𝔹𝕒𝕓 46
TANGAN kasar Aiman Alihan dikucup lembut. Hari ini, lelaki itu akan ke universiti seperti biasa. Namun, Eyna Nurina tidak. Kepalanya agak sakit jadi dia mengambil keputusan untuk merehat sahaja di rumah.
"Abang pergi dulu. Sayang hati-hati tau dekat rumah. Apa-apa hal bagitahu Khai." sempat Aiman Alihan menasihati isterinya.
"Baik bang. Abang pun hati-hati tau bawa kereta tu. Jangan mengatal dekat U."
Aiman Alihan tertawa. Bibir Eyna Nurina dikucup pantas.
"Ish, tak malu lah betullah dia !"
"Hahaha okeylah abang pergi dulu. Assalamu'alaikum cinta hati abang..."
"Waalaikumsalam suami saya yang paling hensem !"
Aiman Alihan sempat melayangkan flying kiss kepada Eyna Nurina. Gadis itu turut membalasnya dengan perbuatan yang sama.
Kereta mewah milik Aiman Alihan mula menyusur keluar daripada perkarangan villa. Eyna Nurina mula masuk ke dalam rumah.
"Peningnya kepala. Baik aku rehat." putusnya.
Bilik tidurnya dituju. Dia mahu merehatkan dirinya. Semoga cepat sembuh Puan Eyna.
✿✿✿
"PUAN, sarapan sudah pun tersedia." panggil Mak Kiah. Eyna Nurina dipimpin oleh Mak Kiah sehingga ke ruang makan.
"mak Kiah makan lah sekali." ajak Eyna Nurina. Mak Kiah akur.
Belum sempat mereka ingin mengambil pinggan, telefon rumah berbunyi. Mak Kiah segera mendapatkan telefon tersebut.
"Siapa Mak Kiah ?"
"Polis."
Dahi Eyna Nurina berkerut. Telefon sudah pun beralih tangan. Dengan perasaan berdebar-debar, dia mula menyoal.
"Errr ya ada apa tuan ?"
"Ini keluarga encik Aiman Alihan ke ?"
"Ya, saya. Saya isteri dia. Kenapa ya ?" Eyna Nurina semakin cuak.
Ya Allah, selamatkanlah suamiku. Jangalah apa-apa jadi dengannya. Aku merayu sangat. Aku tak sanggup kehilangannya.
"Encik Aiman Alihan terlibat di dalam kemalangan jalan raya..."
Eyna Nurina tergamam. Dia terduduk lemah di kerusi. Dia bagaikan tidak percaya. Mak Kiah segera mendapatkan isteri majikannya.
"Puan, sabar puan..."
"Han, Mak Kiah. Di-dia excident !" air mata mula mengalir.
"Allahuakbar ! Mari, kita jumpa Khai. Suruh dia bawa puan ke hospital."
Eyna Nurina mengangguk lemah. Dia tidak berdaya. Air mata masih lagi mengalir.
"Tolong bagitahu ahli keluarga yang lain ya, Mak Kiah." arah Eyna Nurina.
"Baik, puan."
Mak Kiah kembali mencapai telefon rumah. Dia mahu menghubungi keluarga kedua-dua majikannya.
Eyna Nurina ketakutan. Abang, kuat demi sayang. Demi cinta kita. Sayang tak nak kehilangan abang. Sayang cintakan abang...
✿✿✿
BAHU Eyna Nurina digosok perlahan oleh Puan Heliza. Gadis itu masih lagi kesedihannya. Pintu wad kecemasan masih lagi bertutup rapat.
"Sabar, nak. Allah itu maha adil. Insya-Allah Han dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Han akan selamat, nak. Doalah..." pujuk Puan Heliza.
"Eyna hik...takut mama. Eyna tak sanggup kehilangan abang. Banyak dugaan yang kami jalani bersama. Eyna tak sanggup hiks..."
Puan Heliza turut berasa sebak.
Pintu wad kecemasan dibuka. Kelihatan seorang doktor wanita keluar daripada wad tersebut.
"Siapa ahli keluarga encik Aiman Alihan ?"
"Saya ! Saya isteri dia. Macam mana dengan keadaan suami saya ?" perasaan Eyna Nurina berdebar-debar.
"Encik Aiman selamat tapi dia mengalami amnesia yang teruk akibat hentakan yang kuat. Mungkin dia hanya mengenali orang yang terapat dengannya. Insya-Allah jika dia usaha untuk mengingat, dia boleh mengembalikan ingatannya..."
"Ya Allah..." sekali lagi Eyna Nurina merasakan lututnya lemah.
"Akak !" Haziqah mula menghampiri Eyna Nurina. Tubuh gempal itu didakap.
"Selepas ini encik Aiman akan di tempat kan di wad VVIP. Ahli keluarga boleh datang melawat. Saya minta diri dulu."
"Abang...tunggu sayang..."
✿✿✿
PERLAHAN-LAHAN Aiman Alihan membuka matanya. Orang yang pertama dia lihat adalah seorang gadis berbadan gempal ditemani oleh Haziqah. Kelihatan gadis itu sedang menangis di sisinya.
"Haziqah..." panggilnya perlahan.
Eyna Nurina dan Haziqah mula mendapatkan Aiman Alihan yang baru sahaja sedar. Eyna Nurina menangis gembira.
Suami aku dah sedar ! Alhamdulillah !
"Abang dah sedar." tubuh Aiman Alihan dipeluk erat.
"Kau siapa ?"
Eyna Nurina terkedu. Dia segera mengangkat kembali kepalanya. Dia bagaikan ditampar.
"Abang tak ingat Eyna ?" soal Eyna Nurina kecewa.
"Kau siapa ? Haziqah, siapa perempuan gemuk ni ? Mana mama dengan papa ? Bawa perempuan gila ni keluar !" arah Aiman Alihan tegas.
"Ta-tapi abang..." Haziqah mulai serba salah.
"KELUAR AKU KATA !!!"
Bahu Eyna Nurina terhenjut akibat terkejut dengan tengkingan Aiman Alihan. Nak tak nak, dia mengalah.
"Baik, kalau itu yang awak nak. Saya akan keluar. Jaga diri. Jangan stress..." pesan Eyna Nurina perlahan.
Aiman Alihan hanya menjeling tajam ke arah Eyna Nurina. Hatinya betul-betul panas. Entah siapa yang menyemak !
"Assalamulaikum..."
Haziqah menahan air matanya daripada mengalir. Sedih dengan nasib yang menimpa Eyna Nurina.
"Yang Ziqah nangis ni dah kenapa ?! Abang belum mati lagilah. Jangan cakap Ziqah kesiankan perempuan gila tu." sinis Aiman Alihan.
"Ab-abang betul-betul tak ingat kak Eyna ke ?" Haziqah inginkan kepastian.
"Siapa Eyna ? Perempuan gemuk tu ke ? Sejak bila abang berkawan dengan dia ?"
Haziqah semakin tidak tentu arah. Akak, maafkan abang ! Jerit batinnya.
"Dahlah, buang masa je menangis untuk dia. Panggilkan mama dan papa. Abang nak makan." putus Aiman Alihan.
"Ba-baik, bang..."
Haziqah mula berlari keluar daripada wad VVIP. Dia cuba mencari kelibat Eyna Nurina namun tidak kelihatan.
Tabahlah akak... Haziqah yakin suatu hari nanti abang akan ingat akak semula.
Percayalah...
Kesian Eyna😔Semoga Han cepat sembuh dan ingat balik siapa Eyna😪💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro