Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 48

REMOTE control TV dilempar malas ke atas sofa. Dia mengeluh. Bosannya ! Mana suami kesayangan aku ni ? Haish, mesti masih lagi dalam bilik. Rindunya nak masuk bilik tu.

Ting tong...

Siapa pula yang kacau tengahari buta ni ?! Rungutnya. Dia tidak mengendahkannya kerana dia tahu Mak Kiah akan mengambil alih.

"Siapa Mak Kiah ?" soalnya selepas Mak Kiah kembali masuk ke dalam rumah.

"Penghantar bunga, puan."

"Hah ? Untuk siapa ?" Eyna Nurina pantas berdiri.

"Katanya untuk puan." sejambak bunga ros mula bertukar tangan. Eyna Nurina tertanya-tanya.

"Untuk saya ?"

"Ya, puan. Kalau dah tak ada apa-apa, Mak Kiah nak masuk dapur semula. Nak masak makanan tenghari." pinta Mak Kiah.

"Silakan..." Mak Kiah mula melangkah ke dapur untuk meneruskan kerjanya.

Eyna Nurina kembali melabuhkan punggungnya di sofa. Bunga ros tersebut direnung lama. Eh, ada kad !

Hi, miss me ?
I miss you so much baby...
Saya harap kita dapat berjumpa lagi =)

Yang Benar,
Putera Harry

"Harry..." nama itu disebut lama. Eyna Nurina ketakutan. Lelaki itu masih lagi mengharapkannya ?

Dugaan apa yang akan datang melanda hubungan kami ? Aku dah tak berdaya...

"Dah ada boyfriend rupanya budak ngok ni." gumam satu suara dari belakang.

Eyna Nurina pantas berpaling. Bunga disorokkan.

"Tak payah soroklah, aku dah nampak pun."

"Awak ni memang suka terjah orang ea ?! Kalau saya mati terkejut tadi macam mana ?" berang Eyna Nurina.

"Kalau dah mati, tanamlah. Nak tunggu apa lagi ?"

"Awak ni memangkan !" Eyna Nurina mula memukul tubuh sasa Aiman Alihan yang tidak berlapik dengan baju.

Mesti padu kan ? Tengok tangan lah !

"Sakitlah, bongok !" kedua-dua belah tangan Eyna Nurina ditangkap.

Nafas Eyna Nurina laju. Dia marah dengan suaminya. Namun, panahan mata biru milik lelaki itu membuatkan kemarahannya semakin berkurang.

Aiman Alihan bertindak mendekatkan lagi jarak di antara mereka. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Hatinya tiba-tiba nyaman apabila dekat dengan perempuan berbadan besar itu.

"Apa aw-awak..." Eyna Nurina cuak.

"Shhh..."

Bibir mereka bersatu lama. Eyna Nurina langsung tidak menolaknya sehingga Aiman Alihan sendiri yang mencipta jarak.

"Saya pergi dulu." Eyna Nurina terus berlari menuju ke lif. Dia terduduk di atas lantai lif.

Aiman Alihan meraup mukanya. Kesal dengan tindakannya yang bodoh itu.

Mesti dia benci aku sekarang ni. Keluh Aiman Alihan. Dia mula rasa bersalah. Patut ke aku minta maaf ?

Malam mula menjelma, Eyna Nurina sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil. Dia masih lagi dalam keadaan bertuala mandi. Dia tersenyum puas.

Leganyaaaa ! Lepas solat Isyak baru dapat mandi. Sibuk betul tolong Mak Kiah masak. Si hot temper tu lah, minta macam-macam !

"Errr weh !" pintu bilik dibuka secara tiba-tiba.

"Arrghh ! Apa ni ?! Kenapa tak ketuk pintu ?" Eyna Nurina mula menyilangkan tangannya.

"Errr aku tak sengaja."

"Dahlah, awak nak apa ni ?!"berang Eyna Nurina.

Dia tidak marah kepada lelaki itu kerana telah pun melihat separuh tubuhnya yang terdedah tapi marah kerana main redah ! Lagipun mereka masih lagi suami isteri yang sah.

"Errr ak-aku...aku."

Eyna Nurina masih lagi setia menanti.

Aiman Alihan mengusap rambutnya perlahan. Ingin menutup rasa gusar.

Aku nak minta maaf... Bisik hatinya. Namun, ego dimenangkan.

"Aku nak cakap, esok Haziqah akan mula tinggal dekat sini."

Wajah Eyna Nurina berubah keruh.

"Kenapa ?" soalnya kecewa.

"Aku rasa lebih baik dia tinggal dekat sini. Dia dapat teman kita. Taklah kita berdua dekat rumah ni dan tak jadilah perkara siang tadi..."

"Sampai bila ?"

"Sampai kau dah tak duduk sini kot. Tengoklah nanti."

Eyna Nurina menahan rasa sebak. Dia mula melangkah mendekati tubuh sasa itu. Aiman Alihan memandang pelik.

"Awak..." panggil Eyna Nurina perlahan.

Aiman Alihan kekal diam. Dia hanya memerhati.

"Saya tahu atas kehadiran saya buat awak tak selesa. Saya tahu saya ni menyusahkan awak dan saya tahu saya selalu buat awak marah. Maafkan saya...saya cuba untuk move on tapi susah !

Banyak benda yang kita buat sama-sama tapi tak sangka awak kemalangan dan lupa semuanya kecuali keluarga awak. Saya ni orang luar. Saya bukan ahli keluarga awak tapi saya dah anggap keluarga awak macam keluarga saya sendiri. Dan, sekali lagi saya nak minta maaf..." ujar Eyna Nurina panjang lebar.

Aiman Alihan terkedu dengan kata-kata Eyna Nurina. Dia cuba berlagak biasa.

"Ehem errr aku masuk bilik dulu." Aiman Alihan mula meninggalkan Eyna Nurina.

Pintu ditolak dan dikunci. Eyna Nurina menyandarkan tubuhnya di pintu. Air mata mula mengalir.

Kau akan kalah, Eyna !

Haziqah akan gantikan tempat kau...

✿✿✿

MEREKA saling berjabat tangan. Haziqah tersenyum gembira. Dah lama rasanya tidak mengunjungi villa tersebut. Tubuh Aiman Alihan didakap erat. Eyna Nurina hanya memandangnya kosong.

"I miss you abang !" ucap Haziqah manja.

"I miss you too..." kedua-dua belah pipi Haziqah dikucup.

"Ermmm abang !" panggil Haziqah.

"Ya ?"

"Petang ni kita jogging nak tak ? Ajak kak Eyna sekali." cadang Haziqah.

Eyna Nurina dan Aiman Alihan saling berpandangan.

"Mestilah boleh."

"Errr jom kita makan tengahari. Mesti Haziqah penat kan duduk lama-lama dalam kereta." ajak Eyna Nurina.

"Tapi Ziqah tak puas lagi nak manja-manja dengan abang."

"Nanti kita sambung borak okey ? Kita makanlah dulu." pujuk Aiman Alihan.

"Okey tapi abang kena suap."

"Boleh !"

Mereka bertiga mula melangkah ke meja makan. Aiman Alihan dan Haziqah sudah pun melabuhkan punggung mereka.

"Akak tak duduk ?" soal Haziqah.

Eyna Nurina mengetap bibirnya sambil tersenyum paksa. Dia cuba mengukir senyuman.

Ah ! Aku ingatkan aku dapat duduk sebelah dia tapi Haziqah lagi laju. Keluh Eyna Nurina.

"Akak nak pergi potong buah sekejap." dia mencipta alasan.

Dapur ditujunya. Pisau dan buah dicapai. Dia mula memotong buah namun fikirannya melayang jauh.

Sakitnya hati aku tengok diaorang. Kenapa semua ni mesti jadi dalam hidup aku ? Aku tak kuat, Ya Allah... Aku tak kuat...

"Auch !" dia tersedar. Pisau dipandang.

Darah ! Jarinya berdarah !

"Kenapa ? Kau okey tak ?" Aiman Alihan segera mendapatkan Eyna Nurina.

Tanpa gadis itu ketahui, Aiman Alihan dari tadi memandang gerak-gerinya. Sudah lama dia berdiri di belakang gadis tersebut.

"Sa-sakit..." dahi Eyna Nurina berkerut.

"Ish, kau ni ! Nak potong buah ke nak potong jari ? Lain kali buat kerja tu janganlah berkhayal !" omel Aiman Alihan.

"Awak ni asyik membebel je. Saya tengah sakit ni." Eyna Nurina mula bertindak meletakkan kepalanya di bahu Aiman Alihan.

"Huh, macam baby. Baby gajah !"

"Haziqah !" laung Aiman Alihan.

"Ya, bang ?"

"Ambilkan peti first aid dekat ruang tamu. Cepat sikit !" arah Aiman Alihan.

Haziqah berlari menuju ke ruang tamu. Peti pertolongan kecemasan itu dicapainya sebelum kembali menuju ke ruang dapur.

"Ini bang !"

Aiman Alihan mula membalut luka di jari Eyna Nurina. Air mata mula bertakung di kelopak mata.

Mama, pedih !

"Haish, lain kali hati-hati ! Dah, jom. Kita makan. Tak payahlah makan buah bagai." Aiman Alihan cuba memimpin Eyna Nurina. Namun, gadis itu terlebih pantas mencelah.

"Apa peluk-peluk ni ?!" Eyna Nurina pura-pura marah.

"Aku nak bawa kau pergi meja makanlah."

"Saya tak kudong lagi lah ! Saya masih lagi ada kaki."

"Kau ni bisinglah !" Aiman Alihan mula memicit kuat jari Eyna Nurina yang luka.

"Auch ! Sakitlah sengal !" marah Eyna Nurina.

"Padan muka ! Melawan lagi cakap aku. Cepatlah manusia. Sini !"

Nak tak nak Eyna Nurina terpaksa mengalah. Acah je ! Dalam hati bukan main suka. Hahaha ngok punya budak !

Haziqah ni sibuklah🙄Baru Eyna nak tackle balik hati Han🤓😂


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro