𝔹𝕒𝕓 12
Bang !!! Bang !!! Bang !!!
BUNYI bising beberapa das tembakan bergema di sebuah rumah agam yang agak besar. Seorang lelaki berwajah bengis meletakkan pistol digunakan untuk menembak tadi di atas meja kopi.
Kakinya diangkat lalu turut sama diletakkan di atas meja kopi. Agak biadap tapi kisah apa dia ! Matanya merenung setiap manusia yang berada di hadapannya.
" Kenji !" panggil lelaki tersebut dengan nada suara yang agak tegas.
" Ya, boss !" balas jejaka bernama Kenji itu. Dia berdiri di sebelah lelaki yang berwajah bengis.
" Lu dah jumpa belum budak bodoh tu ?! Wa tak sabar nak tembak muka dia..." ujur lelaki tersebut dengan penuh dendam.
Kenji mengeluh panjang sambil menggelengkan kepalanya. Dia sudah bersedia untuk dimaki oleh lelaki bengis itu.
" Belum lagi, Leong. Sekarang ni kitaorang tak tahu dia dekat mana." terang Kenji gugup.
Lelaki bengis yang bernama Leong itu merengus benci. Arrghhh selagi kau tak mati, selagi tu aku takkan tenang, Dragon !
Disebabkan kau adik perempuan aku bunuh diri ! Disebabkan kau tolak cinta dia, dia sanggup buat macam tu ! Disebabkan kau ! Aku akan pastikan kau mati...
" Susah sangat ke nak cari budak tu ?! Agak dah mampus ke apa !" tengking Leong.
Kenji hanya mendiamkan dirinya. Takut mahu menjawab.
" Maafkan, aku. Nanti aku suruh budak-budak ni cari." ujur Kenji perlahan.
Leong merenung tajam ke arah Kenji. Dia bangun dari duduknya. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.
" Aku nak korang cari lagi budak bodoh tu sampai jumpa. Tak tahan aku nak dengar Leong maki hamun lagi !" arah Kenji kepada konco-konconya.
Mereka saling memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk. Senjata api di dalam kocek dikeluarkan.
Siap sedialah Dragon !
✿✿✿
"SO, siapa mangsa kita untuk malam ni ?"
Mereka saling berpandangan. Lagi-lagi Eyna Nurina. Bibirnya menguntum senyuman. Senyuman penuh makna.
"Cik Wan Arissa..."
Syaf dan Ilya saling berpandangan. Manakala, Juwita pula mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Beraninya awak nak attack Cik Wan Arissa. Setahu saya, dialah antara lecture kita yang paling garang." ujar Juwita dengan mimik muka ketakutan.
Eyna Nurina merengus geram. Lengan Ilya ditarik rapat dengannya. Dia mula berbisik.
"Weh Ilya, budak mana yang kau kutip ni ?" soal Eyna Nurina geram.
"Eh, kau ingat senang ke nak cari budak suruhan ni. Ni pun dia sendiri yang rela tau !"
Eyna Nurina mencebik. Matanya menjeling tajam ke arah Juwita.
"Dahlah, sekarang ni, aku nak kau Juwita jadi hantu. Biar kitaorang yang make-up kan. Cepat !" lantang Eyna Nurina.
Juwita yang dari tadi ketakutan, terus setuju. Lagi dia takut melihat wajah berang milik Eyna Nurina. Dengan terpaksa, Juwita merelakan dirinya disolek dengan jurusolek 'profesional'.
Tepat jam 2 pagi, Eyna Nurina and the geng sudah pun bersiap sedia untuk mengenakan Cik Wan Arissa. Pakaian gaun putih sudah pun tersarung di tubuh kecil milik Juwita. Rambut palsu yang dibeli, terletak elok di atas kepalanya.
Kini, giliran Syaf dan Ilya pula menjalankan tugas mereka. Dengan tenaga yang ada, Syaf menggoncang kuat khemah milik Wan Arissa dan rakan-rakannya.
Manakala, Ilya pula memain peranan sebagai pembuat suara cik pon olok-olok. Ehem-ehem... Satu... Dua... Tiga !
" Hihihihi.... Wan Arissa... Hihihihi."
Eyna Nurina diberi tugas sebagai tukang pemerhati dan tukang arah.
"Lagi Ilya lagi ! Kuat sikit suara tu." arahnya dalam nada suara berbisik. Ilya yang faham, segera membuatnya.
" Hihihihi... Wan Arissa... Saya nak teman awak..."
Wan Arissa terjaga dari tidurnya setelah merasakan khemah yang didudukinya bergoncang dengan sangat kuat dan juga kedengaran namanya disebut dari luar.
" Si-siapa tu ?! Tak lawak lah !" marahnya gementar. Peluh mula membasahi dahi.
Zip khemah perlahan-lahan dibuka. Dia ingin melihat apa yang berlaku di luar sana. Baru sahaja dia ingin keluar dari khemah, dia dikejutkan dengan sesuatu yang ngeri !
" Wan Arissa... Saya datang... Huh !"
Serentak itu, kelihatan 'seekor' lembaga putih berdiri betul-betul di hadapannya. Kelihatan lembaga tersebut sedang tersenyum lebar. Matanya bulat membesar.
" Arrgghh !!!" jerit Wan Arissa sekuat-kuatnya sebelum badannya terkulai. Rakan-rakan sekhemah dengannya terbangun sebelum mereka segera mendapatkan wanita itu.
" Rissa kenapa ni ? Rissa bangun..."
" Alamak ! Lari-lari weh !"arah Eyna Nurina sebelum berlari masuk ke dalam khemah dengan diikuti oleh Juwita, Syaf dan Ilya. Pakaian dan rambut palsu yang dipakai oleh Juwita, segera ditanggalkan.
Keadaan yang gelap, menjadi terang benderang akibat cahaya lampu dari luar. Sah ! Keadaan menjadi kecoh. Nasiblah nak...
✿✿✿
PAGI itu, terdapat taklimat ringkas diadakan bagi meneruskan aktiviti yang akan berlangsung. riak wajah Syaf, Ilya, Juwita dan Eyna Nurina tetap tenang seakan-akan tiada apa yang berlaku.
"Jadi itulah antara peraturan-peraturan sebelum masuk ke hutan. Pagi ini, anda semua akan menyertai aktiviti jungle tracking. Jadi saya nak awak semua bersedia dari segi mental dan fizikal."
Para peserta mendengarnya dengan teliti. Maklumlah, tak pernah masuk hutan katakan.
"Erm... Para lecturer ada nak tambah apa-apa ?"
Kelihatan Prof Zakiah mengambil alih. Mikrofon bertukar tangan. Kelihatan wajah Prof Zakiah serius.
"Semalam, ada satu kejadian berlaku. Saya sendiri pun tak sangka benda ni jadi. Saya ingatkan benda ni jadi sebab nasib yang menimpa kita rupanya ada sekumpulan manusia yang kejam terhadap lecturer mereka sendiri..."
Wajah Eyna Nurina and the gang bertukar pucat. Seakan-akan tiada darah.
Para peserta mula saling berbisik antara satu sama lain. Eyna Nurina mengetap bibirnya. Jangan cakaplah kantoi !
"Saya nak yang terlibat jumpa saya lepas ni. Mereka patut menerima hukuman !"
"Jangan cuba nak larikan diri, ada mata-mata yang dapat menangkap perbuatan terkutuk awak semua ! Jangan sampai saya sendiri yang tangkap..." sambung Prof Zakiah.
Syaf mendekatkan wajahnya dengan telinga Eyna Nurina sebelum dia berbisik sesuatu.
"Weh weh, kau nak jumpa ke ?"
Dengan tenang Eyna Nurina membalas, "Jumpa je lah."
Ilya dan Syaf saling berpandangan. Masing-masing terkejut dengan kata-kata Eyna Nurina.
Beraninya dia !
"Eyna..." panggil Putera Harry perlahan. Eyna Nurina memandang malas wajah Putera Harry.
"Hurmmm ?"
"Awak tak terlibat kan ?"
Hampa. Eyna Nurina hanya mengabaikan soalan dari Putera Harry. Wajahnya tetap selamba.
"Just wait and see Harry..."
Putera Harry tergamam. Dia tersentak. Matanya tidak lepas memandang wajah tenang milik Eyna Nurina.
Tak mungkin dia terlibat !
✿✿✿
"KAMU berempat fikir apa yang kamu buat ni betul ? Apa salah Cik Wan Arissa sampai dia kena macam tu ? Apa ? Saya tak sangka kamu semua macam ni. Perangai makin menjadi-jadi. Jangan sampai pihak universiti buang kamu !"
Masing-masing menundukkan wajah. Tidak sanggup dimarah lagi. Namun, Eyna Nurina tetap selamba. Bibirnya mengoyakkan senyuman.
"Kamu Eyna, kenapa ?! Gila ke apa senyum senyum ? Kamu fikir dengan senyuman kamu tu boleh tebus semula kesilapan kamu ?!" berang Prof Zakiah.
"Tapi saya..."
"Dah dah saya dah tak nak dengar. Doktor Han, sila uruskan yang lain ya. Bagi denda dekat diaorang ni !" tugas bertukar.
Aiman Alihan mengangguk. Dengan tegas, dia mengarah.
"Ikut saya !"
Nak tak nak, mereka ikut juga. Wajah masing-masing masam mencuka. Bersedia menerima hukuman.
Kini, mereka berlima betul-betul di sebuah paya yang agak besar keluasannya. Eyna Nurina tergamam.
Kenapa paya ?! Kotor !
"Kita nak buat apa ni doktor ?" soal Syaf gugup. Aiman Alihan tersenyum penuh makna.
"Haaa saya nak ajar awak semua berenang dalam paya. Amacam ?" Senyuman sinis diberikan.
What ?! No !!!
"Ta-tapi doktor, tak ada cara lain ke ? Tolonglah doktor..." Eyna Nurina mula bersuara.
Tidak sanggup rasanya dia mahu 'berenang' di dalam lumpur yang kotor itu. Ewwww !
"Cara lain ? Cara apa yang awak maksudkan tu, Puan Eyna ?" soal Aiman Alihan buat-buat tidak faham.
"Errr ikut saya sekejap." tangan Aiman Alihan ditarik menuju ke belakang stor. Syaf, Ilya dan Juwita hanya memerhati dari jauh.
"Apa awak nak ?"
"Please lah, saya tak nak buat hukuman tu. Tolonglah bebaskan kami. Kami janji takkan buat lagi." rayu Eyna Nurina.
Aiman Alihan mula memeluk tubuh. Dia tersenyum penuh makna. Memerhati gerak-geri Eyna Nurina.
"Baik, boleh. Saya boleh bebaskan awak semua tapi dengan satu syarat."
"Apa dia ?"
"Kiss my lips..."
Mata Eyna Nurina terbutang. Jantungnya seakan-akan terhenti.
Kiss my lips ?!!!
Ayokkkk Eyna😂Agak-agak dia nak buat ke ?👀
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro