Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 28

AIMAN ALIHAN tersenyum lebar sambil jari-jemarinya bermain-main dengan anak rambut Eyna Nurina. Nasib baiklah Eyna Nurina ni jenis tidur mati. Kalau tak, memang dah kena hempuk dengan kuali !

Segenap wajah isterinya direnung satu persatu. Mula dari mata. Turun ke hidung dan akhir sekali bibir merahnya.

Bibir merah dia...

Dengan perasaan berdebar-debar dia mula merapatkan wajah di antara mereka sehingga nafas Eyna Nurina menampar pipinya.

Lama... Bibir mereka bersatu lama.

Dia kembali menjarakkan wajahnya. Dia tersenyum puas sebelum kembali bermain anak rambut gadis itu.

"Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Saya tak mahu kehilangan awak. Saya nak awak tahu yang saya betul-betul cintakan awak tapi saya takut awak akan tinggalkan saya selepas mendapat tahu siapa sebenarnya saya.

Saya jijik. Saya kotor. Saya seorang lelaki yang kejam. Saya dah tua. Saya dingin terhadap perempuan. Tapi, sejak saya kenal dengan awak, saya rasa lain. Perasaan asing. Ya, saya mengaku yang saya cintakan awak. Saya berdoa agar Allah bukakan pintu hati awak untuk lelaki tua macam saya..." luahnya panjang lebar.

Dahi Eyna Nurina dikucup lembut. Dahi gadis tersebut berkerut.

"Ermmmm ?" perlahan-lahan dia membuka mata.

Aiman Alihan tersenyum memandangnya.

"Pak cik dah bangun ? Kenapa tak kejut saya ?" soalnya mamai.

Aiman Alihan mengusap lembut kepala Eyna Nurina. Eyna Nurina hanya membiarkannya. Dia selesa diperlakukan sedemikian.

"Malaslah nak bangun..." rungut Eyna Nurina sebelum kembali memejamkan matanya.

"No, no no. Bangun ! Awak mandi ya. Saya nak buat sarapan." arah Aiman Alihan.

"Aik, pak cik tak mandi dulu ke ?"

"Saya dah mandi okey. Awak tu yang masih lagi tidur. Tidur mengalahkan kerbau !" sindir Aiman Alihan sebelum bangun dari pembaringan.

Eyna Nurina mencebik. Pagi-pagi lagi dah kena sindir !

"Tak sweet !" bantal dibaling geram.

Aiman Alihan tertawa besar sebelum kembali membaling bantal kepada Eyna Nurina.

"Dah, pergi mandi cepat. Bilik ni dah baru hapak dah. Pergi !" arah Aiman Alihan tegas sebelum melangkah keluar daripada bilik. Dapur dituju.

Apron dicapai lalu dipakai. Dia tersenyum sendiri sambil mencari-cari bahan untuk memasak.

Masa untuk buatkan isteri tercinta sarapan !

✿✿✿

"HEY nasi goreng ! Hey sungguh lazat. Sungguh sedap. Sungguh enak...digoreng dengan Perencah Adabi. Adabi !!!" dengan riang dia menyanyi. Api dikuatkan sedikit.

Eyna Nurina tersenyum. Amboi, bukan main eh !

Eyna Nurina mula menjengkit-jengkitkan kakinya. Baru sahaja dia ingin memegang bahu Aiman Alihan, lelaki itu terlebih dahulu bertindak.

"Warrggghhhhhh !"

"Oh, muka kau pink !" Eyna Nurina segera menutup mulutnya. Aiman Alihan mengekek.

"Apalah dia ni ! Muka saya sawo matang lah." Aiman Alihan menjeling manja.

"Alololo sorry..."

"Sorry naik lori lah ! Kalau nak saya maafkan awak, awak kena bagi saya morning kiss..."

Mata Eyna Nurina terbutang. Morning kiss ?

"Ish, ngada-ngada lah dia ni." Eyna Nurina tersenyum malu.

"Cepat ! Kiss me..." pipi disua. Dengan perasaan gementar, Eyna Nurina mengucup pantas pipi Aiman Alihan.

Lelaki itu menyentuh pipinya. Hangat !

Macam ni ke rasanya dilamun cinta ?

"Errr hari ni pak cik masak apa ? Bukan main sedap bau." dia segera menukar topik.

"Saya masak nasi goreng. Nak tunggu isteri saya ni masak, lambatttt lagi."

Cis, kena perli lagi. Dia ni kalau sehari tak perli aku memang tak sah !

"Saya ni mana pandai masak. Makan saya tahulah." rungut Eyna Nurina sambil mencapai pinggan.

"Patutlah perut makin boroi !"

Kena lagi !

Kenapa jujur sangat suami aku ni ? Eyna Nurina mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hish, dahlah. Membebel je tahu. Jomlah makan !" nasi letakkan di atas pinggannya. Aiman Alihan hanya memerhati.

"Amboi, bukan main eh dia ! Ambik untuk diri sendiri je." perbuatan Eyna Nurina terhenti.

"Hehehe makanlah..." satu lagi pinggan dicapai lalu diberikan kepada Aiman Alihan.

"Huh ! Bismillah..." doa dibaca. Eyna Nurina turut menadah tangan.

"Makan !!!" serentak itu, Eyna Nurina terus memasukkan nasi ke dalam mulut dengan rakus. Aiman Alihan hanya tersenyum melihatnya.

Comelnya lahai dia ni. Nak aje aku cium-cium dia dekat sini ! Bisik hati nakalnya.

✿✿✿

JAM tangannya direnung lama. Dia mengeluh. Matanya masih meliar menunggu ketibaan orang. Mana dia ni ?! Tak pandai jaga masa betullah !

"Abang !" teriak seseorang.

Dengan malas dia menoleh.

"Sazzy, kenapa lambat ?!" marahnya. Sazzy mencebik.

"Sorry, tadi driver papa sakit perut. Tak apa, nanti Sazzy marah dia." Sazzy cuba memujuk.

Aiman Alihan mengangkat tangannya. Dia menggelengkan kepala.

"Tak payah nak buat kerja bodoh. Ni, kenapa nak jumpa abang ? Abang datang sini sebab nak beli buku untuk student tau." omel Aiman Alihan.

"Alah abang ni. Alang-alang dah jumpa kan. Jom teman Sazzy shopping !"

Ni yang buat aku lemah ni. Perempuan ni suka sangat shopping. Nasib baiklah si Eyna tak macam tu. Dia cuma nak makan, makan dan makan !

"Abang malaslah."

"Alah jomlah. Dulu abang suka teman Sazzy. Belikan je apa yang Sazzy nak." bibir di muncungkan.

Aiman Alihan hanya membuat bodoh. Malas mahu melayan.

"Tu dulu. Sekarang abang dah kahwin."

"Ish, apa-apa je lah. Jom..." tubuh Aiman Alihan ditolak perlahan.

Nak tak nak dia akhirnya akur. Kang kalau tak ikut, habislah dia. Sazzy kan cucu kesayangan nek bonda, kang tak pasal-pasal kena maki free...

Tanpa disedari, perlakuan mereka diperhati oleh seseorang. Penumbuk digenggam. Bibir diketap geram.

Klik !

"Tak guna !"

Han dah angau lh😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro