Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23

Tengku Adam Zairil menghulurkan sekeping fail kepada anak buahnya. Tengku Andrew dan Nik Haziq merebut fail itu sebelum dirampas oleh Tengku Rose Aiz dan diserahkan kepada Tengku Michael. Tengku Michael meminta diri ketika Tengku Rose Aiz membelasah mereka berdua.

"Rasanya ramai lagi hacker yang bekerja untuk keluarga Zavier, tetapi kenapa Uncle Adam dan Uncle Daniel yang kamu berenam pilih?" tanya Tengku Adam Zairil kepada Tengku Rose Aiz.

Tengku Rose Aiz hanya menayang sengihan. Tengku Eric menggelengkan kepala.

"Sebab kami tahu dan yakin. Pakcik tak akan laporkan perkara ini kepada keluarga kami," balas Tengku Airel.

Tengku Syazwan Daniel menggelengkan kepala sebelum membelai ubun-ubun Tengku Felix yang tersengguk-sengguk.

"Manfaatkan empat belas hari yang ada. Kamu berenam perlu rapat dengan mereka untuk korek rahsia mereka. Eric, kamu amat diperlukan dalam misi ini," kata Tengku Syazwan Danish sebelum duduk di atas meja bersebelahan dengan adiknya.

Tengku Eric yang leka menggemam lolipop tergamam.

"Kenapa Eric pula?" bentak Tengku Eric.

"Sebab Tengku Aifa lurus dan naif. Cik Nana yakin kamu boleh lindungi dia, kan?" provok Tengku Shana Riana.

"Eh?"

Mereka semua terkejut.

"Apa? Nana ditugaskan untuk mengawasi mereka berenam. Tetapi jangan risau. Cik Nana pandai pegang rahsia orang dengan syarat, ada bayarannya."

"Apa bayarannya?" tanya Nik Haziq.

"Bayarannya ialah benarkan Cik Nana sertai rancangan kamu. Kalau kamu benarkan Cik Nana sertai, Cik Nana akan beritahu segala maklumat yang Cik Nana dapat kepada kamu berenam."

Tengku Rose Aiz mengangguk sebelum memandang Tengku Syazwan Aiman.

"Kenapa Luna kena rapat dengan mamat yang sengaja buat hati Luna panas?" rengek Tengku Rose Aiz dengan muka cemberut.

"Pakcik dapat rasakan dia tahu tentang kehilangan bonda Arel. Boleh tak Luna lakukannya untuk Arel?" tanya Tengku Syazwan Haiqal.

"Boleh... tapi kalau mamat tu cari masalah dengan Luna, Luna tak teragak-agak nak belasah dia."

Tengku Shana Rianamenggelengkan kepala mendengar balasan Tengku Rose Aiz.

Mereka berempat memandang antara satu sama lain sebelum memandang Tengku Airel dan mengangguk.

"Kami sanggup lakukannya!"

....

"Pengetua, kami bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka berenam."

Mata Pengetua Elite Highschool seakan-akan mahu terkeluar apabila mendengar kata-kata Tengku Rose Aiz.

'Apa yang Luna mimpi semalam sehingga dia bersetuju?'

"Baiklah. Mulai hari ini, kamu ialah rakan sepasukan. Selamat maju jaya," ujar Pengetua Elite Highschool sebelum mengukir senyuman.

Tengku Aqil memandang Tengku Rose Aiz yang duduk di hadapannya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

'Apa yang berlaku semalam?'

'Kalau tak disebabkan sepupu kau ada kaitan dengan Aunty Syaz, jangan harap aku setuju.'

"Luna, kau kata Aunty Wani ada beri kau dokumen lama. Mana dokumen tu?" tanya Tengku Andrew serius.

Tengku Rose Aiz menarik zip beg sebelum mengeluarkan sekeping fail yang mengandungi dokumen-dokumen lama milik Cousin Princess, Evil Cp, Angel Crown dan Devil Crown.

Tengku Milia memandang Tengku Airel yang membuka pintu dengan kasar sebelum menapak masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan muka bengang. Jeritan daripada Tengku Airel menyebabkan fail yang dipegang oleh Tengku Felix terlambung ke hadapan. Tengku Airel melepaskan kemarahan dengan menumbuk-numbuk punching bag bertubi-tubi.

Tengku Emely tercengang apabila melihat Tengku Airel mengalirkan air mata semasa menumbuk punching bag.

'Kenapa? Kenapa? Kenapa aku tak kuat seperti bonda? Seperti Aunty Wani, Aunty Saf, Aunty Sha, Aunty Ira dan Aunty Mira. Bonda... tolong Arel.... Arel perlukan bonda. Arel nak bonda.'

"Argh...! Bonda! Baliklah! Baliklah ke pangkuan ayah dan Arel!"

Air mata Tengku Airel turun dengan lebih laju sehingga Nik Haziq terpaksa menenangkan sepupunya itu.

"Kita akan cari bonda kau walaupun ia akan membahayakan nyawa kita."

"Kau kuat, kau tak lemah. Buktinya, kau berjaya mengalahkan Cik Nana yang licik dan lasak," kata Tengku Rose Aiz sebelum menghulurkan sekuntum mawar merah kepada Tengku Airel.

"Lap air mata kau, macam mak nyah aku tengok," sindir Tengku Eric sebelum memeluk Tengku Airel dengan erat.

"Tak adil! Aku pun nak pujuk dia juga!" bentak Tengku Felix.

Tengku Rose Aiz menarik tangan kanan Tengku Felix lalu diletakkan di atas bahu sebelum tangan itu ditarik. Tengku Felix menjerit kesakitan apabila kesakitan mula mencengkam tulang belakang. Tengku Rose Aiz ketawa sambil bertepuk tangan.

"Sakitlah Luna," kata Tengku Felix perlahan.

"Luna...!"

Tengku Rose Aiz menunjukkan muka comel kepada empat orang sepupunya agar dia tidak dimarahi.

"Drama dah habis?" tanya Tengku Aqil sambil menongkat dagu.

....

"Abang, kenapa kita kena tinggal dekat rumah ni?" tanya Tengku Nasya bingung.

"Untuk pengetahuan kau budak, rumah ni merupakan vila keluarga besar Zavier. Jadi, jaga adab kau kalau tak nak syarikat ayah kau disita," kata Tengku Rose Aiz bengang sebelum merempuh bahu Tengku Nasya.

'Aku akan pastikan ayah kau berdua menyesal!'

"Tak boleh ke kau cakap baik-baik dengan dia?" jergah Tengku Aqil.

"Tak ada sesiapa yang boleh meninggikan suara pada dia, lebih-lebih lagi kau," kata Nik Haziq sebelum berjalan menghampiri Tengku Airel yang bersila di hadapan kolam renang.

Tengku Rose Aiz menarik nafas sebelum menutup sebelah matanya dengan penutup mata bercorak ros yang timbul. Mata dipejam sebelum bayangan dua belas tahun lepas terpapar di hadapannya.

"Kalau Luna dah besar, Luna nak hadiah apa?" tanya Tengku Syazaliya sebelum memangku Tengku Rose Aiz.

"Hmm... Luna nak aunty...."

"Nak aunty?" tanya Tengku Syazaliya pelik.

"Bukan... Luna nak aunty ada semasa Luna potong kek. Luna nak aunty dan Arel, papa, mama serta Uncle Hakim ada di sisi Luna," balas Tengku Rose Aiz petah.

Tengku Syazwani ketawa terbahak-bahak sebelum terbatuk-batuk lalu menarik nafas berulang kali.

"Mama akan pastikan Aunty Syaz ada dalam majlis kamu, walau apa cara sekali pun, mama akan cuba lakukan," ujar Tengku Syazwani sebelum mengukir senyuman manis untuk puteri tunggalnya.

"Luna!"

Tengku Rose Aiz tidak menyedari dia tergelincir dan berada di dalam air. Semuanya kelihatan biru. Rantai yang dihadiahkan oleh Tengku Aria Irdina iaitu seorang sepupu yang terselamat, ditelek seketika. Rantai itu kelihatan bersinar seperti mutiara dan permata. Entah kenapa dia mendapat bayangan memori  mamanya semasa Tengku Syazwani berusia dua belasn tahun hingga dua puluh dua tahun.

Dia memegang kepala yang berdenyut-denyut. Air masuk ke dalam mulut kerana mulutnya terbuka sedikit secara perlahan-lahan.

'Andai ini saat terakhir, aku ingin mereka tahu, aku sayang... sayang mereka sepenuh hati.'

Mata Tengku Rose Aiz tertutup sebelum dia tenggelam sehingga ke dasar kolam. Seseorang terjun menyebabkan air berkocak. Dia terus berenang menghampiri Tengku Rose Aiz.

'Luna, maafkan aku. Aku terpaksa buat macam ni. Aku harap kau tak belasah aku.'

Tbc

8/2/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro