𝔹𝕒𝕓 52
AIMAN ALIHAN memejamkan matanya rapat. Tangan Eyna Nurina lincah memicit kepala suaminya. Perlahan-lahan Aiman Alihan kembali membuka matanya. Wajah Eyna Nurina direnung sebelum tersenyum manis.
"Maafkan abang sebab dah menyusahkan sayang..." pohonnya.
Eyna Nurina menggelengkan kepalanya.
"Mana ada abang menyusahkan sayang. Memang tugas sayang kena jaga abang masa abang sakit."
Aiman Alihan tersenyum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut isterinya.
"Esok kita pergi klinik ea, abang." ajak Eyna Nurina. Aiman Alihan pantas menggelengkan kepalanya.
"Tak nak !"
"Kenapa ?"
"Nanti kena suntik. Abang tak sukalah !" bibir di cebik manja.
"Doktor cuma check je."
"Tak nak jugak !"
Eyna Nurina tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. Pipi Aiman Alihan diusap perlahan.
"Abang ni manjalah !" komen Eyna Nurina sambil menarik hidung suaminya.
"Abang manja dengan isteri abang je."
Eyna Nurina merebahkan tubuhnya di atas katil. Kepala diletakkan di atas dada suaminya.
"Sayang dah lama impikan untuk bersama dengan abang macam dulu... "
"Maafkan abang kalau disebabkan abang pernah buat sayang kecewa."
Eyna Nurina tersenyum tawar sebelum mengangkat kembali kepalanya.
"Abang, sayang nak tanya sesuatu boleh ?"
Dahi Aiman Alihan berkerut.
"Tanyalah."
"Errr sayang harap abang tak marah." ujar Eyna Nurina gugup.
"Mestilah tak sayang."
"Ermmm apa sebenarnya hubungan antara abang dengan Haziqah ?" Eyna Nurina mencuri pandang wajah suaminya.
Lelaki itu hanya mempamerkan wajah selamba.
"Kenapa tanya ?" soalnya pelik.
"Tak adalah, sayang nak tahu je. Tapi kalau abang tak nak jawab pun tak apa."
Aiman Alihan tersenyum simpul sambil tangannya lincah mengusap rambut panjang milik Eyna Nurina.
"Haziqah tu sebenarnya anak kandung uncle Lim." terang Aiman Alihan.
"Uncle Lim dah kahwin ke ? Sayang tak pernah nampak pun wife dia."
"Tak. Dulu, uncle ada ramai perempuan simpanan. Tapi dalam ramai-ramai tu, uncle paling suka dekat sorang perempuan ni. Nama dia Penny. Uncle lebih banyak habiskan masa dia dengan Penny sampailah wujudnya Li Han." cerita Aiman Alihan.
Eyna Nurina mendiamkan diri buat seketika. Cuba memahami situasi.
"Habis mana Penny sekarang ?"
"Penny dah lama mati."
Dahi Eyna Nurina berkerut. Mati pulak ?
"Mati ?" soalnya. Aiman Alihan mengangguk lemah.
"Ya, dia dibunuh oleh perempuan simpanan uncle yang lain disebabkan iri hati dengan layanan istimewa uncle dekat Penny."
Kesiannya Penny !
"Tapi yang lebih sadis cara dia mati."
"Kenapa ?"
Eyna Nurina semakin ingin tahu. Cerita tentang arwah Penny semakin menarik baginya.
"Anggota badannya dikerat 15. Kemudian, dibakar. Kesian kan, sayang ?"
Kerat lepastu bakar ?! Fikir BBQ ke apa ? BBQ manusia... Ewwww
"Kesiannya dia. Kesian Haziqah."
"Eh, tapi !" Aiman Alihan berkerut. Dia memerhati isterinya yang sudah pun separuh duduk.
"Tapi apa sayang ?"
"Kenapa abang dengan dia selalu peluk ea ? Kadang-kadang cium. Bukan ke tak boleh sebenarnya." Eyna Nurina mula menunjukkan rasa cemburunya.
"Dah biasa. Kitaorang memang macam tu sejak dari kecil lagi." balas Aiman Alihan ringkas.
"Hurmmm..."
Eyna Nurina mula berjauh hati. Dia terasa hati dengan jawapan selamba suaminya.
Patutlah selama ni selamba badak diaorang je berpeluk bercium depan aku, rupanya dah biasa ! Sedihnya aku rasa.
"Sayang, abang ngantuklah." adu Aiman Alihan manja.
Eyna Nurina sedaya upaya mengukirkan senyuman.
"Abang tidurlah dulu. Sayang nak solat asar sekejap." ujarnya seraya bangun.
"Alah, tapi temankan lah abang sekejap."
"Solat lagi penting, bang. Asar dah nak habis ni. Sayang solat dulu."
"Yelah..." nak tak nak, Aiman Alihan mengalah. Mata kembali dipejam. Dia mahu berehat sebentar.
Eyna Nurina sempat mencuri pandang suaminya sebelum masuk ke bilik air untuk mengambil air wuduk.
Usai, selesai solat asar secara bersendirian. Dia masih lagi dalam keadaan duduk melutut. Tangan di tadah tinggi. Air mata mula bergenang.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang keji ini. Sesungguhnya aku selalu melakukan kesilapan. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa suamiku, ibu bapa dan juga ibu bapa mertuaku. Mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit suamiku. Aku tak berdaya untuk melihat dia sakit dan aku tak sanggup lagi membuat hatiku terluka. Kau pulihkan ingatannya. Sesungguhnya kau yang maha berkuasa. Aminn ya robbal alamin..."
Air mata dikesat. Baru sahaja dia mahu bangun, dia kembali terduduk. Dahinya berkerut.
"Aduh, sakitnya kepala aku..." rintihnya sambil mencengkam kepalanya yang masih lagi berlapik dengan kain telekung.
"Ab-abang..." panggilnya lemah.
Dia cuba untuk mencapai kaki suaminya yang sedang tidur di atas katil namun dia semakin tidak berdaya. Akhirnya, dia terkulai lemah di atas sejadah. Matanya tertutup rapat.
✿✿✿
"HURMMM puasnya tidur !" jam dinding di kerling malas. Sudah menunjukkan pukul 9:00 malam. Dia mula menggeliat kecil.
"Sayang ? Sayang ?" panggilnya.
Tiada sahutan.
"Mana dia ni ? Kat dapur kot. Tolong mama masak lah tu." dia monolog.
Dia bingkas bangun. Baru beberapa tapak, dia merasakan kakinya tersepak 'sesuatu'. Lantai ditoleh. Dahinya berkerut.
Kelihatan Eyna Nurina sedang terbaring di atas sejadah. Tubuh gadis itu masih dilitupi dengan telekung.
"Haih, ni mesti tertidurlah ni lepas solat Isyak. Baik aku kejutkan dia." Aiman Alihan mula mencangkung.
Tubuh Eyna Nurina disentuh lalu digoncang perlahan.
"Sayang ? Bangun. Tidur atas katil ea ? Sakit badan tau tidur atas lantai." kejutnya.
Tiada respon.
Tidur mati ke apa dia ni ? Gerutu Aiman Alihan.
"Sayangku, bangunlah. Sambung tidur atas katil." kejutnya lagi. Tubuh Eyna Nurina digoncang sedikit kuat.
Namun hampa, masih lagi tiada tindak balas darinya.
Aiman Alihan mulai panik. Kepala Eyna Nurina diletakkan di atas pehanya. Pipi tembam itu ditampar perlahan.
"Sayang bangun please. Jangan tinggalkan abang !" air mata mula mengalir.
"Mama ! Papa ! Zul !" teriaknya.
Pintu dibuka kasar oleh Encik Zul. Masing-masing tertanya-tanya.
"Kenapa ni, Han ?" soal Tuan Haikal risau.
"Ey-Eyna...Eyna tak sedarkan diri ! Tolong Han, pa !" esakkan semakin kedengaran.
"Ya Allah ! Aku pergi sediakan kereta sekejap. Kau bawa dia masuk nanti. Kita bawa dia ke hospital !" arah Encik Zul.
"Bawa kereta saya je lah. Besar sikit." ujar Tuan Haikal sambil menyerahkan kunci kereta.
Encik Zul menyambut sebelum berlari keluar daripada rumah. Enjin kereta milik Tuan Haikal dihidupkan. Dengan kudrat yang ada, tubuh Eyna Nurina dicempung oleh Aiman Alihan lalu diletakkan di atas kusyen kereta.
Bertahanlah sayang !
Kuat demi abang dan cinta kita !
Wehhhh kenapa dengan Eyna do ?😰Janganlah ada apa-apa jadi😩Tak sangka rupanya Han boleh angkat Eyna😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro