Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 30

DAHI Aiman Alihan semakin berkerut. Apa dia nak cakap ni ? Takut semacam je ! Ni yang buat aku takut ni. Aiman Alihan mula kerisauan.

"Sebenarnya apa hurmmm ?" kepala Eyna Nurina diusap perlahan. Dia sabar menunggu.

Eyna Nurina semakin takut ingin meneruskan ayatnya. Takut dimarahi.

"SEBENARNYA SAYA CINTAKAN PAK CIK !"

Aiman Alihan terkedu. Bagaikan tidak percaya.

"Ap-apa dia ? Ulang balik !"

"Errr saya turun dulu !" baru sahaja Eyna Nurina ingin melangkah pergi, Aiman Alihan terlebih dahulu mendakapnya dari belakang.

"Awak cintakan saya ?" bisik Aiman Alihan.

Malunya aku ! Mana nak sorok muka ni ?! Wajah Eyna Nurina mula berbahang.

"Saya cinta bukan sayang..." ujar Eyna Nurina malu. Aiman Alihan tertawa.

"Tapi saya cinta dan sayangkan awak." kata Aiman Alihan puas hati.

Ya, puas hati kerana dia dapat meluahkan perasaannya dan juga berpuas hati kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan !

Eyna Nurina segera memandang Aiman Alihan. Tidak percaya ! Dia pun cintakan aku ?

"Hah ?"

"Ya, saya pun cinta dan sayangkan awak..." ulang Aiman Alihan sambil bermain-main dengan rambut Eyna Nurina.

Eyna Nurina tersenyum lebar. Air matanya mula bertakung di kelopak mata. Sebak.

"Eh, dahlah. Karang tak makan pula kita ni. Kang saya makan awak baru tahu !"

"Gatallah dia ni !" bahu Aiman Alihan dipukul perlahan.

"Eleh, gatal-gatal pun awak cinta jugak !"

"Ish, dah lah. Jom makan !" dia mula menukar topik. Aiman Alihan mengangguk setuju.

"Jom, saya nak masak ni."

"Tak nak makan apa yang pak cik masak !" bangkang Eyna Nurina.

"Habis tu ? Jangan cakap awak nak makan..." belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, Eyna Nurina terlebih dahulu memintas.

"Pandai pun ! Saya nak makan buger 5 tingkat !"

Aku dah agak dah ! Aiman Alihan menepuk dahinya.

"Tak habis-habis dengan buger 5 tingkat dia tu. Entah-entah daging yang hari tu awak makan pun masih lagi belum hadam !"

Dah mula dah ! Eyna Nurina mencebik manja.

"Alah, itu pun nak berkira ke ?!"

"Bukan berkira. Cuma sayang duit je." senyuman Eyna Nurina mati.

"Dahlah, berambuslah sana ! Pergi tidur dengan duit tu." tubuh Aiman Alihan ditolak kasar.

"Tak nak. Saya nak tidur dengan awak..."

"Saya tak nak ! Pergilah tidur dengan duit sana. Jangan dekat dengan saya !" berang Eyna Nurina.

"Garanglah dia ni. Dah macam Sazzy dah dia punya garang !" mata Eyna Nurina mula merenung tajam anak mata Aiman Alihan.

"Jangan pernah samakan saya dengan dia !"

"Okay-okey saya minta maaf. Tapi tak eloklah makan buger je." Aiman Alihan masih lagi cuba memujuk.

"Please !" rayu Eyna Nurina sambil meraih lembut tangan kasar milik Aiman Alihan.

"Fine ! Jom makan buger 5 tingkat awak tu." akhirnya, dia mengalah.

Eyna Nurina tersenyum riang sebelum mengucup sekilas pipi Aiman Alihan. Lelaki itu agak terkejut namun dia hanya membiarkan sahaja.

Siapa tak suka kan kena kiss ?

Miang punya orang !

Yeay makan buger 5 tingkat abang Jan ! Yummy ! Eyna Nurina gembira. Mestilah gembira. Makan dengan suami tersayang kan ?

Jap habis selama ni kau makan dengan siapa ? Jelmaan dia ? Bukan lah ! Selama ni tanpa cinta, tapi sekarang cinta !

I love you pak cik !

Masa untuk berdating !

✿✿✿

"HATI-HATI tau ! Jumpa dekat rumah nanti." pesan Aiman Alihan sebelum mengucup lama dahi bersih Eyna Nurina. Eyna Nurina mengangguk sambil menyalam suaminya.

Ya, sejak sesi meluahkan perasaan tempoh hari, kehidupan mereka suami isteri semakin ceria.

"Okey, saya pergi dulu. Bye !" serentak itu, Eyna Nurina membuka pintu kereta.

"Bye ! Muah !" sambut Aiman Alihan sambil membuat flying kiss.

Dengan langkah senang, dia melangkah ke kantin seperti biasa. Pada waktu pagi-pagi macam ni, dia dan rakan-rakannya akan sarapan dahulu sebelum melangkah ke dewan kuliah.

"Hai, girls !" sapanya ceria.

"Hai ! Amboi, bukan main happy kawan kitaorang ni. Ada apa-apa ke jadi ?"

Semakin lebar senyumannya.

"Mana ada happy. Ni korang dah oder belum ?" dia segera menukar topik.

"Pandai kau tukar topik eh ? Kitaorang belum oder lagi. Saja nak tunggu kau." terang Ilya sambil mencebik.

"Jomlah oder !"

Baru sahaja Eyna Nurina ingin melangkah ke kaunter, beg sandangnya ditarik kasar. Dia merengus geram sebelum memandang yang membuatnya.

Aku dah agak dah ! Siapa lagi yang suka tarik-tarik beg orang selain Putera Harry ?

"Awak nak apa lagi ni ?!" bentaknya.

Putera Harry hanya tersenyum lebar.

"Saya nak bercakap dengan awak..." katanya perlahan. Nak tak nak, dia mengalah.

"Apa dia ?" soalnya malas.

"Macam mana dengan lamaran saya dulu ?" soal Putera Harry dengan penuh harapan.

"Lamaran ?"

"Ya, lamaran !"

Eyna Nurina berfikir sejenak. Oh, lamaran untuk menjadi isterinya !

"Maaf, saya terpaksa menolaknya."

"Tapi kenapa ?!" Putera Harry tidak puas hati.

"Sebab saya dah kahwin !"

Pang !

Kata-kata yang keluar dari mulut Eyna Nurina bagaikan tamparan hebat kepadanya. Dia betul-betul tidak faham.

"Awak tipu !" bentaknya.

"Saya tak tipu awak. Saya dah pun menjadi isteri orang."

"Kalau betul awak dah kahwin, siapa suami awak ?"

Eyna Nurina menggelengkan kepalanya. Takkan aku nak bagitahu pulak kan ?!

"Buat masa sekarang, saya terpaksa rahsiakan. Suatu hari nanti awak akan tahu juga." Putera Harry menundukkan kepalanya.

"Sampai hati awak !"

Eyna Nurina hanya mampu mendiamkan diri. Rasa bersalah.

"Maafkan saya. Awak sepatutnya terima takdir yang kita ni hanyalah kawan. Tak lebih dari itu. Saya cintakan suami saya dan kami bahagia. Lepas ni jangan jumpa saya lagi !" kata Eyna Nurina panjang lebar sebelum kembali mendapatkan sahabat-sahabatnya.

"Apa si Harry tu nak lagi ?" soal Ilya pelik.

"Macam biasalah. Suruh terima dia." balasnya acuh tak acuh.

"Habis kau terima ke ?!"

"Kau ni mereng eh ? Habis doktor tu aku nak campak mana ?"

"Haah kan ? Eee harap muka je kacak tapi perangai buruk !" Eyna Nurina tertawa kecil.

"Tahu pun kau. Dahlah jom makan. Aku lapar ni..." lengan Syaf ditarik.

"Ish, makan je tahu. Patutlah aku tengok doktor tu makin kurus. Ni mesti dekat rumah kau yang telan semua makanan kan ?" seloroh Ilya. Syaf menyambutnya dengan ketawa besar.

"Eee tak habis-habis nak salahkan aku. Tak nak kawan !" rajuk Eyna Nurina sebelum menuju ke meja dengan menatang dulang yang berisi makanan.

Ilya dan Syaf saling berpandangan. Masing-masing tersenyum lebar.

Anak gajah dah merajuk !

Akhirnya cinta berbalas cinta !😍Hope diaorang kekal💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro