Bab 29
"Zara!"
Tengku Andrew menggelengkan kepala apabila Tengku Felix bangun secara mengejut dengan nafas yang tidak teratur. Peluh membasahi baju berwarna putih yang dipakainya. Tengku Eric menjongketkan sebelah kening apabila melihat Tengku Felix meraup wajah.
"Dia dah pergi tinggalkan kau," balas Tengku Eric dingin.
Tengku Andrew menggaru kepala yang tidak gatal sebelum berkata, "Aku bukan nak menyampuk, tapi lebih baik tak payah bertengkar. Felix, betul cakap Andrew. Kalau Zara sayang kau, dia berada di samping kau semasa kau koma. Kalau dia anggap kau sebagai kawan, dia akan lawat kau semasa kau sedar daripada koma. Tapi, di mana dia? Dia tak datang dan tak jenguk kau langsung."
"Aku tak faham macam mana kau boleh jatuh cinta dengan gadis yang ada kaitan dengan perempuan sihir tu. Aku bagi kau amaran, Felix! Kalau kau anggap aku sebagai abang kau, aku tak nak kau cari gadis tu lagi! Kalau kau nak cari gadis tu, bermakna kau tak anggap aku sebagai abang kau. Aku bagi kau pilihan."
Pintu dihempas dengan kuat sehingga Tengku Syazwani menggelengkan kepala.
Mesti mereka bergaduh lagi. Apa nak jadi dengan anak kau, Airin? Getus Tengku Syazwani dalam hati.
Tengku Andrew mengeluh sebelum menoleh apabila pintu dibuka.
"Ada sesuatu yang kamu nak bagitahu papa?"
Mereka berdua menelan air liur sebelum mengukir senyuman janggal. Habislah mereka bertiga jika Tengku Ian sudah masuk campur.
Tengku Airin pula bercekak pinggang sebelum berdiri di belakang anak bongsunya. Dia berjalan berjengket-jengket sebelum menyergah anak bongsunya.
"Ish... mama ni. Terkejut Felix," kata Tengku Felix sebelum mengurut dada.
"Kenapa ni? Kenapa mama dengar bunyi bising dari bilik kamu?" tanya Tengku Airin sebelum mendongak melihat anak bongsunya.
"Hmm...."
"Mama faham perasaan kamu walaupun mama tak pernah bergaduh dengan kakak-kakak mama. Mereka kata mereka tidak sampai hati mahu memarahi mama. Tetapi untuk kes kamu pula, along marah sebab dia sayang. Ada betul kata along tu. Dia tak mahu kamu terluka seperti angah."
"Apa maksud mama?"
"Aku pernah dikhianati oleh orang yang aku suka. Rupa-rupanya, dia hanya jadikan aku sebagai pelindung agar semua orang tak hidu perbuatan licik dia."
"Apa yang dia buat?" tanya Tengku Felix penuh minat.
"Kau tahu apa dia buat dekat angah? Dia beritahu aku di hadapan khalayak ramai yang dia hanya gunakan angah kau kerana matlamat dia. Dia kata angah yang perasan dia suka angah tetapi dia tak tahu angah ada dekat sana juga."
"Kenapa aku tak tahu?"
"Kamu sedang koma!"
"Aku tak tahu pula roh kau boleh terbang," perli Tengku Eric.
Tengku Felix menjeling abang sulungnya begitu juga dengan Tengku Eric. Tengku Airin menggelengkan kepala.
"Papa lupa!"
"Apa yang Ian lupa?" tanya Tengku Airin pelik.
"Kalau tak silap papa ada seorang gadis bernama Emely datang jumpa papa."
Mereka berempat merenung Tengku Andrew yang menayang muka bingung.
"Jadi?"
"Dia minta tolong papa suruh kamu temankan dia cari hadiah Aifa."
"Eh? Kenapa Andrew pula? Andrew sibuk," bentak Tengku Andrew sebelum berpeluk tubuh dan mencebikkan bibir.
Tengku Airin tersenyum sebelum merangkul anak keduanya dan berkata, "Ini satu arahan. Mama tak kisah kalau kamu suka dia atau tidak. Tetapi, jangan pergunakan orang yang tawan hati kamu semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Mama tak nak anak mama jadi macam tu."
"Kamu sudah dengar, kan? Jadi, jangan buat mereka macam ni. Bayangkan kalau kamu bertiga yang kena macam tu? Mesti kamu bertga sakit hati, kan? Jadi, Andrew. Apa tunggu lagi? Pergi bersiap."
"Ala...."
Tengku Andrew menghentak-hentakkan kaki sebelum beredar ke biliknya. Tengku Eric menggelengkan kepala, Tengku Felix ketawa perlahan manakala Tengku Ian dan Tengku Airin hanya mengukir senyuman nipis.
"Ha, Felix. Kamu bila lagi?".
"Hehehe... nak pergi la ni, tok ayah. Felix pergi dulu."
"Ayah!"
Tengku Airin menolak anak sulung dan anak keduanya ke tepi sebelum memeluk tubuh Tengku Hadi. Tengku Ian menggelengkan kepala melihat sikap kebudak-budakan.
....
"Esok hari jadi Aifa, baru sekarang kau nak cari hadiah untuk dia?" perli Tengku Andrew sebelum menilik barang yang berada di hadapannya.
"Ala... aku perhatikan apa yang dia minat," balas Tengku Emely sebelum mendengus.
Tengku Andrew mengangkat bahu sebelum merayau meninggalkan Tengku Emely di belakang. Dia melepasi sesuatu barang sebelum berjalan mengundur beberapa langkah.
"Eh? Mesti dia suka. Eh, mana pula si Emely pergi?" tanya Tengku Andrew sebelum menggaru kepala.
Tengku Andrew berpusing ke belakang secara mengejut dan secara tiba-tiba dia terjatuh ke belakang.
"Auch! Kenapa kau pusing secara tiba-tiba? Sakit tahu tak?" marah Tengku Emely sebelum bangun lalu menggosok hidung.
Tengku Andrew membuat muka toya sebelum mengaduh kesakitan kerana dipukul oleh Tengku Emely.
"Kenapa kau pukul aku?" tanya Tengku Andrew dalam kesakitan.
"Kerana... kau menjengkelkan aku," balas Tengku Emely sebelum melibaskan rambut ke belakang sebelum berjalan.
"Eh budak ni. Aku siku kau kang!" bebel Tengku Andrew sebelum berjalan lalu mencapai barang yang menawan hatinya.
"Aku tunggu kau dekat luar."
"Kekasih hati ke?"
"Hehe...."
Hanya itu sahaja yang dibalas oleh Tengku Andrew.
"Kamu berdua sangat padan dan secocok. Akak dapat rasakan kamu berdua merupakan pasangan paling bahagia."
Tengku Andrew tidak menjawab sebaliknya membalas dengan senyuman.
"Kenapa kau lama sangat?" tanya Tengku Emely tanpa memandang ke belakang.
"Adalah... sibuk je kau nak tahu," balas Tengku Andrew sebelum membuat muka toya.
Tengku Emely menyumpah seranah Tengku Andrew sambil berjalan. Tengku Andrew meletakkan kedua-dua di poket seluar sambil bersiul. Tanpa mereka berdua sedari, ada seorang sedang memerhatikan mereka dengan perasaan penuh amarah.
"Aku tak akan biarkan kau bersama sepupu kepada anak pembunuh, Andrew. Itu 'janji' aku sebelum aku tinggalkan kau. Kini aku sudah kembali dan aku akan pulang ke pangkuan kau tidak lama lagi."
Tengku Andrew menoleh tetapi malangnya tiada siapa di sudut itu. Dia mengangkat bahu sebelum menggelengkan kepala. Tengku Emely menjerit supaya Tengku Andrew berjalan cepat kerana mereka kesuntukan masa. Tengku Andrew menggosok telinga sebelum membetulkan tali kasut. Kedua-dua belah telinganya bergerak-gerak semasa membetulkan tali kasut. Tengku Andrew separa berdiri sebelum berlari ke arah Tengku Emely yang sedang berjalan. Dia mengerah tenaga sedaya upaya untuk mencapai lengan Tengku Emely.
Tanpa dia sangka, sebuah kereta dipandu dengan sangat laju dan menuju ke arah mereka berdua atau lebih tepat Tengku Emely.
"Emely Natasha! Bahaya!"
Tengku Emely menoleh namun dalam beberapa saat kemudian, dia berada dalam pelukan Tengku Andrew yang jatuh terduduk. Dia tercengang apabila Tengku Andrew memandangnya sambil menarik nafas berulang kali.
"Bahaya. Jangan berkawan atau bercakap serta rapat dengan dia lagi. Dia sangat bahaya."
Tengku Emely mengerutkan dahi apabila memikirkan kata-kata Tengku Andrew. Dia tergamam apabila melihat Tengku Andrew mengalirkan air mata.
Apa yang berlaku sehingga dia menitiskan air mata? Getus Tengku Emely di dalam hati.
Tbc
13/3/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro