Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 31

BEG sandang diletak malas. Dia mengeluh sambil tangannya ligat membuka pin tudung. Aiman Alihan hanya memerhati sebelum berjalan mendekati isterinya.

"Kenapa ni ? Nampak macam stress je." sapanya lembut.

"Haish, penat sikit je ni."

"Penat lah ni ya ? Nak saya urutkan tak ?" pelawa Aiman Alihan. Eyna Nurina tersengih.

"Tak menyusahkan ke ? Saya yang jadi pelajar ni pun dah penat apatah lagi pak cik. Pak cik yang mengajar."

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kata-kata Eyna Nurina.

"Ya, saya memang penat tapi sikit je. Sini saya urutkan."

Akhirnya, Eyna Nurina mengalah. Aiman Alihan mula menyentuh bahu Eyna Nurina. Dahinya berkerut.

"Kenapa ?" soal Eyna Nurina pelik.

"Susahlah nak urut kalau ada baju. Macam mana nak letak minyak ?"

Eyna Nurina mengetap bibirnya. Dia mulai cuak.

"Errr bolehkan kalau urut tak payah sapu minyak ?"

"Lah kenapa pula ? Buka lah baju tu."

Eyna Nurina semakin ketakutan. Ah, dah rasa kena rogol pula bila main paksa-paksa ni. Rungutnya.

"Badan saya melekit lah. Mana tahu berbau." alasannya.

"Kalau macam tu awak mandi dulu. Jangan pakai baju. Keluar terus pakai kain batik." pesan Aiman Alihan.

"Ta-tapi..."

"Jangan risau. Saya takkan apa-apa awak sebab saya sendiri pun tak bersedia."

Eyna Nurina menghembus nafas lega walaupun dia sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Okeylah saya nak mandi dulu." tuala dicapai sebelum berlalu ke bilik air.

Aiman Alihan tersenyum nakal. Lepasni dapatlah dia 'cuci' mata.

Selang beberapa minit, Eyna Nurina keluar dari bilik air dengan memakai kain batik. Aiman Alihan merenungnya lama.

"Aip ! Pak cik dah janji kan tak nak buat apa-apa."

"Saya cakap tak janji."

Eyna Nurina mencebik sebelum melangkah ke almari bajunya.

"Dahlah, saya nak pakai baju."

Aiman Alihan segera mendapatkan isterinya. Tubuh seksi itu dipeluk erat.

"Hei, jangan ambil kesempatan dalam kesempitan lah !" berang Eyna Nurina.

"Alah, saya bergurau je lah. Jom..." ujar Aiman Alihan sambil menarik tangan isterinya ke katil.

"Sila meniarap ya puan." Eyna Nurina akur.

Perlahan-lahan Aiman Alihan meletakkan sedikit minyak urut ke badan gempal Eyna Nurina sebelum mula mengurutnya. Eyna Nurina mula memejamkan mata.

Sedapnyaaa dia urut. Kenapa tak buka kedai urut je dekat sini ?

"Sedap ?"

"Sedap pak cik urut. Saya suka..." jujurnya dalam keadaan menutup mata.

Rasa nak tidur pula.

"Kalau awak nak tidur, tidur je lah. Bila-bila masa nanti saya berhenti." bagaikan boleh membaca fikiran Eyna Nurina, Aiman Alihan berkata.

"Betul ke ni ?" dia inginkan kepastian.

"Ya, puan Eyna..." perlahan-lahan Eyna Nurina mula memejamkan matanya.

Aiman Alihan tersenyum. Comel pula bila dia tidur. Kenapa selama ni dia tak perasan eh ?

Namun, perlahan-lahan senyumannya hilang. Digantikan dengan keluhan. Macam manalah perasaan dia bila dapat tahu sebenarnya aku ? Dia akan terima ataupun lari ?

Sampai bila aku kena rahsiakan semua ni ? Aku takut dia dapat tahu daripada mulut orang lain.

✿✿✿

PADA cuti hujung minggu, Aiman Alihan membawa Eyna Nurina pulang ke rumah orang tuanya. Takut nanti dilabelkan 'menantu tak mengenang budi' kerana tidak pandai-pandai memulangkan anak dara orang.

"Kamu berdua macam mana ? Sihat ?" soal Puan Heliza sambil meletakkan dulang di atas meja kopi.

"Alhamdulillah sihat, ma."

"Along mana ? Tak nampak pun." soal Eyna Nurina sambil matanya melilau.

"Along kau macam biasalah dah balik KL. Dia dah kerja balik."

Eyna Nurina mengangguk faham selepas mendengar penjelasan ayahnya.

"Kenapa aku tengok kau ni makin kurus Han ? Si Eyna pula makin kembang !"

Aduh ! Dah mula dah !

"Macam mana tak jadi macam tu yah, mestilah angah paling banyak makan dekat rumah. Entah-entah abang ngah makan sisa-sisa angah !" sampuk Eyrika.

"Pfft !" Aiman Alihan cuba menahan ketawa.

Eyna Nurina menjeling tajam. Ooo gelak ya ? Tunggu hang nanti !

"Rika !" tegur Encik Zul puteri bongsunya. Eyrika mencebik manja.

"Memanglah makin berisi kalau hari-hari minta buger 5 tingkat..." bisik hati Aiman Alihan. Namun, hanya didengari oleh Eyna Nurina.

Eh dia ni !

Pak !

Kaki Aiman Alihan dipijak kuat. Aiman Alihan menjerit kesakitan.

"Adoi !" teriaknya.

"Kenapa Han ?" soal Puan Heliza risau. Aiman Alihan hanya membalasnya dengan gelengan.

"Tak ada apa-apa, ma. Ada semut 'besar' gigit kaki ni ha..."

Eyna Nurina menyembunyikan senyumannya. Padan muka kau ! Mulut terlampau suci...

Encik Zul hanya memerhati sambil tersenyum. Seronok melihat sahabat baiknya dan anak gadisnya berbaik.

Berbaik ? Fuh, depan-depan memanglah tapi dekat belakang...

"Agak kauorang tidur sini ke ?"

"Haah, yah. Dalam 3 hari juga lah."

"Lamanya..." Encik Zul tidak percaya.

"Si Eyna tu lah. Rindu katanya. Lagipun dah lama kami tak balik. Sorrylah Zul, aku sibuk sangat sampai lupakan kau." pohon Aiman Alihan.

Encik Zul tertawa kecil sebelum memaut mesra bahu Aiman Alihan.

"Tak apa. Aku nak bagi peluang untuk korang bermesra dekat rumah sana."

Aiman Alihan tersengih.

Bagi peluang untuk bermesra ? Ish, kalaulah ayah tahu dekat rumah boleh dikatakan hari-hari kitaorang akan bertegang urat.

"Eh, dahlah tu bang. Mesti diaorang penatkan. Nanti malam kita sambung sembang." celah Puan Heliza.

"Haahlah ayah. Kang bertambah kurus abang ngah. Dahlah makan sisa lepastu penat lagi. Takut nanti tinggal tulang je kang !" Eyrika menambah.

Eyna Nurina berdecit. Aku cili juga mulut budak ni karang. Berang Eyna Nurina.

"Hahaha yey !" telapak tangan Aiman Alihan dan Eyrika saling bertemu. Menghasilkan bunyi yang agak kuat.

Geng ! Eyna Nurina mencebik menyampah.

"Eee dahlah Eyna naik atas dulu." putus Eyna Nurina sebelum mula mendaki tangga.

"Pergilah pujuk si Na tu Han. Kalau dah merajuk, memang payah nak pujuk." tubuh Aiman Alihan ditepuk perlahan.

"Baik, ma. Han minta diri dulu." ujar Aiman Alihan sopan sebelum melangkah meninggalkan ibu bapa mertuanya.

Puan Heliza dan Encik Zul saling berpandangan sebelum saling berbalas senyuman.

Mereka berharap hubungan di antara anak gadis dan menantu mereka kekal dan tiada msalah yang melanda.

"Eyrika masuk bilik dulu. Tata !"

Kini, tinggallah Puan Heliza dan Encik Zul berdua di ruang tamu. Puan Heliza mula merapati suaminya.

"Bang, macam mana reaksi Eyna nanti bila dapat tahu siapa sebenarnye Han ?"

Encik Zul tersenyum nipis.

"Abang pun tak tahulah, Za. Kita doa-doa je lah supaya dia dapat terima Han. Lagipun itu kisah silam dia..."

Puan Heliza mengangguk sebelum meletakkan kepalanya di atas bahu Encik Zul.

Sis pun kesian tengok Han🙇🏻‍♀️Harap-harap lah tak kantoi😂Cehhh...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro