Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 21

JAMBANGAN bunga ros, dipegang erat. Dia membetulkan pakaian yang dipakainya buat kali terakhir. Rambut. Baju. Rupa. Semuanya lengkap ! Satu je belum lengkap adalah...

Memberi gadis pujaannya bunga !

Pintu dewan kuliah dibuka. Dia tersenyum lebar setelah dapat melihat wajah ayu milik gadis pujaannya.

"Hai, Eyna !" sapanya girang.

Eyna Nurina mengeluh panjang. Haish, apa dia nak ni ?! Kini, mereka berdua berada di hujung koridor. Takut jika perbualan mereka didengar oleh orang lain.

"Hurmmm..."

"Nah, untuk awak." dahi Eyna Nurina berkerut seribu.

"Saya rasa awak salah bagi bunga ni. Baik awak bagi bunga ni dekat peminat-peminat awak. Lagi bagus !"

Putera Harry mencebik. Dia menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

"Tak nak ! Saya sukakan awak. Awak lagi penting dalam hidup saya." Degilnya lahai dia ni !

"Jangan jadi bodohlah, Harry. Awak dan saya berbeza. Bagai langit dan bumi. Kita takkan bersama. Tolonglah faham !" tegas Eyna Nurina.

"No ! Saya tak kisah tentang semua ni. Saya tetap sayangkan awak. Sudi tak awak jadi isteri saya ?"

Gila !

Eyna Nurina mula memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Pening melayan perangai Putera Harry.

"Harry !"

"Saya serius, Eyna. Saya betul-betul nak jadikan awak sebagai isteri saya. Please ?" lamarnya lagi.

Ya Allah, drama apakah ini ? Bila semua ni nak berakhir ?

"Harry, kita ni masih belajar. Boleh tak jangan fikir lagi hal kahwin ?"

"Fine, darling tapi saya nak awak janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya ?"

Eyna Nurina mula menggelengkan kepalanya.

"Harry, please. Move on. Jangan pernah fikiran pasal kita. Kita cuma kawan."

"Tapi kita masih lagi boleh berkahwin, kan ?" Putera Harry tetap tidak berputus asa.

Tak, Harry. Kita tak boleh bersama...

"Sekarang ni saya tak nak cakap apa-apa. Saya nak fokus belajar. Awak pun sama. Kalau antara kita ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, awak faham-faham je lah sendiri ya..."

Selepas berkata demikian, Eyna Nurina terus melangkah meninggalkan Putera Harry. Kepalanya betul-betul berdenyut kuat.

Prang !!!

Jambangan bunga ros sudah pun selamat masuk ke dalam tong sampah. Penumbuk digenggam kemas.

Tak guna !

✿✿✿

SYAF dan Ilya memandang sayu sahabat baik mereka. Kelihatan Eyna Nurina sedang memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata. Nampak sangat gadis itu sedang stress !

"Na..." panggil Syaf.

Eyna Nurina perlahan-lahan membuka matanya.

"Hurmmm ?"

"Kau okey tak ni ? Nak kitaorang bawa kau pergi klinik tak ?" soal Syaf risau.

"Haah, jomlah babe !" sokong Ilya. Tangan Eyna Nurina ditarik.

"Eh, tak payah. Aku okey je ni." tolak Eyna Nurina lemah. Syaf dan Ilya akhirnya mengalah.

"Ish, tak patut betullah si Harry tu. Harap muka je kacak tapi loser ! Gila ke apa ajak orang kahwin. Bercinta pun tak. Tiberr !" omel Ilya tidak puas hati.

"Kan, kenapa dia tak ajak peminat-peminat dia tu kahwin ? Si Eyna jugaklah dia nak kebas !"

Eyna Nurina tersenyum melihat telatah sahabat baiknya. Comel je bila dengar diaorang marah.

"Na, kau tak ada guna minyak pengasih kan ?"

Tiba-tiba Syaf bertukar serius. Mata Eyna Nurina terbeliak. Pantas bahu Syaf dicubit geram.

"Sa-sakitlah woi !"

"Kau ni, apa tanya soalan macam tu ?" Eyna Nurina mencebik.

"Manalah tahu kan ? Aku cuma kepastian je." Syaf membuat muka tidak bersalahnya.

Fikir comel ?

Tiberr !

"Ya Allah, sejahat-jahat aku, aku tak ada lah sampai nak guna minyak pengasih dekat orang ! Baik aku guna dekat suami aku. Lagi baik !"

"Betul juga tu !"

"Hye, girls..." sapa satu suara garau.

Mata mereka memandang gerangan yang menegur. Aiman Alihan tersenyum nipis.

"Hye, Doktor !" balas mereka dengan serentak.

"Ada masalah ke ? Saya tengok macam ada benda tak kena je." soal Aiman Alihan risau.

Dari jauh lagi dia terlihat isterinya sedang memicit-micit kepala sambil memejamkan mata. Dahinya berkerut menahan sakit.

Sakitkah dia ?

"Ada, doktor. Si Eyna ni ha ! Dia pening. Bila kami nak ajak dia pergi klinik, dia tak nak." terang Syaf.

Betullah dia sakit !

"Lah, macam mana boleh pening ?"

"Tadi, Harry nak jumpa dia. Ada ke patut Harry boleh ajak dia kahwin, doktor ! Lepastu merayu macam orang gila. Mana tak peningnya si Eyna ni." cerita Ilya berserta dengan mimik muka.

Eyna Nurina berdecit. Kepochi betullah si Ilya ni ! Semua benda nak cerita.

Aiman Alihan tersentak. Putera Harry mengajak Eyna Nurina kahwin ? Takkan isterinya tidak memberitahu status sebenar kepada lelaki itu ?

"Tak apa lah, biar saya saja yang bawa dia ke klinik. Jom, sayang." tangan Eyna Nurina ditarik.

Namun, gadis itu menariknya lemah. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak, tak perlu. Saya okey..."

Tak habis-habis dengan perangai degilnya ! Geram Aiman Alihan.

"No, kita pergi klinik. Nak abang dukung sayang ke ?!" ugut Aiman Alihan.

Syaf dan Ilya menekup mulut. Mahu gelak melihat wajah terkejut milik Eyna Nurina. Sweetnya diaorang !

Eyna Nurina mencebik. Macamlah kuat sangat nak angkat aku ! Bisik hatinya.

"Ok-ok, jom..." akhirnya dia mengalah.

Sekali lagi Aiman Alihan meraih lembut tangannya. Kali ini, Eyna Nurina menepisnya kasar.

"Jangan pegang boleh tak ?! Kitakan masih lagi dekat universiti. Behave lah sikit !" marah Eyna Nurina.

"Fine." balas Aiman Alihan pendek.

Dia tidak mahu mengusutkan lagi keadaan. Lagi-lagi melihat wajah pucat isterinya. Kesian Eyna...

Melampau betul lah Harry ni ! Siap nak ajak kahwin bagai😤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro