Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 59

EYNA NURINA membuka matanya secara perlahan-lahan. Kepalanya masih lagi berasa pening. Dia sedaya upaya cuba bangun namun dia tidak berdaya.

Keadaan di situ agak malap. Dia tetap dapat melihat Mastura dan juga melihat bayang-bayang seorang lelaki berbadan tegap yang sedang duduk agak jauh daripadanya.

Aku dekat mana ni ? Siapa mamat tu ?

Eh, macam kenal je tempat ni. Ni bukan ke bilik rehat dekat rumah aku dengan Aiman Alihan ?! Apa yang jadi sebenarnya ?

"Tak perlu memaksa diri..." ujar satu suara garau.

"Ibu ? Ibu ?" Eyna Nurina kembali risau. Dia memandang sekeliling.

"Ibu dekat sini, Eyna." balas Mastura yang sedang terduduk lemah di atas sofa.

Tangan dan kakinya sudah pun dilepaskan. Namun, Eyna Nurina tetap takut.

Abang, abang dekat mana ? Maafkan Eyna sebab keluar tanpa izin abang...

"Kau...siapa ?" soalnya lemah.

"Sampai hati sayang tipu abang, kan ?"

Eyna Nurina tersentak.

Suara tu...

Suara Aiman Alihan !

"Abang ? Apa abang buat ni ? Kenapa buat sayang macam ni ?!"

"Abang terpaksa Eyna. Kenapa perlu untuk menipu abang ? Takut abang makin bencikan dia ?" jari telunjuk Aiman Alihan dihalakan ke arah Mastura.

Mastura diam seribu bahasa. Dia menjadi serba salah.

"Han, Eyna tak salah. Ibu yang salah..."

"Mak cik diam !" arah Aiman Alihan tegas. Matanya tajam menikam anak mata Mastura.

Mastura kembali menundukkan kepalanya. Dia agak kecewa dengan layanan dingin anaknya.

Mak cik ?

Hina sangat ke aku ni sampai anak sendiri gelarkan aku ni 'mak cik' ?

"Abang, please hormat ibu !" tegur Eyna Nurina.

Aiman Alihan hanya memekakkan telinga. Dia berjalan menghampiri isterinya yang dalam keadaan yang agak lemah.

"Maafkan abang. Abang tak pernah berniat nak menyakiti sayang tapi abang terpaksa. Abang kecewa dengan sayang..."

Eyna Nurina mengetap bibirnya. Air mata mula bertakung di kelopak mata.

"Eyna pun terpaksa. Eyna tak nak jadi anak menantu yang tak guna. Ibu tak bersalah, bang. Bekas kekasih papa fitnah mama. Tolong percayakan sayang.

Walaupun apa yang bekas kekasih papa tu cakap benda yang betul, abang tetap tak boleh buat ibu macam tu sebab sejahat mana pun ibu, ibu tetap mak abang. Orang yang sanggup menahan peritnya ketika melahirkan abang."

"Haish..."

Kedengaran Aiman Alihan mengeluh.

"Abang tahu..."

"Apa maksud abang ?" Eyna Nurina musykil.

"Abang dah tahu semuanya. Abang ada upah orang untuk cari kebenarannya. Ya, abang tahu Puan Mastura tidak bersalah." terang Aiman Alihan tenang.

"Dah tu kenapa masih layan ibu dengan layanan macam orang luar ?" Eyna Nurina tidak puas hati.

Aiman Alihan sempat menghadiahkan senyuman manis untuk isterinya. Namun, gadis itu tetap masam mencuka.

Keadaan bilik rehat menjadi terang benderang.  Eyna Nurina memerhati sahaja setiap langkah suaminya. Kelihatan lelaki tersebut sedang menghampiri Mastura. Mastura ketakutan.

"Tolonglah jangan apa-apa kan mak cik !" rayu Mastura.

Eyna Nurina semakin sebak. Dia tidak dapat membendung rasa di jiwa.

Abang, cukuplah !

Aiman Alihan melutut di hadapan Mastura. Wajahnya tetap kelat tanpa sebaris senyuman. Tangan tua itu diraih lembut.

"Ibu..." ujarnya perlahan. Ia kedengaran gementar.

Eyna Nurina dan Mastura terpinga-pinga.

"Abang ?"

"Han ?"

"Ibu, maafkan Han. Han tahu Han dah gagal menjadi anak yang soleh untuk ibu. Han tahu Han bodoh sebab terlalu ikutkan nafsu marah. Hukumlah Han. Han sanggup ! Kalau itu boleh membuatkan ibu maafkan Han..." air mata lelaki Aiman Alihan mengalir.

Dia malu dengan dirinya sendiri. Sekarang sikit pun dia tidak kisah ! Di hadapan pekerja-pekerjanya dia menangis. Itu pun dia tidak kisah.

"Han, ibu pun nak minta maaf. Yelah, ibu seorang mak yang teruk."

"Tak ibu ! Han cuba cari ibu dengan orang-orang Han tapi gagal. Semalam, Han upah orang ikut Eyna. Tak sangka selama ni Eyna jumpa ibu. Han betul-betul gembira ibu..." mereka saling berpelukan erat.

Mastura tersenyum bahagia. Dia membiarkan sahaja air matanya terus mengalir deras.

"Mulai hari ni, Han nak ibu selalu ada dengan Han. Han nak rasa kasih sayang daripada ibu. Han betul-betul dambakannya."

Eyna Nurina tersenyum lebar. Rupanya ada hikmahnya...

Malam itu, merupakan malam yang paling bermakna buat mereka bertiga. Dari benci Tuhan tukarkan kepada perasaan sayang.

✿✿✿

"HURMMM sedapnya nasi goreng ibu masak ! Han nak tambah lagi boleh ?" soal Aiman Alihan manja. Mastura tertawa kecil sambil menganggukkan kepalanya.

"Boleh, tambahlah sebanyak mungkin."

Eyna Nurina tersengih melihat kemesraan di antara mereka berdua.

"Eee abang ni ! Nak ikut sayang ea perut besar ?" Eyna Nurina menyakat suaminya.

Aiman Alihan menjelirkan lidahnya ke arah Eyna Nurina sebelum kembali menjamu selera.

Tit...

Beberapa mesej berbunyi daripada telefon pintar Aiman Alihan. Mula-mula dia mahu mengabaikannya. Tapi sakit hati apabila bunyi bising.

Telefon pintarnya dibuka lalu mesej-mesej yang dikirimkan dibaca malas. Dahinya berkerut. Eyna Nurina memandang suaminya.

"Kenapa, bang ?"

"Sazzy..."

Eyna Nurina mengeluh. Apa lagi perempuan miang tu buat ?

"Kenapa dengan dia ? Cuba nak bunuh diri lagi ?" teka Eyna Nurina.

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya.

"Bukan. Aunty Qian Ying cakap Sazzy tiba-tiba nak ke luar negara. Puas aunty dengan uncle pujuk tapi dia tetap berdegil. Katanya dia cuba nak mencari ketenangan. Abang harap dia selamat dekat sana..." terang Aiman Alihan.

Eyna Nurina mengangguk tanda faham.

"Eyna pun sama. Eyna harap dia bertemu jodoh dengan lelaki-lelaki dekat sana. Dapatlah nanti abang sepupu mat saleh !"

Aiman Alihan mencebik.

"Eleh, lepastu sayang nak ambik kesempatan, kan ?" Aiman Alihan menjeling manja ke arah  isterinya.

"Kenapa pula sayang nak ambil kesempatan ?"

"Yelah, nama pun mat saleh. Mestilah sayang meleleh air liur tengah dia. Huh !"

Aiman Alihan pura-pura merajuk. Eyna Nurina tersengih memandang suaminya.

Susah rupanya nak control dia ni. Depan ibu pun masih lagi berperangai budak-budak. Eyna Nurina menggelengkan kepalanya.

"Tak ada maknanya sebab anak kita pun 'bakal' jadi mat saleh." balas Eyna Nurina tenang.

"Maksud sayang ? Kenapa pula ?"

"Yelah, mana tahu anak mata anak kita nanti ikut abang. Sekali pandang orang teka yang anak kita ni anak orang Inggeris."

"Hahaha pandai sayang !" pipi Eyna Nurina dicubit.

"Ish, tak naklah. Malu ibu tengok !"

Eyna Nurina segera menyedarkan suaminya. Mau pitam ibu dibuatnya.

"Ibu tak kisah pun, Eyna. Ibu faham..." ujar Mastura sebelum tertawa.

Wajah Eyna Nurina merona merah. Aiman Alihan pula tersengih malu.

"Ermmm jomlah sambung makan. Kang nanti sejuk." Eyna Nurina mula menukar topik.

"Jom..." sudu dan garfu kembali dicapai.

Eyna Nurina tersenyum. Matanya melirik kearah suaminya yang sedang rancak berborak dengan ibu kandungnya, Mastura.

Akhirnya, semuanya dah selesai...

Kesengsaraan hidup aku dah berakhir...

Alhamdulillah...

Akhirnya ! Puan Mastura dan Han dah berbaik ! ❤️✨


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro