𝔹𝕒𝕓 36
SEMANGKUK bubur diletakkan di atas meja. Dia beralih ke arah Syaf dan Ilya yang sedang duduk di kerusi. Kemudian, beralih pula ke arah seorang gadis yang agak kusut masai itu. Rasa kesian mula terbit di hati.
"Macam mana boleh jadi macam ni ?" soalnya.
"Aku dengar cerita dia kemurungan sejak abang dia kena bunuh dengan gengster besar." terang Syaf.
"Gengster besar ?" Ilya dan Syaf mengangguk.
"Ya, abang dia ada buat hal dengan diaorang. Terus kena bunuh depan mata dia dengan mak dia. Kesian weh..."
"Siapa nama abang dia ?"
"Qamarul."
"Korang tahu tak nama gengster tak berhati perut tu ?" rasa ingin tahu semakin menebal.
"Tak silap aku nama dia Dragon. Orang yang duduk dekat-dekat kawasan dia cakap dia sasa orangnya. Dia kaya weh ! Dekat badan dia ada ukiran tatu naga besar. Orang pun tak berani nak pandang. Garang nak mati ! Sekali kau silap langkah, memang maut lah." cerita Syaf sambil menujukkan reaksi ketakutan.
"Oh..." Eyna Nurina turut berasa ketakutan.
"Dah berapa lama kes ni berlaku ?"
"Dalam 6 bulan juga lah. Sampai sekarang Nurin jadi macam ni."
Nurin, kau seorang gadis yang kuat. Bisik hatinya.
Mereka bertiga boleh dikatakan kawan yang rapat di universiti. Namun, Nurin sudah pun berhenti. Lagi mengejutkan mereka setelah mendapat tahu keadaan sebenar Nurin. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk melawatnya.
"Takkan pihak polis tak buat apa-apa tindakan ?" dia mulai berang.
"Dah, cuma dia dengan konco-konco dia terlalu kuat sampaikan pihak polis tak boleh buat apa-apa."
"Ish bahayanya !"
"Ab-abang Qamarul... Abang hik... Abang..." Nurin mula memanggil nama arwah abangnya beberapa kali. Matanya masih lagi terpejam rapat.
"Shhh... Ini aku Eyna. Tidur ya."
Nurin mengangguk lemah sebelum kembali terlena. Eyna Nurina mengeluh.
Kejamnya mereka ! Tak berhati perut betul !
✿✿✿
AIMAN ALIHAN mengusap lembut rambut panjang milik Eyna Nurina. Usapan kasih sayang dan cinta. Eyna Nurina tersenyum lebar. Dia mula bersuara.
"Abang, tadikan sayang jumpa kawan satu universiti sayang."
"Lepastu apa jadi ?"
"Sayang kesian tengok dia. Dia kemurungan semenjak abang dia kena bunuh dengan gangster besar. Kesian kan !"
"Gangster besar ? Siapa nama arwah abang kawan sayang tu ?" Aiman Alihan mula menyoal.
"Namanya Qamarul."
Qamarul ?! Ah salah satu mangsa aku dulu. Kenapa nama dia kembali disebut ? Tapi, itu kisah lama aku. Habislah kalau Eyna tahu hal sebenar.
"Qam-arul ? Oh, kesian dia. Errr sayang tahu ke nama gengster tu ?" dia cuba berlagak biasa.
"Tak ada lah kenal mana tapi budak ni kata nama dia Dragon. Dekat badan dia ada tatu naga besar." cerita Eyna Nurina.
Aiman Alihan mula menjadi hilang arah. Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya.
"Dah itu takdir dia. Kita doakan dia ya sayang. Dah, jom tidur."
Tubuh gempal Eyna Nurina ditolak perlahan sehingga membuatkannya terbaring. Dia mencebik manja.
"Awal lagi ! Sayang baru nak bercerita." rengek Eyna Nurina.
"Esok-esok sambunglah sayang." pujuk Aiman Alihan.
"Tak mahu ! Sekarang !"
Aiman Alihan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Manjanya bini aku ni.
"Okey tapi kena baring."
"Erm sayang." dia mula memikirkan tajuk yang mahu dibualkan. Dia tidak mahu kisah Qamarul terus dibangkitkan.
"Ya ?"
"Saya tak terfikir ke nak kurus ?"
Ish !
Tubuh Aiman Alihan ditolak namun lelaki itu terlebih pantas menarik isterinya kembali ke pelukan.
"Kenapa ni sayang ?"
"Abang dah berubah hati ke ?" soal Eyna Nurina. Sebak.
Dahi Aiman Alihan berkerut.
"Berubah hati ? Sumpah sayang, abang tak pernah berubah hati. Abang tetap cinta dan sayangkan sayang."
"Habis tu kenapa cakap macam tu ?!" bibir dicebikkan.
"Saja. Terfikir..." balasnya ringkas.
Aiman Alihan menyembunyikan senyumannya. Dulu, apabila dia perli Eyna Nurina, sedikit pun gadis itu tidak kisah.
Tapi sekarang ?
Fuh ! Jangan main-main !
"Dah, jangan nak mengarut malam-malam macam ni. Tidur ea ?"
"Alah..." keluh Eyna Nurina.
"Sayang, dah malam ni. Esok kita sambung ok ?" punggung Eyna Nurina ditepuk beberapa kali.
Dah macam baby pulak dah ! Baby besar ! Hahaha...
"Nak kiss dulu..."
Aiman Alihan pura-pura terkejut.
"Eee tak malu ea minta kiss dekat orang ?" sengaja dia mahu menyakitkan hati isterinya. Dah lama tak melihat isterinya marah.
Rindu wooo...
"Biarlah ! Abang suami sayang juga." Eyna Nurina tidak peduli.
"Tak mau lah ! Mulut sayang bau sadin." dia masih lagi bermain tarik tali.
"Erm ye lah !" Eyna Nurina mengalah.
Dengan terpaksa, dia mula memejamkan mata. Aiman Alihan tersengih lebar. Nampaknya, Eyna Nurina sudah pun merajuk dengannya.
Dia terus memejamkan mata. Sakit hati dengan layanan menyakitkan hati suaminya. Baru minta cium, jadi macam ni. Belum minta benda lain lagi ! Pengsan agaknya.
Minta apa ha ?
Jangan sibuklah ! Korang yang belum kahwin jangan cemburu tau !
Dahinya berkerut. Dia dapat merasakan bibirnya agak panas. Panas ? No, bibir aku terbakar ke ?!
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Matanya terbeliak. Ohhh ini bukan bibir terbakar tapi ini disebabkan perangai miang tak bertempat.
"Abang..." dia cuba memanggil suaminya.
"Dah, puas ? Jom tidur ya sayang."
Eyna Nurina bagaikan terpaku. Dia hanya membalasnya dengan anggukan sebelum kembali memejamkan mata. Aiman Alihan mengetatkan lagi pelukan.
Abang cintakan sayang.
Jangan tinggalkan abang !
Sorry hambar part ni !
Nanti gue sambung yaaa
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro