Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

TENGKU Amy mengajak Tengku Andrew supaya menemaninya pergi ke pusat beli belah. Tengku Andrew setuju kerana ia merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk 'mengorek' rahsia terbesar Tengku Amy. Namun Tengku Andrew tidak tahu apa yang bakal berlaku.

"Kita pergi butik terkenal di tingkat atas, jom?" ajak Tengku Amy. Tengku Andrew hanya mengangguk.

Tengku Andrew menongkat dagu sambil bermain permainan yang ada di dalam telefonnya. Dia menguap kerana bosan menunggu Tengku Amy memilih pakaian. Rasanya hampir dua jam mereka berada di sini namun Tengku Amy tidak memilih pakaian yang disukai lagi.

"Amy, you lama lagi ke nak pilih baju?" tanya Tengku Andrew tanpa memandang wajah gadis itu. Sebenarnya, dia bimbang Tengku Emely akan terasa hati.

"Kenapa? You mengantuk ke? Sabarlah, I rasa baru 20 minit kita ada dekat sini," pujuk Tengku Amy sebelum pergi ke rak baju yang lain. Tengku Andrew mengetap gigi sebelum menelefon Tengku Eric.

"Macam mana keadaan kau di sana? Terseksa?"

"Kau tahu tak? Aku dah ada dalam kedai pakaian ni dua jam tapi dia kata baru 20 minit. Sakit jiwa aku, kau tahu tak?"

"Tak tahu. Nasib kau la dik. Siapa suruh famous sangat? Jadi macam aku."

 "Jadi macam kau? Tak payah la. Kau dingin, siapa yang nak kau. Untung Aifa suka kau. Minah tu dah datang," kata Tengku Andrew sebelum menamatkan panggilan.

"Siapa call?" tanya Tengku Amy jeles.

"Abang I. Dia pesan jangan balik lambat sangat," tipu Tengku Andrew selepas mengukir senyuman palsu. Tengku Amy mengangguk sebelum menuju ke kaunter pembayaran.

"Tolong bayarkan boleh tak? Daddy I dah bekukan kad kredit I," ujar Tengku Amy manja dengan mengerdipkan mata beberapa kali. Tengku Andrew tersenyum nipis seraya menghulurkan kad kreditnya.

Tengku Andrew terkebil-kebil apabila melihat baki kad kreditnya.

"Boros juga minah ni," gumam Tengku Andrew. Tengku Amy berpaling ke belakang seraya menghulurkan beberapa beg agar Tengku Andrew membawanya. Tengku Andrew mengangguk sebelum mencapai beg-beg tersebut. Tengku Andrew mengajuk percakapan Tengku Amy dengan gayanya sekali.

"You... Balik jom. I penatlah," rengek Tengku Amy seraya menghentak kaki meminta perhatian daripada Tengku Andrew. Anggukan daripada Tengku Andrew menyebabkan Tengku Amy melompat gembira. Tengku Andrew membuat muka apabila Tengku Amy berpaling.

Tengku Andrew menarik nafas lega sebelum menghantar mesej kepada Tengku Felix. Apabila mereka berjalan menghampiri kereta Tengku Andrew, telefon Tengku Andrew berbunyi.

"Hello. Apa? Kau biar betul? Okey, aku ke sana sekarang."

"You balik naik teksi boleh tak? I ada hal kecemasan. Bye." Tengku Andrew pantas meloloskan diri ke dalam kereta sebelum menukar gear. Tengku Amy melopong apabila kelibat kereta Tengku Andrew hilang daripada pandangannya.

"Ish... Siapa yang telefon dia?" bebel Tengku Amy sebelum menelefon teksi.

"Akhirnya, selamat juga aku daripada perempuan tu," kata Tengku Andrew selepas sampai ke destinasi.

"Macam mana?" tanya Tengku Emely dengan mata yang sengaja dibesarkan.

"Penat. Mengantuk. Macam kena push-up 100 kali. Aku lagi rela teman kau bershopping," ujar Tengku Andrew sebelum menyusun kasut di atas rak.

"Awal balik," sindir Tengku Adrian. Tengku Andrew mengembungkan pipi tanda merajuk sebelum melepasi Tengku Adrian. Tengku Adrian mengangkat bahu dan berjalan menuju ke dapur.

"Suka sangat mengusik," tegur Tengku Aizu semasa terserempak dengan Tengku Adrian.

"Bukan selalu. Mana bini kau?" tanya Tengku Adrian pelik.

"Dia bosan, jadi aku benarkan dia keluar. Keluar dengan kakak dan sepupu dia la. Aku pula duduk rumah jaga puteri aku. Macam kau tak tahu perangai dia," ujar Tengku Aizu sebelum membuka tudung saji.

"Tahu sangat," balas Tengku Adrian. Mereka menyembunyikan beberapa Maggi cup kerana malas memasak. Malas mahu menyusahkan Tengku Rose Aiz yang baru tiba.

"Aku ingat aku saja yang ada dekat sini," sindir Tengku Hakim sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Dah balik dah anak mama," kata Tengku Airin dengan senyuman.

"Macam menyindir saja mama ni. Orang penat. Orang rasa skru lutut dah tertanggal," rengek Tengku Andrew sebelum merebahkan badan dan meletakkan kepala di belakang badan Tengku Eric.

"Bangunlah! Kau ingat kau ringan?" marah Tengku Eric namun dia biarkan saja adiknya meletakkan kepala di belakang badannya.

"Mana Felix? Hmm... Panjang umur." Tengku Felix pula meletakkan kepala di atas perut Tengku Andrew. Tengku Andrew dan Tengku Eric menjeling Tengku Felix yang sudah belayar ke dunia mimpi.

"Dia dah 'pergi', kita bila lagi?" tanya Tengku Eric sinis. Tengku Andrew ketawa sebelum menutup mata. Mereka berada di tingkat dua vila kediaman rasmi Tengku Airin dan Tengku Adrian Shah.

Tengku Rose Aiz menggelengkan kepala apabila melihat keadaan ruang tamu tunggang-langgang. Tengku Emely keluar rumah selepas memberitahu Tengku Airin bahawa dia ingin mengambil angin di taman.

"Kau akan terima padahnya, Amy. Kau akan rasa apa yang kau rasa." Tengku Emely membuat regangan sebelum berjalan meuju ke pintu utama. Namun, dia berhenti sebelum berpaling ke belakang. Entah kenapa, dia merasakan ini merupakan kali terakhir dia melihat vila ini. Kali terakhir dia melihat wajah orang yang sangat mencintainya. Kali terakhir juga dia merasai kegembiraan bersama keluarga barunya.

Tengku Emely tidak memandang kiri atau kanan sebelum melintas jalan. Dia berjalan sambil menyanyi dengan riang. Kakinya seakan tidak bergerak membuatkan dia pelik. Dia menoleh sebelum matanya terbeliak. Namun, sudah terlambat apabila dia mahu membuka langkah. Hidungnya seperti terbakar apabila kepalanya terhentak kuat  di atas jalan raya. Dia dapat melihat orang yang melanggarnya tersenyum sinis.

"Aku tak tahu aku hidup berapa lama lagi. Aku cuma nak kau tahu yang... aku... sayang kau." Tengku Emely tidak sedarkan diri semasa dia berada di dalam ambulans.

Tengku Andrew lihat dan tahu semuanya kerana dia berdiri berhampiran dengan tingkap sebelum kejadian itu berlaku. Dia mengeluh sebelum menukar pakaian. Dia sudah penat berpura-pura menjadi orang lain. Hatinya sakit apabila melihat Tengku Emely disakiti tanpa diselamatkan oleh sesiapa. Mereka semua terpaksa berbuat demikian untuk mengaburi mata Tengku Amy. 

"Aku tak tahan dah. Aku akan selesaikan perkara ni selepas Emely keluar hospital. Dia mesti terima akibatnya!" amuk Tengku Andrew selepas mencapai kunci kereta. Nik Haziq tercengang sebelum melihat Tengku Rose Aiz. Tengku Rose Aiz mengangkat bahu sebelum beredar.

Tengku Felix menggosok mata apabila terdengar suara abangnya. Dia terpinga-pinga sebelum meloloskan diri ke dalam kereta Tengku Andrew. Tengku Eric pula menggelengkan kepala apabila Tengku Andrew memandu kereta melebihi had laju yang telah ditetapkan. Tengku Felix dan Tengku Eric saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala.

....

TENGKU Emely disahkan koma selepas beberapa jam dibedah. Fallen Knights pula telah pulang kerana keesokan harinya mereka ada perlawanan persahabatan. Sepupu-sepupu Tengku Emely meraup muka selepas doktor memberitahu mereka sesuatu.

"Tengku Emely tidak mempunyai banyak masa lagi. Tambahan pula, sel kanser telah merebak dengan cepat."

"Doktor, please. Tolong selamatkan Emely. She just meet her happiness," ujar Tengku Milia sebak.

"We will try our best to save her."

Tengku Aifa mengeluh seraya duduk di bangku berhampiran.

"What will we told them?" tanya Tengku Nasya bingung. Dia tertekan apabila mendapat berita bahawa Tengku Amy merupakan dalang kemalangan ini. Dia tidak tahu kenapa dari dulu Tengku Amy tidak pernah berpuas hati dengan Tengku Emely.

"Kejap. Mesti ada cerita di sebalik semua ni, kan?" kata Tengku Aqil selepas memetik jari. Mereka menganggukkan kepala tanda setuju.

"Masalahnya, daripada siapa kita nak korek cerita? Nak tanya Amy? Memang tak la minah senget tu nak jawab," bebel Tengku Aifa.

"Aku rasa aku tahu daripada siapa kita nak korek cerita. Plan aku mesti menjadi kali ini," ujar Tengku Feyli dengan sengihan. Mereka memandang Tengku Feyli dengan penuh tanda tanya. Tengku Feyli hanya menayang senyuman sahaja.

Tbc

24/5/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro