Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 9

"SO, inilah rumah aku. Sorry lah kalau tak secantik rumah kau. Harap kau selesa."

Eyna Nurina mempelawa sahabat baiknya iaitu Syaf masuk ke dalam rumah. Syaf kelihatan terpegun melihat rumah besar milik sahabatnya itu.

"Besarnya rumah kau. Meleleh air liur aku dibuatnya." puji Syaf.

"Hahahaha thanks babe. Kau duduklah dulu. Aku buatkan air sekejap." arah Eyna Nurina sambil membuka televisyen dan penghawa dingin.

Syaf mengangguk. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas sofa. Fuh, empuknya ! Sedap kalau tidur ni.

Matanya terpandang satu bingkai gambar yang besar saiznya berbanding dengan bingkai gambar yang lain. Kelihatan gambar sepasang pengantin sedang tersenyum memandang kamera. Mereka saling berpelukan.

Dia mengamati gambar tersebut. Mulutnya terlopong setelah mengenal pasti gerangan yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Eyna Nurina dan seorang lelaki ?!

"Babe ! Babe ! Sini sekejap !" arah Syaf tergesa-gesa.

Eyna Nurina berlari mendapatkan Syaf. Dahinya berkerut.

"Kenapa panggil aku ni ?"

"Gam-gambar apa ni ? Ja-jangan cakap k-kau dah kahwin !"

Eyna Nurina terkedu. Alamak ! Kantoi.

"Babe, aku boleh explain." Eyna Nurina menjadi hilang arah. Lagi-lagi apabila terpandang wajah ketat Syaf.

"Sampai hati kau tak bagitahu aku. Siapa aku pada kau ?!" berang Syaf.

"Kau sahabat baik aku. Please duduk dulu. Aku siapkan air sekejap." rayu Eyna Nurina. Wajahnya tampak risau.

Nak tak nak, Syaf mengalah. Dia kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa. Matanya tidak lepas merenung gambar sahabat baiknya bersama dengan suaminya. Macam kenal sahaja suami si Eyna ni. Hah ! Tak silap lagi. Memang dia !

Eyna Nurina kembali semula dengan menatang dulang yang diatasnya terdapat jag berisi air oren. Kemudian, dia turut melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"So ? Cepatlah explain !"

Eyna Nurina menarik nafasnya sebelum mula bercerita dari A sehinggalah Z. Dari macam mana Encik Zul memaksanya berkahwin dengan Aiman Alihan sehinggalah mereka mendirikan rumahtangga.

Syaf fokus mendengar cerita sahabat baiknya. Cuba memahami.

"Macam tu lah ceritanya..."

"Okey aku faham. Jadi kau kahwin dengan dia sebab terpaksa lah ni ?" Eyna Nurina mengangguk.

"Bila korang nikah ?" soal Syaf lagi.

"Dua minggu lepas."

"Kau beruntung, Na. Ye lah dapat suami famous. Digilai ramai kot."

Dahi Eyna Nurina berkerut. Dia cuba mencerna kata-kata Syaf tapi masih lagi tidak faham.

"Ha ? Sejak bila pula laki aku ni famous ? Dia tu cuma pensyarah universiti je. Tang mana famousnya ?"

Syaf menepuk dahinya. Alahai Eyna ni...

"Kau ingat tak ceramah motivasi yang kita join bulan lepas ? Ingat tak ?"

Eyna Nurina cuba mengigati kejadian yang dikatakan oleh Syaf.

"Ingat. Kenapa ?"

"Ha ! Doktor yang bagi ceramah tu ! Kan nama dia Doktor Aiman Alihan. Tapi orang panggil dia kan Doktor Han. Dia boleh dikatakan kegilaan budak-budak U kita tau. Masing-masing angau dengan dia. Tak habis-habis 'Doktor Han tu bakal suami aku' lah lepastu 'Doktor Han suka aku' lah. Bingit tahu tak ?!"

Eyna Nurina geli hati melihat Syaf yang sedang membebel. Nampak comel je.

"Jadi apa kena mengena dengan aku ?"

"Ya Allah, apa hal ngok sangat kau ni, Eyna ? Doktor Han tu lah suami kau. Sengal !"

Namun, wajah Eyna Nurina tetap tenang.

"Oh..."

"Kau tak jealous ke ? Ye lah, perempuan-perempuan dekat luar sana duk terkejar-kejar kan suami kau." soal Syaf pelik.

Eyna Nurina ketawa. Tersenyum mengejek. Lucu mendengar ayat Syaf.

Aku cemburu ? Perlu ke aku cemburu dengan dia ? Jangan harap lah ! Perempuan gemuk macam aku ni bukan dia pandang pun.

"Sikit pun tak heran. Kalau diaorang nak bawa laki aku pergi kahwin dekat Siam pun aku tak ambik port. Suka hati diaorang !"

Syaf ternganga. Gila ke apa sahabatnya itu ?!

"Astagfirullah Eyna ! Apa kau cakap ni ? Itu suami kau. Takkan kau tak kisah dimadukan ?"

"Siapa cakap aku tak kisah dimadukan ?" soal Eyna Nurina balik.

"Aik, habis tadi bukan main kau cakap, tak kisahlah nak bawa laki kau kahwin dekat Siam. Tiba-tiba cakap kau tak rela dimadukan." otak Syaf mula pening.

"Memanglah tapi ada ke perempuan sekarang rela dimadukan ? Kalau ada pun, mesti diaorang ada juga terasa hati walaupun diaorang tak tunjuk. Diaorang redha. Tapi itu bukan aku..."

"Habis apa maksud kau sebenarnya ?"

"Maksud aku, aku tak kisah pun diaorang nak minat ataupun tergila-gila laki aku. Nak ajak kahwin pun aku tak heran tapi ada syaratnya. Syaratnya ialah... Laki aku kena ceraikan aku dulu !"

Syaf tersengih. Ingatkan rela dimadukan tadi !

"Ye lah puan Eyna oi. Saya salah."

Eyna Nurina mencebik. Dia mula memegang perutnya.

"Aku laparlah, Syaf. Teman aku masak jom." ajak Eyna Nurina manja. Syaf menggelengkan kepalanya.

"Makan je kau tahu. Mana perut tu tak besar ?" sindir Syaf. Wajah Eyna Nurina berubah kelat.

"Huh ! Suka hati kau lah. Aku masak untuk aku sorang je. Bye !" Eyna Nurina terus melangkah ke dapur. Syaf mencebik.

"Tunggu lah aku !" laung Syaf sebelum berlari mendapatkan Eyna Nurina yang sudah pun berada di dapur.

✿✿✿

AIMAN ALIHAN berjalan menuruni tangga. Benda pertama yang dia lihat adalah susuk tubuh Haziqah yang sedang kusyuk meletakkan pinggan dan cawan di atas meja makan. Dia tersenyum nipis.

Dengan perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah gadis tersebut. Pinggang Haziqah dicuit dari belakang.

"Hah !"

Haziqah terkejut dek perbuatan Aiman Alihan.

"Oh mak kau !" latahnya. Aiman Alihan tertawa besar.

"Hahahah apa lah Ziqah ni. Itu pun terkejut."

Haziqah mula tarik muncungnya. Konon mahu merajuk dengan Aiman Alihan. Dada lelaki itu yang berlapik dengan singlet hitam, ditepuk perlahan.

Makin galak Aiman Alihan mentertawakan Haziqah. Suka dia melihat Haziqah sakit hati.

"Jahatlah abang ni. Nasib baik Ziqah tak ada penyakit jantung." omel Haziqah.

"Okey-okey abang minta maaf. Janganlah merajuk lagi. Erm... Sarapan apa hari ni ?" Aiman Alihan mula bertukar topik perbualan.

"Nasi goreng dengan nasi lemak. Abang nak makan apa ?" soal Haziqah acuh tak acuh.

"Abang nak makan nasi goreng lah. Lapar..." Haziqah mula mengoyakkan senyuman.

"Okey, sekejap Ziqah ambilkan." Aiman Alihan mengangguk.

Dia mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi diikuti dengan Haziqah. Mereka bersama-sama menikmati sarapan pagi.

"Good morning guys !" sapa seseorang dengan ceria. Suapan Haziqah dan Aiman Alihan terhenti.

"Morning, Khai." balas mereka serentak.

"Sedapnya sarapan hari ni. Siapa yang masak ?" Khai mula melabuhkan punggungnya.

"Mestilah Ziqah, abang Khai." Kening Khai terangkat.

"Wah, jaranglah adik kesayangan abang ni nak masak." seloroh Khai sebelum ketawa. Haziqah menjeling manja ke arah Khai.

"So, apa plan korang lepas ni ?"

"Lepas ni kitaorang nak pergi lawat papa Lim. Lepastu kitaorang nak pergi shopping sekejap." terang Haziqah.

"Ooo lepas tu ?"

"Lepastu Ziqah terus nak balik. Abang Han kata nak balik rumah dia lepastu. Rindu isteri katakan." ujar Haziqah sebelum ketawa.

"Amboi kau, Dragon. Nǐ fēngle ! (Gelojohnya kau !)" usik Khai dalam sisa ketawanya.

"Nǐ bù xíguàn... (Macam tak biasa pula kau ni...)" Aiman Alihan membalas gurauan Khai.

Haziqah menggelengkan kepalanya. Ini yang buat dia malas ni. Ada-ada saja perangai tak semenggah kedua lelaki yang berada di hadapannya.

✿✿✿

FUH, penatnya ! Rungut Eyna Nurina. Beg sandangnya dibetulkan. Bahunya ditepuk dari belakang. Dengan malas dia menoleh.

"Hurmmm..."

"Kau ni kenapa, Eyna ? Letih semacam je muka kau tu." tegur Syaf.

"Penatlah, Syaf. Pening kepala aku dibuatnya. Kena buat assignment Prof Kamal lagi." keluh Eyna Nurina.

Syaf mengangguk. Mereka baru sahaja habis kelas Prof Kamal. Prof Kamal terkenal dengan ketegasannya. Memang patutlah ramai antara mereka stres.

"Kita buat sama-sama eh ?" pujuk Syaf sebelum memaut bahu Eyna Nurina.

Eyna Nurina membalasnya dengan senyuman hambar. Langkah mereka terhenti apabila seorang jejaka berdiri di hadapan mereka.

"Hai, girls !" sapa jejaka tersebut.

"Hai..." balas mereka acuh tak acuh. Penat.

"Kenapa muka awak penat ni, Eyna ? Are you okey ?" soal jejaka itu risau.

"Mana si Eyna ni tak penat. Prof Kamal bagi banyak assignment." Syaf menjawab bagi pihak Eyna Nurina.

"Awak buat apa dekat sini ? Tak marah ke nanti peminat-peminat awak ?" soal Eyna Nurina dalam nada suara menyindir.

Kelihatan jejaka itu tertawa lucu. Siapa je yang tak kenal Putera Harry ? Jejaka berdarah campuran Arab,Belanda,Thailand dan Melayu. Jejaka idaman di universiti mereka.

Kulit putih kemerah-merahan. Bibirnya yang merah dan nipis akan membuatkan para gadis cair. Lagi-lagi apabila dia tersenyum. Memang akan dibawa ke mimpi ! Seorang yang tinggi dan berharta. Senang cerita, memang dia perfect lah !

"Saya mana ada peminat !" nafi Putera Harry.

Syaf dan Eyna Nurina saling berpandangan. Muka macam ni tak ada peminat ? Nampak sangat auta !

"Apa-apa je lah. Awak nak apa sebenarnya ni ?" soal Syaf. Penat berdiri.

"Errr sebenarnya saya nak bagi bunga ni dekat Eyna. Terima lah..." terang Putera Harry sambil menghulurkan sejambak bunga ros kepada Eyna Nurina.

Eyna Nurina terkejut. Manakala, Syaf pula tergamam. Gila ke apa si Harry ni ?! Pelajar-pelajar yang lalui kawasan itu memandangnya pelik.

"Tak lawak, Harry." kata Eyna Nurina serius.

"Saya tak buat lawak pun. Saya berminat dengan awak. Saya nak mengenali awak dengan lebih dekat. Saya suka awak..." luah Putera Harry.

"Awak gila ke ?!" bentak Eyna Nurina.

"Ya, saya gila. Gilakan awak."

Eyna Nurina merengus geram. Dah lah penat. Ditambahkan lagi dengan penat melayan mamat tak betul ni.

"Dahlah, Harry. Awak tu jauh lebih baik dari saya. Saya ni gemuk gedempol. Tak macam awak. Baik awak pergi dekat peminat-peminat awak tu." cadang Eyna Nurina sebelum melangkah pergi.

"Sorry Harry..." ucap Syaf bagi pihak sahabatnya.

Putera Harry hanya tersenyum kecewa sebelum menundukkan kepalanya. Kenapa gadis itu tidak menerimanya ?

Tak apa ! Jangan berputus asa Harry. Suatu hari nanti dia mesti sukakan kau balik. Percayalah ! Putera Harry mula memasang niat.

Adoi banyak betul yang suka dekat Han dengan Eyna ni ! Apahal banyak sangat konflik ni ?!😅😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro