rindu dengan anak mereka.

"Tak apa ke kita tinggalkan mereka berlima?" tanya Tengku Rose Aiz risau. Mereka berlima tidak menjawab pertanyaan Tengku Rose Aiz.

"Aku rasa tak sedap hati la, apa kata kita patah balik?" tanya Tengku Eric. Selalunya dia akan mengawal riak wajahnya namun kali ini tidak. Tangannya ditarik oleh Tengku Airel apabila dia cuba berpaling ke belakang.

"Apa pula kata keluarga kita? Kita dah janji dengan mereka untuk minum petang."

Tengku Airel melepaskan pegangan pada lengan Tengku Eric sebelum meraup muka. Kalau boleh, dia juga ingin berbuat demikian namun entah kenapa kakinya tidak mahu memberikan kerjasama.

"Apa kata kita balik, tenangkan fikiran. Nanti kita datang lagi," kata Tengku Felix. Selalunya apabila dia memberikan pendapat yang agak tak masuk akal, dia akan dijeling. Tetapi kali ini, mereka menganggukkan kepala tanda setuju.

"Aku drive." Tengku Andrew mencapai kunci di tangan Nik Haziq sebelum berlalu pergi.

"Mana aci!" jerit Nik Haziq sebelum mengejar Tengku Andrew yang sedang ketawa. Mereka berempat mengangkat bahu sebelum mengikuti langkah Nik Haziq dan Tengku Andrew yang berada agak jauh daripada mereka.

'Kenapa aku rasa tadi kali terakhir aku jumpa kau?' getus hati Fallen Knights.

....

TENGKU Emely terjaga apabila lukanya kembali pedih selepas disimbah dengan sebaldi air campuran lemon dan. Sepupunya yang lain juga ada di sini. Dia mengetap gigi apabila melihat orang yang melakukan perbuatan itu tersenyum sinis sebelum mengejeknya.

"Huh, lemah!"

"Kau tak guna! Tunggu la kalau aku terlepas. Aku cekik kau sampai mati! Mayat kau aku bagi gorila makan! Dasar manusia tak berotak! Otakmu letak dekat lutut!" Tengku Emely menjerit sekuat hati agar sepupunya terjaga. Mereka semua terjaga apabila mendengar Tengku Emely menjerit kesakitan. Apa yang mereka nampak ialah Tengku Emely mengetap gigi memandang orang yang membelasahnya dengan tangan diikat. Tak gentle langsung.

"Face to face la bro. Apa barang pakai helah ni?" provok Tengku Feyli. Tengku Milia terkejut sebelum menendang perlahan kaki Tengku Feyli agar jangan menaikan darah orang itu.

"Apa? Dia memang pengecut, kan? Daripada dulu sampai sekarang, dia hanya bersembunyi di belakang bayang orang," provok Tengku Aifa pula. Tengku Aifa bukanlah seorang yang pendiam dan pemalu, sifat sebenarnya hampir sama seperti Tengku Rose Aiz.

"Sepatutnya aku suruh Daddy bunuh kau 12 tahun dulu. Menyusahkan," kata remaja lelaki yang sebaya mereka sebelum mengarahkan beberapa konconya agar membuka ikatan. Tengku Aqil menggelengkan kepala seraya merenung remaja lelaki itu yang turut merenungnya. Sejak dari dulu, mereka memang tidak sebulu. Remaja itu sering kali ingin mencari masalah dengannya. Jika dia tidak kenangkan lelaki itu ialah sepupu mereka, sudah lama remaja itu berada di ICU.

"Aku nak cipta sejarah. Aku tahu Rare Blood dan Knight Night tak wujud. Jadi apa kata kita main satu permainan? Korang jadi RB dan KN, aku pula jadi BW. Aku nak tengok kekuatan dan ketangkasan korang. So, should we start now?" tanya remaja itu atau dikenali Luke.

"Why not?" tanya Tengku Milia seraya mengeluarkan sabit panjang yang berada di belakangnya. Luke mengetap gigi apabila sedar aura enam orang sepupunya amat menakutkan. Tapi ini bukan Luke kalau tak main tipu helah.

"Hanya orang pengecut sahaja memanggil bantuan," sindir Tengku Nasya apabila menyedari mereka telah dikepung. Tengku Aqil telah menghantar isyarat kepada seseorang sebagai langkah keselamatan. Sekiranya mereka tidak dapat membalas dendam, dia harap ada yang akan membalas dendam bagi pihak mereka.

"Lawan kau adalah aku, bukan mereka," sergah Tengku Aqil apabila Luke mahu menyerang Tengku Nasya.

"Tch! Tolonglah! Kau lem..." Luke terguling-guling selama beberapa saat dan apabila dia cuba memarahi Tengku Aqil kerana menyerang hendap, dia mengelap tepi bibirnya.

'Tak sangka Aqil tahu bertumbuk? Susah la aku kalau macam ni. Cepat Luke fikir.'

"Tak akan kena tumbuk dengan aku dah nak pitam? Lemah betul kau ni." Tengku Aqil berpusing ke kiri 180 darjah sebelum menendang orang yang cuba memukulnya menggunakan besi.

"Jangan sentuh sepupu aku la!" Tengku Milia dan Tengku Feyli memegang bahu lawan mereka sebelum menghentak muka lawan mereka dengan lutut. Hidung berdarah dan pengsan serta-merta. Mereka menembak seraya melindungi Tengku Aifa yang dirawat oleh Tengku Nasya.

"Asyik kau yang lawan, aku nak juga."

"No, Aifa. No!" Namun Tengku Aifa tetap Tengku Aifa. Pedang yang entah dari mana dia dapat, dijadikan sebagai senjata.

"Time to dance." Tengku Aifa mengelak serangan demi serangan dengan mudah serta melancarkan serangan seusai dia mengelak. Dia terpaksa mencampakkan pedang ke tepi sebelum membuat back flip dan dia memulas tengkuk salah seorang musuh yang berada berdekatan. Tidak cukup dengan itu, pistol yang berada di dalam poket diambil sebelum dia melepaskan tembakan tepat ke kepala mangsanya.

Tengku Nasya turut membantu Tengku Aifa begitu juga dengan Tengku Milia. Tengku Feyli pula membantu Tengku Aqil melindungi Tengku Emely. Mereka tidak tahu bahawa selepas Tengku Amy beredar, seseorang telah menyelinap masuk dan menyuntik sejenis ubat ke dalam water drip. Tengku Emely meneguk rakus air mineral, termasuk ini sudha lima botol air dia minum namun masih tidak dapat menghilangkan rasa haus.

"This is for what you done to us, stupid kid. Lain kali siasat latar belakang lawan kau dulu!" 

Tengku Feyli menggenggam kolar baju Luke sebelum menyiku muka jejaka itu sebelum dia membelakangi Luke. Tangan kanan Luke diletakkan di atas bahu sebelum ditarik, sama seperti apa yang Tengku Rose Aiz lakukan semasa pertemuan kali pertama dengan mereka. Luke menjerit kesakitan apabila Tengku Milia menumbuk mukanya tanpa belas kasihan. Apa kau nak? Penampar dan penumbuk pun ada. Pakej... bak kata Tengku Syazwani.

Tengku Emely menahan Tengku Milia sebelum memandang ke arah atas. Dia tahu siapa yang bertepuk tangan dan ketawa jahat. Tak lain dan tak bukan, Daddy.

"Tengoklah siapa yang datang serah diri ni. Weak children." Daddy merenung wajah mereka satu persatu dan berhenti pada Tengku Emely. Wajah itu mengingatkan dia kepada seseorang iaitu arwah isterinya. Warna anak mata Tengku Emely dan Tengku Amy sama seperti warna anak mata arwah isterinya yang meninggal dalam kemalangan jalan raya bersama anak kembar mereka.

Daddy memandang arah lain agar air matanya tidak tumpah di hadapan musuh ciliknya itu. Hanya beberapa jam lagi  dan semuanya akan selesai. Selepas itu, dia mahu mencari anak kembarnya. Kata orang kanannya, anak kembarnya masih hidup.

'Tunggu daddy sayang, daddy akan cari kamu berdua.'

Mereka berenam tergamam apabila berpuluh-puluh orang berpakaian hitam mengacukan senjata ke arah mereka. Senjata dicampakkan ke bawah sebelum tangan diangkat.

"Ada kata-kata terakhir sebelum korang pergi?" Mereka memandang Tengku Emely yang jelas tergamam. Mereka tahu Tengku Emely mahu kata sesuatu dan mereka tidak mahu mementingkan diri.

"Kata kepada Fallen Knights kami sayang mereka dan lepaskan adik aku," balas Tengku Emely senafas sebelum memejamkan mata. Begitu juga dengan yang lain. Luke dan Daddy meletakkan tangan di dada. Entah mengapa mereka rasa sakit apabila melihat wajah polos Tengku Emely dan Tengku Amy.

"Bila dia nak bunuh kita kalau macam ni?" tanya Tengku Amy dengan mata tertutup. Tengku Emely menyiku Tengku Amy apabila adiknya bertanya dalam nada yang agak kuat.

"Kalau aku ketuk kepala kau pakai selipar okey tak?" tanya Tengku Emely seraya menyerang adiknya. Mereka berdua bergumpal dan tidak menyedari kelakuan mereka dilihat oleh Daddy dan Luke.

"Perlakuan mereka sama seperti Sky dan Flora. Ayat yang sama juga. Tak mungkin mereka kenal Sky dan Flora," kata Luke seraya memandang Daddy. Daddy pula tidak bergerak apabila menyedari sesuatu.

'Apa yang aku dah buat?'

"Ada kata-kata terakhir?" Mereka mengalihkan pandangan ke pintu masuk gudang sebelum mata mereka membulat.

"Fallen Knights!

"Kau silap Luke. RB dan KN wujud dan kami merupakan pewaris mereka." Berpuluh-puluh lelaki berpakaian hitam berbisik sesama mereka kerana pelik. Bukankah  RB dan KN hanya kisah yang direka?

Tengku Rose Aiz melangkah sehingga dia berada hampir dengan Luke dan Daddy. Dia mebuka sarung tangan sebelum menunjukkan belakang tangannya. Tanda pewaris RB dan KN.

"Tak mungkin," nafi Tengku Aqil.

"Tapi itu hakikatnya," bals Tengku Rose Aiz dingin. Inilah dirinya yang sebenar, dingin dan pendiam.

"Tak lupa juga, kami bawa bukti," kata Tengku Airel sebelum mereka beralih ke tepi. Melopong mereka yang berada di situ apabila melihat orang-orang yang berada di belakang Fallen Knights.

"Tak wujud, ha..."

"Kau akan terima padahnya."

Tbc

30/5/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro