𝔹𝕒𝕓 49
EYNA NURINA menjadi tidak senang duduk di bilik tidurnya. Hatinya resah. Kadang-kadang matanya memandang ke arah luar bilik. Mahu memastikan Haziqah ke bilik tidurnya namun sampai sekarang masih lagi tidak kelihatan.
Mana dia ni ? Dah-dahlah tu bermesra dengan laki aku. Gerutu Eyna Nurina.
Jam dinding dikerling. Sudah menunjukkan pukul 1:15 pagi. Ah ! Aku dah tak tahan.
Dia bingkas bangun dari katil. Baru sahaja dia ingin masuk ke lif, matanya tertumpu ke sebuah bilik yang di atasnya tertulis BILIK CCTV. DILARANG MASUK !
Pintu bilik tersebut dibuka. Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa sedang duduk di kerusi kerjanya.
"Kau siapa ?!" soal lelaki itu dengan kasar.
"Saya Eyna. Isteri Han." jelas Eyna Nurina takut-takut.
Lelaki itu menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah.
"Maaf puan. Saya tak sengaja. Kenapa puan ke sini ?" nada suara lelaki itu mula perlahan.
"Errr saya nak tanya ni. Kat bilik tidur kami ada CCTV tak ?"
"Ada, puan."
Eyna Nurina terkejut. Ada ?! Habis selama ni mereka diperhatikan oleh lelaki yang bekerja di dalam bilik CCTV ?!
Lelaki bernama Syakir itu segera menjelaskannya selepas melihat perubahan reaksi wajah isteri kepada majikannya.
"Tapi puan jangan risau. CCTV yang terdapat di bilik utama hanya diawasi oleh Tuan Dragon. Kami tidak di benarkannya jika tidak kami akan dibuang kerja serta dihukum bunuh."
Mak aih sampai bunuh ? Ini yang makin buat aku takut ni.
"Boleh ea asingkan ?"
"Boleh, puan. Puan nampak pintu di hujung sana. Bilik tersebut juga merupakan bilik CCTV namun hanya tuan sahaja yang boleh memasukinya. Kena letak password yang betul baru boleh masuk." terang Syakir panjang lebar.
"Awak tahu passwordnya ?"
Eyna Nurina mula memancing. Syakir menjadi serba salah.
"Tahu tapi cuma tuan saja yang boleh masuk. Saya tak beranilah, puan."
"Alah, sayakan isteri dia. Saya janji saya akan back-up awak nanti." pujuk Eyna Nurina.
"Tapi puan..."
"Please !"
"Baiklah, mari ikut saya." akhirnya, dia bersetuju. Syakir memasukkan kod kata laluan sebelum pintu bilik terbuka.
"Puan masuklah." pelawa Syakir. Eyna Nurina menurut.
"Awak tak nak masuk sekali ?"
"Tak apalah, puan. Saya tunggu di luar sahaja. Apa-apa nanti saya bagitahu puan." tolaknya lembut.
"Tak apalah kalau macam tu."
Pintu bilik CCTV ditutup perlahan. Eyna Nurina mula melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Matanya mula menghadap skrin. Dia terkejut. Hatinya berdebar-debar melihat apa yang disaksikan olehnya.
Kelihatan Haziqah sedang melentokkan kepalanya di bahu Aiman Alihan yang tidak berbaju. Mata mereka berdua sedang memandang ke arah skrin televisyen. Tapi yang membuatkan dia patah hati apabila melihat pakaian yang dikenakan oleh Haziqah.
Hanya berbaju dress paras peha. Dahlah jarang ! Aiman Alihan mula membelai lembut peha putih milik Haziqah. Gadis itu hanya membiarkannya.
Air mata mula bertakung di kelopak mata. Dia bingkas bangun. Pintu bilik dipulas. Dia berjalan lemah keluar dari bilik tersebut.
"Cepatnya puan keluar !" tegur Syakir.
"Sa-saya tak sanggup tengok lama-lama benda yang menyakitkan mata dan hati !"
Syakir terdiam.
"Puan, maafkan saya..." dia mula meminta maaf.
"Ini bukan salah awak. Okeylah, saya minta diri dulu." baru sahaja dia ingin melangkah, dia terduduk di lantai. Kakinya lemah.
"Puan !" Syakir mula mendapatkan Eynw Nurina.
"Puan okey tak ni ? Jap, saya pergi panggilkan tuan." Eyna Nurina segera menghalang. Dahi Syakir berkerut.
"Jangan. Tolonglah jangan ! Jangan kacau diaorang..." halangnya lemah.
"Baiklah tapi saya pimpin puan sampai bilik ya ? Saya takut puan tak larat. Errr izinkan saya ?"
"Hurmmm..."
Syakir mula membantu Eyna Nurina. Namun, gadis itu segera bersuara. Takut Syakir menghantarnya ke bilik Aiman Alihan.
"Bawa saya ke bilik tetamu ya." pintanya.
"Baik, puan."
"Wow ! Drama apa ni ?" jerkah satu suara dari lif. Mereka berdua segera berpaling.
"Tuan..."
"Han..."
Aiman Alihan tersenyum sinis sebelum melangkah merapati mereka. Kening di angkat tinggi.
"Kenapa ni ?"
"Errr pu..." belum sempat Syakir ingin menjelaskannya, Eyna Nurina terlebih pantas mencelah.
"Saya pening jadi Syakir tolonglah saya. Awak tak payahlah nak cari gaduh dengan saya. Saya tak ada masa nak layan awak. Jom Syakir !"
Syakir hanya menurut. Mereka mula meninggalkan Aiman Alihan yang sedang ralit memerhatikan mereka dari jauh.
"Baring perlahan-lahan..." pesan Syakir.
Eyna Nurina mula baringkan badannya. Selimut ditarik.
"Terima kasih." ucapnya.
"Sama-sama puan..."
"Awak dah boleh keluar." Syakir mula melangkah keluar daripada bilik tidur isteri majikannya.
Dapur dituju. Dia terserempak dengan Aiman Alihan. Dia tersenyum manis sambil menundukkan kepala.
"Tuan..."
Aiman Alihan hanya membatukan diri sambil memerhati tingkahlaku Syakir. Air suam diisi di dalam gelas. Panadol turut dicapai.
"Nak buat apa ?" soal Aiman Alihan yang dari tadi asyik memerhati.
"Bagi puan." balasnya ringkas.
"Biar aku je. Bak sini !" gelas dan panadol bertukar tangan. Aiman Alihan mula melangkah ke bilik tidur Eyna Nurina yang terletak di tingkat 2.
Krek...
Pintu bilik dibukanya. Kelihatan Eyna Nurina sedang mengelap air matanya.
"Eh, Han !" gadis itu terkejut.
"Ya, aku bukan Syakir."sinisnya.
Dia mengambil tempat di sebelah Eyna Nurina. Wajah pucat itu direnung lama.
"Makan ni lepastu minum." arahnya.
Eyna Nurina akur. Dia tidak berdaya mahu bertegang urat.
"Kenapa tak panggil aku je ? Kesian Syakir kena tolong kau. Kalau ringan tak apa lah juga."
"Saya tak nak ganggu awak."
"Ganggu apanya ?!" suara Aiman Alihan mula meninggi.
"Ganggu awak dengan Haziqah. Tolonglah jangan mulakannya. Saya penat ni. Saya tak nak bergaduh dengan awak." pinta Eyna Nurina lemah.
"Huh !" Aiman Alihan merengus kasar.
"Dahlah awak pergilah balik bilik awak. Jangan kacau saya."
Aiman Alihan merenung tajam ke arah anak mata milik Eyna Nurina. Bibir merah itu diragut kasar. Eyna Nurina meronta namun gagal. Aiman Alihan kembali menjarakkan wajah antara mereka. Nafas masing-masing tercungap.
"Awak dah gila ke ?!" berang Eyna Nurina.
"Kau yang buat aku gila !"
"Keluar !!! Saya benci awak !!!" tubuh sasa Aiman Alihan ditolak kasar. Eyna Nurina mula meraung. Bantal dibaling ke arah lelaki tersebut.
Aiman Alihan mengalah. Dia tidak sanggup melihat gadis itu kesedihan. Dia mahu memberi gadis itu masa dan ruang.
✿✿✿
EYNA NURINA merungut. Dasar orang tua ! Aku ingatkan dia nak cakap dengan aku tapi hampeh ! Bercakap pun sebab nak suruh aku kemas bilik dia. Dia ingat aku dah maafkan dia ? Memang taklah !
"Tak ada lah bersepah mana bilik ni." komennya selepas menjejakkan kaki ke bilik tersebut.
Rindunya bilik ni !
"Haih, sekarang ni bilik ni milik Haziqah dengan Han. Eyna dah mati." keluhnya. Bulu ayam dicapai sebelum dia mula menjalankan tugasnya.
Sedang fokus dia bekerja, dia merasakan pinggangnya dirangkul erat dari belakang.
"Aw..."
"Shhh..." bisik 'orang' tersebut dari belakang.
Tubuh Eyna Nurina di pusing mengadapnya. Aiman Alihan tersenyum sambil tangannya mula bermain-main dengan rambut milik gadis itu.
"I want you..." bisiknya.
"Awak gila ke ?!" Eyna Nurina terkejut. Dia mula menolak tubuh sasa itu.
Aiman Alihan gelisah. Pelukan semakin diketatkan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan dirinya. Dia benar-benar mahukan gadis tersebut.
"Please..." rayunya.
Eyna Nurina tiada kudrat untuk melawan. Dia juga sedang merindukan layanan lelaki tersebut. Dia rela.
Malam itu merupakan malam bermakna buat Eyna Nurina. Dia berharap agar suaminya dapat kembali mengingati kisah cinta mereka.
Harap-harap lh Eyna oiii😂Kesian aku tengok kau ni🤪
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro