𝔹𝕒𝕓 20
PAGI yang indah ! Eyna Nurina membetulkan rambutnya yang agak kusut. Mata digosok beberapa kali. Puasnya tidur. Dia tersenyum lebar.
"Bangun bangun. Tidur ke kerja..."
Senyuman Eyna Nurina lenyap. Kacau daun betullah !
"Haish..." keluh Eyna Nurina.
"Cepat pergi mandi. Lepastu kita jogging." arah Aiman Alihan.
"Jogging ?! Seriuslah ? Sepatutnya time cuti macam ni saya kena tidur lagi tau." Eyna Nurina cuba melepaskan diri.
"Tidur je awak tahu, kan ? Awak tu kena bersenam juga. Ini, asyik nak menambahkan lagi lemak dekat badan."
Dushhh !
Langsung tak boleh tengok orang senang ! Rungut Eyna Nurina.
"Saya malaslah, pak cik. Bagilah saya tidur dulu." rayu Eyna Nurina manja.
"No way ! Faster ! Pergi mandi, solat subuh berjemaah lepastu kita jogging."
"Petang nantilah jogging..."
"No."
"Alah !" Eyna Nurina berdecit. Mata dijulingkan.
Susah betullah dapat husband tak romantik ni ! Eyna Nurina tersenyum pahit.
"Dah, awak pergi mandi sekarang. Kalau tak, saya cium awak !" ugut Aiman Alihan.
Eyna Nurina menjelirkan lidahnya. Seakan-akan tidak gentar.
"Buekkk ! Takutnya..."
Cup !
Mata Eyna Nurina terbeliak. Pipinya mula kemerahan akibat malu. Pipinya dikucup !
Oh no !!!
"Arrghh apa masalah pak cik ?! Suka ambil kesempatan !" marah Eyna Nurina geram. Pipinya dikesat menggunakan hujung baju.
"Suka hati sayalah. Tadi bukan main berani."
Eyna Nurina hanya membalasnya dengan jelingan tajam. Aiman Alihan hanya berlagak tenang.
"Dah, pergi mandilah. Buat apa lagi duduk atas katil ni ?" Aiman Alihan mula bercekak pinggang.
"Jap, kenapa nak pergi jogging ni ?" Eyna Nurina masih lagi tidak puas hati.
"Supaya awak boleh kuruslah."
Biadap ! Mulut tak ada insuran ! Kutuk Eyna Nurina. Perasaan geram semakin menebal.
"Habis kalau saya tetap gemuk, pak cik dah tak nak saya lah ya ?! Nak kahwin lain, pergi lah. Tapi cer..." baru sahaja Eyna Nurina mahu membidas, Aiman Alihan terlebih dahulu menekup mulutnya.
"Awak ni memang biol eh ? Pagi-pagi lagi dah mengarut !"
'Suka hati nenek dia je nak cakap aku biol ! Tunggu kau...'
Eyna Nurina menjengkelkan matanya. Tanpa diduga, telapak tangan milik Aiman Alihan dijilat. Lelaki itu terkejut dek perbuatannya.
"Hei !!!"
Aiman Alihan mula mencipta jarak diantara mereka. Takut pula mahu mendekatkan diri dengan Eyna Nurina yang kelihatan buas itu.
Takut !
"Padan muka." ujar Eyna Nurina perlahan. Dia tersenyum puas.
Aiman Alihan mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal, digaru. Macam-macam betullah !
Nak ajak jogging punyalah liat. Macamlah dia ajak gadis itu melakukan maksiat. Kalau dia berbuat demikian, wajarlah dan patut ditegur tapi ini tak ! Gerutu Aiman Alihan.
✿✿✿
KAWASAN taman pada waktu itu kelihatan lenggang. Terdapat juga pengunjung dan beberapa keluarga yang sedang berkelah di tasik yang terdapat di taman tersebut.
Kelihatan seorang gadis cantik sedang berlari-lari anak sambil memerhati pemandangan. Peluh semakin banyak yang mengalir membasahi dahinya. Badannya yang agak besar menjadikan dia susah untuk berlari dengan lebih laju.
Siapa gadis itu ?
Siapa lagi kalau bukan Eyna Nurina si anak gajah !
Anak gajah ?! Kurang ajo punya author !!! (Sabar Eyna... Sis tak sengaja😵Memang betulkan anak gajah !🤣)
Kurang ajar lah author yang buat cerita aku ni ! (Orang dah suruh sabar kan tadi🙊)
"Woi, cepatlah sikit !" teriak Aiman Alihan yang sudah pun berdiri tegak di bawah sebuah pokok.
Eyna Nurina menelan air liurnya. Kelat. Jauhnyaaa...
"SAYA PENAT ! TAK TAHAN !!!" jerit Eyna Nurina sebelum terduduk lemah.
Dia dah tak kisah apabila pengunjung-pengunjung yang turut sama bersenam, memerhatikannya. Lantak lah ! Yang penting...
AKU PENAT !!!
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya sambil bercekak pinggang. Dia berlari mendapatkan isterinya.
"Adoi, dia ni. Baru suruh lari sikit, dah give up !" omel Aiman Alihan. Topi di kepala, dibetulkan.
"Pak cik... Cakap senang lah ! Badan pak cik okey tak macam saya gemuk !" ujar Eyna Nurina dalam keadaan termengah-mengah.
"Aik, rasa diri tu gemuk ke ?"
Saktinya hati aku. At least aku ni merendah diri.
"Okey-okey, I'm sorry. Jom makan aiskrim." ajak Aiman Alihan sambil menghulurkan tangannya.
Eyna Nurina tetap mendiamkan diri. Dia masih lagi duduk di atas simen. Bibir di cebikkan. Tubuh dipeluk. Konon-konon mahu merajuk.
"Jomlah, puan Eyna oiii ! Saya kiss awak dekat sini baru awak tahu !" kata Aiman Alihan berbau ugutan.
Eyna Nurina segera berdiri. Batu t-shirt yang tersarung di tubuhnya, dibetulkan semula.
Aiman Alihan ni bukan boleh percaya ! Kang tak pasal-pasal ada agenda 18 sx jadi dekat tengah-tengah taman ni kang.
"Haaa good girl !" kepala Eyna Nurina yang berlapik dengan tudung, digosok dengan penuh kasih sayang.
"Ish, cepatlah ! Tadi kata nak makan aiskrim."
Eyna Nurina terlebih dahulu berjalan menuju ke motosikal menjual aiskrim. Aiman Alihan membuntuti langkah isterinya.
"Encik dan adik nak aiskrim apa ?" soal pak cik penjual aiskrim.
"Bagi saya aiskrim jagung dengan aiskrim kacang ya. Berapa ?"
"RM 2, nak." wang bernilai RM 2 bertukar tangan.
"Terima kasih, nak..."
"Sama-sama, pak cik." mereka berdua berjalan menuju ke bangku. Plastik aiskrim jagung dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Nah, pak cik punya." plastik aiskrim kacang dihulurkan kepada Aiman Alihan.
Baru sahaja lelaki itu mahu menyambut huluran tersebut, Eyna Nurina terlebih pantas menariknya semula.
"Eh, mana boleh ! Ini saya punya." kini, plastik aiskrim jagung pula dibuka sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
Aiman Alihan ternganga melihat Eyna Nurina. Mak aih, sekali dua dia telan !
Amazing !
"Haish, patutlah jadi anak gajah..." kata Aiman Alihan perlahan. Kepala digaru.
"Apa pak cik cakap ?"
"Tak ada apa-apa lah. Makanlah dua-dua tu." sindir Aiman Alihan. Eyna Nurina kembali menikmati aiskrim-aiskrim yang dibelinya tadi.
Hurmmm yummy !
Adoi Eyna ni !🤦🏻♂️Sekali 2 dia telan... Memang spesies ular sawa ke apa dia nih😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro