Bab 20
Mereka berada di sana selama lapan bulan. Arin Airis dan Arash mendapat anak lelaki yang diberi nama Nik Haziq Azfar. Anak Ian dan Airin juga sudah lahir tetapi ketiga-tiganya ialah lelaki. Mesti riuh rumah atuk mereka nanti.
"Wah! Comelnya dia," kata Tira sebelum mencium ubun anak buahnya itu.
Aizu duduk bersila di hadapan Tira sebelum menjengilkan mata.
"Kita cari dia merata-rata tempat. Rupa-rupanya dia ada dekat sini. Bertuah betul. Siapa punya isteri la ni?" bebel Aizu selepas mengambil Haziq di dalam gendongan Tira.
Tira menayang gigi sebelum ketawa perlahan. Arash menggelengkan kepala apabila melihat adik ipar dan birasnya bertekak kerana mahu mendukung Haziq.
"Eh eh. Haziq abang punya," kata Arash sebelum melarikan diri bersama anaknya.
"Mana aci! Kami nak main dengan dia!"
Arin Airis ketawa seraya menggelengkan kepala apabila mendengar jeritan adik sepupu dan adik iparnya.
"Kenapa awak larikan Haziq? Biarlah mereka main dengan dia," tegur Arin Airis sebelum mengagah anaknya.
"Saja. Biarlah mereka. Lagipun, lebih kurang empat bulan sahaja mereka akan menimang cahaya mata pertama, begitu juga dengan Liya dan Hakim. Mana pula anak kita lagi seorang ni?" kata Arash sebelum memanggil anak sulung mereka.
"Mama. Papa."
Michael menghampiri mereka berdua sebelum mencium pipi adiknya.
"Anak mama pergi mana?" tanya Arin Airis.
"Michael belajar dengan Aunty Liya. Aunty Liya ajar tentang Cousin Princess History," balas Michael sebelum mengukir senyuman. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menyerlahkan lagi kecomelannya.
"Aduh. Apa la yang mereka ajar anak aku? Jangan ajar yang benda-benda pelik sudah," gumam Arin Airis seraya menepuk dahi dan menggeleng.
Haziq ketawa tanpa suara manakala Arash pula sudah terbaring sambil memegang perut kerana ketawa terlalu banyak.
"Sandwich burger double!" jerit Arin Airis dan Michael sebelum menghempap Arash yang tercengang.
Arash mengekek ketawa apabila melihat Michael cuba mendukung Haziq untuk diletakkan di atas perutnya.
"Jatuh adik nanti," tegur Arash sebelum duduk bersila lalu mendukung Haziq.
Sementara Arin Airis mengajar Michael, Arash menidurkan Haziq. Arin Airis mengangguk apabila Michael memandangnya dengan harapan dia akan memberi kebenaran.
"Jangan nakal-nakal. Pengsan aunty nanti," kata Arin Airis.
Michael mengangguk sebelum menutup pintu bilik dengan segera.
"Nasib baik anak bujang seorang tu mahu ikut makcik dia. Siapa punya nak yang comel tetapi nakal dalam diam tu?
Arash mengangkat bahu sebelum menarik lengan isterinya. Mata Arin Airis terbuka luas apabila Arash dengan selambanya mencium pipi kanannya.
"Haip! Biasa dia tu," marah Arin Airis sebelum menggeletek suaminya.
Arash cuba mengelak dengan memusingkan Arin Airis ke belakang sebelum memeluk tubuh dengan erat.
"Terima kasih kerana sudi mengandungkan anak saya," kata Arash perlahan.
"Kenapa?" tanya Arash pelik selepas Arin Airis berpusing menghadapnya.
"Nak tidur."
Arash ketawa berdekah-dekah sebelum mengemam bibir tanda sakit selepas dicubit oleh Aris Airis.
"Boleh pula dia ketawa tak ingat dunia? Anak tengah tidur tu," bebel Arin Airis dengan jari telunjuk dihalakan di hadapan hidung suaminya.
Juling Arash memandang jari telunjuk isterinya sebelum dikemam jari telunjuk itu. Arin Airis membesarkan mata.
"Apa ni?" marah Arin Airis selepas melihat Arash membuka mulut untuk menggigit jari kecil miliknya.
Airin menggelengkan kepala apabila mendengar pergaduhan manja antara Arin Airis dan Arash.
"Kenapa?" tanya Tira selepas duduk di sebelah adiknya.
Airin menggelengkan kepala tanda tidak ada apa-apa. Tira mengangkat bahu sebelum mecapai senaskah majalah.
"Macam mana dengan syarikat yang cuba menjatuhkan syarikat-syarikat kita?" tanya Airin perlahan.
"Macam mana? Ceo syarikat tu aku humban dalam penjara. Tak mustahil orang lain akan muncul lima tahun lagi untuk membalas dendam. Yang penting sekarang ni, kita kena jaga syarikat masing-masing," kata Tira sebelum meletakkan kembali majalah itu.
"Anak kau lelaki atau perempuan?" tanya Airin penuh minat.
"Perempuan. Nasib baik bukan lelaki, kalau tidak jenuh nak melayan. Eh, lupa pula. Anak kau dan Syaz lelaki. Boleh la jaga anak aku kalau dia berada dalam bahaya," kata Tira.
"Ye tak ye juga, kan. Maknanya..."
Mereka berdua saling berpandangan sebelum mendiamkan diri.
'Habislah...'
....
"Anak mama," panggil Tira sebelum mendukung anaknya.
"Comelnya anak mama ni," kata Tira sebelum mencubit perlahan pipi anaknya itu.
Anaknya menguis jari Tira yang berada di pipinya sebelum membuka mata.
"Sayang, jaga diri. Jangan biarkan orang lain pijak kepala kamu apabila kamu besar nanti."
Aizu bersandar di dinding seraya menggelengkan kepala.
"Apa cakap macam tu? Dia kecil lagi. Dia tahu apa yang dia akan buat nanti," kata Aizu sebelum memeluk kedua permata hatinya dengan erat.
"Ayang bukannya apa. Ayang takut. Lihatlah apa yang terjadi kepada Dagger. Surat amaran berada di sebelah Dagger semasa kita sampai. Siapa yang berani sentuh Dagger? Ayang akan bunuh orang tu dengan tangan ayang sendiri. Tunggulah!" ujar Tira dengan penuh amarah.
Aizu mengambil anaknya dari dukungan isterinya setelah melihat anaknya itu tersebik-sebik mahu menangis.
"Kalau marah sekalipun, jangan tunjuk depan anak kita ni. Kesian anak papa. Mama marah depan dia? Papa babap mama," kata Aizu sebelum menjengilkan mata tanda marah.
Tira menjelirkan lidah sebelum ketawa tetapi tidak lama.
"Maaf. Ayang tak dapat berikan zuriat lagi," kata Tira sebelum menangis.
Aizu menggelengkan kepala sebelum menarik Tira dalam pelukan.
"Adanya permata ini, semua sempurna. Anak itu rezeki Allah. Mungkin ada hikmahnya kenapa ayang tak boleh mengandung lagi," pujuk Aizu sebelum meletakkan anaknya di atas tilam.
"Tapi, mesti biy sedih..."
Tira terkebil-kebil selepas Aizu mengeratkan lagi pelukan.
"Tak kisah apa yang terjadi pada fizikal ayang, biy tetap sayang dengan sepenuh hati. Bukan senang nak menawan hati ayang tahu tak? Pelbagai cara biy gunakan..."
"Termasuklah menyamar sebagai Hazry?" tanya Tira sebelum meletakkan dagu di atas bahu Aizu.
"Lebih kurang macam tu la. Bila biy dah dapat sayang, biy tak akan lepaskan sayang walau apapun yang terjadi. Orang yang tidak waras sahaja akan lepaskan orang yang dia sayang hanya kerana kelemahan seseorang itu," kata Aizu sebelum mengukir senyuman.
Tira terkaku di dalam pelukan Aizu. Sungguh! Dia tidak percaya. Adakah ini suaminya?
"You are my husband? I can't believe it," kata Tira seraya membelek wajah Aizu.
Aizu mengerutkan muka sebelum menarik Tira supaya duduk di atas riba.
"Kenapa cakap macam tu? Tahulah suami dia ni dah berjambang, tak hensem macam dulu," rajuk Aizu sebelum memalingkan muka ke arah lain.
Tira ketawa sebelum menggelengkan kepala.
"Bukan macam tu..."
Tira meletakkan ibu jari di bawah dagu Aizu sebelum dipalingkan menghadap wajahnya.
"Cuma, rasanya suami ayang tak pakai ayat jiwang untuk pikat hati ayang. Percakapan, kelakuan dan cara dia buat ayang jatuh hati dengan dia. Bukan sebab dia pakai ayat jiwang," kata Tira sebelum tersenyum.
Aizu tergamam sebelum melopong.
'Gila la! Berani dia buat pengakuan berani mati.'
"Hah! Mengutuk!" sergah Tira sebelum ketawa perlahan.
Aizu menjeling Tira yang berada di atas riba dengan pandangan geram.
"Tak malu ke buat pengakuan berani mati tadi?" tanya Aizu sinis.
Tira berfikir selama beberapa minit sebelum menyembamkan wajah di dada Aizu.
"Kenapa ingatkan?" tanya Tira bengang.
Aizu ketawa sebelum membelai rambut panjang milik Tira. Dia tidak menyangka impiannya untuk mengahwini Tira menjadi kenyataan. Impian kanak-kanak mentah menjadi kenyataan. Mahu saja dia menjerit untuk beritahu kepada dunia, betapa bahagianya dia memiliki permata hati.
"Stay with me."
Tira mengangguk sebelum meletakkan kepala di bahu Aizu. Anak mereka tersenyum dalam tidur, seperti tahu sahaja papa dan mamanya bahagia.
Tbc
27/1/19
Ada juga idea nak update cerita B.M.F ni setelah baca cerita fantasi yang bertajuk 1 Year 2 Months 20 Days by Parfait_AmORE. Author ni SPM tahun ni. Goodluck SPM author!
From your author,
MiseoHeteo37.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro