𝔹𝕒𝕓 60
2 bulan kemudian...
PERUTNYA yang semakin membuyung, diusap dengan penuh kasih dan sayang. Kini, usia kandungannya sudah pun mencecah 9 bulan. Tinggal tunggu masa sahaja untuk melahirkan.
Anak mummy bila dah besar nanti, jadi anak yang soleh atau solehah tau. Mummy nak anak mummy ni jaga mummy dengan daddy bila kami dah tua. Sihat ya sayang...
"Haih, mengelamun pula ibu mengandung ni." tegur Syaf.
"Betul tu. Ada orang tu tengah 'berbual' dengan baby dia dalam perut. Habis siapa nak berbual dengan kita ? Sedihnya..." Ilya menambah.
Eyna Nurina mencebik. Dia sibuk dengan dunianya.
"Sorry lah, aku terleka. Memalukan betul lah ! Tuan rumah tak layan tetamu."
Syaf dan Ilya pantas menggelengkan kepala mereka. Mereka saling berpegangan tangan.
"Kitaorang sikit pun tak kisah. Kitaorang tahu kau tengah berdebar-debar kan ?"
"Tu lah, takut pun ada." terang Eyna Nurina.
Kadang-kadang dia berasa gembira kerana bakal menjadi seorang ibu. Kadang-kadang dia berasa gementar menunggu hari yang akan tiba. Takut dengan nasibnya.
"Kau kena atasi rasa takut kau tu, Eyna. Kitaorang akan doakan supaya anak kau lahir dengan selamat." ujar Syaf.
Ilya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Syaf.
"Terima kasih korang. Sayang korang !" mereka saling berpelukan mesra.
"Errr maafkan saya kerana menganggu puan dan juga kawan-kawan puan." tegur satu suara garau.
Pelukan dileraikan. Dahi Syaf dan Ilya berkerut melihat jejaka yang sedang berdiri di hadapan mereka sambil memegang sejambak bunga ros.
"Puan ?" soal Ilya ke arah Eyna Nurina.
"Yup !"
"Tua sangat ke kau ni Eyna ? Aku tengok, kau macam lagi muda daripada lelaki tu." soal Syaf dalam nada suara berbisik.
Eyna Nurina tertawa besar. Ilya dan Syaf semakin bingung.
"Errr puan ?"
Jejaka itu semakin tidak berasa selesa. Lagi-lagi dia sorang sahaja lelaki di situ.
"Haaa kenapa Khai ?"
"Ni, ada bunga dan kad untuk puan." sejambak bunga diberikan. Terdapat sekeping kad yang terselit di sebalik kelopak-kelopak bunga.
Dahi Eyna Nurina berkerut sambil membelek-belek bunga yang diberikan oleh 'seseorang'.
Hurmmm wanginya...
Masa untuk baca kad !
Assalamualikum isteri abang !
Malam ni pakai baju yang abang dah sediakan tau. Nanti minta Mak Kiah tau. Abang ada benda special yang tunjuk dekat sayang. Bersiap cantik-cantik untuk malam ni...
Yang Benar,
𝒜𝒾𝓂𝒶𝓃𝒜𝓁𝒾𝒽𝒶𝓃
Eyna Nurina tersenyum malu. Lagi-lagi apabila membaca setiap bait-bait yang tertulis di dalam kad tersebut.
"Woi, yang kau dah kenapa, Eyna ? Macam dapat surat cinta je gayanya." tegur Syaf.
"Mestilah happy. Dapat surat cinta daripada suami tercinta katakan..." tambah Ilya.
"Tulah, lain kali kahwinlah awal. Entah-entah umur baru 40 kau dah ada cucu."
Syaf dan Ilya tertawa kecil.
"Tak ready lah !" Syaf mencebik manja.
"Eh, mana boleh macm tu ! Dulu, ayah aku paksa-paksa aku. Last-last bahagia juga." Eyna Nurina tidak puas hati.
"Fuh, nasib baiklah ayah aku ni jenis yang tak kisah sangat bab jodoh ni."
"Kan..."
Eyna Nurina menggelengkan kepalanya. Pening kepala melayan perangai keanak-anakan Syaf dan Ilya.
✿✿✿
WAJAH Eyna Nurina merona merah apabila melihat dirinya sendiri. Badannya disarungkan baju kain jarang yang hanya paras lutut. Namun, saiz baju tersebut agak besar. Sesuai dengan saiz tubuhnya.
Seksinya !
Biar betik abang ni ? Tak kisah ke pekerja-pekerja dia tengok badan kau ?
Krek...
Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Eyna Nurina agak terkejut. Aiman Alihan melangkah merapati isterinya. Lelaki itu mengenakan baju tuxedo.
Sekali lagi Eyna Nurina berasa malu. Malu dengan ketampanan suaminya.
"Sayang..." panggil Aiman Alihan romantik.
"Abang, kenapa suruh sayang pakai baju macam ni ? Seksi lah ! Sayang nak tukarlah." baru sahaja dia ingin melangkah ke almari pakaian, pinggangnya dirangkul erat oleh Aiman Alihan.
"Kenapa ? Sayang tak suka ke ?"
"Bukan macam tu." Eyna Nurina menjadi serba-salah.
"Habis tu ?"
Tangan Aiman Alihan ligat bergerak. Sebelah tangannya merangkul pinggang isterinya manakala sebelah lagi sedang bermain-main dengan rambut panjang milik Eyna Nurina. Wajahnya diletakkan di atas bahu gadis tersebut.
"Sayang malu dengan pekerja-pekerja abang. Sayang tak pernah open macam ni."
"Siapa cakap pekerja-pekerja abang ada ?" soal Aiman Alihan pelik.
"Aik ?" Eyna Nurina binggung.
"Bukan ke ada sesetengah pekerja bekerja dalam jangka masa yang agak lama dalam rumah ni ?"
"Ya, tapi sayang jangan risau. Abang bagi diaorang cuti."
Eyna Nurina tertawa. Pandai buat kerja rupanya dia ni !
"So, dekat rumah ni cuma ada kita berdua je ke ?" Eyna Nurina inginkan kepastian.
"Ya, kita berdua..." sahut Aiman Alihan perlahan. Nafasnya menampar-nampar permukaan lebar Eyna Nurina.
"Dahlah, jom ?"
Eyna Nurina mengangguk tanda setuju. Aiman Alihan mengeluarkan sehelai kain dari poket seluarnya. Dahi Eyna Nurina berkerut.
Kain ?
"Abang nak buat apa ni ?" soalnya pelik.
"Tutup mata sayanglah. Barulah surprise nanti." terang Aiman Alihan. Senyuman penuh makna diberikan.
Bulu roma Eyna Nurina secara tiba-tiba meremang. Lain macam betullah ayat dia ni !
Nak tak nak Eyna Nurina terpaksa akur. Tangannya dipimpin ke arah sesuatu tempat. Dia agak risau tentang kandungannya. Takut terjatuh.
"Perlahan-lahan tau abang." dia berpesan.
"Jangan risau, sayang. Kita dah nak sampai ni."
"Okey dah sampai !" ikatan kain yang menutupi mata Eyna Nurina dibuka secara perlahan.
Eyna Nurina terpaku. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Mulut di tekup.
"Maaflah kalau tak seperti sayang idamkan." bisik Aiman Alihan.
"Ta-tak ! Sayang suka sangat !"
"Alhamdulillah..."
Tangan mulus Eyna Nurina ditarik perlahan menuju ke meja. Eyna Nurina hanya menurut.
"For you, darling." sejambak bunga diberikan kepada Eyna Nurina. Eyna Nurina menyambutnya.
"Thanks you..."
"Wait, ada lagi." Eyna Nurina sedia menunggu. Aiman Alihan menyeluk poket seluarnya. Kotak cincin berwarna merah hati dikeluarkan.
Sebuah cincin disarungkan di jari manis milik Eyna Nurina. Kemudian, tangan mulus itu dikucup lembut. Eyna Nurina tidak mengatakan apa-apa namun air matanya lebat mengalir sebagai tanda terharu.
"Abang tahu abang bukan suami yang sempurna untuk sayang. Cincin ni hadiah dari abang untuk sayang sebab sayang sudi jadi isteri abang. Mungkin dulu masa kita kahwin abang langsung tak ikhlas nak sarungkan cincin dekat jari sayang. Jadi, abang nak tebus kesalahan abang.
Maafkan abang sebab masih lagi tak ingat apa-apa tentang kita. Maafkan abang juga sebab pernah abaikan sayang macam sayang ni orang luar. Sedangkan masa tu sayang masih lagi isteri abang..." tangan Eyna Nurina digenggam erat.
"Tapi masa tu abang sakit, kan ? Abang tak salah pun."
"Ya, tapi abang masih lagi tak puas hati. Terima kasih sebab sudi terima kekurangan abang. Terima kasih sebab sudi ada dengan abang ketika abang susah. Lagi-lagi layan perangi Sazzy. Dan...terima kasih sebab sudi mengandungkan anak abang.
Abang harap anak kita tak ikut perangai lama abang. Abang nak anak kita jadi seorang anak yang soleh atau solehah. Abang nak anak kita jaga kita dengan baik bila kita dah tua nanti..."
"Aminn..."
"Ermmm abang bahagia dengan sayang ?" soa Eyna Nurina tiba-tiba.
"Eh, mestilah ! Kalau tak, perut sayang tu tak ada nyawa tau !" sakat Aiman Alihan sambil tersenyum nakal.
"Eee tak naklah jawapan macam tu." Eyna Nurina mencebik manja.
"Okey okey, mestilah abang bahagia dengan sayang. Abang tak boleh berenggang dengan sayang. Kalau boleh, abang nak masuk sekali dalam perut sayang."
"Bongoklah dia ni ! Ermmm jom makan..." ajak Eyna Nurina. Tidak mahu lagi meneruskan perbualan merepek mereka.
"Burger cheese 5 tingkat ?!"
Eyna Nurina gembira. Segera burger tersebut di gigit. Aiman Alihan tersenyum lebar melihat gelagat isterinya.
"Abang tahu sayang ketagih dengan burger cheese. Makanlah sayang. Kalau nak lagi, bagitahu je abang. Nanti abang letak KLCC sekali."
Eyna Nurina tersengih sebelum menyambung menjamu selera. Aiman Alihan memerhati sahaja isterinya yang sedang makan sebelum perlahan-lahan mencapai sudu dan garfu.
Sedang seronok menikmati burger cheese lima tingkatnya, tiba-tiba sudu dan garfu diletak kasar. Dahinya berkerut.
"Sayang are you okey ?"
Tiada balasan.
Eyna Nurina memejamkan matanya sambil tangannya memegang perut. Dahinya berkerut-kerut.
"Sayang, kenapa ni ? Burger tu tak sedap ke ?" Aiman Alihan semakin risau.
"Bu-bukan..."
"Habistu ? Ya Allah, sayang. Kenapa ? Cuba cakap !" Aiman Alihan semakin hilang arah. Dia memeluk isterinya.
"S...sakit ! Abang, sayang rasa dah nak keluar..." jawab Eyna Nurina dalam keadaan bersusah-payah.
"Apa yang nak keluar ? Sayang nak buang air besar ea ?" Aiman Alihan keliru.
"Bukanlah ! Bukan ! Sayang dah nak terberanak ni ! Abang, help me !" lengan Aiman Alihan digenggam.
"APA ?!"
"CEPAT ABANG ! SAYANG DAH TAK TAHAN !" Eyna Nurina mula menjerit kesakitan. Air matanya mengalir deras.
"YA ALLAH, SEKEJAP ! ABANG MINTA BANTUAN." telefon pintarnya dicapai lalu nombor telefon Khai didail.
"Hello ?"
"Khai, tolong aku Khai. Eyna dah nak bersalin ni !"
"Haaa okey ! Aku datang sekarang !"
Talian dimatikan. Aiman Alihan semakin ketakutan. Tubuh Eyna Nurina diangkat menuju ke keretanya yang terletak agak jauh.
"ABANG ! SAKIT !!!"
"BAWA MENGUCAP SAYANG ! TAHAN SIKIT !"
Baby ?😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro