Bab 28
Tengku Feyli dibenarkan pulang selepas sedar daripada pengsan. Mereka menyuruh Tengku Feyli naik ke atas kerana Nik Alif Calvin ingin bertemu dengan mereka.
Tengku Feyli memeluk lutut sambil termenung panjang. Dia mengeluh sebelum mencapai sekuntum mawar merah di atas bantal. Dia menilik bunga itu dengan penuh minat sebelum meletakkan semula bunga itu ke tempat asal.
"Siapa yang bagi bunga ni?"
Tengku Feyli menoleh sebelum mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tengku Nasya mengukir senyuman sebelum duduk di sebelah Tengku Feyli.
"Serius kau tak ingat siapa lelaki dalam gambar ni?" tanya Tengku Milia.
Gelengan diberikan oleh Tengku Feyli sebelum dia berkata,"Siapa dia? Kenapa kau agak rapat dengan dia?"
Soalan itu lebih dituju kepada Tengku Aqil yang baru muncul di hadapan pintu. Tengku Aqil tercengang sebelum menjawab, "Nanti kau akan tahu siapa dia."
"Aku rasa macam pernah nampak dia la, tapi aku tak ingat dekat mana," ujar Tengku Milia sebelum menghulurkan segelas air kepada Tengku Emely.
"Aku pun rasa macam tu juga," balas Tengku Feyli sebelum mengeluh.
"Kenapa aku ingat semua orang kecuali... apa nama dia tadi?"
"Tengku Felix Darwin Tengku Adrian Shah," balas mereka serentak.
Tengku Feyli menggangguk sebelum memikirkan sesuatu.
"Kau rehat dekat rumah, aku kunci pintu. Kalau ada sesiapa yang ketuk jangan buka. Kau biarkan orang tu dekat luar," pesan Tengku Aifa.
"Ke kau nak aku telefon orang untuk teman kau?" tanya Tengku Emely.
Tengku Feyli mengangguk selepas berfikir seketika. Semasa Tengku Aifa sedang berpesan, Tengku Aqil menelefon Tengku Rose Aiz supaya datang untuk menemani Tengku Feyli yang akan tinggal seorang diri.
"Mereka akan sampai beberapa minit lagi," kata Tengku Aqil selepas menamatkan panggilan.
Tengku Feyli menayang muka bingung sementara yang lain mengukir senyuman manis apabil Tengku Feyli memandang mereka.
"Aku rasa trauma dia datang lagi," ujar Tengku Nasya selepas mereka berlima berkumpul di ruang tamu.
"Tapi sebab apa?" tanya Tengku Aqil selepas beberapa saat berdiam diri.
"Aku rasa cuma Darwin je yang tahu sebab Feyli trauma. Kalau tak silap aku la, Darwin kawan Feyli semasa kecil. Jadi, mesti dia ada di tempat kejadian," ujar Tengku Emely selepas berfikir seketika.
"Ada sesuatu yang aku terlepas ke?" tanya Tengku Rose Aiz selepas dia melihat keadaan seperti tegang.
Mereka saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala. Mereka menjengah apabila mendengar bunyi tapak kaki yang sengaja dihentak-hentak seperti tanda protes.
"Kenapa kau ajak aku sekali? Kau tahu tak aku sibuk siapkan assignment yang berlambak? Deadline minggu depan, kau ingat sempat ke?"
Mereka terpinga-pinga apabila seorang mahasiswi membebel berdekatan Tengku Rose Aiz. Kelakuan Tengku Rose Aiz yang menggosok telinga menimbulkan tanda tanya dalam diri mereka.
"Bising la kak," balas Tengku Rose Aiz selamba.
Mahasiswi itu meluku kepala Tengku Rose Aiz sekuat hati sambil berkata, "Kalau aku sembelih kau buat korban untuk singa aku, baru kau tahu nasib kau."
"Apa-apa je la kak."
Mahasiswi itu mendengus sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan.
"Selamat berkenalan. Nama akak Tengku Aria Irdina atau lebih dikenali sebagai Kak Yana. Mana Feyli?"
Mereka tercengang apabila mendengar nama Tengku Aria.
"Itu bukan ke...?" tanya mereka perlahan.
"Feyli!"
Tengku Feyli yang baru tiba di anak tangga terakhir terkaku di dalam pelukan Tengku Aria.
"Akak siapa?" tanya Tengku Feyli selepas Tengku Aria melepaskan pelukan.
"Orang yang kamu anggap sebagai kekasih hati Felix Darwin."
Mata Tengku Feyli terbuka luas, "Eh? Mana akak tahu?"
"Rahsia... yang penting akak dah jumpa kamu. Akak akan terangkan segalanya."
"Kenapa hati aku tak tenang bila dengar ayat terakhir dia?" tanya Nik Michael.
Mereka berenam mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Aria! Aku sarankan kau jangan keluarkan aura seram kau. Kau tengok mereka sudah menggigil ketakutan."
"Bukan salah aku."
....
"Begitulah ceritanya..." ujar Tengku Aria sebelum mengukir senyuman.
"Maknanya, Feyli dah salah faham ni. Maaf kak," kata Tengku Feyli selepas beberapa saat mendiamkan diri.
Di mana Tengku Felix? Tengku Felix menemani Tengku Aizu untuk melihat site. Kenapa bukan Tengku Rose Aiz? Kerana mereka berenam memaksa Tengku Felix untuk menemani Tengku Aizu. Tanpa syak prasangka, Tengku Felix sukarela menemani Tengku Aizu.
"Aku harap kau buka hati kau untuk Felix. Dia dah banyak menderita semenjak cinta pertamanya pergi," ujar Tengku Airel sebelum mengelap air mata.
"Apa maksud kau?" tanya Tengku Feyli pelik.
"Kisah ini berlaku dua tahun yang lalu," ujar Nik Haziq sebelum mengimbau semula kenangan pahit itu.
"Felix!"
Tengku Felix leka membuat origami menoleh sebelum mengukir senyuman.
"Zara! Tengok ni, cantik tak?"
Zara melihat origama bentuk hati itu sebelum berkata, "Cantiknya... macam mana Felix buat?"
Tengku Felix mengukir senyuman sebelum mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Dia menghulurkan sebuah buku kepada Zara.
"Ambillah! Luna kata ini untuk awak."
"Cakap dengan Luna terima kasih."
Zara membuka halaman pertama buku itu sebelum terkejut. Buku itu mengisahkan tentang seorang remaja yang gemar membuat origami.
"Mana Luna jumpa buku ni?" tanya Zara pelik.
"Itu buku arwah sepupu-sepupu kami. Mereka kata jika Felix ada seorang kawan, mereka suruh kami beri buku ini kepada dia," ujar Nik Haziq.
Baiknya hati mereka! Getus Zara di dalam hati.
"Andai kata suatu hari nanti kita terpisah, Felix nak Zara tahu yang Felix sayang Zara," ujar Tengku Felix.
"Apa maksud Felix?" tanya Zara pelik.
"Suatu hari nanti, Zara akan tahu," balas Tengku Felix.
"Apa jadi dengan Zara?" tanya Tengku Feyli.
"Cerita ini merupakan permulaan kepada penderitaan Felix," ujar Tengku Andrew.
"Zara... Felix rindu aunty...," kata Tengku Felix dalam tangisan.
"Kenapa?"
"Aunty Felix hilang," balas Tengku Felix sebelum mengelap air mata.
"Kenapa aunty Felix hilang?" tanya Zara pelik.
"Mama kata aunty kena culik dengan orang jahat."
"Suatu hari nanti Felix akan jumpa aunty Felix semula, Zara yakin," ujar Zara dengan senyuman.
"Terima kasih Zara, kerana sudi dengar masalah Felix."
"Mestilah... kita kawan, kan? Apa gunanya kawan?"
Tengku Felix tersentak apabila mendengar kata-kata itu. Dia tidak menyangka Zara hanya menganggap dia tidak lebih sebagai seorang kawan saja. Dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Tengku Felix ketawa hambar. Kelakuan Tengku Felix menimbulkan curiga kepada Zara.
"Kenapa Felix? Zara salah cakap ke?" tanya Zara untuk kepastian.
Tengku Felix berdiam diri apabila ditanya oleh Zara secara bertubi-tubi. Tengku Felix bangun tanpa memandang Zara.
"Jom, Felix hantar Zara balik."
Tengku Felix berkata tanpa menoleh ke belakang. Zara mengangguk tanpa bantahan. Tengku Felix lebih selesa menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Fikirannya bercelaru.
"Felix."
Tengku Felix berhenti melangkah tanpa menoleh ke belakang.
"Andai kata kita tidak ditakdirkan bersama, Zara nak Felix tahu yang..."
"Zara! Bahaya!"
Tengku Felix sempat menolak Zara ke seberang jalan tetapi dia tidak sempat melarikan diri kerana kereta itu dipandu melebihi had laju.
Zara tergamam dengan kemalangan yang berlaku di hadapan matanya dan mangsa ialah sahabatnya. Dia tidak mampu untuk berdiri namun digagahkan juga kaki untuk melangkah menghampiri jasad itu. Dia menghiraukan suasana yang bising berdekatan kawasan kemalangan sebelum melutut di sebelah sahabatnya yang sedang bertarung nyawa.
"Felix... kenapa selamatkan Zara? Kenapa Felix mesti cedera? Jawablah!"
"Sebab Felix sayang Zara lebih daripada nyawa Felix."
Zara tersentak apabila mendengar jawapan itu. Dia menggelengkan kepala sebelum menutup mata.
"Tak! Zara tak dengar!"
Zara menekup muka selepas menjerit. Tengku Felix menutup mata dengan senyuman.
"Bukan bukan sekarang masanya Zara tahu, tapi seseorang yang akan beritahu kepada Zara."
Tangan Tengku Felix yang berada di dalam genggaman Zara melurut.
"Felix!"
"Sejak hari itu, Zara menghilangkan diri mungkin kerana rasa bersalah terhadap Felix. Aku nak jumpa dia lagi. Felix sangat merindui dia," ujar Tengku Aria.
"Maksudnya, Felix hilang ingatan?" tanya Tengku Feyli beberapa minit kemudian.
Melihat anggukan daripada mereka membuatkan Tengku Feyli mengeluh.
"Nama Zara apa?"
"Kalau tak silap aku, Tengku Izara...."
Tbc
10/3/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro