Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19💍

Triplet mendepakan tangan apabila tiba di lapangan terbang di UK. Hakim, Aizu dan Ian menarik nafas panjang. Bertuah betul isteri mereka ni, bagasi dibiarkan suami yang angkat. Nasib sayang.

"Jangan mengutuk..." sakat Haqimi sebelum ketawa. Dia diarahkan oleh Moyang Maya untuk menjemput mereka di lapangan terbang.

"Abang!" jerit triplet seraya tersenyum. Mereka bertiga memeluk Hakimi dengan erat. Ian menggelengkan kepala melihat kelakuan Airin. Sejak dia mengandung, semakin menjadi-jadi perangai kebudak-budakannya.

"Mesti moyang gembira dapat berjumpa kamu berenam," ujar Haqimi sebelum memakai tali pinggang dan gear ditukar.

Dua jam kemudian

Mereka berlima kecuali Liya melopong melihat perhiasan di dalam rumah. Wow! Kalah rumah atuk William.

"Welcome to our house, kids!"

Mereka berpaling ke arah tangga dan mereka melihat dua orang lelaki berambut krim keperangan tersenyum.

"Ancestor Mike! Ancestor Joshua!" jerit Liya dengan gembira. Tira dan Aizu saling berpandangan manakala Hakim mengikuti langkah Liya.

"Where is Airin?" tanya Moyang Lin.

"She is sleeping on the green sofa," balas Ian sebelum menunjuk ke arah sofa hijau.

"Her face..." Moyang Maya dan Moyang Lin saling berpandangan sebelum memandang wajah Airin.

"...just like her. Tengku Arin Airis."

"Moyang tahu tak akak dekat mana?" tanya Ria selepas menelek pasu bunga buatan Perancis.

"Jangan sentuh pasu bunga tu! Pecah nanti, kau nak ganti ke?" tanya Irfan berang apabila melihat Ira dengan selambanya melayangkan jari-jemari di badan pasu.

"Kau la yang ganti. Kau kan abang," ujar Ira.

"Siapa seru nama den?" tanya seseorang di atas tangga. Irfan dan Ira yang bertekak berhenti sebelum mereka berpaling ke tepi dengan perlahan-lahan.

Arin Airis tersenyum memandang Liya dan Tira. Apabila dia menoleh, dia rebah ke belakang. Kedua-dua bahunya terasa basah.

"Akak!"

"Jangan jerit berdekatan telinga akak, pekak akak nanti," rungut Arin Airis.

"Airin Alyana, kan?" tanya Arin Airis selepas melihat Airin memandangnya dengan pandangan blur.

"Akak ni...  Tengku Arin Airis ke?" tanya Airin dalam mamai. Arin Airis mengangguk.

"Cicit sulung dan cicit terakhir yang bermula dan berakhir dengan huruf A berjumpa. Apa kata moyang masak sesuatu? Mesti kamu penat dan lapar." 

Mike dan Joshua mengangkat bahu. Hanya membiarkan sahaja isteri-isteri memasak.

"Tengku Kim C Mike Zaver!!"

"Tengku Kim C Joshua Zaver!!"

"Jangan nak lari! Datang dapur!!"

Mike dan Joshua saling berpandangan sebelum menjerit apabila telinga mereka ditarik.

"Aku tertanya," Fira berkata dengan kepala yang sengaja disengetkan.

"Moyang kamu baik tapi garang!"

"Ulang balik!!"

'Sama seperti parents aku,' mereka bermonolog di dalam hati.

....

"Kamu semua mesti penat, berehatlah," ujar Mike sambil menggosok pinggang yang dicubit oleh isterinya.

'Nasib sayang,' getus hati Mike.

Selepas moyang-moyang dan abang-abang serta suami mereka keluar, mereka memandang Arin Airis.

"Boleh tak akak ceritakan apa yang berlaku?" tanya Lina.

Arin Airis kaku. Tanpa mereka bertujuh sedari, badan Arin Airis menggigil sebelum dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Aris Airis terbayang kejadian dua puluh dua tahun yang lalu.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bermain bersama dua orang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya.

"Arin sayang!"

"Ye, umi!" 

Kanak-kanak perempuan itu menyahut sebelum berlari dan memeluk kaki uminya.

"Mana ibu?" tanya kanak-kanak lelaki yang mempunyai tanda lahir berbentuk bulan sabit di bahu sebelah kiri. Dia ialah Aiman.

"Mana ayah?" tanya seorang kanak-kanak lelaki yang lain.

Dia pula mempunyai tanda lahir sama seperti kanak-kanak lelaki tadi tapi di sebelah kanan. Dia pula ialah Haqimi. Tetapi mereka bukan kembar, mereka hanya kembar tahun sahaja.

"Ibu dan ayah Aiman dan Haqimi dalam perjalanan."

Rambut mereka dibetulkan oleh paklang mereka.

"Kan bagus kalau ada adik," ujar mereka bertiga serentak. Ibu bapa mereka saling berpandangan sebelum ketawa.

"Kenapa? Kamu dah bosan ke tengok muka atuk?" tanya Tengku William sambil mencebikkan bibir. Mereka bertiga menggelengkan kepala serentak.

BANG!!

"Bawa mereka lari!" jerit Tengku Othman selepas membelasah seorang konco musuhnya.

Aiman dan Haqimi lantas berlari ke tingkat atas sebelum mengunci pintu bilik. Mereka bersama ibu, maklong, maklang dan maksu.

"Di mana Airis?"

Airis ialah nama manja Arin. Jika dia inginkan sesuatu, dia akan membahasakan dirinya Airis.

Suami-suami mereka yang leka berlawan tidak sedar Arin Airis ditarik oleh seseorang.

 "Airis!!"

"Umi! Abah! Selamatkan, Airis!"

Mereka cuba membuka pintu namun hampa. Di luar, kerusi serta perabot dijadikan sebagai hadangan.

"Lepaskan anak aku!" jerit  maklang dengan lantang selepas mengetap gigi. Air mata yang mengalir dibiarkan.

Penculik berhenti sebelum berpaling ke belakang. Dia membuka topeng seraya tersenyum sinis apabila melihat wajah wanita yang dicintainya.

"Ya, aku. Kenapa? Terkejut? Ini balasannya kerana kau tolak cinta aku!"

"Umi!" Arin Airis menjerit dengan  lebih kuat. Air mata mengalir dari mata kiri manakala darah mengalir dari mata kanan. Warna kedua-dua matanya ialah biru muda.

"Satu hari nanti, anak aku akan bunuh kau!" jerit maklang sebelum van tersebut hilang dari pandangan.

Imbas tamat

"Apa yang terjadi semasa akak menjadi tebusan?" tanya Tira. Arin Airis hanya tersenyum kelat.

"Biarlah rahsia," ujar Arin Airis dengan senyuman.

Mereka menarik muka masam.

"Ala... apa akak ni? Sambunglah cerita..." pinta mereka.

"Budak-budak, cerita waktu tidur sudah tamat. Pergi tidur sebelum akak hempuk kamu dengan penyapu," ujar Arin Airis sebelum mencapai sebatang penyapu.

Mereka saling berpandangan sebelum menghilangkan diri.

Arin Airis menggelengkan kepala sebelum merebahkan diri di atas katil. Arin Airis meletakkan tangan di atas dahi sebelum mengeluh.

"Terima kasih untuk segalanya," kata Arin Airis dengan senyuman.

"Tidur pun boleh tersenyum ke?"

Arin Airis yang baru sahaja terlelap terus membuka mata sebelum duduk bersila.

"Kenapa ada dekat sini? Masuk ikut mana?" tanya Arin Airis bertubi-tubi sebelum mulutnya ditekup.

"Haish... Banyak tanya pula dia ni.Sabar, satu-satu. Tak lari mana pun suami awak ni."

Arin Airis terus mendakap erat suaminya, Nik Arash Helmi. Arash menggelengkan kepala melihat isterinya mengalirkan air mata.

"Awak pergi mana? Kenapa menghilangkan diri selama tujuh bulan?" tanya Arin Airis sebelum mengesat air mata.

Arash menggosok tengkuk sementara otaknya ligat memikir jawapan untuk dijawab. Bukan apa, nyawa adik iparnya dalam bahaya sekaran ni.

"Awak. Awak, Ketua Mafia, kan? Kumpulan Danger Wolf?" teka Arin Airis tetapi tidak memandang wajah Arash.

Arash terkejut sebelum tergamam.

'Macam mana dia tahu?'

"Awak dah lupa ke siapa saya sebenarnya? Orang yang menubuhkan Cousin Princess dan Evil Cp. Saya juga pewaris pertama Zavier. Saya dapat baca isi hati dan fikiran sesiapa sahaja termasuk awak. Walaupun awak ada kuasa untuk membaca fikiran orang, awak tak pelik ke kenapa awak tak boleh baca fikiran saya?" terang Arin Airis sebelum mengangkat muka lantas memandang tepat mata Arash.

Arash menggaru kening dengan muka yang bingung. Arash terpaku apabila melihat anak mata Arin Airis. Anak mata yang lain daripada yang lain. Kerana mata itulah, Arin Airis menjadi buruan. Hanya kerana matanya.

"Dengar ni..."

Arash cuba menerangkan tetapi Arin memintas.

"Sepatutnya awak bunuh saya semasa saya jadi tebusan dulu! Saya ni menyusahkan awak, kan? Sekarang mereka menjadi buruan hanya kerana mata mereka, sama seperti saya," luah Arin Airis dalam tangisan.

Arash buntu bagaimana mahu memujuk Arin. Akhirnya, Arash membuat keputusan untuk baring mengiring sebelum menarik Arin supaya baring menghadapnya.

"Dengar sini. Tiada apa yang dapat mengubah perasaan saya terhadap awak. Ingat! Saya selamatkan awak dan kahwin dengan awak kerana saya sayang awak. Saya nak lindungi awak dengan hubungan yang halal. Saya dah janji dengan moyang dan atuk awak untuk lindungi awak. Saya buat semua ni bukan kerana janji saya terhadap mereka, tapi saya buat semua ni untuk lindungi awak," terang Arash sebelum memeluk Arin Airis yang tergamam dengan erat.

"Jangan benci saya hanya kerana saya Ketua Mafia. Jangan benci saya kerana saya pernah bunuh ramai orang. Jangan benci saya kerana kisah silam saya," rayu Arash.

"Terima kasih untuk segalanya. Kita sama sahaja. Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Jangan tinggalkan saya dan anak-anak kita," kata Arin sebelum mengukir senyuman apabila melihat Arash bingung.

Arash mengira menggunakan jari sebelum melopong.

"You are pregnant?" tanya Arash dengan teruja.

Melihat anggukan daripada Arin Airis, Arash bersorak.

"I will be the papa again. Thank you," kata Arash sebelum mengukir senyuman.

Arash tidak perasaan ayat kedua Arin kerana dia terlalu gembira. Apa yang akan berlaku jika dia tahu Arin Airis ialah orang yang....

Tbc

13/1/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro