Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26

Tengku Aqil bangun secara mengejut sebelum meraup muka. Dia melihat kedua tapak tangan sebelum air mata menitik di atas tapak tangannya. Dia mengesat air mata tetapi air matanya semakin galak turun dari tubir matanya.

'Kenapa? Apa motif kau, Luna? Kenapa kau rosakkan kegembiraan kami semasa hari jadi Aifa? Siapa kau sebenarnya kepada bonda? Kenapa bonda selalu mengigau dan sebut nama Adam?'

Tengku Aqil bingkas bangun sebelum membuka pili air dan menadah air lalu disapu ke mukanya. Dia menyuruh empat orang sepupu dan adiknya supaya berada di dalam biliknya selepas makan malam.

Tengku Aqil berjalan berulang-alik di hadapan empat orang sepupu dan adiknya. Tengku Milia memerhati sambil mencicip teh herba yang dibancuh oleh Nur Eryna.

"Wei, aku pening tengok kau jalan macam ni. Duduk diam-diam boleh tak?" marah Tengku Feyli selepas mengurut pelipis.

"Nasya pening tengok abang macam orang mati isteri tahu? Duduklah, cuba abang luahkan apa yang mengganggu abang," ujar Tengku Nasya sebelum menolak kerusi plastik ke arah Tengku Aqil.

"Tapi, abang kau angau dengan Humaira, kan? Sejak bila pula Humaira meninggal?" tanya Tengku Aifa bingung.

"Mulut kau aku cili nanti. Kata-kata itu satu doa, Aifa," tegur Tengku Emely. 

Tengku Aifa menundukkan sedikit kepala tanda meminta maaf.

"Tengku Aqil. Lebih baik kau duduk sebelum aku..." 

Tengku Milia tidak meneruskan kata-katanya selepas Tengku Aqil duduk. Tengku Feyli menggelengkan kepala sebelum membaca sebuah buku lama.

"Aku dapat mimpi buruk. Aifa akan dikecewakan oleh Naufal.  Bonda akan sebut nama penuh Adam. Dalam mimpi tu, Humaira mengukir senyuman sinis seperti dia berjaya mengesan kedudukan bonda. Aku takut. Aku tak akan benarkan mereka ambil bonda," ujar Tengku Aqil sebelum menggenggam tangan.

Mereka berlima saling berpandangan sebelum menghamburkan ketawa.

"Apa kau merepek ni? Mengarutlah!" kata Tengku Emely.

Tengku Feyli berpura-pura ketawa tetapi di dalam hati, 'Damn! Habislah! Macam mana ni?'

Tengku Aifa memerhati wajah Tengku Feyli dengan pandangan yang tidak dapat diungkapkan. Tengku Milia menggelengkan kepala selepas menarik nafas berulang kali.

"Jangan risau. Nasya akan pastikan semuanya tak akan berlaku. Abang anggap sahaja semua tu mimpi. Mimpi ngeri yang membuatkan abang takut untuk menghadapi realiti yang berada di hadapan mata. Bonda tak akan tinggalkan kita, Nasya yakin," kata Tengku Nasya sambil menggenggam erat tangan Tengku Aqil sebelum mengukir senyuman.

Nik Alif Calvin yang lalu di hadapan bilik itu berhenti sebelum menolak perlahan pintu kayu itu. Dia tergamam apabila mendengar ayat terakhir anak angkatnya itu. Selepas beberapa saat, dia menutup pintu itu semula dengan perlahan. Dia membuka pintu biliknya sebelum menghampiri katil. Dia merebahkan badan sebelum meletakkan tangan di atas dahi.

"Tak mungkin bonda kamu akan bersama dengan kita untuk selamanya. Perjanjian dulu akhirnya memakan diri papa. Papa menyesal kerana berjanji akan menyerahkan bonda kamu semula selepas dua belas tahun. Seperti semalam semua ini berlaku. Papa kehilangan anak kembar, papa kehilangan bonda kamu. Papa kehilangan semuanya tetapi dia hadir dalam hidup papa sebagai pengganti bonda kamu."

"Lebih kurang sepuluh hari dari sekarang, papa kena sedia terima kehilangan bonda kamu seperti mana papa kehilangan cinta hati papa dua belas tahun yang dulu. Papa perampas. Papa rampas bonda kamu daripada mereka. Mereka menderita sedangkan papa bahagia bersama orang yang sepatutnya berada bersama mereka ketika susah dan senang. Papa memang tak guna, kan?" 

Nik Alif Calvin membiarkan air mata tanpa mengesat. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk sepuluh hari yang akan datang. Mampukah dia menjadi kuat di hadapan anak angkatnya nanti? Entah apa persepsi Tengku Hakim dan yang lain terhadapnya nanti.

"Macam mana mereka tahu Nur Eryna Diandra sebenarnya ialah...?"

....

Seorang remaja perempuan memerhati bulan sebelum mengalihkan pandangan pada balutan di tangannya.

"Aunty... i miss you so much. Luna akan kembalikan aunty kepada mama tidak lama lagi. Luna janji. Luna akan pastikan mereka menyesal kerana mengambil aunty daripada Arel dan uncle."

Tengku Rose Aiz menggenggam baju di bahagian dada kiri sebelum berkata, "Kenapa? Kenapa aku jatuh cinta kepada musuh aku? Aunty... mama... tolonglah Luna. Kenapa Luna mesti jatuh cinta pada dia? Kenapa?"

Setitik air mata jatuh di atas balutan di tangannya. Dia menangis teresak-esak sambil disinari cahaya bulan yang sangat terang serta angin sepoi-sepoi bahasa.

"Luna tak nak hati dia kecewa bila tahu kebenarannya. Dia akan benci Luna. Dia akan lancarkan perang dingin. Dia tak akan pandang wajah Luna lagi. Dia akan hiraukan Luna," rintih Tengku Rose Aiz sebelum mengesat air mata.

"Aku jatuh cinta pandang pertama ketika aku terpandang wajah dia. Kalau aku tahu ini akan berlaku, aku tak akan pergi ke pejabat mama."

"Tak salah kau jatuh cinta pada dia."

Tengku Rose Aiz kaku apabila melihat seseorang muncul di sebalik kegelapan.

"Kau siapa?" tanya Tengku Rose Aiz sebelum mencapai sebiji bantal.

"Aku cuma nak berkawan. Jauh sekali bermusuh dengan kau," balas dia sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah Tengku Rose Aiz.

"Macam mana...?"

Dia memintas percakapan Tengku Rose Aiz, "Hadiah untuk kau. Cepat sembuh."

Tengku Rose Aiz mengamati hadiah yang diberikan dengan penuh minat.

"Mana kau tahu aku suka bunga mawar?"

"Aku teka aje. Aku tak tahu perempuan suka hadiah apa."

Tengku Rose Aiz leka membelek flower crown sebelum diletakkan di atas kepala. Dia melihat pantulan dirinya di cermin sebelum mengukir senyuman. 

"Aku harap kau sedar secepat mungkin kerana semua ini hanya mimpi sahaja."

Lelaki yang menemaninya sebentar tadi, menghilangkan diri. 

"Terima ka... eh? Mana dia pergi? Ada kertas la."

Tengku Rose Aiz mencapai kertas yang diletakkan di atas meja yang berada di sebelahnya. Dia membuka lipatan kertas itu sebelum membaca dengan penuh teliti.

Aku harap kau tak teruskan rancangan kau nanti. Kau dan dia akan terluka. Dua hati akan terluka. Aku tak nak tengok mereka mengalirkan air mata. A....

Tengku Rose Aiz terus meronyokkan kertas tersebut sebelum disiat dan dibakar.

"Kau kata mereka menderita? Kau tak tahu kenapa Uncle Hakim dan Arel menjadi dingin lebih-lebih lagi Arel selepas kehilangan bondanya. Aku nak Arel yang dulu. Arel yang tak dingin seperti sekarang. Aku nak Arel dan Uncle Hakim yang lama. Aunty... baliklah... Luna rindukan aunty. Luna akan bongkarkan segalanya dan kembalikan aunty kepada mereka serta senyuman Arel."

Tengku Rose Aiz merebahkan badan sebelum meletakkan tangan di atas kepala.

'Tidak lama lagi, semua ini akan berakhir. Akhirnya, mimpi ngeri ini akan berakhir dengan penamat yang sangat bahagia.'

"Aish... teringat pula aku dekat lagu You Can Be King Again. Kalau la hidup aku seperti perempuan tu kan, best. Tapi yang tak bestnya lelaki tu mati."

"Daripada aku fikirkan hal ni, lebih baik aku tidur."

Tbc

24/2/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro