𝔹𝕒𝕓 35
WAJAHNYA mula kemerahan akibat menahan marah. Gigi di ketap kuat. Geram ! Nasib baiklah aku ni perempuan, kalau tak memang dah bunuh mamat tak guna ni !
"Awak nak apa lagi ?!" tengkingnya.
Bahu Putera Harry terangkat. Terkejut dengan tengkingan Eyna Nurina.
"Awak marah saya ke ? Apa salah saya ?" Putera Harry kecewa.
"Awak tanya apa salah awak ? Awak memang salah ! Kan saya dah cakap yang saya ni isteri orang. Kenapa awak masih lagi ganggu saya ?!"
"Saya tak percaya selagi saya sendiri tak jumpa suami awak !" tegas Putera Harry.
Ya, dia takkan percaya ! Sebab apa ? Sebab dia terlalu sayang dan cintakan gadis itu. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membawa gadis itu ke luar negara untuk berkahwin.
"Awak jangan melampau Harry !"
"Cakaplah apa yang awak nak cakap, Eyna. Cinta saya terhadap awak takkan pernah pudar."
"Harry..." Eyna Nurina terduduk lemah. Penat melayan perangai tak semenggah Putera Harry.
"Sayang, jom kita pergi dari sini. Kita kahwin okey ? Lepastu kita hidup bahagia." ajak Putera Harry sambil turut duduk di sebelah Eyna Nurina.
"Bahagia apa kalau macam tu ? Kahwin lari ?!"
"Itu je yang boleh saya buat, Eyna. Saya terlalu cintakan awak. Tapi kalau awak tak nak buat benda ni, izinkan saya masuk meminang awak..."
Eyna Nurina menggeleng lemah.
"Saya dah kahwin. Saya dah ada suami, Harry. Susah sangat ke nak faham ?" suara Eyna Nurina berubah perlahan.
"Kan saya cakap yang saya tak pencaya selagi saya tak berdepan dengan dia !"
Eyna Nurina memejamkan matanya buat seketika. Cuba untuk mengumpul kekuatan yang ada.
Harap-harap abang datang selamatkan sayang. Sayang penat nak berhadapan dengan lelaki mat saleh yang reti bahasa ni !
"Saya suami dia !" jerkah satu suara garau.
Eyna Nurina dan Putera Harry terkejut. Mereka segera berpaling menghadap gerangan yang berkata demikian.
"Doktor..." wajah Putera Harry berubah keruh.
"Abang !" tubuh sasa itu didakap.
✿✿✿
Krek...
PINTU bilik dibuka perlahan. Wajahnya muram. Tak sanggup melihat anak lelakinya yang agak murung. Bila ajak keluar bilik, tak mahu. Bila ajak berbual, sepatah-sepatah dijawabnya.
Air matanya mula mengalir. Perlahan-lahan dia mula menapak mendekati anak lelakinya yang sedang duduk di birai katil.
"Harry..." panggilnya perlahan.
Tiada sahutan.
"Harry anak mama..." sekali lagi dia memanggil.
"Ya, ma." balas Putera Harry lemah. Wajah tetap ditundukkan.
"Kamu nak makan tak ? Dah sehari kamu tak jamah makanan. Nanti kamu sakit."
Putera Harry menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tawar.
"Harry tak lapar."
"Kenapa jadi macam ni, nak ? Terimalah takdir. Dia dah jadi isteri orang. Isteri kepada pensyarah kamu !"
Putera Harry tersenyum sinis.
"Sampai hati dia, ma. Apa kurangnya Harry ?! Harry cinta dan sayangkan dia. Jahat sangat ke Harry ni ?!" dia mula menarik-narik rambutnya.
Datin Munah segera memeluk tubuh sasa itu. Takut remaja lelaki itu akan terus mencederakan dirinya.
"T-tak sayang. Sayang baik. Mama sayang Harry. Mama ada sayang..." ujarnya dalam keadaan tersekat-sekat menahan sebak di dada.
"Harry nak Eyna..." suara Putera Harry mula kelemahan.
Dia mula menyandarkan tubuhnya di tubuh Datin Munah.
"Eyna isteri orang. Allah akan berikan seorang isteri yang lebih baik daripada Eyna." pujuknya.
Putera Harry menggeleng kepalanya lemah. Mukanya yang kacak hilang. Kini, hanyalah muka sembabnya. Hidung dan matanya kemerahan.
Hati ibu Datin Munah semakin meronta. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Anaknya kini amat memerlukannya.
Hati ibu mana yang sanggup melihat anak mereka menderita ?
"Shhhh tidur ya sayang. Mama temankan..."
✿✿✿
"ABANG pergi dulu ya, sayang. Jaga diri tau." pesannya sambil membelai manja rambut panjang Eyna Nurina. Eyna Nurina mengangguk sebelum memeluk pinggang Aiman Alihan.
"Abang jangan balik lambat tau. Haaa jangan nak melayan sangat Sazzy tu." Aiman Alihan tersengih.
"Baik, sayang. I love you ! Bye !"
"Love you too !"
Dia mula berjalan menuju ke kereta mewahnya. Sebuah jalan yang agak sunyi, di tuju. Pintu kereta dibuka lalu dia mula dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan. Hoodie yang tersarung di tubuhnya dibetulkan.
"Abang ? Lama tunggu ?" sapa satu suara lunak.
Aiman Alihan berpaling. Dia tersenyum nipis.
"Sazzy ? Duduklah." pelawanya. Sazzy hanya menurut.
"So kenapa nak jumpa abang ni ?"
"Sazzy saja je nak jumpa. Rindu abang. So, abang dah bagitahu Eyna ke siapa sebenarnya abang ?"
Glup !
Aiman Alihan terkedu. Kenapa Sazzy bertanya ?
"Errr d-dah !" jawabnya gugup. Jantungnya bagaikan mahu meletup.
"Abang tipu !" Sazzy tersenyum mengejek.
"Penting ke ?"
"Mestilah penting. Kalau perempuan gemuk tu tahu siapa sebenarnya abang, dia akan tinggalkan abang dan kita akan kahwin !"
"Jangan harap !" bentak Aiman Alihan.
"Abang takkan berubah hati walaupun dia bencikan abang. Sebab abang cintakan dia..." sambungnya.
Sazzy berdiri. Penumbuk digenggam kemas.
"Apa masalah abang ha ?! Apa hebatnya perempuan gemuk tu berbanding Sazzy ? Apa ?! Dah lama Sazzy tunggu abang tapi sikit pun abang tak layan Sazzy. Macam-macam cara Sazzy buat supaya abang cintakan Sazzy tapi tak berhasil. Abang memang kejam !" Sazzy mula meluahkan isi hatinya.
"Dah banyak kali abang cakap yang abang anggap Sazzy adik je. Cuma Sazzy tu tak faham bahasa."
Sazzy mengetap bibirnya. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Kecewa yang amat !
"Sampai hati abang..." keluh Sazzy perlahan.
Aiman Alihan hanya menundukkan kepalanya. Cuba menenangkan fikiran.
"Dah, Sazzy nak balik. Abang cuma sakitkan hati Sazzy je. Sazzy bagi abang masa dalam minggu ni je untuk bagitahu dia hal sebenar, kalau tak biar Sazzy sendiri yang bagitahu dia..."
Ah ! Nampaknya perempuan ni dah gila. Rungutnya. Sayang, help me...
"I love you. Sazzy tunggu abang..." katanya sebelum melangkah ke keretanya sebelum beransur pergi.
Aiman Alihan mengeluh panjang. Dia mula memicit kepalanya yang terasa agak pening.
Apa pilihan yang bakal dibuat ?
Dapatkah isterinya menerima semua ini ?
Ohhhh aku pula yang rasa gementar !😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro