𝔹𝕒𝕓 47
PUAN LISA tersenyum tawar. Rambut panjang Eyna Nurina diusap dengan penuh kasih sayang. Tuan Haikal turut berasa pilu dengan nasib anak mertuanya.
"Sabarlah Eyna. Insya-Allah Han akan sembuh." ujar Tuan Haikal.
"Haraplah papa."
"Eyna tinggallah sini buat sementara waktu. Tenangkan fikiran kamu. Jangan stress sebab nanti kamu boleh sakit." pesan Puan Lisa lembut.
"Eyna nak tinggal dengan abang..."
"Tapi Eyna, kami risau Han akan cederakan Eyna nanti." Tuan Haikal berat hati.
"Eyna ada idea tapi Eyna perlukan bantuan papa dengan mama."
"Apa dia ?" Puan Lisa dan Tuan Haikal saling berpandangan. Menanti idea Eyna Nurina.
Eyna Nurina tersenyum penuh makna. Dia berharap plannya berjalan dengan lancar.
✿✿✿
AIMAN ALIHAN memandang pelik beg-beg yang baru sahaja di bawa masuk ke dalam villanya. Beg siapa ni ? Takkan mama dengan papa nak tinggal sini terus ? Habis macam mana dengan rumah diaorang ?
"Beg siapa semua ni ? Macam nak pindah setahun je." komennya.
"Memang pun tapi bukan kami."
Dahi Aiman Alihan berkerut.
"Habis siapa ?"
"Eyna. Eyna akan tinggal sini. Kami rasa tak salah sebab Eyna ni anak angkat kami." jelas Tuan Haikal.
Aiman Alihan terlopong mendengar kata-kata papanya. Perempuan tu anak angkat mama dan papa ?
"Dia anak angkat ?"
"Ya, dah lama sebenarnya. Dulu, kamu berdua rapat sangat tapi disebabkan kamu amnesia, kamu terus lupa dia." Puan Lisa mula mereka cerita.
"Oh ? Hurmmm ok." balas Aiman Alihan ringkas.
"So, Eyna ini rumah kamu sekarang. Hati-hati tau sayang. Kalau abang Han ada buli kamu, cepat-cepat bagitahu kami tau." pesan Puan Lisa sambil mengusap kepala Eyna Nurina.
"Baik, ma."
"Oklah kami kena pergi dulu. Papa ada meeting pagi ni. Jaga diri."
Mereka mula bersalaman. Tuan Haikal sempat berbisik kepada Aiman Alihan.
"Jaga Eyna baik-baik. Jangan sakiti dia. Kalau tak, siap kamu !"
"Hurmmm..." balas Aiman Alihan acuh tak acuh.
Selepas sahaja Tuan Haikal dan Puan Lisa hilang di depan mata, Aiman Alihan terus berpaling menghadap Eyna Nurina. Tubuh dipeluk. Matanya tajam menikam anak mata Eyna Nurina.
"Kenapa ?" blur.
"Kenapa kau tanya aku ? Ini rumah aku ! Dan kau kena ikut arahan aku." tegas Aiman Alihan.
"Suka hati abanglah !"
"Wait, siapa abang kau ? Aku tak ada adiklah ! Just call me Han."
Eyna Nurina pura-pura tidak mendengarnya. Malas mahu melayan.
"Duduk !" nak tak nak Eyna Nurina akur.
"Untuk tinggal di sini kau kena ikut syarat-syarat aku tanpa bantahan. Syarat pertama, jangan sibuk nak ambil tahu pasal aku. Kedua, jangan melawan cakap aku. Ketiga, jangan sentuh barang-barang aku. Keempat, kau kena ingat yang kau tu cuma menumpang. Dan yang terakhir, jangan rosakkan barang-barang rumah aku !"
Eyna Nurina mendepakan tangan.
"Saya setuju..."
"Good ! So, bilik kau ditingkat 3. Jangan naik ke tingkat 4 kalau aku tak suruh, faham ?"
"Poyo. Macamlah aku tak pernah duduk dalam bilik tu." kutuk Eyna Nurina perlahan.
"Apa kau cakap ?! Ulang balik !"
"Tak ada apa-apa."
"Dah, malas aku nak bertekak dengan kau. Pergilah masuk bilik kau sana untuk berkemas. Menyampah aku tengok kau lama-lama !" sinis Aiman Alihan sebelum melangkah ke lif.
Eyna Nurina cuba menahan air matanya supaya tidak mengalir. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.
Sabar Eyna... Dengan cara ni je untuk kau dekatkan diri dengan dia walaupun sangat menyakitkan.
✿✿✿
BUNGKUSAN burger cheese dibuka rakus. Meleleh air liur dibuatnya. Dia mahu memakannya di rumah berbanding di gerai disebabkan tidak berani. Dahlah malam semakin pekat.
Ting !
Kedengaran bunyi lif terbuka. Eyna Nurina langsung tidak mengendahkannya. Dia hanya mahu makan sekarang.
"Oit, kau makan apa ha ?!" jerkah Aiman Alihan.
"Burger cheese."
"Makan burger je tahu. Patutlah kembang. Cuba tengok aku ni ha, badan elok je. Mesti bila nak naik tangga mengah kan ? Tu lah, makan tak jaga. Malam pulak tu !" Aiman Alihan mula membebel.
Eyna Nurina tersenyum sambil merenung wajah kelat milik suaminya.
Bebel lah lagi. Lagi and lagi ! Bebel sampai pagi pun tak apa. Sayang rindu bebelan abang...
"Woi !" panggil Aiman Alihan kasar.
Dia berdecit.
Seramnya dia ni. Dah kena sampuk ke apa ?! Tenung aku macam nak tembus. Aiman Alihan gusar.
"Woi ! Kau berkhayal apa ?!"
"Hah ! Astagfirullah... Kenapa jerit-jerit ni ? Bingitlah." telinga digosok.
"Kau tu lah. Tenung aku semacam !"
"Perasan ! Saya pandang jam dekat belakang awak bukannya awak." nafi Eyna Nurina.
"Bak sini burger kau. Asyik makan je." bungkusan burger sudah pun beralih tangan.
Eyna Nurina terkebil-kebil.
"Hei, pulangkan balik !" berang Eyna Nurina. Dia cuba mengambil semula burgernya.
"Pahal pula ? Ini rumah aku. So, burger ni aku punya." burger mula digigit.
"Ooo boleh ea macam tu ?"
"Mestilah boleh. Kau tu buat cara menumpang."
Aiman Alihan mula mengambil tempat di sebelah Eyna Nurina. Gadis itu muram. Kepala disembamkan di meja.
"Ermmm sedapnya. Sejak bila aku suka burger ea ? Pelik." komen Aiman Alihan sebelum mengigit burger di'curi'nya.
"8 bulan lepas..." balas Eyna Nurina perlahan. Wajah masih lagi tidak diangkat.
"Hah apa kau cakap ? Cuba cakap kuat sikit walaupun merajuk."
"Dahlah, saya masuk bilik dulu. Buat sakit hati je layan awak ni !" putus Eyna Nurina. Dia ingin melangkah pergi.
"Hei, stop !" halang Aiman Alihan.
Aduh, kenapa dengan aku ni ? Sejak bila aku caring dekat dia ni ?! Aiman Alihan berat hati.
"Nak apa ?" balas Eyna Nurina acuh tak acuh. Merajuk katakan.
"Pergi pakai tudung. Kita pergi beli burger lagi." arah Aiman Alihan selamba.
Eyna Nurina teruja. Senyuman disembunyikan. Hilang terus mood merajuknya.
"Okey..." dia mula berlari menuju ke lif. Tingkat 3 ditekan.
Bahagianya aku rasa... Terima kasih Ya Allah. Walaupun dia lupa aku, tapi aku tetap rasa bersyukur. Terima kasih...
Perjalanan untuk ke gerai burger Abang Jan hanyalah mengambil masa 45 minit dari rumah. Jika di rumah lama, hanya mengambil masa 15 minit.
"Dah lama rasanya abang tak jumpa korang berdua. So, nak burger apa ?" sapa Abang Jan mesra.
"Macam biasa !" jawab Eyna Nurina pantas.
"Burger cheese kan ? Tunggu sekejap." Abang Jan mula meninggalkan pasangan suami isteri itu.
"Weh !" panggil Aiman Alihan. Lelaki itu kelihatan kekok.
Gerai burger Abang Jan ? Aku kenal dia ke ? Kenapa aku rasa macam pernah pergi sini ea ? Aiman Alihan mula memandang sekeliling.
"Awak dah kenapa ? Bodoh semacam je." tegur Eyna Nurina pelik.
"Ish kau ni ! Errr aku pernah pergi sini ke ?" Aiman Alihan mula menyoal.
"Pernah !"
"Dengan siapa ?"
"Sayalah."
"Tipu !" Aiman Alihan tidak percaya.
"Kenapa pulak tipu ?!" Eyna Nurina tidak puas hati.
"Kalau kau cakap aku pernah datang sini aku percaya tapi kalau dengan kau memang tak ! Kenapa aku bodoh sangat datang sini dengan perempuan ngok macam kau."
Ambik kau setepek !
"Perempuan ngok ni lah yang kau cinta dulu." gumam Eyna Nurina.
"Apa dia ?"
"Nothing."
"Kau ni suka cakap slow. Cakap tu biarlah kuat sikit. Harap badan je besar." perli Aiman Alihan.
Eyna Nurina menutup kedua belah telinganya. Sakit hati dengan kata-kata kasar daripada mulut suaminya.
Inilah perangai dia yang selalu buat aku menyampah dari dulu sampailah sekarang ! Asyik nak perli aku je. Tak membebel, perli.
Aku ingatkan dah hilang ingatan perangai annoying tu pun sekali hilang. Rupanya memori dalam kepala otak dia tu je ! Arrgghh geram !
Cute pulak aku tengok😂Woi Han tengah sakit tu😆💢
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro