Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Hampir lima tahun telah berlalu sejak mereka balik semula ke Malaysia. Kini anak-anak mereka berusia lima tahun. Lasak? tu sudah semestinya. Nakal, jangan cakap. Manja, mungkin. Baik, itu sudah pasti. Kejam, mungkin beberapa tahun lagi akan terserlah sifat itu.

Liya termenung sebelum perbualan semalam terbayang semula.

"Kenapa bonda menangis?"

Anak lelakinya mengelap air mata di pipi dengan perlahan-lahan.

"Jangan salahkan diri kamu apabila sesuatu berlaku pada bonda. Janji denga bonda. Kamu akan berdiri tanpa bantuan sesiapa. Bonda nak kamu tahu, bonda sangat menyayangi kamu dengan sepenuh hati bonda..."

"Macam mana dengan ayah?"

Hakim yang kebetulan lalu di hadapan bilik itu berhenti sebelum masuk ke dalam.

"Mestilah bonda sayang juga," balas Hakim sebelum merebahkan badan di sebelah anak lelaki mereka.

"Perasan," balas Liya sebelum menjeling.

Hakim tidak membalas sebaliknya ketawa tanda tidak kisah dengan jelingan isterinya itu. Dengkuran halus didengari sebelum mereka membetulkan gebar sehingga ke paras dada.

"Bila wifey tidak kenal hubby, wifey nak hubby ingat yang wifey sayangkan hubby sebesar planet. Kalau sesuatu berlaku dan wifey kata wifey tak cintakan hubby, ingat perkara ni. Hanya Tengku Hakim Farhan yang berjaya bertakhta dan menakluki hati Tengku Syazaliya Safwana."

Liya mendekatkan wajah mereka sebelum dahi bertemu dahi.

"Tak sangka wifey gunakan ayat cliche untuk beritahu perkara tu. Hubby tahu dan sentiasa tahu. Wifey selalu bertakhta di hati hubby. Jangan lupa juga permata hati kita, nanti menangis puas mahu memujuk."

"Kenapa aunty Syaz sedih?" tanya seorang kanak-kanak perempuan sebelum memeluk Liya dengan erat. 

Hidungnya diwarisi daripada ayahnya, wajahnya pula diwarisi daripada ibunya manakala matanya pula diwarisi daripada kedua ibu bapanya.

"Tak ada apa-apa," balas Liya selepas mengelap air mata.

"Papa kata tak baik menipu. Papa kata nanti ada hantu datang malam-malam kacau kita kalau kita menipu," balas kanak-kanak perempuan itu lagi.

Sebelah kening Liya terangkat beberapa kali.

'Apa yang Aizu cakap dengan budak ni sebenarnya?'

"Panggilkan papa sekejap. Cakap dengan papa, aunty nak jumpa," arah Liya sebelum menoleh ke belakang.

Aizu menghampiri Liya sambil mendukung puteri kecilnya itu. Kanak-kanak perempuan itu turun dari dukungan ayahnya sebelum mengusap kepala kanak-kanak lelaki yang berada di dalam pelukan Liya.

"Takut... Ada anak serigala berkeliaran di luar dan di dalam rumah," adu kanak-kanak lelaki itu dengan suara yang perlahan.

Liya ketawa sebelum bahunya dipukul oleh Airin.

"Jangan risau. Dia tak akan makan kamu. Suatu hari nanti, dia akan lindungi kamu. Saat itu, kamu dan dia akan menjadi kawan rapat sehingga di mana sahaja kamu pergi, dia akan ada bersama," kata Tira sebelum memeluk kanak-kanak lelaki itu.

Empat orang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengan mereka datang menghampiri.

"Mama kata, serigala-serigala itu akan datang kepada kita ketika kita berusia tujuh belas tahun," kata kanak-kanak lelaki berambut perang bercampur blonde.

"Lama lagi tu," keluh kanak-kanak perempuan itu.

Di mana sepupu-sepupu perempuannya yang lain? Mereka telah dibunuh ketika mereka berenam berusia tiga tahun di hadapan mata keluarga besar mereka di sebuah gudang. Sepupu perempuan yang terselamat cuma seorang sahaja iaitu anak kepada Tengku Syazwan Daniel. 

"Jadi, jangan berputus asa," kata Aiman sebelum memeluk anak Tira dan Aizu dengan erat.

Aiman, Haqimi, Syazwan dan Daniel memeluk anak Tira dan Aizu dengan erat. Wajah itu saling tidak tumpah seperti anak-anak mereka.

"Kita ni buat jejak kasih ke? Aku dah lapar," bisik Safrina kepada Safira.

Safira dan Safmira mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mari makan! Bonda sudah lapar," kata Tengku Maya.

"Terlupa pula bonda," sakat Tengku William sebelum dicubit oleh bondanya.

"Sakat lagi bonda kamu," kata Tengku Mike.

"Anak-beranak sama sahaja," keluh Tengku Lin.

Tengku William dan Tengku Mike menayang sengihan. Tengku Joshua menjeling mereka berdua sebelum menggelengkan kepala.

"Mari kita makan," kata Haiqal selepas membaca doa makan.

Mereka menyuap nasi ke dalam mulut sebelum dikunyah. Mereka memegang kepala yang terasa berat.

Ting!

Sudu besi yang berada di dalam genggaman Aizu terjatuh ke lantai. Pandangannya berpinar-pinar.

"Apa yang ber..."

Hakim dan Liya pengsan di atas karpet merah di ruang tamu selepas mulut mereka ditekup dengan sapu tangan yang disembur dengan sejenis cecair. 

Anak-anak mereka menyorok di bawah tangga selepas menggunakan selimut berwarna hitam untuk melindungi diri selepas diarahkan untuk bersembunyi oleh Haziq. Anak Tira dan Aizu ditahan supaya tidak pergi menghampiri keluarga masing-masing.

"Ini balasannya kerana mengganggu rancangan aku. Angkat dia sekarang!" arah Juliana sebelum ketawa jahat. 

Hakim membuka mata tetapi pandangannya agak kabur. Tangan diangkat untuk menggapai tangan Liya yang semakin menjauh.

"Pulangkan bidadari aku semula," rayu Hakim sebelum tangannya jatuh ke lantai.

Pintu utama ditutup dengan kasar sebelum anak Hakim berlari dan memeluk ayahnya dengan erat.

"Ayah... kenapa bonda diculik?" tanya kanak-kanak lelaki itu.

"Perempuan tua tak guna!" jeritnya sebelum pengsan di atas badan Hakim.

"Mama! Papa! Bangunlah!" jerit anak Tira dan Aizu sambil menggoncangkan badan papanya dengan kuat.

"Takut..."

Kanak-kanak perempuan itu menyembamkan muka ke lutut, lutut dipeluk dengan erat sebelum air mata mengalir. Tanpa dia sedari, sebelah matanya bertukar warna menjadi hazel kemerahan. Badannya mengigil secara tiba-tiba.

"Haziq! Apa yang berlaku?" tanya Arin Airis sebelum memeluk anak buahnya yang paling bongsu.

"Nenek sihir datang membalas dendam lagi," balas Haziq.

Dia sudah maklum akan semua musuh keluarga besarnya. Arash yang tidak tahu apa-apa tercengang.

"Nenek sihir? Nenek sihir mana pula ni?" tanya Arash sebelum menyerabaikan rambut miliknya.

"Nanti awak tahulah." 

Arin Airis memberi jawapan yang paling selamat untuk masa ini.

'Tak guna! Kau tunggu dua belas tahun akan datang! Aku akan patah-patahkan tulang tangan kau cukup-cukup! Aku akan gantung mayat kau depan keluarga kau!'

Mata Arin Airis menyala untuk seketika sebelum kembali kepada asal.

"Pergi call Doktor Ikin dan Aunty Rin, sekarang!" arah Arin Airis kepada Haziq.

Arash gerun melihat warna mata Arin Airis. Patutlah tiada sesiapa yang mahu mencari nahas dengan syarikat isterinya. Siapa isterinya sebenarnya?

"Juliana! Kau tak akan terlepas!"

Mereka yang baru sahaja tersedar dari pengsan terkejut kerana secara tiba-tiba Arin Airis menjerit melepaskan kemarahan.

"Aku akan bunuh kau dengan tangan aku. Aku akan bunuh ahli keluarga kau seperti yang aku lakukan dahulu. Perlahan tanpa disedari dan licik dan lincah tanpa tindakan diambil. Aku, pewaris pertama Zavier bersumpah akan memburu sesiapa yang menghalang rancangan ini."

Arin Airis menghiris jarinya dengan sebilah pisau lipat lalu dititiskan darah itu di atas topeng dan pakaian yang disimpan selama berbelas tahun.

"Poor Juliana, she makes wrong with wrong person," ujar Tira sebelum ketawa sinis.

"Nobody can escape from me," ujar Syazmira seakan-akan berbisik.

Aizu memeluk anak perempuan mereka dengan erat selepas anak perempuan mereka menggigil dengan teruk.

"Kids! You have to be strong," kata Shana Riana.

"Welcome to Evil Cp's Training!" ujar mereka berlapan dengan tangan didepakan.

Arash terkebil-kebil.

"What is Evil Cp's Training?"

Mereka bertujuh memandang Arin Airis yang menayang muka selamba.

"Dia tak tahu lagi ke?" tanya Safira pelik.

Melihat Arin Airis yang menggaru kening menyebabkan mereka bertujuh mengeluh.

"Sebenarnya Arin Airis ialah...."

Tbc

2/2/19

Author terpaksa skip banyak bab kerana terlupa dengan jalan cerita ni sebenarnya. Alasan yang lain ialah untuk menghabiskan cerita ini dengan segera.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro