Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 10

PINTU rumah ditolak dengan perlahan. Sunyi. Kosong. Aiman Alihan mengerling sekilas jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 5 petang. Nampaknya isterinya masih lagi belum pulang.

Dia menuju ke bilik tidurnya. Badan direbahkan. Empuknya ! Dia tersenyum senang. Baru sahaja dia ingin menutup matanya, pintu bilik dibuka dari luar.

Rupa-rupanya Eyna Nurina yang baru sahaja pulang dari universiti. Gadis itu terkejut apabila melihatnya yang sedang terbaring di atas katil.

"Terkejut saya ! Dah balik rupanya."

Aiman Alihan bangun dari pembaringannya.

"Awak baru balik dari u ke ?"

"Haah." Aiman Alihan mengangguk.

Eyna Nurina masih lagi berdiri tegak di pintu. Rasa berat pula mahu melangkah masuk.

"Errr saya mengganggu ke ?" soal Eyna Nurina terkulat-kulat.

"Tak ada lah. Meh sini sekejap." pinta Aiman Alihan sambil menepuk-nepuk tilam agar Eyna Nurina duduk di sebelahnya.

Nak pergi ke ? Kalau tak pergi, mau mengamuk orang tau ni karang. Kalau pergi, macam mana kalau dia rogol aku ? Nak tak nak Eyna Nurina akur.

"Nak apa ?"

"Kenapa balik lambat ? Bahaya tahu tak ? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana ? Saya yang susah." Eyna Nurina menundukkan wajahnya.

"Saya lepak berdua dengan Syaf tadi." terang Eyna Nurina gugup.

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh. Ini lah orang muda. Kerjanya lepak je. Bila nak berjaya ?!

"Lepak ? Awak tu dah bersuami. Cuba ingat sikit status awak tu."

Eyna Nurina berdecit geram. Dia mengetap bibirnya.

"Ini semua salah Putera Harry !" omelnya perlahan. Namun, di dengar oleh Aiman Alihan.

"Siapa Putera Harry ?"

Eyna Nurina tersentak. Aduh, bongok lah ! Dia dengar lah pula.

"Errr ka-kawan saya."

Aiman Alihan masih lagi tidak percaya. Kawan ? Boleh percaya ke ni ?

"Siapa budak si Putera Harry tu ? Kacak sangat ni ? Saya ni antara lelaki yang paling kacak tau dekat dunia."

Pfft ! Eyna Nurina tersenyum. Cuba menahan tawa yang terasa seperti mahu meletup.

"Apa senyum-senyum ? Saya seriuslah !"

Eyna Nurina tetap mendiamkan diri. Malas mahu bertekak dengan Aiman Alihan.

Aiman Alihan merengus geram. Telefon pintarnya dicapai sebelum nombor seseorang didail. Dahi Eyna Nurina berkerut. Tidak faham dengan bahasa asing yang digunakan oleh suaminya.

"Khai, Wǒ yào nǐ gàosù wǒ de nánháimen zhǎodào yīgè jiào hālǐ wángzǐ de nánhái. Huòqǔ yǒuguān tā de suǒyǒu xiángxì xìnxī, ránhòu jiāo gěi wǒ. Rúguǒ méiyǒu, wǒ huì shāle nǐ ! (Khai, aku nak suruh kau arahkan budak-budak aku supaya cari budak yang bernama Putera Harry. Dapatkan segala maklumat pasal dia berikan kepada aku. Kalau tak, aku bunuh korang !)" arah Aiman Alihan tegas.

Eyna Nurina mula kecut perut. Walaupun tidak faham apa yang dikatakan oleh suaminya namun dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena.

"Shā sǐ ? (Bunuh ?)" soal Khai gementar.

"Shì de, qǐng quèbǎo kěyǐ ! (Ya, pastikan korang dapat !)"

"Alright, Dragon." selepas itu, panggilan dimatikan.

Aiman Alihan kembali memandang wajah pucat Eyna Nurina. Dia kembali tenang. Seakan-akan tiada apa yang berlaku.

"Pak cik tel-telefon siapa tu ?" soal Eyna Nurina cuak.

"Bakal madu kau." balas Aiman Alihan selamba.

Cis !

"Cuba lah kalau berani ! Saya rosakkan majlis tu nanti." Eyna Nurina mula berang.

Aiman Alihan ketawa.

"Takkan punya sebab masa saya nak nikah nanti, saya sumbat awak dalam reban. Duduk dalam tu diam-diam !"

Eyna Nurina mula menyingsingkan lengan bajunya. Mata dibesarkan. Seakan-akan marah.

"Pak cik ingat saya ni ayam ke nak dok sumbat-sumbat dalam reban ?!" bentak Eyna Nurina.

"Memang awak ayam pun. Ayam betina yang kuat makan !"

Arrgghh makin menjadi-jadi mulut puaka orang tua ni. Menyakitkan hati je !

"Dah lah, malas saya nak layan pak cik. Dah tua pun perangai macam lagi macam budak-budak !"

Eyna Nurina segera bangun. Baru sahaja dia ingin melangkah ke bilik air, kakinya tersepak kaki katil. Dia terduduk kesakitan.

"Auch ! Sakit !" rintihnya.

"Ya Allah, Eyna !" Aiman Alihan segera mendapatkan isterinya. Tubuh gempal itu ditarik.

"Awak okey tak ni ? Boleh jalan ?"

Eyna Nurina tidak menjawabnya. Kesakitan semakin terasa di kakinya. Pedih. Wajahnya mula kemerahan. Air mata cuba ditahan supaya tidak mengalir.

"Hiks... Mama... Ayah... Sakit..."

Aiman Alihan hilang arah. Dengan tenaga yang ada, dia membawa Eyna Nurina kembali duduk di birai katil.

"Hei, shhh... Saya ada ni. Ni saya Han. Suami awak." Aiman Alihan cuba menenangkan Eyna Nurina.

"Hik sakit. Ka-ki saya sakit..."

Aiman Alihan mengambil kedua belah kaki Eyna Nurina lalu diletakkan di atas ribanya. Jari kaki tersebut di belek dengan teliti. Kelihatan kesan lebam di jari kaki belah kanan milik Eyna Nurina.

"Saya cuba urut ya ?" dengan perlahan-lahan, Aiman Alihan mula mengurut.

Dahi Eyna Nurina berkerut menahan sakit. Dia menghalang Aiman Alihan daripada terus mengurut kakinya.

"Jangan. Saya dah okey."

"Betul ni ?" Aiman Alihan masih lagi kerisauan.

"Betul..." akhirnya, dia mengangguk mengalah.

"Saya nak minta maaf. Kalau tak disebabkan mulut saya, awak takkan kena macam ni." pohon Aiman Alihan.

Eyna Nurina tersenyum nipis. Dia tertawa.

"Ha tahu pun !" mata Aiman Alihan membutang.

Ooops ! Apa kau cakap ni Eyna ?! Orang dah minta maaf, boleh pula kau cakap macam ni. Tak reti bersyukur betul lah kau ni ! Kutuk hatinya.

"Err ok-ok. Pak cik, saya laparlah. Nak makan..." lengan sasa Aiman Alihan ditarik lembut.

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Dia bingkas bangun.

"Haish, nasib baiklah saya ni baik. Saya masak sekejap. Nanti saya panggil." ujar Aiman Alihan sebelum melangkah keluar dari bilik.

Eyna Nurina tersenyum. Senang rupanya nak jinakkan orang tua ni. Kakinya yang masih lagi sakit hanya dibiarkan begitu saja. Makan lebih penting !

Trit... Trit... Trit...

Beberapa mesej masuk serentak. Eyna Nurina membuka aplikasi Whatapps lalu group 'Gadis-Gadis Meletop' ditekan.

Syaf: Geng, aku dengar cerita Prof Husna nak buat kem untuk budak-budak fakulti kejuruteraan. Korang nak join ke ?

Ilya: Macam best je. Aku join lah. Jomlah Syaf !

Syaf: Cun ! Aku pun join sekali. Kau Eyna ? Doktor Han izinkan tak ?

Aku tak pastilah geng.
Dia tu bukan boleh percaya !

Syaf: Cuba kau try pujuk dia. Mana tahu hati dia sejuk nak bagi kau pergi ! Hahaha...

Ilya: Haish, susahnya bila dah kahwin ni. Terbatas. Apa-apa semua kena minta izin suami dulu.

Eyna Nurina tersengih. Tahu pun kau Ilya ! Kau fikir aku nak sangat ke ?

Haaaa itulah masalahnya !
Okeylah, aku off sekejap. Laki aku tengah
masak tu. Aku lapar. Bye !

Syaf: Ayooo makan je tahu ! Mana tak besar ?!

Ilya: Ish kau ni Eyna !

Eyna Nurina tertawa kecil. Telefon pintarnya diletakkan semula di atas tilam. Dengan langkah perlahan-lahan, dia menuruni tangga. Dapur dituju.

Kelihatan Aiman Alihan sedang lincah bermain api di dapur. Aroma ayam masak merah mula menusuk hidung Eyna Nurina. Terliuh !

"Eh, cepatnya turun. Saya tak panggil lagi."

"Saya bosanlah duduk bilik tu sorang-sorang. Lagipun dapatlah saya tengok pak cik masak."

Aiman Alihan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia kembali menyambung memasak.

Fikiran Eyna Nurina melayang entah ke mana. Tubuh sasa Aiman Alihan ditatap lama. Ototnya sungguh besar tapi...

Kenapa sepanjang mereka berkahwin, Aiman Alihan tidak pernah sekali pun menunjukkan kulit badannya. Takkan dia malu ? Hish !

Aku kena buat sesuatu. Dapat tengok sekali pun jadilah !

✿✿✿

SUASANA di meja makan agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga antara satu sama lain. Eyna Nurina mencuri-curi pandang wajah tenang milik Aiman Alihan. Aiman Alihan yang perasan, berasa tidak selesa dan segera menegur.

"Awak kenapa ni ? Kaki tu makin sakit ke ? Kalau ya, esok saya bawa awak pergi klinik."

"Eh, tak payah. Setakat lebam macam ni baik tak payah. Simpan je lah duit pak cik tu." tolak Eyna Nurina.

"Habis tu ? Dari tadi asyik pandang saya kenapa ?"

Aduh ! Miang betul lah kau ni Eyna ! Kan orang tua ni dah perasan.

"Saja pandang." Aiman Alihan membalasnya dengan anggukan sebelum kembali menjamu makanannya.

"Belajar macam mana ? Ada masalah tak dekat u tu ?"

Eyna Nurina memandang sekeliling. Dia cakap dengan aku ke ? Tapi kena dia tak pandang aku ?

"Ya, saya tengah bercakap dengan awaklah ni." kata Aiman Alihan lagi. Kepalanya kembali diangkat memandang Eyna Nurina.

Ish ! Ingatkan gila cakap sorang-sorang.

"Belajar okey je."

"Hurmmm..." itu je ?!

"Awak ambil apa ?" lah, ingatkan dah senyap. Rupanya ada lagi nak ditanya.

"Saya ambil engineering."

"Oh ! Susah tak ? Boleh bawa ?"

"Boleh tahan..."

Suasana kembali senyap. Eyna Nurina mengetap bibirnya. Geram. Macam mana nak minta izin ni ?!

"Erm... Pak cik !" panggil Eyna Nurina. Aiman Alihan kembali memandangnya.

"Ya ?"

"Kalau saya nak minta izin boleh ?" soal Eyna Nurina gementar. Dia mengoyakkan senyuman lebar.

"Minta izin apa ?"

"Err universiti saya ada buat kem untuk kami yang ambil jurusan kejuruteraan. Saya nak turut serta. Kawan-kawan saya semua pergi..."

Aiman Alihan memandangnya dengan riak tidak perasaan. Eyna Nurina menjadi tidak senang duduk.

"Ada apa je dekat kem tu ?"

"Errr ada kem motivasi kot..."

Tembak je lah nak ! Bukan dia tahu pun.

"Okey, boleh tapi dengan satu syarat !" dahi Eyna Nurina berkerut. Amboi, sampai bersyarat bagai !

"Apa dia ?"

"Awak kena ingat status awak. Yang awak sudah pun berkahwin. Jangan mengatal dengan lelaki lain." ujar Aiman Alihan perlahan namun masih kedengaran tegas.

"Kalau saya mungkiri ?" Eyna Nurina sengaja mahu menguji.

Suapan Aiman Alihan terhenti. Matanya tajam menikam anak mata milik Eyna Nurina. Wajahnya kelat tanpa senyuman.

Senyuman Eyna Nurina lenyap. Dengan tergesa-gesa, dia kembali mencapai sudu dan garfu. Suapan diteruskan tanpa ingin memandang wajah tegang Aiman Alihan.

Seram...


Haish, susah sangat ke nak tekan vote bagi yg silent reader tu ?Cuba korang tekan... Dptlh bagi sis semangat nk sambung😁

Ayokkk Aiman Alihan dah marah !😂Kenapa aku rasa part ni tk best eh ?😅Sorry kalau x best😊


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro