Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 15

EYNA NURINA merengus geram. Aiman Alihan dipandang serius. Kecik besar, kecik besar je aku tengok mamat ni !

"Why ?" soalnya bersahaja.

"Pak cik ni memang kan !"

"Apa yang saya buat ?" dia berpura-pura seperti tidak faham.

"Jangan buat-buat tak tahu boleh tak ?! Kenapa layan ibu macam tu ? Berdosa tahu tak ?! Hei, sedarlah sikit. Ibu yang lahirkan pak cik. Adab tu cuba jaga sikit !" hambur Eyna Nurina geram.

Aiman Alihan kekal diam. Tidak tahu apa yang patut dia balas. Sentap lah tu...

"Saya dah tahu semuanya. Ya, memang salah ibu tapi dia tetap ibu pak cik. Tolong lah pak cik..." sambungnya lagi.

Aiman Alihan menghela nafas berat. Wajah bersih si isteri ditenung tanpa perasaan.

"Awak tak faham..."

"Saya tak faham ?! Deyyyyyy pak cik, memang lah saya tak faham dan takkan faham tapi cuba lah maafkan dia."

Aiman Alihan tidak berkata apa-apa. Dia terus meninggalkan Eyna Nurina yang terkedu di situ. Gadis itu kaku.

"Hei, saya tak habis cakap ni !" jerit Eyna Nurina geram.

Aiman Alihan termenung di atas sofa. Perasaan bersalah dan menyampah menguasai diri. Akhirnya, perasaan menyampah dipilih.

Ah, wanita itu tak tahu malu ! Dah lah perangai macam perempuan jalang, lepastu terkedek-kedek datang balik. Arrrghh stressnya !

✿✿✿

EYNA NURINA memicit-micit kepalanya yang agak pening. Kejadian petang tadi membuatkan dirinya ragu-ragu dengan Aiman Alihan.

"Ibu cerita slow-slow. Insya-Allah, Eyna faham..." pintanya dengan nada suara lembut.

Puan Mastura menarik nafas sebentar sebelum mula bercerita. Sesekali matanya mencuri pandang wajah suci milik anak menantunya itu.

"Dulu, ibu belajar dekat U.K sama dengan papa Han. Kami jatuh cinta dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan kami diterima keluarga. Namun..."

Puan Mastura mengeluh panjang. Eyna Nurina setia menunggu dengan sabar.

"Hubungan kami suami isteri dingin selepas bekas kekasih papa Han datang semula. Masa tu, papa Han ada kerja di Sabah, tinggallah ibu sorang di rumah. Rupa-rupanya perempuan tu fitnah ibu bawa lelaki lain masuk ke dalam rumah..."

"Papa percaya ?" soal Eyna Nurina geram.

Puan Mastura mengangguk lemah sebelum menyambung.

"Papa ada kelemahan iaitu mudah percaya kata orang dan juga suka tolong seseorang tanpa tahu niat sebenar seseorang tu..."

Eyna Nurina terdiam seketika. Otaknya ralit berfikir.

"Perempuan tu mama Lisa ke ?" Puan Mastura menggelengkan kepalanya.

"Tak, perempuan yang memfitnah itu hilang entah ke mana. Lepas beberapa bulan kami bercerai, papa Han kahwin lain dengan Lisa."

"Jadi mama Lisa bukan mama kandung abang Han lah ?!" Eyna Nurina terkejut.

"Ya, sayang..."

"Lepastu apa jadi, ibu ?"

"Haish, lepas kami berpisah, nek bonda, papa Han dan juga Han benci ibu..."

Belakang Puan Mastura diusap perlahan. Satu kucupan lembut dihadiahkan. Puan Mastura jelas terkejut.

"Kamu tak jijik ke dengan ibu ?" soal Puan Mastura dengan nada suara bergetar-getar menahan sebak.

"Jijik ? Untuk apa jijik ? Walau macam mana pun, ibu tetap mak mertua Eyna. Tak patut papa, nek bonda dengan abang buat macam tu ! Tak apa, Eyna tetap sayang ibu. Nanti Eyna cuba pujuk abang..."

Puan Mastura tersenyum pahit. Dia bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan mendapat anak menantu yang baik.

"Eyna kenal nek bonda ke ?"

"Errr sebenarnya tak pun. Siapa nek bonda tu ?" Eyna Nurina tersengih malu.

"Nek bonda tu nenek kepada Han, sayang" Dia hanya angguk sebagai respon ringkas.

"Kenapa Eyna tak pernah nampak dia ? Masa Eyna kahwin pun dia tak ada."

"Ouh, masa kamu kahwin tu dia dekat Jepun. Melawat adik dia dekat sana." terang Puan Mastura tenang.

Patutlah...

"Hurmmm kalau Eyna tanya sesuatu, ibu jangan terasa boleh ?" pinta Eyna Nurina cuak.

"Boleh sayang. Apa dia ?"

"Ibu tinggal dekat mana sekarang ni ? Nanti boleh lah Eyna melawat sana"

Puan Mastura terdiam dalam beberapa minit sebelum kembali bersuara.

"Tak pe lah. Lagipun rumah ibu buruk. Tak sesuai untuk kamu." tolak Puan Mastura lembut.

"Ibu..." tegurnya dengan lembut tapi agak tegas.

"Err... Ini alamatnya" dengan teragak-agak dia menghulurkan sebuah kertas kecil kepada Eyna Nurina.

Dia tersenyum sendiri. Begitu besar rupanya dugaan yang ibu laluinya. Macam mana lah kalau aku dekat tempat dia ? Bunuh diri rasanya ! Ibu memang tabah...

✿✿✿

MALAM itu, Aiman Alihan dan Eyna Nurina tiba di rumah agam milik keluarga Eyna Nurina tepat pada pukul 8 malam kerana terdapat kenduri kesyukuran diadakan.

Suasana agak lenggang. Maklumlah, para tetamu belum lagi datang. Yang ada sekarang ni hanyalah saudara mara yang lain.

"Assalamualaikum..." ucapnya.

"Waalaikumsalam, masuk lah. Kami dekat dapur ni." ujar beberapa suara dari dapur.

Eyna Nurina melangkah ke ruang dapur manakala Aiman Alihan pula duduk di sofa.

"Eh, kak angah. Dah lama tak jumpa !" tubuh Eyna Nurina dipeluk erat oleh adik-adik sedaranya.

"Tu lah, kak angah rindu korang sangat-sangat"

"Mana jajan kitaorang ? Mak su kan suka belanja kitaorang jajan..." Munir mencebikkan bibirnya. Eyna Nurina tertawa kecil.

"Mestilah ada tapi jajan tu semua ada dekat suami kak ngah. Pergi lah borak-borak dengan dia."

Mereka berlari mendapatkan Aiman Alihan. Tubuh sasa itu pula dipeluk. Aiman Alihan tersengih malu.

"Hai, abang su."

Abang su ? Hurmm nampak janggal tapi comel...

"Hai, nak jajan tak ? Kalau nak, kena kiss dulu" pinta Aiman Alihan.

Plastik berisi makanan ringan ditayangkan. Sengaja mahu membakar. Secara tiba-tiba, kedua-dua belah pipinya dikucup rakus.

"Ha nasib baik cium. Nah, makan lah sampai kembung." beg plastik bertukar tangan.

Masing-masing berebut mendapatkan beg plastik yang berisi makanan ringan. Aiman Alihan tersenyum nipis.

"Ehem..." tegur seseorang.

Dengan segera dia menoleh ke arah gerangan yang menegurnya. Encik Zul tersengih.

"Eh, ayah..." tangan tua milik Encik Zul disalam.

"Ayah konon ! Tak payahlah. Guna je lah panggilan biasa." bebel Encik Zul. Aiman Alihan tersengih.

Keadaan senyap seketika. Encik Zul merenung wajah segak milik anak menantunya. Tak sia-sia dia menjodohkan mereka.

"Errr kenapa kau pandang aku macam tu ?" soal Aiman Alihan pelik.

"Tak ada lah. Cuma aku tak percaya yang gengster terbesar macam kau ni boleh berubah." ujar Encik Zul ikhlas.

Aiman Alihan tersenyum.

"Aku pun tak sangka, Zul." balasnya ringkas. Encik Zul angguk setuju.

"Tapi... Bila kau nak bagitahu Eyna ? Bahaya kalau dia tahu sendiri."

Aiman Alihan mengeluh. Ada betul jugak apa yang dikatakan oleh Encik Zul.

"Aku pun ada terfikir tapi nak buat macam mana kan, masa tak mengizinkan. Tapi aku tetap akan bagitahu siapa aku yang sebenarnya dekat dia." nekadnya.

"Baguslah tu, aku doakan yang baik-baik sahaja. Aku nak tengok korang bahagia..."

"Amboi, dua beranak ni. Bukan main rancak borak." tegur Puan Heliza sebelum duduk di sebelah suaminya.

"Biasalah ma, diaorang ni bukan boleh jumpa. Ada je yang nak diborak..." sindir Eyna Nurina sambil tersengih.

Encik Zul dan Aiman Alihan tertawa malu. Mereka sambung berbual tanpa menyentuh mengenai siapa sebenarnya Aiman Alihan.

✿✿✿

EYNA NURINA bermalas-malasan di atas katil. Manakala, Aiman Alihan pula sedang menyikat rambutnya sebelum turut baring di sebelah si isteri.

"Eyna..." panggilnya lembut.

"Hurmm..." dibalas ringkas.

"Nak tanya sikit boleh tak ?"

"Tak." Aiman Alihan mengeluh kecewa. Eyna Nurina tertawa selepas melihat wajah kecewa Aiman Alihan.

"Saya saja je lah, tanya lah.

Wajah Aiman Alihan kembali ceria.

"Kenapa mama Heliza nampak muda eh ? Macam baru nak masuk 40 an je..."

Tadi kata sikit, ni bukan main banyak !

"Ooo ayah dengan mama memang kahwin mudalah. Diaorang kenal sejak zaman universiti lagi."

Aiman Alihan mendengar dengan teliti. Dia kembali tersenyum. Manis rupanya cinta mereka.

"Pak cik dah tanya saya, giliran saya pulak yang tanya pak cik !" ujar Eyna Nurina.

"Baiklah, apa dia ?"

"Kenapa pak cik tak bagi ibu peluang kedua ?" soal Eyna Nurina berani mati.

Wajah Aiman Alihan berubah serta-merta. Tiada senyuman di wajahnya.

" Saya tidur dulu..." ujarnya dingin.

Badan di pusing membelakangi Eyna Nurina. Mata dipejam rapat. Eyna Nurina menjadi serba salah.

"Pak cik..."

"Diam saya nak tidur ! Jangan lupa tutup lampu." sempat Eyna Nurina berpesan.

Dengan wajah cemburut Eyna Nurina akur.

"Ye lah..." lampu ditutup. Suasana bilik gelap gelita.

Eyna Nurina mula memejamkan matanya. Aiman Alihan menyembunyikan senyumannya.

Maafkan saya, Eyna. Saya masih lagi belum bersedia...

APALAH MASALAH SI HAN NI ?🙃


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro