Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 4

CERMIN besar dihadapannya, dipandangnya lama. Tubuh sasanya yang dihiasi dengan ukiran tatu seekor naga kelihatan di cermin tersebut. Bagi sesiapa yang melihat tatu tersebut mesti akan menggigil ketakutan.

Penumbuk digenggam erat. Gigi diketap. Dia berasa kesal. Kejadian petang tadi kembali menerjah fikirannya.

"Han yakin ke Eyna boleh terima Han seadanya ?" soal Tuan Haikal.

"Kenapa papa cakap macam tu ?"

"Papa cuma risau kalau Eyna tahu siapa sebenarnya Han. Papa tak nak tengok anak papa merana." terang Tuan Haikal.

Aiman Alihan mengeluh.

"Nak buat macam mana papa ? Ini pilihan Han. Biar Han saja yang menanggungnya." ujar Aiman Alihan perlahan namun tegas.

Puan Lisa mengeluh. Pipi anak bujangnya dipegang kemas.

"Mama akan doakan kebahagiaan Han dengan dia..."

Aiman Alihan tersenyum hambar sebelum mendakap tubuh mamanya.

"Terima kasih mama..." Puan Lisa tersenyum senang. Air mata cuba ditahan.

"Kawan Han merangkap bakal bapa mertua Han tahu tak pasal tatu dan siapa sebenarnya Han ?" soal Tuan Haikal sekadar untuk menghilangkan suasana muram.

"Tahu, pa. Memang Han dah bagitahu. Alhamdulillah dia okey cuma dia risau Eyna tak boleh terima."

Tuan Haikal mengangguk faham. Puan Lisa mengelap sisa air matanya. Dia kembali menguntum senyuman.

"Bila Han nak bawa jumpa Eyna dengan kami lagi ? Mama rindu dia." Puan Lisa mengubah topik perbualan.

"Kenapa ? Mama nak jumpa dia ke ?"

"Haah, mama rindu nak jumpa dia. Dah lama tak bergosip dengan dia." balas Puan Lisa sebelum tertawa kecil.

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Mama... Mama macam-macam !.

"Okey mama, nanti Han bawa dia jumpa mama." Puan Lisa mengangguk.

"Okeylah, Han naik dulu. Nak rehat sekejap. Nanti sebelum maghrib kejut Han ya." sempat Aiman Alihan berpesan.

"Rehatlah, Han. Mama tahu dari rumah kamu nak ke sini jauh. Nanti mama kejutkan."

Aiman Alihan tersenyum nipis sebelum melangkah ke tangga untuk ke bilik tidurnya. Dia segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum berehat.

Tok ! Tok ! Tok !

Baru sahaja dia mahu memakai baju, pintu biliknya diketuk beberapa kali. Apa mama nak ? Pintu dibuka.

Sazzy meluru masuk ke dalam. Aiman Alihan terlopong. Apa sepupu perempuannya itu nak ? Tiba-tiba sahaja datang.

"Sazzy nak apa ? Abang Han nak rehatlah." runggut Aiman Alihan. Sazzy mencebik.

"Sazzy rindu abang. Nak Sazzy tidurkan ?" pelawa Sazzy tanpa segan silu. Senyuman mengoda diberikan.

"Apa Sazzy cakap ni ?! Jangan mengarut !" bentak Aiman Alihan.

Sazzy tetap dengan wajah selambanya. Sedikit pun tidak terasa hati. Dia mengekalkan senyuman.

"Mana ada Sazzy mengarut. Abang Han ni buat-buat tak tahu pula, Sazzy kan dah lama sukakan abang. Cuma abang je jual mahal."

Aiman Alihan memejamkan matanya sejenak. Pening kepala melayan perangai tak semenggah sepupunya itu.

"Sazzy, abang Han dah tua. Carilah lelaki muda kat luar sana."

Sazzy merengus geram. Wajah bersih Aiman Alihan ditenung lama.

"Abang tak payah cakap macam tu lah. Ingat Sazzy tak tahu yang abang dah nak kahwin dengan perempuan lebih muda dari Sazzy ?"

Aiman Alihan terdiam. Ini mesti mama yang bagitahu dia ni. Runggutnya di dalam hati.

"Ya, abang mengaku yang abang akan berkahwin dengan Eyna. Kenapa ? Ada masalah ?"

Sazzy tersenyum sinis. Dia menepuk tangannya.

"So nama perempuan tu Eyna lah ya ? Sazzy tak tahu apa kekurangan Sazzy pada abang. Setahu Sazzy, perempuan tu muda dua tahun dari Sazzy. Kenapa ? Abang nak perempuan yang masih lagi anak dara ?

Sazzy tahu Sazzy ni bukan lagi anak dara. Sazzy dah kotor. Tapi abang kena ingat juga siapa abang yang sebenarnya. Lelaki kotor, hina dan jijik..."

Aiman Alihan menghela berat nafasnya. Cuba menahan kemarahannya. Sazzy semakin berani. Tubuh sasa Aiman Alihan yang terdedah, dipandang lama. Dia tertawa sinis.

"Kalau perempuan tu tahu pasal tatu dekat badan abang ni, mesti dia akan bencikan abang. Tapi Sazzy tak, Sazzy terima abang seadanya. Tapi abang buta ! Abang langsung tak bagi Sazzy peluang. Abang memang jahat !" bentak Sazzy.

"Abang anggap Sazzy sebagai adik sahaja."

Sazzy semakin tidak puas hati. Tak semena-mena, tubuh Aiman Alihan didakap erat. Seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"Tapi Sazzy anggap abang lebih..." ucapnya lembut dan perlahan.

Dengan kuat, Aiman Alihan menolak tubuh kecil Sazzy sehingga membuatkan gadis itu terduduk di birai katil.

"Hormat abang, Sazzy. Abang ni bakal suami orang. Abang tak nak melukan hati dia." Aiman Alihan masih lagi memperlahankan suaranya.

"Ooo tak nak melukakan hati konon tapi kalau dia tahu siapa abang sebenarnya, dia tak kecewa ke ?! Jangan jadi bodohlah abang !"

"Sazzy keluar sekarang..." pinta Aiman Alihan perlahan.

"Kalau Sazzy tak nak ?!" Sazzy masih lagi berdegil. Aiman Alihan mengetap kuat bibirnya.

"Abang cakap elok-elok sebelum abang gunakan kekerasan. Keluar sekarang !" arah Aiman Alihan lagi dengan nada mengherdik.

Sazzy mengetap bibirnya. Geram dengan layanan dingin dari Aiman Alihan. Akhirnya, dia mengalah.

"Fine ! Tapi ingat, Sazzy takkan berdiam diri !" amaran Sazzy sebelum melangkah keluar dari bilik.

Aiman Alihan segera menutup kembali pintu bilik tidurnya. Fuh, lega ! Tak ada sesak nafas aku dibuatnya. Omel Aiman Alihan.

Telefon IPhone miliknya dicapai sebelum nombor seseorang didail. Dia mengeluh. Mana dia ni ? Cepatlah angkat...

"Hello ?" sapa si pemanggil.

"Ha, Eyna. Awak dekat mana sekarang ?" jerkah Aiman Alihan. Eyna Nurina terkejut.

"Ish, terkejut saya ! Saya dekat rumah lah. Kenapa pak cik telefon ni ?" soal Eyna Nurina geram.

"Malam ni awak free tak ?"

"Free je, kenapa ?"

"Malam ni awak pakai cantik-cantik. Saya nak bawa awak ke suatu tempat. Tepat pukul 8 malam saya sampai."

"Nak..." belum sempat Eyna Nurina mahu bertanya, panggilan telah pun dimatikan. Dia mencebik.

"Eeee menyakitkan hati ! Orang belum habis cakap, dia dah matikan, sabar je lah !" rungut Eyna Nurina sebelum melemparkan telefon Oppo F11 nya ke atas katil.

✿✿✿

EYNA NURINA tergamam melihat sebuah rumah banglo di hadapannya. Terdapat papan tanda yang tertulis 'Villa Haisa'. Rumah siapa ni ? Besarnya !

"Rumah siapa ni pak cik ? Besarnya rumah ni !" soal Eyna Nurina kagum.

"Jangan banyak tanya. Jom lah !" pintu pagar terbuka. Eyna Nurina mencebik. Kerek !

"Assalamualikum..." ujar Aiman Alihan. Pintu utama terbuka.

"Waalaikumsalam, sampai pun kamu Eyna. Rindunya mama dekat kamu." serentak itu, tubuh gempal Eyna Nurina dipeluk erat.

Eyna Nurina terkebil-kebil. Aiman Alihan hanya tersenyum sinis.

"Mama ni, kesian bakal isteri Han kena berdiri lama-lama. Jom makan, ma. Makanan dah siap mama ?"

"Dah, Han. Semua ahli keluarga dah datang."

Mata Eyna Nurina terbuntang. Apa maksud 'semua' tu ? Wajah Aiman Alihan dipandang, inginkan jawapan.

"Jom, sayang." namun, Aiman Alihan langsung tidak mengendahkannya.

Puan Lisa tersenyum melihat pasangan bahagia yang berada di hadapannya. Manis sahaja. Dengan perlahan-lahan, Eyna Nurina mengikut langkah Aiman Alihan ke meja makan.

Gulp !

Mak aih, ramainya keluarga dia ! Aduh, semua cantik-cantik pula tu. Rasa macam kerdil pula. Keluh Eyna Nurina.

"So, ini lah tunang kesayangan abang. Pandai abang pilih !" ujar Sazzy sambil berjalan mengelilingi Eyna Nurina.

Eyna Nurina cuba berlagak tenang. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Sazzy masih lagi merenung Eyna Nurina atas bawah. Tajam renungannya.

Ini ke taste abang Han ?! Ewwww hodohnya. Dah lah tembam, gemuk lepastu tak berapa cerah kulitnya. Kena sindrom ke apa abang ni ? Aku lagi cantiklah dari perempuan gemuk ni ! Kutuk Sazzy dalam hati.

"Sazzy, behave !" bisik Aiman Alihan perlahan namun masih kedengaran tegas. Sazzy merengus geram sebelum kembali ke tempat duduknya.

"Ehem... Perkenalkan bakal isteri Han, Eyna. Sayang, inilah keluarga abang..."

Eyna Nurina tersenyum nipis. Ingin menutup rasa gugup. Takutnya. Dup dap dup dap...

"Selamat berkenalan..." mereka saling berbalas senyuman.

"Eh, duduklah. Mari makan." pelawa Tuan Haikal mesra. Eyna Nurina dan Aiman Alihan hanya menurut.

Sepanjang makan malam tersebut berlangsung, Eyna Nurina hanya memilih untuk mendiamkan diri. Dia hanya akan bersuara bila ditanyakan soalan sahaja.

"Ooo, bila depan family saya bukan main diam. Tapi depan saya, macam burung kakak tua. Pot pet pot pet." bisik Aiman Alihan.

Eyna Nurina mencebik. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Aiman Alihan untuk berbisik.

"Mestilah, kita kena lah behave di hadapan bakal keluarga. Bukan macam sepupu pak cik tu, perangai pelik ! Saya tahulah saya ni gemuk. Tak sesuai dengan pak cik."

Aiman Alihan tertawa mendengar bebelan Eyna Nurina. Lawak bunyinya. Tawanya membuatkan ahli keluarga yang lain menumpukan perhatian kearahnya.

"Amboi, dua merpati sejoli tu. Bukan main ya berbisik-bisik. Macam zaman kami muda-muda dulu." usik Puan Julia, mak ngah Aiman Alihan.

Usikan dari Puan Julia disambut dengan ketawa ahli keluarga yang lain. Eyna Nurina tertunduk malu. Manakala, Sazzy pula menjeling tajam ke arahnya.

Perempuan tak guna ! Kau dah rampas abang Han dari aku. Nanti kau ! Aku akan pastikan kau merana. Bisik hati jahat Sazzy. Dia tersenyum sinis.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro