Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 19

MINUMAN Cool Blog yang di pesannya, disedut rakus. Ah leganya tekak ! Kaki disilangkan. Hoodie yang tersarung di tubuh gempalnya, dibetulkan sedikit.

Haish, mana pak cik ni ?! Pergi buang air kecil ke ataupun pergi buat tandas tu ? Rungut Eyna Nurina.

"Hai..." sapa satu suara lunak.

Eyna Nurina mengangkat kepalanya memandang gerangan yang menegur.

Sazzy !

"Tegur saya ke ?" soal Eyna Nurina pura-pura naif. Sazzy merengus geram.

"Eeei, you ni kan. Buat-buat tak tahu pula. I ingatkan otak you sama besar dengan badan you tapi sebenarnya kecik je !"

Pedas sekali kata-kata yang keluar daripada mulut Sazzy. Tanpa dipelawa, gadis seksi itu melabuhkan punggungnya di sebelah Eyna Nurina.

"Oops ! Nasib baik muat."

Eyna Nurina hanya tersenyum geram.

Sabar Eyna sabar... Jangan dilayan sangat orang gila. Pujuk hatinya.

"By the way, macam mana hubungan you dengan abang Han ?"

"Okey je." Okeylah sangat !

"Apa maksud you okey je ? Dia layan you dengan baik ?" soal Sazzy lagi.

"Ya, macam suami isteri lain. Kami bahagia. Dia tak pernah lupa nak beri nafkah zahir dan batin dekat saya." dengan tenang Eyna Nurina menjawab.

Auta lebih !

Wajah Sazzy berubah keruh.

"Nafkah batin ?"

"Ya, kenapa ?"

"Ouh, I tak sangka dia bernafsu dengan perempuan badan besar macam you."

Padu ! Eyna Nurina tertawa. Bukan ketawa gembira ya tapi ketawa geram tahap gaban. Mahu sahaja dia membunuh gadis seksi di hadapannya itu.

Pak cik ni pun satu ! Buang air bukan main lama. Lepastu adik sepupu kesayangan dia ni duk kacau aku. Keluh Eyna Nurina.

"Saya nampak je macam ni tapi luar biasa tau. Jangan pandang rendah pada orang yang berbadan besar !" sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut Eyna Nurina.

Sazzy mencebikkan bibirnya. Makin sakit hati ditambah dengan perasaan cemburu.

"Arrghh !" bentak Sazzy. Beg tangannya di libas kuat.

"Kenapa dengan awak ni ? Gila ke apa meroyan dekat public ni."

"You diam !" jerkah Sazzy.

Eyna Nurina mendepakan kedua-dua belah tangannya. Nampaknya singa sudah mengaum.

Aku menang ! Eyna Nurina tersenyum lebar.

Wajah Sazzy mula kemerahan. Mahu sahaja dia menangis di situ. Hatinya hiba. Nampaknya, abang Han bahagia dengan perempuan gemuk tu.

Habis macam mana dengan aku ?! Hati Sazzy meronta.

"Annoying..." ujar Eyna Nurina perlahan sebelum kembali menyedut air minumannya.

"Sorry lambat Eyna. Eh, Sazzy pun ada ?!"

Aiman Alihan yang baru sahaja keluar dari tandas, segera mendapatkan isteri dan sepupu perempuannya. Dahinya berkerut.

"Erm abang, Sazzy rindu abang !" luah Sazzy sambil mencebik manja.

Gedik !

"Alololo, abang pun rindu Sazzy." mereka saling berpelukan mesra. Eyna Nurina hanya memerhati.

Eww geli ! Boleh buat drama TV 3 ni. Mesti gempak punya !

"Sazzy buat apa dekat sini ?" soal Aiman Alihan pelik.

"Sazzy shopping. Abang ?"

"Abang teman permaisuri hati abang ni shoping. Katanya bosan duduk rumah." serentak itu, pinggang Eyna Nurina dirangkul erat.

"Ohhh..." jelas kelihatan wajah Sazzy kecewa.

Permaisuri hati ea ?

"Abang, Sazzy laparlah. Jomlah kita makan..." ajak Sazzy dengan nada suara manja. Wajah dimaniskan.

Eyna Nurina tidak mahu mengaku kalah. Dia bertindak berani dengan membalas rangkulan Aiman Alihan.

"Abang, sayang pun laparlah. Hurmmm..." rengek Eyna Nurina manja. Aiman Alihan terkedu.

Sempat dia menjeling sekilas wajah selamba Eyna Nurina. Sedangkan dia ?

Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula membasahi dahi. Wajahnya mula berbahang.

"Okey, sayang. Jom kita makan. Jom Sazzy !" ajak Aiman Alihan. Sazzy tersenyum.

Eyna Nurina terus menarik Aiman Alihan berjalan menuju ke restoran yang terdapat di mall tersebut. Mereka meninggalkan Sazzy yang terkulat-kulat di situ.

Sazzy mengetap bibirnya. Beg digenggam kemas. Kakinya dihentak. Geram !

Dasar perempuan gemuk ! Berani kau main-main dengan aku ya. Tunggu kau perempuan gemuk !!!

✿✿✿

AIMAN ALIHAN mencuri-curi pandang Eyna Nurina yang masam mencuka di sebelah. Kenapa dengan dia ? Sejak mereka berpisah dengan Sazzy, gadis itu terus menyepi dan dingin terhadapnya.

Kereta Chevrolet Corvette miliknya dipandu melalui jalan lain. Tidak melalui jalan biasa. Dahi Eyna Nurina berkerut.

"Eh, kita nak pergi mana ni ?"

Aiman Alihan tidak membalas. Eyna Nurina merengus.

"Hei, saya tengah bercakap dengan pak cik ni !"

Aiman Alihan mencebik.

"Ingatkan gila bercakap sorang-sorang." ujar Aiman Alihan dalam nada suara perli.

"Huh !"

Aiman Alihan menyembunyikan senyumannya. Nampaknya Eyna Nurina yang lama sudah kembali !

"Rahsia. Nanti awak tahulah."

"Fine !" Eyna Nurina mengalah.

Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya, dia dikejutkan dengan suara Aiman Alihan. Mata kembali di celik.

"Eyna, kita dah sampai !"

Eyna Nurina memandang sekeliling. Pantai yang agak lenggang pada suasana malam.

Macam tenang je...

"Kita buat apa dekat sini ? Kenapa tak balik rumah je terus ?" soal Eyna Nurina terpinga-pinga.

"Saja nak berasmara dengan isteri kesayangan saya ni." sindir Aiman Alihan.

Berasmara ? Dengan pak cik tua ni ?

Dengan orang lain mungkin ya tapi kalau dengan dia...

NO !!!

"Jangan merepek lah ! Jomlah turun."

Eyna Nurina mula keluar daripada perut kereta. Dia mula mencari tempat duduk. Punggung dilabuhkan. Aiman Alihan mengikut rentak isterinya.

"Wah ! Sedapnya angin dekat sini."

"Dah nama pun pantai." kata Aiman Alihan selamba. Eyna Nurina mencebik.

Matanya terarah kepada pasangan yang agak romantik yang sedang menikmati keindahan pantai pada waktu malam.

Romantiknya diaorang. Muda sama muda. Tak macam aku. Cemburu Eyna Nurina.

Eyna Nurina tersentak apabila menyedari ada satu tangan sasa memeluk pinggangnya. Dengan pantas, dia menoleh ke arah pemilik tangan tersebut.

Aiman Alihan...

"Apa ni ?!" dia mula meronta namun gagal.

Akhirnya, dia mengalah. Tidak mahu menghabiskan tenaganya. Cukuplah siang tadi dia terpaksa menadah telinga mendengar kata-kata pedas yang keluar daripada mulut 'sepupu kesayangan' Aiman Alihan.

"Diaorang memang romantik. Muda sama muda. Tapi kita berbeza, umur kita memang jauh tapi... Cinta tak memandang usia." bisik Aiman Alihan.

Eyna Nurina tetap membatukan diri. Dia terkejut dengan apa yang terjadi.

"Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukannya. Mula-mulanya hati kata tak sayang, meluat, benci tapi lama-lama, perasaan cinta dan sayang mula terbit di hati..." sambung Aiman Alihan.

Eyna Nurina terlopong.

Tak sangka lelaki seperti Aiman Alihan akan berkata demikian. Hilang terus keganasannya. Yang ada kini adalah lelaki penyayang dan lembut.

Kenapa dengan aku ni ? Takkan aku cair lepas dengar ayat yang keluar daripada mulut dia ?

Apa maksud ayat dia tu ?

Oh no jgn ckp Eyna dah jatuh cinta dengan pak cik annoying🙀😂


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro