Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 55

WAJAH pucat milik Sazzy ditenung dengan penuh rasa kasihan. Perutnya diusap perlahan. Tiba-tiba rasa bersalah mula bersarang di hati.

"Sayang." tegur satu suara garau. Bahu dipeluk dari belakang.

"Abang..." sahutnya lemah.

"Kenapa ni hurmmm ? Sayang sakit ke ?" Aiman Alihan risau dengan peruban isterinya.

Eyna Nurina pantas menggeleng.

"Habis tu kenapa ?"

Aiman Alihan masih lagi tidak puas hati dengan reaksi yang diberikan oleh Eyna Nurina.

"Abang..." dia mula memusingkan tubuhnya menghadap sang suami. Tangan berurat itu diraih lembut.

Aiman Alihan kekal diam. Menanti kata-kata isterinya.

"Semua ni berpunca dari sayang ke ?"

Aiman Alihan tergamam.

"Kenapa sayang cakap macam tu ? Sayang tak salah apa-apa pun. Semua ni dah takdir, sayang." pujuk Aiman Alihan.

"Tapi sayang yang kacau Sazzy dengan abang. Sayang dah buat Sazzy sedih sampaikan sanggup cederakan diri sendiri."

Aiman Alihan menggelengkan kepala. Dia tidak suka dengan kata-kata Eyna Nurina.

"Sayang, dengar baik-baik apa yang abang nak cakap ni..." Eyna Nurina akur.

"Jodoh ditangan Tuhan. Allah temukan kita berdua. Memang dulu abang mengaku yang dulu abang tak cinta sayang langsung tapi makin lama abang berani nak cakap yang abang memang cintakan sayang.

Abang tak suka sayang cakap macam ni. Jangan nak salahkan diri sayang. Sazzy sepatutnya terima takdir. Sekarang ni sayang isteri abang dan abang bertanggungjawab terhadap sayang..."

Eyna Nurina menundukkan kepala.

"Tapi bang..."

Aiman Alihan pantas mencelah. Wajahnya tegang tanpa sebaris senyuman. Nampak menakutkan.

"Dah, abang tak nak dengar kata-kata mengarut sayang tu. Abang nak sayang fikirkan tentang diri sayang dengan anak kita je, faham ?"

Eyna Nurina mengangguk tanda faham. Kepalanya masih lagi menunduk.

"Dahlah jom kita balik. Esok kita datang balik." ajak Aiman Alihan dingin.

Baru sahaja Eyna Nurina mahu mencapai tangan suaminya, lelaki itu terlebih dahulu mencipta langkah menuju keluar dari wad tersebut.

Dia terkedu.

Salah aku ke ? Perutnya ditenung dengan penuh rasa sebak.

Maafkan mummy, sayang. Mummy dah buat daddy marah...

✿✿✿

PINTU bilik ditolak lemah. Dia betul-betul terkilan dengan sikap dingin suaminya. Apa salahnya ?

Dia masih lagi setia menunggu di birai katil. Namun hampa, batang hidung Aiman Alihan masih lagi tidak kelihatan.

Mana abang ni ? Dia resah.

Krek...

Pintu dibuka oleh seseorang. Kepala segera diangkat memandang ke arah pintu. Aiman Alihan masuk ke dalam bilik.

"Abang..." panggilnya.

"Hurmmm..." balas lelaki itu acuh tak acuh.

"Abang marahkan sayang lagi ke ?"

Tiada balasan.

Suasana kembali senyap. Pertanyaan Eyna Nurina langsung tidak dibalas.

"Lapar tak ? Jom makan." suara garau itu memecahkan kesunyian.

"Tak." balas Eyna Nurina perlahan.

Tak lapar ? Tak mungkin ! Perutnya dari tadi tidak henti-henti berbunyi minta diisi. Namun, dia tidak mahu menyusahkan suaminya.

"Haih..." kedengaran keluhan keluar daripada mulut Aiman Alihan.

Eyna Nurina memejamkan matanya. Bersedia untuk dimarahi lagi.

"Jom turun makan."

"Sayang tak lapar. Sayang penat. Sayang nak rehat." dia memberi alasan.

"Jangan degil boleh tak ?" soal Aiman Alihan perlahan namun kedengaran tegas.

"Abang, kalau abang nak makan pergilah. Sayang betul-betul penat."

"Tapi kesian anak kita tak makan dari siang tadi. Jangan cuba nak tipu abang boleh tak ? Abang kenal sayang bukan sehari dua."

Eyna Nurina mengetap kuat bibirnya. Air mata ditahan agar tidak mengalir keluar.

"Suka hati sayanglah. Abang nak mandi." tuala dicapai sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Eyna Nurina merebahkan tubuhnya di atas tilam. Matanya dipejam. Tudung masih lagi tersarung di kepalanya. Dia mahu berehat buat seketika. Akhirnya dia terlena.

Selepas 10 minit, Aiman Alihan keluar daripada bilik air. Matanya memandang ke arah katil. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh tersebut.

Tudung ditanggalkan olehnya. Wajah penat itu direnung dengan rasa bersalah.

Maafkan sayang, abang. Abang sikit pun tak marahkan sayang cuma abang terasa hati dengan kata-kata sayang siang tadi.

Kemudian, perut besar itu direnung. Tangannya mengusap lembut perut tersebut yang masih lagi berlapik dengan baju.

Maafkan daddy. Daddy dah buat mummy sedih. Daddy janji daddy akan betulkan semua ni. Anak daddy tolong daddy ya ?

✿✿✿

MATA dibuka secara perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Selepas solat subuh secara bersendirian, dia terus sambung tidur. Jam di kerling malas. Sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi.

Mana abang ni ? Dia tinggalkan aku sorang-sorang ke ? Eyna Nurina kecewa.

Matanya terlihat sehelai kertas yang ditampal elok di atas meja solek. Kertas tersebut dicapai lalu dibaca.

Abang keluar pergi hospital tengok Sazzy. Abang kesiankan sayang sebab tu abang tak kejut. Nanti abang balik. Jangan lupa makan. Abang dah sediakan sarapan...

Yang benar,
𝒜𝒾𝓂𝒶𝓃𝒜𝓁𝒾𝒽𝒶𝓃

Kertas kembali diletakkan di tempat asal. Dia berfikir sejenak. Baik aku jumpa ibu sekejap ! Dah lama rasanya tak jumpa ibu...

Tepat pukul 10:30 pagi, Eyna Nurina sudah pun terpacak di hadapan rumah milik ibu mertuanya. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dibuka oleh empunya rumah.

"Eh, Eyna !" mereka saling berpelukan mesra.

"Ibu..."

Mata Mastura terpandang ke arah perut buncit milik Eyna Nurina. Dia bagaikan tidak percaya.

"I-ibu bakal...jadi nenek ?!"

"Ya, ibu."

Mastura tersenyum gembira. Sekali lagi tubuh besar itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Jom masuk dalam. Kesian kamu kena berdiri lama-lama. Kang nanti hitam cucu ibu."

Eyna Nurina akur. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu.

"Ni Eyna datang sini Han tahu tak ?" soal Mastura sambil tangannya ligat menyusun dan menuang air.

Eyna Nurina tersengih.

Gila ke nak bagitahu ? Mau kena pancung aku !

"Eyna, berdosa tau keluar tanpa izin suami. Kalau suami kamu tak izinkan, baik kamu jangan datang sini lagi. Ibu tak mahu kamu terus berdosa, nak."

Eyna Nurina mengetap bibirnya. Tangan tua itu diraih.

"Ibu, Eyna tak sanggup. Eyna janji Eyna akan cuba pujuk abang. Eyna nak abang bahagia dengan ibu. Eyna nak anak yang bakal lahir ni kenal siapa sebenarnya nenek dia...."

"Eyna, tolonglah. Ibu tak nak disebabkan perkara ni Han semakin benci terhadap ibu."

Mastura tersenyum lebar. Hakikatnya, dia berasa sungguh kecewa dan sedih.

"Dahlah, tak elok ibu mengandung sedih-sedih ni. Jom makan." Mastura bertukar topik.

Eyna Nurina akur. Dengan keadaan termengah-mengah, dia berdiri sambil berjalan menuju ke meja makan.

Fikirannya melayang jauh. Rasa bersalah dan risau bersarang. Janganlah jadi apa-apa !

Huuuuu sorry sebab dh lama x update... Biasalah busy sklh😂Btw sorry gak sbb part ni hambar

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro