Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 44

EYNA NURINA perlahan-lahan membuka matanya. Jam dinding dikerling malas. Sudah menunjukkan pukul 1:05 pagi. Dia mengeluh.

Lamanya aku tidur. Nampaknya malam ni aku tak payah makanlah. Baik aku sambung tidur. Baru sahaja dia mahu kembali menutup matanya, dia dapat merasakan ada mata yang merenungnya.

Dia tercengang. Mata biru tu...

"Abang ?" dalam keadaan gelap, dia cuba memanggil suaminya. Takut ianya mimpi.

"Sayang..." sahut empunya suara.

"Abang kan ?! Abang !" tubuh sasa sang suami dipeluk erat.

"Ya, sayang. Abang dah balik." bisik Aiman Alihan lembut.

"I miss you !" bertalu-talu wajah Aiman Alihan dikucup. Air mata sudah lebat mengalir.

Aiman Alihan mengetatkan pelukan. Dia amat merindui isterinya. Dan dia sengaja tidak memakai baju. Dia mahu isterinya terima dia seadanya.

"Maafkan abang sebab dah kecewakan sayang. Abang betul-betul menyesal. Hukumlah abang kalau itu boleh membuatkan sayang maafkan abang..."

"No, sayang yang salah. Sayang yang tinggalkan abang."

Aiman Alihan pantas menggeleng. Pipi tembam Eyna Nurina diusap perlahan.

"Tapi semua ni berpunca daripada abang."

"Ermmm dahlah...kita lupakan semua tu. Yang penting hubungan kita semua isteri kembali pulih." ujar Eyna Nurina.

"Sayang dah maafkan abang ?" soal Aiman Alihan mahu kepastian.

"Dah. Abang pun maafkan sayang tau."

"Okey, sayang..."

Rambut panjang Eyna Nurina diusap dengan penuh kasih sayang. Bibir merah gadis itu direnung lama. Tiba-tiba naluri kelakiannya melonjak naik.

"Erm abang..." dia mula menundukkan kepalanya. Rasa bersalah.

"Shhh... Sayang dah bersedia jadi isteri sebenar abang." bisik Eyna Nurina.

"Sayang pasti ?"

"Hurmmm..." kepala diangguk.

"Sayang nak bagi abang zuriat yang sihat dan baik. Sayang betul-betul dah sedia."

"Sayang dah bersedia nak pikul tanggungjawab tu walaupun sayang masih lagi tengah belajar ?"

Eyna Nurina mengenyitkan matanya. Aiman Alihan tersenyum nakal.

"Jom tidur." sebuah kucupan hangat dihadiahkan kepada Eyna Nurina. Bibir merah itu dikucup lama.

"Assalamua'laikum isteri abang..." tubuh gempal Eyna Nurina ditolak perlahan membuatkan gadis itu terbaring di atas katil.

"Waalaikumsalam abang..."

Malam itu merupakan sebuah malam yang amat manis buat Eyna Nurina dan Aiman Alihan. Mereka berharap hubungan ini akan kekal lama.

✿✿✿

"GOOD MORNING abang and kakak !" ucap Haziqah ceria. Mereka saling berbalas senyuman. Manakala, Khai pula mencebik.

"Huh, dekat abang tak wish pulak !"

"Ayokkk Khai dah merajuk. Baik Ziqah pujuk." sakat Aiman Alihan. Haziqah tersengih.

"Abang marah ke ?" soal Haziqah.

Adoi apahal bengap sangat kau ni Ziqah ! Banyak sakit kepala wooo...

"Taklah. Abang happy. Ngeeeee..." barisan gigi putihnya ditunjukkan.

"Sorrylah abang. Ziqah tak sengaja." pohon Haziqah.

Tubuh Khai dipeluk kemas. Aiman Alihan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau tak payah nak mengada-ngadalah. Geli aku !"

Khai menjeling.

"Tahulah kau jelous dengan aku ! Eyna tengok dia ni." adu Khai. Eyna Nurina tertawa.

"Eee dah tua pun still lagi ngada-ngada. Patutlah single !" semakin galak Aiman Alihan menyakitkan hati Khai.

Woiiii aku pun single lah ! Berani kau kutuk orang single ?! Orang single, sila kecam dia !

Dah dah sambung...

"Dahlah tu bergaduh. Jom makan." potong Eyna Nurina. Pinggan dicapai.

"Ziqah, panggil papa sekali." arah Aiman Alihan.

"Baik, bang."

"Single !" ejek Aiman Alihan. Dia semakin seronok.

"Diamlah !" berang Khai.

"Sentap..."

"Perangai macam khinzir !"

"Koyak ke bang ? Hahahaha !"

Khai mula mengepal penumbuknya. Aiman Alihan hanya tersenyum sinis. Sikit pun dia tidak takut.

Dalam hati, Eyna Nurina berdoa. Janganlah jadi apa-apa di antara diaorang. Elok-elok pagi ni makan daging ayam, kang makan daging manusia pula !

"Dragon !!! Tikus !" bawah meja ditunjuk.

"HAH MANA MANA ?!!!" Aiman Alihan mula berdiri. Dia mulai cemas. Eyna Nurina pula terkebil-kebil melihat suaminya.

"Tu dekat lubang hidung kau ! Hahahahaha !" kuat Khai gelakkan Aiman Alihan.

Perbuatan Aiman Aliman terhenti. Dia merenung tajam ke arah Khai.

"Kau ni memang kan ?! Dah tahu aku anti tikus tapi masih lagi nak kenakan aku." marah Aiman Alihan.

Eyna Nurina mula memegang kedua-dua belah tangan Aiman Alihan. Diusap lembut. Lelaki itu terdiam.

"Abang, janganlah gaduh. Kita nak sarapan. Tak elok bergaduh dengan rezeki." pujuk Eyna Nurina.

"Tapi..."

"Please abang." pujuknya lagi. Akhirnya, Aiman Alihan mengalah.

"Menyampah ! Hormatlah sikit orang yang single ni ?" perli Khai sambil menjeling sekilas Aiman Alihan.

Aiman Alihan hanya tersenyum mengejek. Dia menang !

"Haiyaaa ! Lu olang banyak bising wo !" jerkah satu suara garau.

Kelihatan Uncle Lim yang sedang duduk di kerusi roda sambil ditolak oleh Haziqah.

"Macam tak biasa pula papa ni. Diorangkan memang suka buat bising." sokong Haziqah.

"Maaflah Eyna kalau diaorang ni buat lu tak selesa. Kalau tak disebabkan wa sayang diaorang, memang dah lama wa tembak sekor-sekor !"

Eyna Nurina tersenyum simpul. Dia agak gerun dengan Uncle Lim. Namun tidak bagi Khai dan Aiman Alihan. Bagi mereka, itu sudah pun menjadi kebiasaan.

"Jomlah makan ! Dah-dah lah tu membebel. Aku dah lapar ni uncle."

"Ye lah, jom !" sokong Khai.

Mereka tidak mahu mendengar kata-kata yang kasar keluar daripada mulut lelaki cina tua itu. Baik makan ! Bak kata Eyna Nurina.

✿✿✿

PETANG itu, Eyna Nurina dan Aiman Alihan menghabiskan masa mereka di bilik rehat. Tiada aktiviti yang menarik dilakukan. Mereka hanyalah 'membawang'.

"Abang." panggil Eyna Nurina lembut.

"Ya, sayang ?"

"Ermmm sayang nak tanya sesuatu ni, boleh tak abang jangan marah ?" Eyna Nurina mula berjaga-jaga.

"Tanyalah."

"Sampai bila abang nak marahkan ibu ?"

Perbuatan Aiman Alihan terhenti. Dia memandang wajah Eyna Nurina lama.

"Tak tahu." balasnya pendek.

"Abang, ibu tak salah. Maafkanlah ibu. Nak tak nak dia tetap mak kepada abang dan abang anaknya. Baik atau buruk dia, dia tetap ibu abang. Eyna kesiankan ibu. Ibu tak layak dilayan sebegitu rupa. Ibu masih lagi ada hati dan perasaan. Ibu terpaksa korbankan nyawanya untuk melahirkan abang. Ibu memang patut diberi peluang kedua !" ujar Eyna Nurina panjang lebar.

Aiman Alihan mengeluh panjang.

"Abang tak mampu. Apa yang dia buat membuatkan abang tak boleh maafkan dia."

"Ibu difitnah, bang. Ibu tak pernah bawa lelaki lain masuk ke rumah. Ibu dibuang seperti binatang. Kesian ibu." sedaya upaya dia cuba memujuk hati keras suaminya.

"Nanti abang fikir-fikirkan. Abang masuk bilik dulu." kata Aiman Alihan. Dia mula berdiri.

"Abang..." panggilnya lemah.

Aiman Alihan terus meninggalkan bilik rehat. Kini, tinggal lah Eyna Nurina seorang diri. Dia agak terkilan.

Salah aku ke ? Ya Allah, ampunkan dosaku. Aku tidak sengaja menyakiti hati suamiku...

Siapa nak Khai sila angkat tangan😂Dia single tu👻


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro