Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 27

DAHINYA berkerut melihat kertas yang berada di tangannya perisiknya. Kertas apa tu ? Dengan pantas dia mengambil. Tulisan yang terdapat di kertas tersebut dibaca. Dia tersenyum lebar.

Menarik !

"Lǎobǎn hǎo ma ? (Macam mana, boss ?)" soal lelaki yang diberi tugas perisik itu.

"Gàn dé hǎo ! (Bagus !)" puji Leong. Senyumannya semakin lebar.

Lelaki itu tersenyum. Nampaknya dia bagus melakukan kerja yang diberikan.

"Nà wǒ gāi zěnme bàn ? (Jadi apa patut aku buat ?)"

"Shǒuxiān, wǒ xīwàng nín zhǎodào tā de qīzi bìng jiàn tā. Shíjiān dàole, nǐ dài tā de qīzi lái kàn wǒ. Nǐ zhīdào wǒ xiǎng zuò shénme...(Mula-mula, aku nak kau cari isteri dia lepastu intip dia. Bila tepat pada masanya, kau bawa isteri dia jumpa aku. Tahulah apa aku nak buat...)"

Kening Kenji terangkat tinggi.

"Nǐ xiǎng lǎobǎn gēn nàgè nǚhái zuò shénme ? (Boss nak buat apa dengan perempuan tu ?)" soalnya ingin tahu.

Leong tertawa besar. Lagaknya seperti orang hilang akal.

"Wǒ xīwàng tā de qīzi cháng cháng wǒ de xiǎo mèimei jīngshén ! (Aku nak isteri dia rasa macam mana arwah adik perempuan aku rasa !)"

Kenji dan konco-konconya saling berpandangan. Gerun melihat wajah Leong yang bertukar bengis.

"Shā sǐ ? (Bunuh ?)"

"Bǐ nà gèng zāo hahahahahahaha ! (Lebih teruk dari itu !)"

Mereka semakin kecut perut.

"Qiángjiān ?! (Rogol ?!)" teka Kenji lagi.

Leong tidak membalas sebaliknya hanya tertawa besar. Bawah bibirnya yang agak gelap akibat merokok, dijilat.

Kenji terlopong. Nampaknya dendam ketuanya kepada Dragon tidak pernah terpadam !

Dragon, siap sedialah untuk menerima apa itu kehilangan !

✿✿✿

EYNA NURINA memandang segenap rumah agam milik keluarga Putera Harry. Mungkin bagi orang lain rumah tersebut sangat luar biasa tapi baginya rumah tersebut biasa-biasa sahaja. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan dirinya. Mungkin dia jenis manusia yang tidak memandang harta ?

"Hai, darling !" tegur seseorang dengan nada suara ceria.

Eyna Nurina hanya mendiamkan diri. Dia dapat mengagak siapa yang menegurnya.

Siapa lagi kalau bukan Putera Harry ?

Dia seorang sahaja yang berani memanggil Eyna Nurina dengan panggilan 'darling'. Memang tak tahu malu !

"Ermmm ?" balasnya acuh tak acuh.

"Kenapa awak tak makan ? Makanan dekat sini tak sedap ke ?" soal Putera Harry agak sedih.

Eyna Nurina pantas mencelah.

"Eh, mana ada. Saya diet je." dia mencipta alasan.

Diet ? Dia nak diet ? Memang tak lah ! Dia tidak makan kerana dia masih lagi tidak lapar.

"Alah, tak payah lah nak diet. Saya suka awak macam ni. Comel je. Macam teddy bear !"

Eyna Nurina hanya tersenyum kelat. Dia mengeluh panjang. Kenapa ? Kenapa ?!

Kenapa pak cik dan Harry berbeza ? Pak cik suka perli aku. Tapi Harry selalu cakap benda yang baik. Pak cik tak habis-habis membebel suruh jaga makan. Membebel je dia tahu. Tapi Harry hanya membiarkan bahkan lagi suka dia yang sebegini.

"Eyna, kenapa ni ? Awak macam sedih je."

"Tak ada lah saya cuma lapar je..." aik, tadi kata nak diet ! Ni kata lapar pula.

Putera Harry tertawa kecil. Macam-macam !

"Hahahaha comellah awak ni. Jom makan !" ajak Putera Harry. Eyna Nurina hanya menurut.

Sedang mengambil makanan, Eyna Nurina merasakan bahunya ditepuk oleh seseorang. Dengan segera dia menoleh.

"Hah ?!" dia terperanjat sedikit.

Wanita yang agak berumur itu tersenyum lebar sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Dia menyambut huluran tersebut.

"Mak cik ni siapa ?" tanyanya lembut.

"Mak cik mama kepada Harry..."

Eyna Nurina tersenyum. Dia 'terpaksa' memaniskan wajahnya.

"Maaflah, saya tak berapa kenal keluarga Harry." pinta Eyna Nurina. Wanita itu menggelengkan kepalanya.

"Tak apa. Mak cik faham. Jom duduk dekat sana sambil makan." dia akur.

"Dah lama kamu berdua kenal ?" bermulalah sesi bersoal jawab antara mereka.

"Dalam 3 bulan, mak cik."

"Oh, Harry selalu cerita pasal kamu dekat mak cik dan pak cik. Tak salah orang yang dia pilih. Mak cik suka..." Eyna Nurina tersenyum kelat.

"Mak cik, saya sikit pun tak pernah bagi harapan dekat Harry cuma dia..."

Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, mama kepada Harry terlebih dahulu memintas.

"Mak cik faham. Harry terlalu beria-ia dekat kamu. Mak cik tahu kamu anggap dia hanyalah sebagai seorang kawan dan mak cik juga tahu yang hati kamu pada orang lain..."

"Eyna minta maaf." Eyna Nurina menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah.

"Tak, kamu tak salah. Yang salah Harry. Nanti mak cik akan cuba nasihatkan dia. Maafkan mak cik atas perangai tak senonoh anak mak cik..."

Eyna Nurina tersengih. Tangan tua itu digenggam kemas.

"Tak apa. Eyna faham..." mereka saling berbalas senyuman.

"Hai, guys ! Sorry lambat !" jerkah Putera Harry yang entah datang dari mana.

Perbualan di antara mereka terus diubah topik. Mereka tidak lagi mengungkitnya. Tidak mahu lelaki itu terasa hati. Lagi-lagi apabila hari ini merupakan hari lahirnya.

✿✿✿

"I nak you minta cerai." Eyna Nurina terpana selepas mendengar arahan Sazzy. Dia mengetap bibirnya.

Sah ! Perempuan ni mental !

"Kenapa pula saya kena minta cerai ?" Sazzy tersenyum sinis.

"I tak nak you menyesal suatu hari nanti. Kalau you tahu siapa sebenarnya husband you, I pasti you akan ketakutan !"

"Maksud awak ?"

"You belum kenal siapa sebenarnya husband you. I kesiankan you kena tipu hidup-hidup..." ujar Sazzy sambil mencebik sedih.

"Sayang..." panggil satu suara garau.

Sazzy segera menoleh. Dia tersenyum manja sebelum memeluk erat leher lelaki yang berbadan sasa itu.

Badan lelaki itu dihiasi dengan tatu naga yang besar. Namun, wajah lelaki itu dia masih lagi tidak dapat lihat kerana lelaki itu hanya menundukkan kepalanya.

Ya, lelaki dalam gambar tu !

Lelaki yang sama !

"Baby..." rengek Sazzy manja.

"Apa you bagitahu perempuan gemuk ni ?" sinis sahaja lelaki itu menyoal.

Eyna Nurina tersentak. Macam pernah aku dengar suara tu tapi di mana ya ?

"I cuma kesiankan dia je."

"Biarkan aje perempuan gemuk ni. Badak air !" Eyna Nurina memejamkan mata. Cuba mengumpul kekuatan.

Lelaki bertatu naga itu memang sudah melampau !

"Hei, bro ! Apa masalah anda ya nak panggil saya 'perempuan gemuk' ? Saya ada nama lah. My name is Eyna ! Cukuplah badan macam tu. Janganlah adab ke laut. Anda tak takut dosa ke ?!" berang Eyna Nurina.

"Bisinglah perempuan gemuk ni !" jerkah lelaki itu sebelum mengeluarkan senjata api dari poket seluarnya.

Gulp !

Alamak ! Habislah aku. Nampaknya nyawa aku hanya dihujung tanduk.

Help me... Huhuhu

"Errr so-sorry..." Eyna Nurina cuak.

"Perempuan macam kau ni patut mampos !"

Bang !!!

"Argghhh astagfirullah !!!!"

"Hei, awak kenapa ni ?!" soal satu suara cemas. Dengan perlahan-lahan, dia membuka matanya.

Benda pertama yang dia lihat adalah mata Aiman Alihan. Mata mereka saling berpandangan.

"Sa-saya dekat mana ni ?" soalnya terpisat-pisat.

"Awak dekat rumahlah. Awak tertidur dekat sofa lepas balik dari keluar. Tak sampai hati pula saya nak kejut jadi saya tunggulah." terang Aiman Alihan.

"Awak okey tak ni ?" rambut Eyna Nurina diusap.

Gadis itu hanya mengangguk lemah. Ya, dia okey.

"Saya mimpi tadi..."

"Oh, biasalah mainan tidur. Dah, jom sambung tidur dekat bilik. Kat sini tak best, tak luas !" tangan Eyna Nurina ditarik namun gadis itu tetap membatukan diri.

"Kenapa ni hurmm ?"

"Nak dukung."

Mata Aiman Alihan terbeliak selepas mendengar permintaan Eyna Nurina. Dukung ?!

"Ish, habis patah pinggang saya nanti. Jom saya pimpin !"

"Alahhh..." keluh Eyna Nurina.

"Tunggu saya betul-betul kuat nak angkat awak baru saya dukung okey ? Jom..." dahi Eyna Nurina dikucup sekilas.

"Okey..." mereka bersama-sama berjalan menuju ke bilik tidur mereka.

Sepanjang perjalanan untuk ke bilik, senyuman manis tidak hilang-hilang di bibir Aiman Alihan. Kenapa dengannya ?

Ya, aku rasa bahagia dan gembira bila dia dekat dengan aku. Aku mengaku yang aku dah jatuh cinta dan sayangkan dia ! Aku mengaku ! Aku takut kehilangan dia...

Akhirnyaaaaaaaaa Han dh mengaku yg dia cintakan Eyna !🤪❤️Mcm mana dengan Eyna ? Jap, Leong dan konco-konconya sedang mencari siapa ?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro